Kerusi Roda Berhantu

Salam hi, Li here. terima kasih admin sebab publishkan story aku pasal kucing tu. Now aku datang nak bagitau cerita baru. Ingat lagi Hin? Yang bagi aku dia ni sebenarnya antara perempuan misteri aku pernah jumpa, terserempak dan berbual. Aku tak pasti bila kami jadi rapat. Tapi setiap kali jumpa dia mesti ada cerita menarik dia nak story. Cerita kali ni adalah pasal diri dia terkena dalam bilik dorm. Aku ceritakan berdasarkan apa yang aku ingat dia cerita dekat aku. Aku tak kan cerita details sangat demi menjaga dan mengelakkan berlaku salah faham.

Aku dalam cerita adalah Hin;

Bilik aku jenis dorm yg boleh muat dlm 10 ke 12 orang duduk. Awalnya katil kami semua double decker. Tapi biasalah budak2 asrama ni jenis panas lit lit, kipas pun jenis yg kecil berpusing lekat dkt dinding. Ada lah dalam 5 ke 6 biji kipas. So diorang ni tak tahan panas bawak la turun katil atas ke bawah. Nasib baik katil jenis besi boleh sambung semula, takdalah nanti kena bebel dengan hantu kak limah jaga asrama. opsss.

so nak dijadikan cerita, ada seorang roommate bilik lain, kami panggil dia Kak G tumpang dorm kami sebab dia sakit kaki sampai terpaksa pakai kerusi roda. Disebabkan dorm kami tingkat 2 so kami persilakan la dia dengan rasa simpati sebab nak naik ke bilik dia tingkat 4 tak larat dgn kerusi roda lagi. Dahla takda lif. duhhhhh

Jadinya, pada malam pertama Kak G stay, dia tumpang katil roommate aku yang betul2 sebelah katil aku. Antara katil aku dan katil kak G duduk ada satu almari tinggi menghadap katil kak G. Tapi almari tak menghalang kepala aku maksudnya kalau baring still boleh nampak kepala kak G bila dia baring.

Kerusi roda kak G pula dia parking sebelah tepi kanan almari. Jadi posisi kerusi roda tu aku boleh nampak dari hujung kaki aku. Dalam dorm kami biasalah perempuan kan kami hias sikit bilik dengan tikar mengkuang di tengah bilik.

Tiba time nak tidur, aku tarik la selimut macam biasa, landing. Lampu semua dah siap tutup hanya ade lampu meja belajar je dibuka untuk tak rase gelap sangat. Dah nak masuk mimpi ni, aku dengar bunyi sesuatu. Husnudzon la pejam jelah mata ni. Besok nak bangun kelas pagi pulak.

sreeettt sreeettt.

Dia bunyi lagi. Aku try celik sikit tengok dari mana sebenarnya bunyi tu. Hmm Kak G tidur dah. Aku cuba pandang bahagian kaki. Kerusi roda takda. Kak G tidur, kerusi roda dia pergi mana? Ouh takpalah husnudzon lagi, maybe tadi Kak G sempat alihkan parking tempat lain kot. Okay, tutup mata.

Ktinggg ktinggg

Katil aku dilanggar sesuatu. Aku terus buat biasa pejamkan mata walaupun sebenarnya dalam hati ni debar dia dah lain macam. Tangan aku genggam tapak erat. Aku baca doa pelindung dan surah lazim.

ktingg ktinggg

Katil aku bergegar lagi. Kuat jugak dia tolak eh. Aku try celik satu mata nak tengok apa bende yang kacau. Kerusi roda kak G ada betul2 depan hujung katil aku posisi tengah atas tikar. Dah siapa pergi park kerusi roda dekat situ pulak. Eh eh?? dia bergerak sendiri.

ktingg ktingg.. kerusi roda tanpa tuan langgar katil aku. Dia tau aku tak tidur lagi kot. Langgar lagi dan terus langgar macam dia nak lalu pergi arah aku dengan naik kerusi roda tu tapi dapat sebab katil aku halang dan dia terus berlanggar lagi dengan katil. Dan malam pertama terus berlalu dengan aku tak dapat tidur walaupun bunyi tu dah berhenti.

MALAM KEDUA

Aku try cadangkan kerusi Kak G letak dekat sebelah katil dia pulak. Aku tak nak bagitau sesiapa risau diorang rase terganggu and lemah so aku diamkan dari bagitau even Kak G pun tak tau. Tapi aku pun nak jugak rasa tenang dalam menikmati tidur yang nyenyak. Semalam dah la tak dapat tidur, hari ni kelas sampai malam berterusan pulak. Practice lagi. Sampai dorm sahaja dah pukul 11 malam. Penat letih la macam ni.

Jadi, kerusi diletakkan jauh dari pandangan aku. Cehh rasa la selamat sikit tapi sekejap jelah. Aku tak faham kenapa nak ganggu aku time nak rehat, nak tidur.. dengki sangat. Jadi sekali lagi aku tarik selimut tanda siap sedia nak masuk mimpi. Dapat la sekejap mimpi terpaksa keluar balik sebab katil aku dilanggar lagi. Bergegar.

sreeettt sreetttt

Biar aku teka, tanpa celik mata aku tau kerusi tu dekat mana dah.

ktinggg ktinggg

hmm tadi dia lalu tikar, sekarang dia dekat katil aku. Aku dah tau dah cara dia datang. Takpalah biarkan dia bermain sendiri. Dia dah letih dia senyap la.

ktinggg ktinggg

aku pejam mata cuba tak nak fikir. Aku betul penat ni nak main dengan dia tak ada masa lah.

senyap.. letih dah tu kot.

Tiba2 aku rasa selimut aku kene tarik. aduhhmakkk aiii main tarik selimut plak ni yang aku tak berkenan ni.

Mata aku masih lagi tutup. Tapi selimut yang tadi aku tutup satu badan sekarang dah melurut ke pinggang je. Aku tarik balik selimut tanpa buka mata tutup sekali kepala. Doa jangan cakap la sebelum dia datang lagi aku dah doa macam2.

Dia tarik lagi sampai jatuh aku punya selimut dari atas katil. Sejukkk sebab budak2 bilik ni bukak semua tingkap.
Aku beranikan diri cuba bukak mata nak bawa naik balik selimut aku. Fuhhh malam tu nasib baik dia tak tunjukkan diri dia. Aku nampak kerusi roda dah hujung katil aku, selimut aku dekat bawah. Cepat2 aku tarik naik selubung dari kepala kunci selimut dengan hujung kaki. Lepas tu dia try main tarik2 lagi tapi aku biar je. Lama2 dia senyap sampai pagi. Tapi yang seksanya aku, tak dapat tidur lagi, tak boleh nak tidur sebenarnya.

Alhamdulillah lepas tu takda gangguan lagi dah. Sampai la kaki kak G elok sikit dah boleh berjalan. Aku pun lepas tu dapatla tidur nyenyak sikit.

END

Sampai takat tu je dia cerita. Bagi aku sebenarnya yang penting jangan berhenti doa. Jangan pernah berhenti ingat Allah. Makhluk ni takutnya pada Allah jugak. Kawan aku pernah cakap dulu, kita gunala apa saja barang yang kita pernah guna untuk beribadat. Contoh sejadah, hari2 kita guna untuk beribadat kan? Sejadah pun diorang boleh takut kalau kita percaya adanya kekuatan dan perlindungan dari Allah. Diri sendiri tu, selalu la berwuduk. Makhluk macam diorang pun takut sentuh kita kalau kita sentiasa amalkan wuduk.

Malah, kalau tak dapat ingat surah panjang pun, cukup sekadar kita sebut Allahuakhbar dan kita tau maksudnya dah memadai. Sebab apa yang aku faham kita tak boleh terus baca tanpa tau maksud. Diorang boleh ejek balik.

Li

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

2 thoughts on “Kerusi Roda Berhantu”

  1. aku memang takleh wei kalau kerusi roda ni. macam seram pun iye. sebab masa kecik main rempit pakai kerusi roda. abis sangkut kaki kat tayar. dendam sampai sekarang tak hilang ek

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.