Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia warga FS, aku harap pengalaman aku kali ni dapat disiarkan. Aku tak pandai sangat bercerita panjang-pnjang ni tapi aku akan cuba juga.
Pertama sekali, aku ingin ucapkan berbanyak terima kasih kepada admin FS sekiranya kisah aku ini disiarkan. Ini kali pertama aku berkongsi kisah seram di sini, selama ni aku cuma jadi pembaca setia fiksyen shasha je. Tiba-tiba pulak tergerak hati nak kongsi pengalaman gangguan yang aku alami. Walaupun kisah ini tidaklah seseram mana namun apa yang aku nak kongsikan disini adalah kisah yang benar-benar berlaku dekat aku dan keluarga.
Gangguan-gangguan bermula semenjak kami berpindah ke rumah baru (flat). Pada mula kitorang pindah kat rumah ni, tiada apa-apa yang rasa pelik dan rumah ni pun nampak ok je. Aku dan kakak je tinggal di rumah ni. Malam tu aku ke kedai untuk membeli apa yang patut sebab dekat rumah tiada apa-apa makanan dan keperluan. Seingat aku masa tu sekitar pukul 8:30pm.
Ketika aku berjalan menuju ke kedai, tiba-tiba aku terdengar bunyi macam orang yang tengah menyanyi. Aku toleh kiri dan kanan untuk mengetahui siapakah gerangannya orang yang menyanyi tersebut. Sekali tengok takde sesiapa pun. Ketika tu aku dah mula rasa lain semacam dah. Tapi, bila aku pandang ke atas satu pokok tu, aku terpaku seketika dan ketakutan mulai menguasai diri aku. Meremang bulu roma. Ade puntianak tengah duduk atas pokok. Aku hanya mampu perhatikan je dia masa tu. Antara percaya dan tidak. Aku tak de idea langsung. Lantas aku lari bergegas naik semula ke rumah. Ketika itu juga lah aku terdengar tapak kaki macam ada orang yang sedang mengejarku tapi bunyi tu perlahan je. Langkah ku semakin laju umpama atlet pelari pecut 100 meter. Aku terus laju-laju masuk ke rumah. Tercungap-cungap aku di buatnya. Takut tambah kepenatan berlari. Aku diam je dalam ketakutan. Bila keadaan dah reda, Barulah aku mendapatkan kakakku dan menceritakan apa yang aku nampak dengan kedua mataku sendiri. Akak nampak tenang ja dan menasihatkan aku agar lain kali kalau nak ke kedai biarlah awal.
Gangguan kedua pula berlaku selepas setahun lebih dari kejadian pertama. Ketika itu, kakak aku terdengar ada bunyi sesuatu dekt bilik dia. Suara macam orang menjerit dan masa dia jenguk dalam bilik tu, dia ternampak kelibat sosok tubuh wanita. Rambutnya panjang, gigi tajam dan mata merah. Bila akak berpaling ke arah ku, keadaan akak dah macam orang kena rasuk. Tiba-tiba akak bersuara, ‘”nak kawan boleh”. Aku dah agak dah, memang akak sah kena Rasuk.
Masa tu jantung aku berdegup laju gila
aku start baca surah-surah dia mcm tersiksa menjerit-jerit memanggil nama aku dengan suara yang sendu ran-ran.
Aku tau dia masih dekat dalam badan akak aku, terus baca surah-surah tanpa berhenti dan masa tu juga dia semakin menganas . Cuba menyakiti aku tapi dengan kuat aku melawannya .
Alhamdulilah benda tu dah keluar dalam badan akak aku. Pengsan 10:40 baru la mak/ayah balik, dan aku cerita semua dekat mak/ayah aku . Ayah aku call ustaz untuk tengok-tengokkan rumah ni
Ustaz kata dekat rumah ni ade orang yang telah bnh dir* karena kesorangan maksudnya takde kawan, kata Ustaz tu.
Terima kasih sebab sudi baca cerita yang tak seberapa seram ni, aku harap korang sentiasa dibawah perlindungan Allah aamin sampai jumpa lagi. Sekian…
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
simple but okay la bole difahami
Simple.. Straightfoward.. Clishe.. Ada orang b***h diri pontianak… Rekaan ke hape… Kalau nak cerita best.. Butiran2 tu penting… Detailss
straightforward la senang nak faham. Kecoh la kau laici
Boleh pulak tanya nak kawan boleh..? Memang tak nak la.