KHILAF

TAJUK: KHILAF
GENRE: SERAM

TAS tangan dari jenama HERMES langsung disarungkan ke bahu kanan. Kemudian memilih lipstik yang mahu disapukan pada bibir mungilnya itu sambil mengedutkan dahi. Pening mungkin, tatkala melihat susunan deretan lipstik pelbagai warna dari jenama mewah yang memenuhi segenap ruang atas meja.
Tersenyum apabila jari mengepit salah-satunya. Penutup bertulisan MAC dibukakan, memusingkan p******g lipstik agar gincunya keluar. Menyapu bermula dari bawah membawa ke atas dan sengaja dia lebihkan sedikit pada bibir sebelah atas agar kelihatan full lips. Seksi!

“Irin Aryanna, your sugar dad is here!” laung satu suara dari balik pintu kamar. Sambil mengebam bibir, lipstik dipusing supaya gincu masuk semula ke dalam sebelum di tutup dan di letakkan atas meja.
Telefon I PHONE 13 PRO yang bergetaran atas pelapik di angkat. Irin Aryanna mengoyakkan senyuman.
‘Dah tak sabarlah tu…’ bisik hati kecilnya tersenyum nakal. Semalam dia dengan Tan Sri Govind, malam ni kembali semula dengan Dato kesayangan. Semalam dia dapat hadiah kunci kondo. Malam ni apa pula ya?
‘Tapi dengan Dato ni, kadang aku lemah juga, huhuhu… Yang lain, pujuklah macam mana sekali pun, aku kata no, so it is no!’ gumamnya lagi sambil membetulkan sedikit fringe atau rambut depannya di hadapan cermin.
“Okay done. I come darling!” ujar Irin Aryanna tersenyum, sebelum memusingkan tubuhnya ke belakang mengadap pintu. Terserlah bentuk tubuh tinggi lampai serta berbentuk gitar itu di dalam cermin.

Ketak,ktuk,ktuk,ktuk…
Laci pertama meja solek milik Irin Aryanna seperti mahu terbuka walau bilik itu sudah tiada penghuninya.
Muncul sahaja Irin Aryanna, Maya dan Dato’S terus terdiam. Kelam-kabut Dato’S bangun mendapatkan Irin Aryanna yang sudah tersenyum lebar itu. Maya sekadar tersenyum biasa. Mata memandang penampilan Irin Aryanna pada malam itu, seperti selalu mengancam pada sesiapa sahaja yang melihatnya.
“Sayang, bersedia untuk malam ni?” bisik Dato’S sambil dikerling tajam oleh Maya. Spontan bibir dikebamkan seakan marah pula. Irin Aryanna secara tiba-tiba merasa kesemua bulu romanya ternaik tanpa sebab. Apakah disebabkan dengan apa yang dia sedang dengar itu?
Soalan dari lelaki yang sebaya ayahnya itu. Irin Aryanna menjawabnya dengan tersenyum kambing sahaja.
Dato’S terus memaut pinggang ramping Irin Aryanna yang kelihatan amat seksi dalam pemakaian skirt ketat paras paha, belakang terdedah. Membuatkan, tapak tangan Dato’S laju membelai.

Irin Aryanna semakin merinding. Sesekali, dia membuat pergerakan agar tangan lelaki itu tidak semakin aktif. Tambah-tambah dia rasa tangan itu sudah mahu ke bahagian bumper.
“Sayang, macam biasa ya. Kunci je pintu,” ujar Irin Aryanna pada Maya sambil tersenyum sebelum dia melangkah. Dia memaut lengan Dato’S. Maya mengangguk dan tersenyum.
Irin Aryanna membuat flying kiss pada Maya sebelum menutup pintu. Maya dengan pantas bergerak ke arah jendela, selak langsir. Kereta mewah baru lagi!
Maya menghela nafas sebelum dia memejamkan mata. Mulut mulai berbisik sesuatu.
Dato’S membukakan pintu. Irin Aryanna tersenyum seraya mengangkat kaki putihnya itu untuk masuk ke dalam kereta. Pintu berbentuk sayap dan terangkat ke atas itu di turunkan semula untuk menutupnya.
Dato’S masuk ke pintu sebelah. Setelah dia masuk, barulah pemandu suruhan menghidupkan enjin kereta mewah itu. Wanita jelita itu terus mendekati lelaki tua yang segak berkot hitam sambil tersenyum sebelum melentokkan kepala ke bahu.

“Allahuakbar!”
Sreet…
Berdecit bunyi tayar kereta yang dihentikan secara paksa itu. Berkumat-kamit mulut pemandu muda itu membaca doa. Dia benar-benar terkejut kerana selama ini tak pernah dia lihat makhluk buruk dengan lidah terjelir itu berada dalam kawasan rumah sugar baby majikannya itu.
“Sakit sayang…” keluh Irin Aryanna sambil memegang dahi yang terhantuk pada belakang seat hadapan, kelam-kabut Dato’S membelai dahi sugar baby terbaharuya itu. Risau ada lebam, dah lah nanti mereka ada perjumpaan di hotel.
“Pian, kau ni kenapa?” tengking Dato’S dari belakang sambil memeluk erat kekasih hati. Sufian memandang atas cermin sambil bercakap sesuatu yang membuatkan pasangan tersebut saling berpandangan.
Irin Aryanna memang sedari tadi, sudah merasakan sesuatu.
“Kau biar betul?” Dato’S menyoal kembali dengan menjuihkan bibir. Manakala Irin Aryanna pula semakin resah. Jelas terlukis di roman wajahnya. Dia masih memegang dahinya yang sengal sambil mendesah. Sakit.
“Betul Dato, buat apalah saya nak tipu benda-benda seram macam ni. Saya pun pelik juga, tak pernah saya nampak. Tiba-tiba malam ni pula,” jawab Sufian sambil memandang jam di papan pemuka. Tidaklah terlalu lewat sangat.
“Ah, sudahlah tu. Cepat nanti kita terlewat,” ujar Dato’S lalu menyoal Irin Aryanna, adakah dahinya masih lagi sakit. Makin erat tubuh berpakaian seksi itu dia peluk sambil dikerling oleh Sufian yang sedang memusingkan stereng kereta untuk keluar dari halaman banglo.
Berserta sepasang lagi mata dari balik langsir. Ada senyuman sinis dia hadiahkan.

Simpang lampu trafik…

IRIN ARYANNA tidak merasa sakit lagi pada dahinya. Kini, dia sedang merenung luar dari balik tingkap cermin kereta. Dato’S pula menatap serta menatal telefon pintar sambil tersenyum melihat gambar model merangkap satu lagi sugar baby ~nya itu.
Wanita jelita di sebelahnya, tidak tahu tentang itu. Mana boleh dia tahu. Habis Dato’S nanti. Oleh sebab itulah, setiap kali menatal telefon pintar, Dato’S akan mengerling sekali Irin Aryanna berada di mana. Jika sudah dekat, dia akan tukar ke aplikasi lain.
Lampu isyarat sudah tiga kali hijau, barulah kereta mereka boleh bergerak. Maklumlah berada di tengah kota yang sesak ini.
Irin Aryanna memicingkan mata, menegakkan tubuh badan yang tadinya tersandar itu lalu mendekati cermin.
Irin Aryanna cuba meneliti apakah benda yang dia sedang tatap itu. Benda itu sedang bertenggek betul-betul atas bumbung hentian bas lompat. Mata Irin Aryanna semakin membulat besar, apabila benda yang menunduk itu terpanggung kepala lalu merenungnya juga. Menyeringai.

Irin Aryanna tanpa mahu berlengah lagi terus memandang hadapan, jantung mengepam d***h dengan laju membuatkan dada berdebaran. Barulah dia tahu apakah benda tersebut. Bintil-bintil peluh mula kelihatan di dahi. Terus membuka tas tangan jenama HERMES nya itu untuk menarik keluar tisu.
Dato’S masih lagi memegang telefon namun dia mulai terkesankan sesuatu. Sugar baby yang berada di sisinya itu, dalam penglihatannya sedikit gementar. Telefon pintar dia masukkan kembali ke dalam poket kot hitamnya sebelum dia menarik tangan Irin Aryanna di sebelahnya itu.

“Sayang, are you okay?” soalnya dengan lembut sambil tangan pula membelai kulit belakang pergelangan tangan Irin Aryanna.
“Hah?” Irin Aryanna langsung terdongak dengan wajah cuaknya.
“Hei, sayang kenapa dengan you ni?” soal Dato’S lantas memegang dagu wanita itu, setelah jari telunjuk mengangkat dagu agar merenung tepat padanya. Liar matanya merenung bintilan peluh di dahi sebelum terhenti pada bibir.
“Hah? It’s okay i tak ada apa-apa,” jawab Irin Aryanna dengan laju sambil tersenyum. Cuping telinga masih lagi bergerak-gerak.
“Irin…” bisik suara misteri itu lagi.
“No sayang…” bantah Irin Aryanna apabila lelaki tua tetapi masih kacak itu mahu memagut bibir.
“But why sayang? Selalu you ok saja…” pujuk Dato’S sekali lagi mahu mencuba nasib. Dan sekali ini, dia cuba turunkan sedikit wajahnya ke aras bawah leher yang terdedah itu.
“Sayang… tolong sayang. I tiada mood…” sanggah Irin Aryanna membuatkan wajah Dato’S makin masam serta sekejap itu juga dia tegakkan tubuhnya dan mengambil kembali telefon pintarnya dari dalam poket.
Berang, setiap kali dia mahu ada saja alasan yang wanita jelita itu berikan. Perempuan lain laju sahaja mahunya!
Irin Aryanna tahu daddy ~nya itu marahkan dirinya. Dia ada sebab. Tambahan pula semenjak dua menjak, dia sering di ganggu. Dan sekejap tadi, dia ternampak serta dengar suara yang sama. Lagipun, dia masih tidak bersedia untuk ‘itu’.
Buncit nanti mahu ke Dato bertanggungjawab?
Sufian yang ternampak segera memandang depan kembali. Sebab itulah, dia kurang menggemari bawa kereta ini kerana tiada halangan seperti kereta mewah lain.
Bukannya dia boleh berikan teguran pun. Dia hanya pemandu sahaja. Pemandu kepada sugar daddy yang menjadi pujaan ramai sugar baby di luar sana.
Termasuklah Irin Aryanna.

KAWASAN FLAT,

IRIN ARYANNA menyambung kembali langkah apabila kanak-kanak yang sudah dia berikan gula-gula mahal itu berlari ke bangunan flat masing-masing. Wanita jelita itu tidak sedikit pun berasa kekok apabila terpaksa melalui kawasan flat yang terletak dalam kawasan berdekatan dengan Lorong Haji Taib.
Irin Aryanna melemparkan senyuman pada wanita-wanita yang tersadai di sebelah bawah tangga untuk naik ke atas. Kebanyakan sedang mengipas kepanasan menanti pelanggan. Ikutkan masih lagi awal tapi mungkin mahu wang lebih…
Dalam senyuman mereka itu. Ada sosek-sosek yang Irin Aryanna kurang selesa mendengarnya. Pun begitu, dia tetap memaniskan roman wajah. Langkah beralaskan kasut tumit tinggi bertali halus terikat tinggi sehingga ke paha diayun dengan tenang.
“Makin mewah aku tengok…”
“Biasalah, makan duit bapak-bapak kaya yang kesepian, kononnya lah kan…”
“Mak dengan anak sama saja. Dua-dua kaki mengikis dan menyundal…” ujar si pembisik sebelum tersenyum sinis.
Irin Aryanna mahu saja memberitahu perkara sebenar mengenai anak salah-seorang daripada dua orang wanita berpakaian menjolok mata walau sudah berusia itu. Pekerjaan si anak saling tak tumpah seperti dirinya itu malahan lagi advance. High class
Mereka lupa siapa mereka?
Sama sahaja dengan dirinya juga emak…
Irin Aryanna Aryanna terdengar suara orang sedang berdehem. Dia tahu memang ada seorang pemuda kacak sedang menanti di situ, dia saja yang malas mahu mendongak. Aspal agak becak dengan segala jenis air.
Sekali lagi dia terdengar akan suara-suara wanita bawang di sebelah belakangnya itu. Apatah lagi sudah terpandang jejaka kacak di depan. Berebut-rebut pula menawar harga tubuh!
“Hai, aku Amir. Kau Irin kan?” Pemuda itu tidak melayan panggilan gatal di sebelahnya itu kerana dia lebih tertarik pada Irin Aryanna yang kini mahu menaiki anak tangga.
“Eh, sakit pula hati aku ni lah! Boleh pula betina tu yang dia kejar?” soal wanita berambut paras bahu. Rambut yang dia warnakan kehijauan untuk menutupi uban. Manakala wanita yang masih lagi mengipas muka itu juga turut menjuihkan bibir.
Menyampah. Dari Sofia si emak, bawa ke anak, semua jantan terkejar. Sedangkan dirinya?
“Esok malam aku ingat aku nak minta cuti lah,” ujarnya secara tiba-tiba. Si rakan terus memandang mukanya. Manakala Irin Aryanna sudah jauh ke atas dan pemuda itu pula, masih tidak mahu mengaku kalah. Dia akan datang lagi.
“Irin…” Bisikan yang sama sekali lagi hadir walau waktu itu siang hari. Irin Aryanna tetap meneruskan langkahnya memandangkan laluan untuk ke rumah makin dekat.
Irin Aryanna terpaksa menghentikan langkahnya, apabila di depan ada asap hitam yang sedang membuat satu pembentukan susuk tubuh. Dia memang sah-sah nampak asap itu membentuk sebagai susuk yang mempunyai dua tanduk.

Irin Aryanna cuba kumpul kekuatan. Irin Aryanna juga cuba baca ayat yang jenuh dia menghafalnya semenjak dirinya di ganggu. Ada ketikanya, dia sedar akan khilaf diri yang tidak pernah mahu menyembah Allah SWT. Yang dia sembah hanyalah kemewahan.
Dia membuka matanya kembali, asap hitam berbentuk figura haiwan itu sudah tiada. Irin Aryanna terus menghelakan nafas lega lalu menyambung kembali langkahnya.
Irin Aryanna terpaksa mengerahkan otaknya untuk mencari hipotesis kenapa perkara ini berlaku setelah dia mengenali Dato’S. Sedangkan selama ini, sudah berapa ramai daddy yang menguliti jasadnya itu tetapi tak pernah dia mengalami gangguan berunsurkan mistik sebegini.
Di bawah tangga semula…
“Tak pernah-pernah kau nak ambil cuti, nyah. Kenapa?” soal wanita seksi yang tetap dengan kipas itu. Si rakan di sebelah tersenyum sebelum dia mendekat. Telinga wanita itu dia cari lalu berbisik.
“Hah, itulah… dari hari itu lagi aku dah cakap. Cuba, cuba. Tapi, kau juga yang tak mahu. Sekarang apa sudah jadi?” sindir wanita itu tersenyum sinis sambil melajukan kipas mukanya.
“Aku memang dah lama nak pergi…”
“Tapi, boleh ke kita berdua cuti serentak?”
“Itu kau jangan risau. Tahulah aku nanti macam mana nak kaw tim dengan madam nanti. Aku tak lalu dah jadi macam ini hari-hari, macamlah kita berdua ni tak laku sangat!”

Baru sahaja Irin Aryanna mahu mengetuk permukaan pintu. Pintu sudah ternganga luas. Sofia serta dua orang lelaki yang masih tersenyum lebar itu sedikit tergamam. Irin Aryanna sahaja yang berwajah biasa. Dia sudah mangli.
Masam wajah Sofia menjeling tingkah pelanggan yang enggan pulang itu. Mata kedua-duanya asyik memerhati penampilan Irin Aryanna yang pada ketika itu sedang bersalam.
“Maafkan Irin mak, bukan sengaja tak mahu telefon tapi Irin dari tempat kerja ni,” ujar Irin memberi alasan. Bukan tempat kerja tetapi dari kondo Tan Sri Chan, lelaki berketurunan Tiong Hua itu mahu dia temankan sebelum berlepas ke Macau.
Sebab itulah di tangannya ada dua bungkusan beg plastik dari jenama mahal dan sedang diperhatikan oleh si ibu. Kemudian Sofia kembali merenung tajam dua orang pelanggannya itu. Mereka seakan memahami sambil tersenyum kambing minta diri.
“Siapa ni Sofia? Kenalkan kat aku,” pinta salah-seorang daripada pemuda yang umur hampir sebaya Sofia. Irin Aryanna segera masuk apabila Sofia mengarahnya masuk cepat. Manakala si lelaki hidung belang itu tersengih lagi. Macam selipar koyak!
“Aku bagi warning jangan sesekali kamu berdua ganggu anak aku itu.”
“Oh anak, patutlah cantik. Ala, Fia macamlah aku tak tahu apa kerja dia tu,” celah si rakan pula membuatkan pemuda yang menyoal tadi terdiam. Bagaimana rakannya boleh kenal pula. Dia menjeling wajah si rakan. Si rakan naikkan keningnya.
“Apa maksud kau Rahim? Kalau kau tak tahu cerita sebenar tak usah lah nak memandai-mandai ya. Aku lebih tahu sebab aku ibunya!” Terus Sofia menyanggah. Dia tahu siapa anaknya itu dalam diam, dia juga tahu Irin Aryanna menipu.
Hanya dia yang enggan bersuara kerana dia dirinya juga tidaklah sebaik mana. Mahu membantah juga dia lagi teruk. Tubuh juga tergadai!
Sofia tahu Irin Aryanna sekadar peneman dato-dato tersebut namun dia masih lagi menjaga keutuhan tubuh dari turut tergadai sama seperti mana dirinya itu.
“Apa kerja dia Sofia? Alah, cakap sajalah buat apa nak rahsia,” sahut pemuda lagi satu.
“Aku kata pergi. Lebih baik kau orang berdua pergi. Lagi pun, dah dapatkan? Nak apa lagi?” ujar Sofia dalam nada melengking. Pemuda itu dengan berani berbisik.
“Pergi aku kata. Aku tak akan benarkan!”

RUMAH BOMOH SIAM…

“APA tak cukup kuat lagi ke?” soal wanita botak berpakaian sami itu sedikit menekan serta kedengaran dingin. Wanita di hadapan menggeleng mengiyakan. Mengeluh berang bomoh Siam itu kini.
“Aku mahu sampai m**i!” terang wanita yang terselindung di balik balutan selendang hitam itu. Tangan dikepal. Bomoh wanita keturunan Siam itu perasan akan tingkah tersebut.
“Ada kau bawa barang yang aku mahukan itu?” soal wanita botak itu lagi sambil mulut bergumam dengan tangan pula berawangan atas tengkorak manusia betul itu.
Berselang-seli dengan goyangan loceng kecil. Kedengaran sedikit menyeramkan bagaikan berada di dalam wat Buddha.
“Ada, aku ada bawa semuanya…” sahut figura yang masih lagi terselindung wajah di balik selendang. Tas tangan jenama mewah dia bukakan lalu menarik keluar bungkusan kain hitam berisi segala barang milik si mangsa.
“Ini dia…” ujar wanita berselendang hitam itu seraya menghulur ke tangan wanita sami berkepala botak itu. Dengan mulut yang berkumat-kamit, bomoh dari Tanah gajah putih itu membuka bungkusan hitam atas asap dupa.
Sekeping gambar dia tarik bawa keluar lalu di letakkan atas talam kecil yang telah di bentangkan dengan kain kuning. Dalam bungkusan tersebut ada beberapa barang milik si mangsa. Paling ampuh pad milik mangsa yang masih lagi kotor.

“Sungguh kau mahu lakukan ini? Atau mahu aku tambah saja minyak pengasih yang ada pada kau itu? Aku mahu kau fikir baik-baik kerana perkara sebegini tiada jalan pulang,” ujar bomoh wanita Siam itu mendongak, merenung tajam.
“Ya, aku sanggup asalkan dia mampus!” ujarnya tersenyum senget. Tajam matanya merenung wajah dalam gambar atas kain kuning itu.
“Baiklah, kalau itu kemahuan kau…” sahut si bomoh.
“Aku juga mahu ampuhkan lagi minyak aku tu…” Dengan pantas dia menyampuk sebelum bomoh wanita Siam itu memulakan upacara. Satu kerlingan wanita berpakaian sami itu berikan ke arah kirinya.
Bau kayu colok semakin kuat. Wanita berkepala botak itu sekali lagi mengangkat loceng dan menggoyangkannya. Angin yang tidak terlalu kuat hembusannya menjadi kasar setelah mendengar bunyi loceng.
Memang merinding kala telinga menangkap bunyi-bunyian yang pelbagai itu. Apatah lagi, saat bomoh berpakaian sami warna oren itu bergumam jampi. Jika di teliti dengan betul-betul seakan sama dengan apa yang pernah kita dengar tiap kali melalui perkampungan orang Siam.

Cuma pada bacaannya sahaja yang berlainan. Ini bacaan untuk mengenakan orang!
“Khx rbkwn thex khn ni cn pwy thrman wiyyan tex kxn…” bisik bomoh Siam itu pada sesuatu yang sudah pun berada di tepinya. Namun di mata wanita berselendang hitam itu pula menakutkan dia. Bomoh wanita berpakaian sami itu bercakap seorang diri sambil terangguk-angguk seperti berdoa.
Gambar direnyuk lalu di masukkan ke dalam air kotor. Di angkat semula lalu menggunakan pisau belit berkarat dia memangkah wajah gadis jelita dalam potret berukuran penuh itu. Ada senyuman puas hati terukir pada bibir susuk berselendang hitam tersebut.
Gambar di perenyuk sekuat hati sebelum dia masukkan ke dalam sehelai perca kain kuning kemerahan seperti terkena d***h. Pad juga dia tusuk-tusukkan. Di waktu yang sama, si mangsa di tempat dia sedang berada itu mulai memulas perutnya.

KEMUDIAN dia meminta wanita berselendang hitam itu meludah atas pad tersebut. Wanita yang tersenyum lebar menunduk, lalu meludah dengan sepuas hatinya. Memang dia mahu musuhnya itu musnah!
Segala benda telah bersatu dalam bungkusan kain kuning merah lalu diikat dengan tiga jenis warna benang hidup atas asap colok yang berkelong itu. Mulut sekali lagi membaca mantera dalam bahasa Siam.
“Plxy hi khea tay!” Ayat yang acapkali bomoh wanita berketurunan Siam itu lafazkan dengan sepenuh hati.
Setelah selesai, bungkusan atau buhul sihir itu dia serahkan pada wanita berselendang hitam itu dengan bersyarat.
“Kau faham? Kau jangan lupa pula. Dan ini, minyak yang kau mahukan itu. Aku sudah sediakan kerana aku tahu kau pasti datang semula…” ujar bomoh wanita Siam itu, seakan menyindir. Wanita berselendang hitam yang sedang mengira kepingan not ‘Ringgit Malaysia’ sekadar tersenyum.
Tidak dia kisah di sindir atau tak. Yang pasti, apa yang dia mahukan dia pasti dapat!

Seminggu berlalu…

“IRIN ARYANNA, tunggu dulu. Abang tak habis cakap lagi!” sanggah pemuda itu terus menarik tangan wanita seksi itu agar berhenti dari langkah lajunya.
Dalam masa sama, beberapa keping gambar aksi pasangan itu sedang ditangkap oleh seorang jurugambar upahan. Bukan jurugambar itu sahaja yang sedang mengintip perlakuan mereka berdua di parkir yang agak sunyi itu.
Maya juga ada. Lama matanya memerhati tingkah Irin Aryanna dengan pemuda berbadan sederhana kekar tersebut. Tanpa Maya sedar, bibir melorek satu senyuman yang kelihatan senget.
“Kau masih tak faham-faham lagi ke?” sela Irin Aryanna rimas. Sudahlah tadi dia di malukan oleh Madam hanya kerana silap kecil. Pemuda di hadapan dia pula ini mahu menambah rencah lagi.
“Ya, memang abang tak faham. Dan tak akan abang mahu faham!” pangkah pemuda yang menggelarkan dirinya sebagai abang itu. Dia yang pada mulanya sekadar mahu mencuba nasib, mana nak tahu boleh tidur bersama barang sehari, dua.

Tetapi jika sudah takdir. Dan mungkin juga ujian buat dirinya. Hati yang berniat jahat terpusing lalu menjadi cinta. Cinta yang teramat sangat. Dan sekarang, beginilah dia masih mengejar cinta seorang Irin Aryanna. Ya, dia tahu siapa wanita jelita itu tapi dia yakin dia boleh merubah semuanya.
“Tolonglah sayang,” rayu pemuda itu lagi. Dia cuba mahu memegang kembali tangan Irin Aryanna yang terlepas. Namun dengan pantas Irin Aryanna menolak dada serta jari telunjuk pula menujah dada lelaki itu. Amat dalam.
“Sayang, sakit dada abang saya. Sayang sakit!” keluh pemuda itu benar-benar sakit. Pedih seperti di tusuk dengan benda tajam sahaja rasanya sedangkan jari Irin Aryanna tidak berkuku panjang.
“Kau dah kenapa, Mir? Bila masa aku tusuk dengan pisau? Kau ingat aku ni kejam sangat ke, hah?” sanggah Irin Aryanna setelah tangan di turunkan. Irin Aryanna memang nampak akan perubahan yang berlaku pada wajah Amir.
“Abang, tak berbohong sayang. Sungguh abang rasa dada abang ni sakit sangat… Pedih macam luka tersayat benda tajam. Abang rasa sayang tusuk dada abang dengan pisau… benci sangat ke pada abang ni sayang?” soal Amir kecewa serta ralat.
“Kau memang dah tak betullah Amir. Boleh kau tuduh aku tusuk dada kau dengan pisau?” pangkah Irin Aryanna. Sebenarnya dia juga terasa ada kelainan pada dirinya tadi, namun dia enggan mengiyakan.
Dengan tak semena-mena bulu romanya semua menegak. Irin Aryanna memandang jam di pergelangan tangannya. Pukul dua pagi. Membuka tas tangan berjenama mewahnya untuk menarik keluar telefon pintar.
Orang yang dia nantikan tak kunjung tiba, yang tidak dia sudi pula yang terhegehkan diri. Lagi dia sakit hati apabila di tuduh cuba menusuk dengan pisau. Dia menusuk dada Amir dengan jarinya. Dia nampak bagaimana pula lelaki itu terasa dadanya di tusuk pisau?
Pelik juga!
Tidak sempat menatal skrin telefon, sebuah kereta mewah warna putih sedang menjalar masuk ke arah parkir. Senyuman menguntum tanpa mahu mempedulikan Amir yang tercengang dan tercegat macam patung itu, Irin Aryanna terus membuka langkah.
Kereta mewah berhenti. Baru sahaja, Irin Aryanna membuka pintu dia terjerit kecil dan tidaklah terlampau kuat. Amir juga tidak mendengarnya. Tan Sri A pula ternganga mulut. Dah kenapa sugar baby terbaharunya itu menjerit?
Jenuh dia pandang kiri, kanan memang tidak ada apa-apa yang menyeramkan pun.
“Sayang, kenapa dengan you? Ini I lah sayang… bukan pocong!” ujarnya cuba bercanda terus mendapat hempukkan paha dengan tas tangan mahal dari wanita seksi yang sedang memasuki ke dalam keretanya itu.
“Ganaslah sayang ni,” ujar Tan Sri A dengan senyuman menggodanya. Irin Aryanna meminta lelaki sebaya bapanya bergerak sekarang. Irin Aryanna sebolehnya mahu cepat keluar dari kawasan parkir itu.
Perut masih memulas namun dia tetap bertahan. Manakala Amir pula menghela nafas kekecewaan. Spontan dia menggenggam erat penumbuk. Membuka langkah ke arah kereta MyVi hitamnya lalu permukaan pintu di tumbuk kuat.
“Aouch!” dia mengaduh kesakitan. Belakang tangan yang sakit terus dia kibas-kibaskan.
“Baik, tak apa. Irin, kau tunjuk degil ya? Tak apa sayang… abang tahu nak kerjakan kau!” selanya lalu memegang pintu kereta. Saat dia mahu membuka ada satu tangan lain sedang menepuk bahunya.
“Iya?” soalnya dengan segera berpaling. Kosong. Telan liur lalu mata meliar sekitar kawasan yang sunyi serta gelap itu. Memang tiada orang pun yang mahu ke situ kerana kebanyakan mereka lebih gemar parkir kereta sebelah luar dari dalam.
Kereta milik jurufoto juga sudah tiada. Yang ada hanya kereta Maya. Maya pula masih lagi merenung gelagat pemuda terbabit yang kelihatan sedikit takut.
Setelah masuk ke dalam, berdentum pintu di hempas dan di kunci. Sambil mulut berkumat-kamit membaca segala surah yang dia tahu. Menghidupkan enjin dengan mulut semakin kuat membaca tiga Qul.
“Siapa yang tepuk bahu aku tadi?” soalnya tarik tangan dari menggenggam stereng. Meraup muka. Menggigil dia keseorangan dalam kereta.
Tanpa mahu menunggu terus dia tekan pedal minyak dan kereta bergerak. Seboleh-bolehnya dia mahu cepat keluar dari situ. Amir enggan memandang cermin. Peluh makin banyak. Bibir masih lagi berkumat-kamit.
Berbalik semula pada Irin Aryanna yang sudah pun tiba di rumah sugar daddy~nya itu. Sementara Tan Sri berbincang dengan rakan perniagaan dia yang berada dalam kamar mewah itu hanya meliarkan pandangan mata.
Perut masih lagi memulas-mulas. Mencucuk-cucuk. Nak kata angin berkemungkinan juga. Tapi tak akanlah berhari-hari?
Berhenti tak berapa saat, sakit lama.
“Ish! Otak aku ni pun, boleh pula terfikir sampai begitu? Tak akanlah, mustahil dia nak buat aku macam tu?” omel wanita yang bangun lalu menapak ke arah koridor banglo mahu mengambil angin pagi. Ya, pukul tiga pagi.
Memeluk tubuh tatkala tubuh yang sememangnya banyak bahagian yang terdedah itu di sapa sang bayu malam. Rambut ikalnya juga berterbangan. Yang mana menutupi wajah dia pantas menyebak semula ke belakang.
“Amir?” Tiba-tiba sahaja nama pemuda itu tertulis dalam ingatan. Menggeleng semula. Entah kenapa, semenjak beberapa hari kebelakangan ini dia senang mengesyaki. Mungkin kerana tubuhnya yang dia tahu tidak berapa sihat baru-baru ini.
Dia runsing. Irin Aryanna mahu masuk semula ke dalam memandang kedinginan malam itu amat mencucuk tulang namun sempat juga dia pandang ke langit, bulan besar sahaja. Dia tersenyum sendirian, boleh pula ada wajah Amir.
“Tak akan aku dah jatuh cinta? Perempuan macam aku ni layak ke jatuh cinta?” selanya pada diri sendiri. Memusingkan tubuh.
“Allah!” Terungkap lafaz yang teramat jarang dia sebut itu apabila dia kini sedang berdepan dengan satu kelibat yang merempuhnya. Dia terduduk. Perlahan-lahan membuka pekupan mukanya kembali.
“Sayang, kenapa dengan you?” Tan Sri A benar-benar pelik dengan kelakuan sugar baby terbaharunya itu. Dia membantu gadis jelita itu untuk bangun.
“Tak, tak ada apa-apa. I terjatuh sebab terpijak kain,” terang Irin Aryanna. Penerangan yang menambahkan lagi rasa pelik dalam otak Tan Sri A. Kain?
Liar matanya memandang lantai koridor namun tidak dia nampak ada kain pun. Dia tak sedar gadis jelita yang terketar-ketar itu sudah masuk dalam. Tan Sri A mendongak semula. Mengecilkan mata kerana mahu menjelaskan lagi benda yang sedang dia perhatikan itu, mata spontan membesar tatkala otak sudah berjaya menafsir benda tersebut.
Kelam-kabut dia masuk ke dalam. Pelik, selama ini tidak pernah pula dia boleh nampak benda-benda sebegitu apabila dengan sugar baby lain.
“Jangan-jangan…” desisnya kala terpandang Irin Aryanna.

PINTU kamar dibuka sambil menenyehkan mata yang masih tersisa lagi rasa kantuknya. Pintu terbuka luas. Melangkah masuk lalu tangan meraba dinding untuk mencari suis lampu.
Tap!
Bercahaya. Kosong. Keadaan katil juga tidak seperti baru dikemaskan. Membawa maksud penghuni kamar itu masih lagi belum pulang. Tangan meraba poket kemudian menyeluk ke bahagian dalam. Membawa keluar sambil tersenyum dia meliarkan pandangan mata.
Langkah makin ke dalam. Dia berhenti di tepi katil. Memandang belakang semula iaitu ke arah muka pintu yang terbuka.
Tiada sesiapa pun selain dirinya sahaja. Hujung tilam yang agak berat itu diangkat sambil mengerutkan dahi, dengan pantas bungkusan dalam genggaman dia masukkan ke bahagian bawah serta menyelitkannya di bahagian spring.
Setelah itu tilam dihempaskan. Hujung cadar yang terkeluar seraya dia kemaskan seperti mana sebelum dia usik. Mengibaskan tangannya. Bibir tersenyum.
Melangkah pula ke bahagian meja solek. Sikat diangkat. Beberapa helaian rambut yang ada di gigi sikat dia tarik lalu dimasukkan ke dalam beg plastik kecil jernih. Kemudian mata singgah ke satu bingkai berukuran 3A. Bingkai buat seketika, menjuihkan bibir melihat pasangan bahagia dalam gambar tersebut.
Mulut berkumat-kamit dalam masa yang sama, dia tidak perasan ada sesusuk bayangan muncul secara tiba-tiba di permukaan cermin sedang menatap dirinya dengan tajam.
Bingkai terus diletakkan kembali sedikit kasar atas meja. Dia merenung cermin biasan wajahnya. Sekali lagi berkumat-kamit dengan telapak tangan memegang dagu perlahan-lahan naik kedua belah pipi lalu ke dahi. Dia ulangi perlakuan tersebut sebanyak tiga kali lawan jam.
Ada nama yang sedang dia seru.
Setelah selesai semuanya, dia membuka langkah ke arah dinding menutup lampu kamar. Dia sememangnya suka jika penghuni dalam kamar ini belum pulang lagi memudahkan pekerjaannya itu. Syarat sekiranya mahu apa yang dia hajati itu segera terlaksana.
Menekan alat kawalan jauh untuk membuka pagar elektrik. Seperti biasa, matahari kian meninggi barulah akan nampak wajahnya di taman itu. Bibir masih lagi mengorakkan senyuman. Teringatkan akan bundut-bundut beg plastik berjenama mewah dalam bonet.
Memang betullah apa kata orang, jika mahu merasa hidup mewah dalam masa singkat inilah pekerjaan yang teramat sesuai. Pandai-pandailah menepis sekiranya tidak mahu dibawa ke bilik tidur. Memang ada yang sanggup, tetapi Irin Aryanna setakat yang ringan sahaja. Itu pun dia kena tepis seandainya dia lihat lelaki-lelaki tua mula merenyam.
Pagar terbuka, kereta menjalar masuk. Menekan semula alat kawalan dan pintu pagar tertutup semula. Setelah yakin kedudukan kereta betul, enjin dia hentikan. Pandang sekilas muka pada cermin atas kepalanya. Masih segar tanpa mekap tebal seperti sebelah malam.
Langsir segera dia tutupkan. Maya tahu rakannya sudah balik. Segera dia ke dapur untuk memanaskan sarapan kerana dia tahu Irin Aryanna tak singgah mana-mana untuk sarapan. Itulah rutinnya setiap hari namun dia tak kisah. Dia banyak terhutang budi pada Irin Aryanna sedari mereka dari flat lagi.
Nasib dia dengan Irin Aryanna sama sahaja, dua-duanya anak lorong. Anak dari rahim wanita yang mereka tidak tahu siapakah bapa sebenarnya.
Kembang-kempis hidung Irin Aryanna pabila pintu telah terbuka. Bau menyelerakan namun dia harus mandi dahulu.
Bungkusan yang tangannya dia sedang pegang itu dia letakkan atas sofa. Dia mahu menutup pintu semula.
Pintu dah tertutup tanpa di selak, Irin Aryanna mengangkat kesemua bungkusan plastik berjenama mewah itu untuk menapak ke arah tangga.
Semasa dia menaiki tangga. Ekor matanya yang menunduk dapat menangkap satu kelibat hitam juga menuruni tangga dari sebelah atas namun dalam pergerakan yang laju. Irin Aryanna mendongak. Berlapis dahi kerana hadapannya tiada sesiapa pun.
Menarik nafas sedalamnya sebelum dihela. Menggeleng sambil tersenyum. Mungkin matanya makin mengantuk jadi akan nampak benda-benda halusinasi.
Dah pagi pun. Mustahil ada hantu. Mendesah perut masih lagi sakit. Hampir empat minggu. Dia bukannya tidak melakukan pemeriksaan doktor, scan juga sudah namun mungkin angin dan gastrik.
Paling menyakitkan tatkala dia kedatangan bulan. Sungguh dia terseksa. Memang dia ada senggugut tapi jika sudah makan ubat ia akan berkurangan tetapi bulan ini tidak!
Irin Aryanna tetap menaiki tangga sehingga sampai aras atas. Setelah sampai, dia terus menuju ke arah kamar yang tidak jauh dari tangga. Membuka pintu meraba dinding mencari suis lampu dengan pantas kerana dia mahu tahu cahaya merah apakah itu.
Ada dua biji cahaya merah yang hadirnya dari arah almari. Setelah kamar bercahaya. Irin Aryanna tidak lagi nampak akan cahaya merah tersebut. Melemparkan beg-beg plastik atas tilam lalu menutup pintu.
“Makin busuk lah peluh aku sekarang ni, macam bau mayat,” ujarnya yang tak bertapis langsung sambil mengangkat tangan untuk menghidu. Memang dia sedang berpeluh. Bergerak laju ke arah jendela gelangsar membuka dengan luas agar angin segar masuk walau penghawa dingin telah dia bukakan.
Namun, dia lebih menggemari akan udara luar yang segar. Angin semula jadi sejuknya lain dari angin buatan manusia iaitu kipas serta penghawa dingin. Langsir di selak sekali lagi sambil tersenyum diangkat lalu hujungnya disimpulkan.
Matanya sungguh mengantuk. Macam-macam sudah dia nampak. Mungkin dia harus tidur sekejap.

Selang beberapa minit…

IRIN ARYANNA yang terjaga kelam-kabut keluar dari dalam biliknya kerana perut sudah berlagu. Laju dia menuruni anak tangga simen itu. Bau masakan Maya makin melambai.
Maya tersenyum melihat gelagat rakannya itu kelam-kabut mengangkat tudung saji sebelum dia masuk semula ke dapur untuk mengemas pula. Memang Maya akan mengemas sendiri jika dia yang menggunakan dapur. Tidak tahu kenapa dia enggan bagi Irin Aryanna membantunya.
Berkali-kali Irin Aryanna mencedok mee goreng udang ke dalam pinggan. Sedap sungguh kali ini Maya masak. Dia sudahlah lapar, apa lagi. Bedal!
Biasan cermin memaparkan sesuatu yang memualkan. Ada sesuatu sedang menguit-guit dalam pinggan yang sedang Irin Aryanna gunakan itu. Dan ini, termasuklah yang ada di pinggir bibirnya. Menguit-guit. Benda kecil itu masih lagi bergerak-gerak.
Berkali-kali Irin menyuapkannya ke dalam mulut.

SEBULAN…

“KENAPA dengan kamu ni Irin? Mak tengok muka kamu tu makin pucat makin tak bermaya je? Mengandung? Kamu jangan nak malukan mak pula, Rin!”
Sofia tidak mahu berdolak-dalik. Berterus-terang lebih elok. Irin Aryanna mendongak lalu merenung wajah emaknya, lama. Dia mengeluh. Keluhan dari Irin Aryanna makin meresahkan wajah si emak kerana dia tahu siapakah anak tunggalnya itu.
“Aku mahu kau berhenti dari kerja tu!”
“Kerja apa emak maksudkan? Kenapa pula Irin kena berhenti dari kilang tu mak? Macamana Irin nak sara hidup Irin dengan mak,” tukas Irin Aryanna semakin sebal.
Sudahlah Sofia tuduhnya mengandung, minta berhenti kerja pula. Irin Aryanna sudah biasa hidup mewah tak mungkin dia akan berhenti selagi para ‘Dato-Dato’ dekat luar sana tu masih mahukannya.
“Mak kenapa diam? Kenapa dengan mak ni? Irin pucat bukan sebab mengandung,” terang Irin Aryanna lagi. Dia sendiri pun tidak tahu kenapa, dia berada dalam keadaan sedemikian semenjak-dua menjak ini.
Penampakan yang menyeramkan juga dah acapkali dia nampak bagaikan hijab terbuka pula!
“Habis kalau bukan mengandung apa? Irin ingat, mak tak tahu apa kerja Irin kat luar sana? Kilang?” sindir Sofia dengan segera memandang tubuh anaknya itu atas bawah, atas bawah.
Mewah sebegitu kerja kilang?
Sofia tarik senyum senget. Memang dia hanya duduk di lorong tunggu pelanggan tetapi telinganya tidak pekak untuk mendengar segalanya. Nama anaknya itu terkenal di kalangan para pelanggan yang mempunyai status VIP.
“Salah ke kerja Irin mak?” Sengaja Irin Aryanna mahu menguji Sofia. Entah kenapa, hatinya bagaikan sudah dapat meneka. Sofia mungkin sudah tahu pekerjaan sebenarnya itu. Yalah sehingga bila mampu sembunyi.
Jika bukan datang dari mulut dia, kemungkinan dari mulut orang-orang di luar sana!
“Mak nak kamu cari kerja halal,” sahut Sofia dari duduk mengangkat sebelah kaki atas kerusi makan sambil menghisap rokok kini dia turunkan kakinya ke bawah. Apa yang terdedah sudah tersembunyi kembali dalam kain pelikat.
“Kerja kilang tu halal mak!”
“Sampai bila kamu nak menipu mak?”
“Mak?”
“Irin Aryanna! Cukup! Mak tak nak dengar lagi sebarang alasan. Mak mahu kamu berhenti dari mengejar dato-dato tu. Mak tak suka kamu kerja macam tu, tahu tak. Kamu jangan ingat mak tak tahu siapa kamu. Kamu sugar baby. Sayang, biar mak seorang saja yang dicemuh orang mak tak mahu kamu kena. Faham tak!”
Irin Aryanna menelan liur. Bukankah betul Sofia sudah tahu. Tapi dari mulut siapa? Dua orang pelacur tua di bawah tu?
“Habis mak ingat Irin suka kerja mak tu, hah? Kalau mak boleh jadi jalang kenapa Irin tak boleh? Mak seorang saja nak hidup mewah begitu?” sanggah Irin Aryanna berang. Sofia tidak boleh atur hidupnya. Dia tak mahu hidup susah seperti mana zaman dia kecil!
“Irin!” Sofia menengking lalu laju tangan di angkatkan.
Pang!
Sofia tergamam sambil memandang tangan. Irin Aryanna pula memegang pipi terteleng yang pijar itu sambil memandang sayu ke arah emaknya.
“Nak…” panggil Sofia semula cuba memegang bahu Irin Aryanna. Irin Aryanna menjauh. Pipinya basah. Sofia nampak, dia tahu anaknya menangis kerana perbuatan kasarnya itu.
“Sampai hati mak tampar Irin. Tangan kotor mak tampar Irin? Irin tak akan berhenti kerja tu. Irin tak mahu susah macam mak. Irin bukan pelacur macam mak!” pekik Irin Aryanna membuntang mata menyebabkan Sofia pula terkejut sambil memegang dada yang sakit.
Irin Aryanna mengangkat kembali tas tangan mewahnya dan terus melangkah keluar dari pintu rumah. Sofia tergamam apabila Irin Aryanna membaling beberapa keping not kertas warna ungu depan mukanya. Hina sekali dia rasakan kini.
Irin Aryanna berlari menuju ke arah tangga. Dia juga menangis tersedu-sedan. Dalam masa dia berlari, sakit pada perutnya itu bertambah-tambah. Mencucuk-cucuk. Dia tahu wajahnya makin pucat.
Dia balik ke rumah emaknya itu sebab mahu kurangkan tekanan tak sangka pula jadi begitu. Sofia tidak tahu apa yang sedang dia lalu sekarang ini. Hidupnya jadi huru-hara dengan penampakan tersebut. Irin Aryanna seakan tahu ada seseorang sedang kenakan dia, sebab itulah dia ke rumah emaknya.
Irin Aryanna mahu meminta tolong emaknya untuk mencari mana-mana orang pandai untuk lihat rumahnya. Irin Aryanna sangat tahu sugar baby macam dia, ramai yang mencemburui. Yalah hidup dalam kemewahan!
Irin Aryanna pula, antara sugar baby pilihan para sugar daddy!
Sudah pastilah sugar baby yang lain cemburukannya. Dan tak mustahil juga, ada yang mahu kenakan dia dengan ilmu salah.
“Kenapa kau tersenyum manjang ni, nyah?”
“Eh, kau tak perasan ke?”
“Perasan apa, nyah?” soal si rakan juga memandang ke arah tubuh lesu Irin Aryanna. Kedua-duanya tersenyum-senyum. Irin Aryanna menghentikan langkahnya lalu berpaling setelah telinganya mendengar kata-kata perlahan kedua orang pelacur tua yang tidak suka pada dia itu.
“Oh… jadi kerja makcik berdua lah ya?” sela Irin Aryanna. Kedua-dua wanita yang suka memakai skirt ketat serta singkat itu terdiam. Kipas tangan yang tidak berhenti-henti mengipas muka juga turut dia hentikan dari bergerak.
Irin Aryanna makin mendekat dengan renungan tajamnya. Sakit hati semakin bertambah. Baru kini dia tahu siapa punya angkara. Jadi tidak perlulah dia berteka-teki lagi.
“Kau dah kenapa pandang kami macam tu?” soal si rakan. Yang seorang sudah berkali meneguk liur. Pelik. Macam mana, Irin Aryanna boleh tahu pula akan perkara itu.
“Pulangkan apa kamu berdua hantarkan tu!”
“Hei, hantar apa pula ni?”
“Makcik berdua tak perlulah nak berlakon lagi. Ingat aku tak tahu kamu berdua hantar hantu pada aku? Aku tahu makcik berdua tak laku sebab tu cemburu pada aku kan? Semua jantan kejar aku tak kejar makcik yang dada pun geleber,” sindir Irin Aryanna, puas hati melihat merahnya muka wanita-wanita tua yang tidak sedar diri di depannya itu.
“Kamu!” tengking wanita yang berambut hijau laju mengangkat tangan mahu menampar wajah Irin Aryanna nasiblah si rakan dapat memegangnya. Si rakan di sebelah cuba menenangkan hati walau dia juga terbakar mendengar kata-kata itu.
“Nak tampar aku? Tamparlah!” jawab Irin Aryanna terus mendongak dengan anak mata hitamnya ternaik atas. Tinggal yang putih sahaja.
“Hantu!” pekik kedua-dua wanita tua itu lalu pengsan atas laluan tersebut. Anak mata hitam Irin Aryanna turun kembali dan Irin Aryanna juga berasa pelik dengan perubahan dirinya itu. Tanpa mahu berlengah dan khuatir di tuduh apa pula, dia terus berlari menuruni tangga kotor bangunan flat murah itu.
Tidak beberapa minit selepas dia makin menjauh. Sudah terdengar jeritan orang yang terkejut melihat dua orang pelacur tak laku itu pengsan atas laluan. Termasuklah Sofia. Dia juga pelik.
“Nampak hantu?” soal Sofia pada petang yang sama. Setelah puas bercerita jirannya itu meminta diri untuk pulang. Takut katanya. Nak-nak lagi, makin senja. Sofia tersenyum mana mungkin ada hantu. Kalau ada pun, hantu jantan ada lah.
Sofia masuk semula ke dalam kerana dia mahu bersiap-siap. Malam ini dia tak dapat ikan bilis tapi jerung. Benarlah kata kawannya itu, pakai susuk emas ni elok.
Sofia membuka semula pintu apabila sekali imbas dia nampak ada satu kelibat sedang berlari di depan mukanya. Sofia menjengahkan mukanya memandang kiri dan kanan, kosong.
Semua orang dah masuk ke dalam rumah masing-masing, langit merah. Senja bakal berlabuh. Dari jauh, dah dengar speaker masjid berbunyi-bunyi. Sofia masuk semula ke dalam rumah lalu menutup pintu. Dengan tak semena-mena dia merasa meremang pula.
Sofia tetap tersenyum seraya menggeleng.

SEKALI lagi Irin Aryanna merasa kecewa. Beberapa orang Tan Sri serta Dato yang seringkali menguliti dirinya itu seakan mahu menjauh dari dirinya tanpa sebab yang pasti. Irin Aryanna merasa tidak boleh tahan lagi, dia harus lakukan sesuatu.
Jika tidak, habis periuk nasinya nanti. Tapi siapa orangnya yang mahu melihat kejatuhan dia?
Memandangkan malam itu dia tidak jadi keluar dengan Tan Sri Govinda, Irin Aryanna menelefon seseorang. Dia rasa dia tahu kerja siapa. Siapa lagi kalau bukan Amir!
Kerana mulut Amir jugalah Sofia tahu akan pekerjaannya itu. Amir juga pelanggan Sofia. Ada hati mahu tunjuk baik depan Irin Aryanna!
“Aku tak kisah dah, Lynn. Berapa saja aku sanggup. Baiklah aku tunggu kau sekarang!” jawab Irin Aryanna sebelum mematikan panggilannya. Telefon pintar terus dia masukkan semula ke dalam tas tangan. Bingkas bangun.
“Hah!” jeritnya terduduk kembali atas katil dengan kedua belah kaki turut dia naikkan sekali. Terketar-ketar saat dia mahu memanjangkan tengkuknya untuk memandang bawah.
“Ta… ta… tangan siapa yang aku pijak tadi, hah?” soalnya secara berbisik. Sungguh dia tidak berbohong memang dia terpijak tangan seseorang. Irin Aryanna rasa mahu menangis kini. Apa sebenarnya yang berlaku sekarang ini?
Sudahlah beberapa malam ini, dia keseorangan tanpa Maya. Pergi ke kondo juga dia di ganggu, balik ke rumah Sofia kena bebel sebab itulah dia pulang semula ke sini. Namun makin teruk gangguan yang terpaksa dia hadapi.
“Apa kau dah buat Amir? Kenapa kau seksa aku macam ini?” tuduh Irin Aryanna. Dalam ingatannya tiada nama lain selain Amir kerana wajah itulah yang seringkali dia mimpi selama dia di ganggu.
Menarik nafas dengan sedalamnya sebelum menghelanya. Dengan bismillah dia cuba menundukkan tengkuknya. Mata terpejam dia bukakan. Terketar-ketar dengan pelbagai bayangan seram sedang bermain dalam pemikirannya kini.
Buka mata. Kosong. Tiada apa pun atas lantai. Dengan perlahan-lahan Irin Aryanna menurunkan kakinya. Tas tangan terus dia ambil sebelum berlari ke arah pintu dia tak mahu tunggu dalam rumah.
“Lynn cepatlah datang!” ujarnya yang terketar-ketar menutup pintu dalam keadaan meremang. Liar matanya kini walau dia berada dalam rumah sendiri. Dia berlari ke arah tangga begitu juga semasa menuruni tangga. Dia mahu cepat keluar kerana dia rasa ada yang sedang mengikutinya.
“Aduh sakit kaki aku!” bentaknya bengang. Entah macam mana pula dia boleh tergolek jatuh tangga. Sedangkan dia berlari dengan mata memandang takah tangga. Berdenyut-denyut kala dia cuba bangun. Dia tak boleh tunggu lagi, dia mahu cepat keluar kerana hon kereta Lynn sudah kedengaran.
“Kenapa terhincut-hincut pulak tu?” Lynn yang berada dalam kereta nampak gaya wanita jelita itu berjalan. Tidak seperti selalu catwalk!
“Kenapa dengan kaki kau tu?” soal Lynn apabila pintu kereta tempat duduk sebelah, terbuka.
“Cepat Lynn, nanti aku ceritakan!” gesa Irin Aryanna apabila matanya terpandang lagi ‘benda’ itu. Lynn enggan mahu menyoal lagi terus menekan minyak. Lynn sudah tahu serba-sedikit tentang gangguan yang rakannya itu alami semenjak berkenalan dengan Dato’S serta semenjak mengenali Amir.

Dalam rumah bomoh siam…

“AKU mahu tambah lagi. Hati aku tak akan puas selagi dia tak mampus! Gangguan yang kau hantar kecil sangat!” sanggah wanita berselendang hitam itu. Mencabar kewibawaan bomoh berketurunan Siam itu.
“Huh, gangguan aku yang kecil atau perempuan tu ada pendamping?” soal bomoh wanita berpakaian sami itu seraya mendongak. Dia hadiahkan senyum senget, sinis.
“Apa maksud kau? Tak mungkin, aku kenal perempuan itu dan juga keluarganya. Mereka tiada saka-baka itu semua, saka pun tak mahu perempuan macam Sofia tuh!” sanggah wanita berselendang itu juga melawan tunakkan tajam bomoh dari Tanah Siam itu.
“Dan itu bermakna kau yang tak tahu caranya!”
“Aku datang sini bukan nak mendengar cemuhan kau, aku bayar kau. Jadi kau buat sahaja apa yang aku suruh. Kalau kau rasa, aku bayar tak cukup mahal, aku boleh up kan lagi payment. Kau jangan risau!” ujar wanita berselendang itu sedikit angkuh.

Bomoh wanita berkepala botak itu sekadar tersenyum sambil mengarahkan bayang hitam yang sedang mengelilingi wanita berselendang hitam itu menjauh. Nanti akan dia bagikan ‘upah’nya. Sabar dulu.
Bayang hitam itu ghaib. Dan wanita berselendang hitam itu juga merasa sedikit aman dari tadi yang tiba-tiba meremang. Dia rasa seperti sedang di perhatikan hanya mulut enggan bersuara.
“Baik, aku boleh lakukan lebih lagi dari yang ini. Tapi…” ujarnya seraya mendongak lalu meratah muka beroman sombong itu dengan lama. Wanita itu juga melawan tancapan tajam bomoh tersebut.
“Tapi apa?” soalnya angkuh.
“Kalau wang…” ujarnya terhenti apabila bomoh itu mencelah.
“Bukan wang yang aku mahukan…”
“Jika bukan wang apa dia? Cakap sajalah aku tak ada masa…”
“Itu pun jika kau mampu!” sahut bomoh dari Tanah Siam itu lalu mengeluarkan sesuatu berupa bentuk anak patung dari kain jerami. Wanita yang sengaja menyembunyikan wajahnya di balik selendang jarang warna hitam itu nampak benda yang bomoh itu sedang pegang.
“Apa maksud kau jika aku mampu? Apa selama ini aku tak mampu ke?” soalnya seakan tercabar dengan perkataan yang terluah.
“Dengar dahulu, ya aku tahu kau memang mampu dari segi duit. Tapi kau yakin kau mampu jika aku minta nyawa?” soal bomoh wanita berpakaian sami itu dari merenung dupa kemenyan terus menatap wajah wanita di depan.
Wanita berselendang itu menelan liur. Bomoh wanita tua itu menyengetkan senyumannya.

‘Baru kau tahu…’ Hati kecil bersuara. Wanita berselendang itu kelihatan sedikit pucat. Siapa yang tak cuak jika dengar permintaan sedemikian. Minta nyawa!
“Baik aku sanggup. Asalkan perempuan itu m**i!” sahutnya tanpa mahu berfikir panjang lagi. Bagi dia, bomoh wanita Siam di depannya itu bukannya Tuhan, dia tak akan boleh cabut nyawanya. Dia yakin dan tak ingin m**i selagi segala apa yang dia hajati, tidak tercapai.
Dia mahu kemewahan wanita sial itu menjadi miliknya. Dia mahu lelaki-lelaki bergelar itu menguliti tubuhnya dan bukan wanita sial itu.
“Aku pelik dengan perangai manusia zaman sekarang. Kerana nafsu serakah, sanggup menikam kenalan baik serta d***h daging sendiri,” sindir bomoh Siam itu. Bau colok makin kuat sebelum itu seperti biasa dia akan ambil loceng. Membaca mantera sambil menggoyangkannya.
Wanita yang berselendang itu terpaksa memegang kuat hujung selendang yang hampir mahu melorot ke bawah terkena tempias angin yang meluru masuk secara tiba-tiba. Loceng-loceng kecil yang bergayutan di depan rumah berbunyi riang.
Sambil bergumam. Patung jerami bermata butang hitam itu dia lalu-lalukan atas asap kemenyan. Mantera bahasa Siam semakin kuat kedengaran dan menyeramkan wanita berselendang itu. Laju matanya terpejam tatkala terlihat satu kelibat di belakang wanita berpakaian sami itu.

Dalam rumah dukun …

IRIN ARYANNA terus memekik tanpa sebab. Dia juga terguling-gelantang atas tikar. Lynn yang mahu memegangnya juga terpelanting ke permukaan pintu akibat ditendang kuat oleh Irin Aryanna.
“Kuat ilmu yang dihantar kan ini!” pekik dukun itu yang berpeluh-peluh sambil memejam mata. Tangan pula bersilang-silang atas asap kemenyan. Dia juga dengar akan mantera berbahasa Siam itu.
“Bagaimana ni tok?” Lynn menyoal sambil memegang pinggangnya yang sakit. Dia cuba bangunkan tubuh lalu mengengsot untuk mendekati Irin Aryanna yang masih menggelepar itu tanpa ada sesiapa pun yang memegangnya.
Irin Aryanna terus bangun. Lynn tersentak terus tidak jadi mahu mendekat malah menjauh semula. Irin Aryanna terus mendongak dengan mata putihnya merenung dukun itu dengan tajam sebelum dia ketawa terbahak-bahak dan seakan mengilai.
“Siapa tuan kau?”
“Kenapa kau ganggu tubuh ini?”
“Diam! Kau jangan masuk campur. Aku mahu tubuh ini m**i!” tengking Irin Aryanna sebelum mengilai kembali. Menderam.

Lynn makin mengundur apatah lagi dengan keadaan rambut Irin Aryanna yang kusut serta menggerbang itu.
“Siapa tuan kau? Siapa hantar kau? Apa salah tubuh ini?”
“Tubuh ini menyusahkan aku!” jawab Irin Aryanna seraya bangun dalam keadaan merangkak. Dia cuba mendekat namun menjadi sukar apabila dukun itu membaca sesuatu. Ada halangan di depan Irin Aryanna seperti dinding.
“Aku arahkan kau lepaskan tubuh ini!

Rumah bomoh Siam…

“TIDAK!” bentak bomoh wanita berketurunan Siam itu pula sambil merapatkan kedua belah tapak tangannya mendekati dada dan terus bergumam.
“Perempuan itu bertemu siapa, hah?” tengkingnya pada wanita berselendang hitam itu. Wanita itu menggeleng dengan laju kerana dia juga tak tahu. Sudah lima hari dia tidak balik ke rumah itu. Dia sengaja mahu perempuan sial itu teruk kena ganggu.
“Ah!” jerit bomoh wanita berpakaian sami itu terus menusuk paku berkarat ke perut patung yang sedang dia pegang dengan kuat itu.

Rumah dukun…

BERSEMBURAN d***h yang keluar dari dalam mulut Irin Aryanna . Lynn mahu mendekat namun dukun menegahnya. Itu masih lagi bukan Irin Aryanna. Lynn terus tersandar pada dinding ditemani tangisan. Sungguh dia tak sanggup lihat sahabatnya itu menderita.

PERTEMPURAN dua penjuru antara dua ilmu salah itu tidak lagi berlaku apabila salah-seorang daripada mereka menarik semula ‘tuju’ tersebut. Irin Aryanna juga sudah tidak muntah d***h dan dia juga sudah sedar.
“Biar, aku memang sengaja tarik dulu,” ujar wanita berselendang itu sebelum bibirnya menyenget dengan senyuman sinikalnya. Manakala bomoh wanita berkepala botak itu pula sekadar mengangguk, dia tidak kisah janji pulangan yang akan dia terima lumayan.
Pelanggan mahu menarik atau menghantar semula, itu semua akan dia lakukan selagi bayarannya masuk. Ada tikanya, dia juga tak menyangka penduduk tanah asing ini jauh lagi kejam dari tempat asalnya sebuah perkampungan ceruk hutan.

Pelbagai jenis manusia sudah dia jumpa. Paling sadis apabila ibu sendiri juga sanggup lakukan sedemikian pada anaknya sendiri demi kepentingan diri. Bukan orang luar sahaja. Dan ada juga, para mak Datin yang mahu senjata para suami diikat ketat. Dan kunci pada mereka sehingga maut menjengah.
“Jadi, selepas ini?” soal si bomoh tua itu sambil merenung sebelah kiri wanita berselendang itu. Semakin tidak sabar ‘belaan’nya itu mahu mengikuti wanita tersebut demi d***h.

Itulah yang berlaku, sekiranya meminta bantuan manusia bernama bomoh atau dukun. Mereka pulang ke rumah semula bukan seorang diri seperti mana mereka sampai tetapi akan ‘berteman’ untuk upah.
Wanita berselendang yang sedar bagaikan ada mata yang asyik memerhatinya meminta diri dahulu dan dia akan datang semula dengan perancangan baru. Buat masa ini, biar perempuan sial itu merasa serta yakin bahawa dia suah sembuh seperti sedia kala.
Perempuan berselendang hitam jarang itu, masih mahu mempermainkan serta mendera mental dan jiwa musuhnya itu.
“Nah, kau ambil ini sebagai persediaan sekiranya bomoh yang musuh kau jumpa tu cuba menyerang kau. Kita tak tahu,” ujar bomoh wanita Siam itu seraya menghulurkan bungkusan kain kuning ke tangan wanita tersebut.
Wanita berselendang hitam itu menunduk dan mengambilnya. Dahi berkerut sambil mata berpaling ke bawah. Kosong. Namun dia terasa jarinya terkena sesuatu yang tajam. Bomoh Siam itu tersenyum sahaja. ‘Belaan’nya memang sudah tidak dapat menahan diri lagi untuk menghirup d***h ibu jari kaki mangsanya.
“Aku pulang dahulu. Nanti aku datang semula.”

Bomoh wanita berpakaian sami itu mengangguk mengiyakan sahaja. Begitu jugalah dengan Irin Aryanna dan Lynn, setelah mendapatkan beberapa barangan sebagai persediaan dan perlindungan diri, mereka mahu pulang.
Lynn bersyukur sahabat baiknya itu sudah sembuh semula. Cuma pada pihak Irin Aryanna pula hatinya masih lagi was-was. Tak akan sebegitu mudah sekali dia sembuh. Bila pulang ke bandar nanti mungkin dia akan tahu semuanya.
‘Aku tahu ini mesti kerja bini dato-dato tu. Tak apa aku akan siasat!’ omel hati kecilnya yang masih lagi menuduh tanpa sebarang bukti.

Keesokan hari…

“KAU jangan tuduh aku sembarangan, Irin!” Amir semakin panas hati dengan tuduhan Irin Aryanna. Dia ingatkan perjumpaan ini boleh mendekatkan lagi hubungan mereka tetapi sebaliknya yang berlaku.
Irin Aryanna datang dalam keadaan marah-marah.
“Habis tu, kalau bukan kau? Kerja siapa lagi?” sanggah Irin Aryanna dengan jari telunjuk lurus terhala ke arah muka Amir. Panas hati lelaki itu kini.
Amir bukan sahaja kena tunjal malahan di tolak dengan kasar. Jika jantan lain mahu makan penumbuk dah Irin Aryanna.
“Kau tak perlu tunjukkan jari kau itu pada aku,Irin Aryanna!” Amir bersuara dengan nada menekan. Rasa rindu pada wanita itu semakin terhakis. Dia datang kerana dia dapat tahu Irin Aryanna sakit. Namun kehadiran dia di sambut dengan kata-kata tohmahan!

Pada mulanya memang itu niat Amir kerana dia mahukan dapatkan Irin Aryanna dengan cara mudah. Tetapi niat itu terbantut setelah mendapat tahu bahawa gadis kesayangan jatuh sakit.
“Irin?” tegur satu suara dari arah belakang mengejutkan pasangan yang masih bertengkar itu. Sekejap itu juga kedua-duanya memusingkan tubuh ke belakang.
“Tan Sri Bernard?” soal Irin Aryanna terlupa sesuatu. Dia sedang berada dalam kawasan bangunan perusahaan saham milik lelaki berketurunan Tiong Hua itu. Kiri kanan lelaki yang sudah menjangkau lima puluh enam tahun itu sentiasa saja ada peneman dalam kata lain escort.
Irin Aryanna dapat satu idea dan dia pasti Amir akan bengang. Irin Aryanna membuka langkah menuju ke arah Tan Sri Bernard sambil Amir mengebam bibir menggenggam penumbuk.
“Sayang…” panggil Irin Aryanna terus menyeluk tangannya ke lengan pemuda berbadan sado walau rambut separuh memutih itu. Tan Sri Bernard terus mengucup bibir itu, Amir mahu saja meluru dan memberikan satu tumbukan padu.
Sakit hatinya!

Irin Aryanna tidak mahu berbuat demikian. Entahlah setan mana yang dah merasuk diri supaya berkucupan di kawasan awam. Bukanlah dia tak pernah buat tetapi di tempat tertutup.
“Who’s that man, baby?” Tan Sri Bernard terus menyoal. Dua orang kanannya juga dalam keadaan bersiaga. Hanya menanti arahan dari lelaki berpengaruh itu sahaja.
“Dia bukan siapa-siapa sayang. Jom lah sayang kita pergi, nanti terlewat pula,” ujar Irin Aryanna tidak mahu memanjangkan lagi situasi tersebut. Dalam hatinya tetap ada perasaan curiga pada Amir. Risau juga seandainya, tidak dapat buat pada dirinya, Sofia pula jadi mangsa.
Tan Sri Bernard tersenyum seraya merangkul pinggang sugar baby ke sepuluhnya itu untuk meninggalkan kawasan berkenaan. Amir menahan perasaan. Entah mengapa, timbul semula perasaan mahu menemui seseorang. Dia tetap mahu dapatkan Irin Aryanna dengan apa cara sekalipun.
Minyak dagu juga dia sanggup asalkan tubuh gebu perempuan itu dapat dia peluk.
“Irin Aryanna kau memang cabar aku!”

KONDO…

IRIN ARYANNA masih lagi dalam bath robe manakala Dato’S pula masih lagi lena tidur dalam kamar eksklusif di pent house yang terletaknya di tingkat paling atas kondo kepunyaan Tan Sri Kamal sahabat kepada Dato’S dan dalam diam sugar daddy terbaharu, Irin Aryanna.
Ting! Tong!
Ting! Tong!
Loceng berkali dia tekan dalam keadaan menahan marah. Di sebelah, jurugambar upahan dia juga sedang sabar menanti. Dia menanti pulangan sebenarnya. Dato dan Datin mahu bergaduh, berparang bagai. Dia langsung tidak ambil peduli.
“Hei sundal, mana laki aku hah?!” pekik Datin Rose menengking langsung merempuh tubuh Irin Aryanna yang baru buka pintu itu. Irin Aryanna tergamam dalam masa sama merenung tajam akan jurugambar di muka pintu. Dia seperti pernah nampak!

“Aku tanya mana laki aku? Dasar sundal!” hamun Datin Rose di temani wajah yang merah padam. Irin Aryanna bangun dalam keadaan menahan kesakitan di pinggang serta perut. Mengebam bibir dengan dahi berkerutan.
“Kau siapa?” soal Irin Aryanna kehairanan. Sungguh, dia tidak mengenali akan wanita berkebaya sendat itu.
Yang dia pernah lihat cumalah jurugambar itu sahaja. Di mana, dia juga sudah lupa.
“Huh, pandai kau ya berlakon? Berpura-pura tak kenal aku. Tapi laki aku, kau kenal pula ya? Oh, aku lupa dasar penyondol macam kau ni memang suka sondol macam haiwan warna pink tu! Nak-nak lagi yang kaya macam laki aku!” sindir Datin Rose menyamakan Irin Aryanna dengan khinzir.
Makin berdesing telinga Irin Aryanna.
“Rose!” jerkah Dato’S bercekak pinggang tanpa menyedari akan dirinya itu yang sekadar berseluar separuh lutut. Irin Aryanna cuba melambaikan tangannya namun Dato’S tidak nampak akibat amarahnya itu. Telinga dia juga berdesing.

Malam semalam Irin Aryanna akhirnya tumpas dalam godaan. Dan kini dia terpaksa berdepan dengan isteri Dato tersebut. Ya, Datin Rose merupakan isteri pertama Dato’S. Nasiblah lagi dua tidak hadir sekali menyerang.
Jurugambar nampak saja tercegat sebegitu namun dalam poketnya ada sesuatu yang boleh dia jadikan sebagai alat rakaman. Seandainya Datin Rose tak mampu membayar permintaan dia nanti. Rakaman itu akan dia tularkan.
“Oh, jadi betullah selama ini apa yang Rose tahu ya? Hei, sundal berapa ribu laki aku bagi untuk kau kangkang hah?” jerkah Datin Rose berpaling muka dari memandang suaminya itu terus dia merenung tajam akan Irin Aryanna.
Irin Aryanna mahu menjawab tetapi dengan pantas Dato’S menyampuk.
“Rose, kau balik sekarang. Kita selesaikan perkara ini dekat rumah!”
“Tidak, ini juga rumah Rose. Bukan Rose yang kena keluar…” sindirnya seraya mengerling ke arah Irin Aryanna. Irin Aryanna menunduk. Benarlah apa yang dikata itu.

“Kau, aku tahu kau yang bawa Datin ke sini dan sekarang aku mahu kau bawa dia pulang semula ke rumah. Sekarang! Kau jangan ingat aku tak tahu siapa upah kau untuk ambil gambar aku,” ujar Dato’ S berpaling semula wajah ke arah Datin Rose.
Irin Aryanna sembunyi senyum. Terasa lucu pula bila melihat adegan orang-orang tua di hadapannya itu saling tolak-menolak selagi Datin Rose tidak sampai ke muka pintu. Dato’S sebenarnya cuak juga dengan keadaan tubuh dia sebegitu.
Mungkin akan hancur harapan dia untuk rampas beberapa lagi aset Datin Rose, kerana selama ini dia menumpang kemewahan YM Tengku Rose Alya. Namun dia tetap ada perancangan tersendiri. Irin Aryanna juga akan dia dapatkan sepenuhnya.
Jika malam tadi dia menang besar sudah tentu malam-malam akan datang dia akan menang lagi.
Dari balik tiang, wanita bertopi cap itu tersenyum penuh makna apatah lagi jurugambar bodoh itu sudah menghantar rakaman tersebut.

“Irin… Irin…” ujar wanita itu lagi sebelum dia kelam-kabut tarik semula jaket berhudnya dan memusingkan kembali tubuhnya ke arah laluan ke lif.
“Akan aku pastikan Dato’S juga turut membenci kau!!”

“AKU mahu perempuan perampas itu m**i!” bentaknya walau ditenangkan oleh si rakan di sebelah.
“Aku mahu yang jantan pula m**i pucuk. Aku tak kira kau nak buat apa. Santau pun aku tak kisah. Tapi aku lagi suka dia m**i perlahan-lahan!”
“Apa kata kau hantar saja busung?” cadang si rakan pula mencucuk jarum.

EMPAT BULAN KEMUDIAN…

IRIN ARYANNA tidak tahu sama ada dia perlu bergembira dengan berita yang baru dia dengari itu atau pun tak.
Memang jauh dalam sudut hatinya dia bergembira namun dalam masa sama, dia mulai berasa takut serta pelik. Slip keputusan masih dia pegang sehingga ke bangku tempat menanti nombor giliran di panggil. Tiada siapa pun yang tahu dia ke situ.
Irin Aryanna mahu membuangnya. Dia tahu benda itu akan menyusahkannya. Dia sendiri pun tidak tahu benih siapa. Sungguh, dahulu dia sukar mahu melayan kehendak mereka sehingga ke katil tidak tahu mengapa sekarang dia boleh tumpas.
Dirinya dengan Sofia tiada berbeza pun sekarang ini. Semuanya bermula dari Dato’S. Tetapi bila di periksa lain pula ceritanya. Rahimnya bersih lagi walau kesemua jantan yang dia tumpas itu tabur dalam.
“Kalau aku tak bunting, kenapa perut aku? Angin tak mungkin lah sebegini?” Irin Aryanna masih lagi tidak puas hati dengan keadaan perutnya itu. Sehingga bila dia harus sembunyi dalam balutan korset. Malam, nasiblah mereka semua tak memaksa dia dedahkan semua.
Nite gown serta lingerie yang tersarung pada tubuh cantik, tinggi lampainya itu sudah cukup membuatkan mereka lemah. Sesekali, rasa memulas seperti mana yang dia pernah rasa beberapa bulan dahulu kini terpaksa dia tanggung semula.

“Cik Irin Aryanna!” panggil juru farmasi semakin kuat suaranya kerana orang tersebut masih lagi tidak datang ke kaunter perubatan. Irin Aryanna tersedar dari lamunan bingkas bangun lalu menyarung tas tangan jenama mewahnya itu ke bahu kanan.
Setelah membayar duit ubat. Irin Aryanna mahu ke tandas sebentar. Laluan ke tandas sedikit sunyi. Mahu ke tandas lobi yang ramai orang lalu-lalang dalam proses cuci pula. Terpaksa menapak jauh dari bahagian farmasi untuk ke tandas Ortopedik.
Azan zohor sayup-sayup kedengaran dari masjid. Irin Aryanna sudah nampak tandas. Ternyata terlalu sunyi. Besar dan sedikit menakutkan. Irin Aryanna meliarkan pandangan mata sebelum dia melangkah masuk. Tertelan juga air liur.]

Nasiblah bau masih boleh dia tahan. Cuma ada beberapa atap terutama atas kubikel-kubikel tempat pembuangan hajat ada yang terbuka petak silingnya. Jika malam mungkin menakutkan. Bayangkan sedang asyik melepaskan apa yang sepatutnya, ada kepala sedang memandang bawah.
Paling meresahkan apabila lidah panjang mereka menyentuh atas kepala kita…
Perut makin mendesak agar dia masuk juga. Sambil memandang kiri kanan. Irin Aryanna membuka langkah yang luas dan kubikel kedua yang agak bersih dia masuki.
Amir mengekori sehingga ke tandas tersebut. Dia melangkah masuk. Dia sudah bersedia. Apa saja risiko dia sanggup, asalkan tubuh Irin Aryanna tewas pada dirinya pula. Makin lebar senyumannya.
Amir terus berlari keluar. Tidak tahu apakah sebabnya. Irin Aryanna pula menjengahkan sedikit kepala sebelum dia meluaskan pintu, dia nampak bayangan melalui bukaan sebelah bawah pintu. Kosong, dia membuka pintu dan keluar dalam keadaan berwaspada takut ada orang jahat pula.
Tetap kosong. Menarik nafas sedikit lega. Meletakkan tas tangan atas simen sinki sebelum tangan memulas pili. Lampu sudah mula berkelip-kelip bagaikan mahu blackout. Liar memandang atas terutama bahagian petak yang terbuka mendedahkan palang.

Menunduk semula lalu memalingkan muka kiri dan kanan. Telinganya dihembus seseorang tapi siapa?
Kemudian berpaling hadapan semula dengan lampu berkerdipan. Hati tidak enak. Pili di tutup ketat sebelum menarik tisu. Wajah di dalam pemukaan cermin hadapannya itu, di pandang pelik. Spontan tangan menyentuh permukaan cermin. Wajah itu statik. Sedangkan dia di sebelah luar cermin sedang melakukan pergerakan.
Menggeleng, mungkin dia terlalu mengikut perasaan. Menarik tas tangan yang terbuka, jenguk dalam sambil tangan kanan memunggah isi. Setelah dapat bedak kompek. Membukanya lalu mengambil span dan menyapu bedak di mukanya yang pucat.
Lipstik dari jenama DIOR di angkat keluar dari tas yang sama. Penutup di buka, gincu dia pusingkan sedikit untuk bagi ia keluar sebelum menyapu ke belahan bibir mungilnya. Merah. Mengurangkan kepucatan yang ada.
Memang dia terasa pelik serta takut melihat wajah sendiri yang tetap kaku itu. Menyimpan kembali alat mekap ke dalam tas tangan sebelum di sangkutkan pada bahu kanan. Lampu benar-benar memberi isyarat bakal terpadam dengan pantas, Irin Aryanna melangkah keluar tanpa mahu berpusing kembali.
Perlahan-lahan bibir Irin Aryanna yang ada dalam permukaan cermin itu mengoyakkan senyuman. Makin lama senyuman lebarnya itu kelihatan meluas ke telinga. Beberapa ulat berengga berjatuhan dari bukaan mulutnya itu.
Amir yang dah lama bersedia di balik dinding terus memekup mulut Irin Aryanna dari belakang lalu tubuh itu di tarik agar mendekati tandas lelaki yang kosong. Amir sedikit pelik kenapa Irin Aryanna tidak meronta seperti mana perempuan lakukan saat mereka di serang.
“Kenapa aku macam nampak Amir, ya? Apa dia buat dekat sini?” Irin Aryanna menyoal. Dia baru sahaja sampai ke laluan tersebut. Mengangkat bahu, malas mahu ambil kisah dan dia terus perjalanan untuk ke arah pintu keluar. Dia penat, dia mahu balik ke kondo.
Sehingga ke parkir kereta. Mindanya masih lagi berfikir akan kenapa semua yang lalu-lalang tepi dia tadi, menutup hidung. Jenuh dia hidu bau tubuhnya, tidak pula busuk. Menunduk untuk membuka pintu.
“Assalamualaikum…” Satu suara asing memberi salam dari arah belakang. Irin Aryanna dari mahu membuka pintu kereta terus tidak jadi, kunci di genggam sambil berpaling tubuh ke belakang.

Ada seorang pemuda asing sedang tersenyum padanya namun mata tidak memandang dia tetapi sesuatu yang sedang bertenggek atas bahu Irin Aryanna. Irin Aryanna dengar pemuda itu beristighfar. Irin Aryanna memandang pakaiannya. Bukan singkat mana pun. Gaun saja.
“Ya, ada apa ya? Awak nak cari siapa? Awak kenal saya ke?” Irin Aryanna terus menyoal secara direct. Enggan nak corner sana-sini. Pemuda itu tetap tersenyum lalu mengangguk.
“Awak kenal saya? Tapi kenapa saya tak kenal awak ya?”
“Tidak, saya juga tak kenal awak. Tapi, saya ada sesuatu mahu beri tahu pada awak,” ujarnya dengan tenang. Yang paling Irin Aryanna perasan mata pemuda yang kelihatan alim itu sentiasa memandang atas kepalanya.
Memang kepalanya sedari keluar dari tandas tadi terasa berat. Bahu juga.
“Awak berhati-hatilah ya kerana dalam dunia ini sukar untuk kita mengecam siapakah penjahat. Bukan semua penjahat akan tunjukkan diri mereka sebenar. Ini kad saya jika perlukan sebarang bantuan.”
Hati teragak-agak. Irin Aryanna memandang lagi wajah pemuda itu. Pemuda itu mengangguk. Jangan risau dia ikhlas. Dia tahu wanita yang sedang dia bercakap itu sedang dalam masalah.
“Terima kasih.”

Irin Aryanna mengambil huluran kad tersebut lalu di tenung, lama. Irfan. Ustaz Irfan.
“Baiklah, saya minta diri dahulu,” ujar Irin Aryanna meminta diri. Irfan mengangguk dan apabila wanita itu memusingkan kembali tubuhnya menghadap pintu kereta. Mulut Irfan membaca ayat-ayat suci Al Quran.
Benda yang sedang menjegilkan matanya itu, ghaib setelah mendengar alunan Ayatul Qursi. Setelah itu barulah Irin Aryanna merasakan bahunya sedikit ringan. Kad pemuda itu dia masukkan ke dalam papan pemuka.
Menghidupkan enjin. Sempat lagi dia memandang belakang. Ustaz itu masih lagi belum pergi. Irin Aryanna tersenyum sendirian kala teringatkan kekacakan wajah pemuda yang juga sedang tersenyum pada dirinya itu.
Kereta Irin Aryanna makin menjauh dan pemuda itu hanya mampu menggelengkan kepalanya sambil beristighfar. Jauh dalam sudut hatinya, dia harap wanita jelita akan sedar kekhilafan tersebut.
Sementara itu…

Amir berlari tidak tentu-hala sehingga dia hampir berkali berlanggar dengan para jururawat juga doktor. Enggan menunggu lif dia terus berlari ke arah pintu kecemasan mahu menuruni tangga. Amir keberangan nampaknya, bomoh itu menipu dia.
Irin Aryanna dia tidak dapat. Hantu pula mengejar dia.
“Kau memang tak gunalah bomoh tua!” bentaknya yang sedang berlari menuruni tangga dari setingkat ke setingkat. Entah kenapa dia merasakan tingkat semakin meninggi, sedangkan dia masuk tadi ikut tangga yang sama.
Sepasang tangan menggerutu memanjat naik ke takah di mana kaki Amir sedang berada itu.
“Argh!” Amir memekik sambil terguling-guling atas tangga. Tiba-tiba sahaja dia terdengar suara hilaian. Dia makin bergulingan laju tanpa sempat mahu berpaut pada mana-mana pun.
Berdentum bunyi apabila kepala terhentak pada dinding berdekatan pintu aras dua. Bersemburan d***h pada dinding. Dalam keadaan mata yang samar-samar penglihatannya itu, Amir lihat ada satu bayangan perempuan wajah mirip seseorang yang dia kenali sedang menyeringai padanya.
Amir makin lama makin gelap penglihatannya sehinggalah dia terdengar suara pekikan meminta tolong dan pintu terbuka luas.

“APA yang dia lakukan dalam bilik aku, ya?” Irin Aryanna menyoal dengan mata masih lagi dipicingkan. Dia sengaja membiarkan dahulu tanpa mahu menyerang. Dia mahu lihat apakah yang sedang dilakukan oleh gadis itu.
Manakala si gadis dalam kamar, jenuh memusing dalam kubikel sederhana luas itu. Apa yang dia cari tiada pula. Dia harus bertindak cepat. Benda itu membahayakan.
Prang!
Dengan pantas dia berpusing belakang lalu tajam matanya menatap pintu yang masih terbuka. Manakala Irin Aryanna pula tersandar dengan memeluk tin biskut yang tak sengaja dia jatuhkan dari dalam pelukan.
Kelam-kabut dia bergerak menuju ke arah tangga. Gadis itu sudah sampai di muka pintu, keluar tubuh lalu memandang kiri dan kanan. Tiada sesiapa pun. Hati resah tatkala mengenangkan apa yang dia nampak itu.
Setelah meyakini tiada sesiapa, dia mengundur semula ke dalam lalu pintu di tutup kerana dia harus cepat. Pandang jam, waktu sebegitu tuan pada kamar ini dalam perjalanan untuk ke situ. Kalau tak kerana abangnya, dia malas sebenarnya.

Bukan apa, dia takut dia pula dipersalahkan nanti. Mulut tuan kepada kamar ni boleh tahan bisanya. Mungkin sama dengan bisa ular. Sekali kena memang sakit dan bernanah telinga. Kadang-kala, terdetik juga rasa jahat patutlah ramai mengenakan dia!
Mendongak. Cermin memaparkan tubuh dia. Menunduk semula. Bayangan tadi muncul semula di permukaan cermin. Sekali lagi, dia terasa seperti sedang diperhatikan. Semua laci sudah dia buka juga punggah namun tetap tidak menemui akan benda tersebut.
“Ingat! Kamu harus carinya dengan mata hati bukan mata ini,” ujar satu suara mendongakkan semula wajahnya lalu merenung cermin. Mengangguk, mengiyakan apa yang dikata. Teringat kembali akan situasi itu.
Tutup laci. Pusingkan tubuh kembali ke arah katil. Meliarkan mata. Tiba-tiba telinganya menangkap satu bunyi, menapak laju ke arah tingkap berbalkoni. Kereta mewah milik si tuan punya kamar sudah pulang.
Mengeluh, terpaksa telefon si abang menyatakan dia masih belum menemui akan barang tersebut. Dia mahu meminta tempoh pada si abangnya. Mencari barang seperti itu bukan mudah, ia memerlukan kesabaran.

Sebenarnya, Irin Aryanna tak pergi mana-mana pun. Dia ada berdekatan, sengaja dia buat-buat keluar apabila tempoh masa yang dia mahukan sudah tiba dia pulang kembali. Hati masih lagi resah mengenangkan apa yang dia nampak.
Dia mahu bertanya namun dia perlu cari masa yang sesuai. Bukan menuduh sekadar mahu tahu. Lagi pun, bukan dia saja akan ada perasaan seperti itu malah orang lain pun sama apabila melihat orang yang kita kenali masuk ke kamar kita tanpa izin dan dalam keadaan mencurigakan.
Pintu di buka. Keluar. Pintu di tutup kembali dalam masa sama mata mengadap muka pintu. Maya sedang menonton drama. Irin Aryanna memberi salam seperti biasa.
“Waalaikumussalam…” jawab Maya tersenyum.

“Dah makan ke?” soal Irin Aryanna ingin ke arah tangga. Maya memintanya makan dahulu di dapur, dia ada buat kuih sedikit. Irin Aryanna yang sememangnya menanti Maya masak terus mengangguk dan melencong arah ke dapur.
Maya memerhati tubuh itu bergerak sambil menahan kegentaran. Mulut masih lagi berkumat-kamit. Sehingga bila dia mampu bertahan. Irin Aryanna juga perasan dari balik kerlingan ekor mata. Maya memerhati dirinya dengan satu pandangan pelik.
“Kenapa ya?” soalnya lalu membuka tudung saji. Kembang hidungnya menarik bau masakan Maya. Maya memang pandai masak dari dirinya itu.
Alang-alang mahu melepaskan tekanan akibat Dato’S yang masih lagi menganggunya, baiklah dia melahap kuih. Irin Aryanna dapat merasakan apa yang terjadi selama ini ada berkait dengan isteri-isteri Dato’S.
Jika bukan Datin Rose mungkin datin-datin yang lain. Orang kaya seperti mereka boleh saja upah mana-mana tok bomoh untuk mengenakan dirinya. Jika ia tak betul, macam mana tok dukun yang dia jumpa bersama Lynn hari itu, boleh keluarkan kenyataan sedemikian?

“Aku tak mahu terikat. Kau tolonglah faham. Bini dah empat. Lagi mahu tambah. Senang je kau nak talak isteri kau yang mana-mana je. Dasar jantan tak guna. Kau ingat aku ni betul-betul ke suka kat kau, sorry lah ya… aku suka duit kau saja!”
“Rin, kau bercakap dengan siapa?” Maya masuk ke dapur secara tiba-tiba. Irin Aryanna terdiam. Terus dia menyudahkan kunyahan kuih yang bersisa dalam mulut. Maya mengambil bangku di hadapan sambil mata merenung belakang wanita jelita itu sambil menghembuskan sesuatu.
Benda itu melawannya. Maya tidak takut kerana ilmu yang dia ada lagi kuat. Irin Aryanna spontan menyapu belakang lehernya. “Maya, leher aku ni sejak akhir-akhir ni sakitlah. Lenguh pun iya juga. Kau ada Ameltz Yoko-yoko tak?” soal Irin Aryanna seraya mendongak.
Maya terdiam. Dan ‘benda’ yang sedari tadi asyik bertenggek di tubuh rakannya itu menghilang. Bila tiba masanya nanti pasti dia akan ceritakan juga. Tapi buat kali ini segalanya harus dia rahsiakan dahulu.
“Ada, kau nak sekarang ke?” soal Maya setelah habis minumannya. Seraya bangun apabila si rakan mengangguk. Irin Aryanna menjenguk sekejap. Sebenarnya ekor mata dia nampak Maya sedang berkumat-kamit.
“Ish, tak akan lah,” sanggah Irin Aryanna sambil tangan menjangkau seketul lagi kuih. Tetapi, apabila Maya keluar rasa lenguh-lenguh menghilang.

“Tak silap aku, Lynn pernah cakap yang tok dukun tu pandai menengok sekian-sekian orang. Baik aku cuba. Kadang-kadang kita tak tahu hati orang ni macamana. Maya juga sama saja macam aku…” sela Irin Aryanna.
‘Aku dah lama tak buat kerja tu…’ desis hati kecil Maya langsung melangkah masuk ke dapur. Dia dengar kata-kata rakannya itu. Pedih, namun dia terpaksa tahan demi sesuatu yang harus dia selesaikan.
“Nah, kau nak aku tolong sapukan ke?” ujar Maya tersenyum pabila sudah berada di tepi Irin Aryanna.
“Boleh juga,” sahut Irin Aryanna lalu menunduk. Besar mata Maya saat nampak tangkal yang gadis itu pakai. Tangkal itu tiada gunanya. Tangkal juga akan menambahkan lagi gangguan. Bagaimana Maya mahu nyatakan.
“Lawa rantai kau ni, Rin. Unik,” ujar Maya berbasa-basi sambil tangan ligat menyapu ubat cecair untuk meredakan kesengalan bahu serta leher.
Irin Aryanna teguk liur tak dia sangka Maya boleh tegur. Makin kuat rasa was-wasnya itu.
“Oh, rantai Tan Sri bagi tu dia kan baru balik dari Bali.”
Maya sekadar tersenyum sinis. Maya tahu Irin Aryanna seakan mahu menguji dia. Maya juga dapat merasakan bahawa rakan serumahnya itu sudah mengesyaki sesuatu. Maya harus beritahu abangnya.

“AKU memang dah lama perhatikan dia, Lynn,” sahut Irin Aryanna setelah mereka sampai di halaman depan rumah. Liar mata keduanya memerhati halaman tersebut. Kini, mereka berdua sedang menuju ke arah belakang untuk tanam sesuatu.
“Tak apa, buat masa ini kau berlakon je dahulu. Buat macam tak ada apa-apa. Ingat tu, kita tak mahu dia perasan nanti,” ujar Lynn dengan tegas sambil menyandarkan semula cangkul ke dinding dapur. Irin Aryanna pula mengelap tangan yang bertanah pada gaun paras lututnya itu sebelum menanggalkan skaf kepala.
“Aku tak sangka, babe. Aku dah anggap dia adik aku kut. Aku banyak bantu dia. Aku bukan nak ungkit tapi aku bengang juga. Kalau dia nak sangat datuk-datuk tu… ambil je lah. Tak perlu nak berbomoh bagai!”
Pangkah Irin Aryanna tidak menyedari bahawa diri dia juga menggunakan khidmat yang sama hanya orang yang berlainan. Maya bomoh Siam dan dirinya, dukun Tanah Jawa. Sama sahaja!
Lynn mendengar namun dalam masa sama mulai berasa seram malahan lebih seram lagi daripada dia berada dalam rumah tok dukun tadi.

“Eh, kau ni dengar ke tak? Kau ada nampak apa-apa ke?” soal Irin Aryanna juga memandang sekeliling. Lepas itu, dia pandang pula jam tangan. Ternyata sudah semakin lewat petang. Nasiblah dia pada hari itu, memang tak balik ke rumah tapi kondo.
Sekurang-kurangnya orang tersebut tidak mengesyaki. “Eh, Lynn !” jeritnya geram pula melihat tingkah rakannya itu bagaikan ada nampak sesuatu saja. Tahulah dia tak selalu boleh nampak benda-benda macam tu ikut nasib.
“Aku rasa aku nak balik sekarang. Tahu kan dah pukul berapa sekarang. Lagi pun aku kerja malam hari ni, kang lewat pula aku bersiap. Dan kau jangan lupa pula apa yang tok tu suruh. Lagi satu, aku harap kau tu slow down lah sikit…” pesan Lynn mencuit lengan Irin Aryanna.
Irin Aryanna dari mendengar terus berkerut kening. Nak slow down apa pula? Apa maksud Lynn?
“Apa maksud kau? Sebenarnya apa yang cuba kau sampaikan?” soal Irin Aryanna tidak suka corner begitu. Dia lebih suka jika straight to the point. Lynn menghela nafasnya. Bukannya dia tak nak bercakap benar, tapi dia risau Irin Aryanna yang terasa hati.

“Herm…” desah Lynn. Irin Aryanna makin mendesak.
“Kerja kau tu. Aku harap kau janganlah ‘aktif’ sangat datuk sana-sini. Kau faham tak? Sebenarnya dah lama aku nak tegur benda ni. Aku tahu kerja macam tu, dugaan macam ini pasti akan ada malah lebih teruk dari kerja biasa-biasa macam aku.”
“Kau cuba nak kata aku ke ni?”
“Kejap. Aku tak habis lagi bercakap. Aku bukan menghina kerja kau tu, tak ada terlintas langsung pun. Tapi, aku rasa kau pun tahu kan… apa risiko-risiko kerja kau tu. Mewah, aku tahu kau mewah dan aku tak cemburu pun. Tapi, kau kena ingat sampai bila? Aku tengok kau dah cukup mewah. Tak kan, kau takde rasa jemu?” terang Lynn dengan panjang lebar agar Irin Aryanna memahami.
Bukan terus menghentamnya!
Irin Aryanna menunduk dan menghadam. Menelan liur juga terasa kesat, apa yang dia dengar sebenarnya ada betulnya. Dia yang sengaja tunjuk ego. Sebab dah terbiasa dengan hidup mewahlah, dia sayangkan kerja itu.
Dia tak kisah di hina oleh sesiapa pun. Bagi dia, bukan mulut-mulut orang yang mengata dia itu sara hidupnya.
“Lynn, aku tak tahu. Aku mengaku apa yang kau cakapkan itu betul. Tapi babe… Aku kalau boleh dah tak mahu hidup susah macam dulu. Kau pun tahu kan, siapa aku ni. Anak yang tidak tahu siapa bapak nya. Anak haram,” ujar Irin Aryanna tanpa sedar mata sudah mengalirkan air mata.

“Sayang, maafkan aku. Aku takde niat nak buat kau bersedih. Tak apalah. Aku nak kau abai apa yang aku cakapkan tadi. Cuma jika boleh, aku nak kau berhati-hati dan jaga tingkah laku kau itu. Mulut paling utama yang kau perlu jaga. Kita tak tahu bebe siapa musuh kita sebenar.”
Pelukan, Lynn rungkaikan sebelum dia meminta diri untuk pulang. Azan sudah pun kedengaran. Tidak elok berada di luar rumah apatah lagi kawasan belakang dapur waktu senja. Irin Aryanna menemai Lynn sehingga dia masuk ke dalam kereta dan berlalu.
Sebelum Irin Aryanna masuk ke dalam, mata dia meliar dahulu sambil mulut membaca jampi yang tok dukun minta dia bacakan tadi. Maya mungkin berada dalam bilik, jika tak tentu ada dengar suara drama petang-petang.

IRIN ARYANNA tidak terkejut setelah mendengarnya. Walau dia sedang bercakap dengan seseorang dalam telefon namun tengkuk tetap memanjang menjenguk dari balik dinding, takut-takut Tan Sri Ahmad sudah habis mandi.
Seharian dia dengan Tan Sri Ahmad, rakan kepada Dato’S yang dah lama cuba menjadikan dia kekasihnya. Herm, sugar baby sebenarnya. Irin Aryanna tidak suka terikat.
“Aku nak kata apa lagi,babe. Aku nak pergi melawat pun… kau tahu-tahulah Datin Rose tu macam mana kalau dia nampak aku ke rumah. Mahu dia mengamuk. Nanti aku fikirkan macam mana gayanya untuk aku pergi ziarah Dato. Babe, kau rasa siapa punya kerja? Aku tak syak sesiapa babe,” provok Irin Aryanna namun terpaksa menamatkan perbualan apabila mendengar pintu bilik air di buka seseorang.
Kelam-kabut dia menyimpan telefon pintar keluaran terbaru hadiah Tan Sri Jefry padanya tempoh hari ke dalam tas tangan jenis clutch lalu cepat-cepat bangun serta membetulkan skirt v-neck yang mendedahkan separuh belakangnya itu agar kelihatan cantik.

“Sayang…” bisik satu suara sambil tangan melingkari bahagian atas abdomen Irin Aryanna yang tak sempat berpaling itu. Irin Aryanna terdiam pabila tangan itu kian mengganas. Berpusing tubuh…
Cctv bercahaya merah. Seorang lelaki sedang asyik melihat adegan lapan belas tahun ke atas itu. Kalau bukan kerana tugas. Dia juga mahu joint sekali. Tak tertahan juga menjadi penonton. Siapa tak nak Irin Aryanna.
“Irin… Irin, kau lagi hot dari mak kau yang dah tua tu!” ujarnya menggigit bibir bawah. Adegan demi adegan. Namun, ada sesuatu telah menangkap pemerhatian pemuda tersebut.
“Apa pula tu?” soalnya seraya menekan beberapa butang. Dan rakaman tersebut makin membesar setelah proses zoom. Bagaikan ada sesuatu juga bersama-sama menguliti tubuh yang sama. Pemuda itu terus mencampakkan ear phone.
Peluhnya semakin bertambah tatkala ‘benda’ itu seakan tahu ia sedang berada dalam rakaman terus berpaling dengan mata merahnya menatap tajam ke arah cctv. Ghaib seketika.
“Allahuakbar!” teriak pemuda itu terundur lalu terjatuh dari atas bangku ke atas lantai van apabila ‘benda’ yang tadinya ghaib, kini sedang berada betul-betul di permukaan skrin cctv, menyergah. Tertutup muka pemuda itu kini.
Manakala bagi pasangan yang sedang asyik berduaan itu pula langsung tidak menyedari akan kehadiran entiti yang tidak di ketahui dari mana asalnya itu.
“Hei, sayang! Sayang! I ni, sayang!” bentak Tan Sri Ahmad terpaksa menolak tubuh Irin Aryanna dari terus menghempap serta mencekiknya itu.

“Baby…” seru Irin Aryanna sakit p******g terdedahnya itu kala terhempas atas lantai dari atas katil. Tan Sri Ahmad pula terus mencapai pakaian, mengenakan semula dengan wajah yang masam. Hilang sudah mood bermesranya itu.
“I am sorry, darling. I don’t know why i always be like this…” ujar Irin Aryanna melirih. Sungguh dia makin celaru. Inilah punca kenapa dia makin kehilangan punca pencarian dek kerana ramai antara sugar daddy nya lari pada sugar baby yang lain.
Tan Sri Ahmad sudah pun kembali berpakaian. Rasa marahnya mereda apabila mendengar akan rintihan wanita jelita itu. Dia juga tahu dan sudah seringkali mendengar akan kata-kata orang mengenai Irin Aryanna yang dikatakan ‘memakai’ sesuatu.
“You, kalau I tanya sesuatu boleh?”
“Apa dia sayang?” Irin Aryanna menyoal sambil mendongak. Tan Sri Ahmad pada mulanya berasa serba-salah namun dia harus juga. Dari rasa marah timbul rasa kasihan. Bagi dia, wanita jelita di hadapannya ini tiada apa yang kurang pun.

“I selalu je dengar akan kata orang bahawa you wear something, is it true? How come a modern woman like you also in this age still believed in superstatious thing like black spell?” soal Tan Sri Ahmad berterus-terang.
Irin Aryanna tergamam terus memegang rantai pemberian tok dukun. Baru dia tersedar, mungkin Tan Sri Ahmad tahu rantai itu merupakan tangkal dan menuduhnya pemakai?
Tapi Tan Sri Ahmad tersilap anggap. Tangkal itu bukan untuk kepentingan diri tetapi keselamatan dirinya.
Tajam mata Tan Sri Ahmad melihat perubahan air muka serta tingkah gelisah Irin Aryanna. Membuatkan dia lagi berasa yakin bahawa wanita seksi itu ada memakai sesuatu.
“Sayang, I tahu you juga was-was dengan I sebab desas-desus itu. By the way, sayang. I bukan pemakai. I tak pakai apa-apa melainkan mekap yang mahal. Kecantikan I bukan dari susuk, ok. Terpulang pada you sayang,” ujar Irin Aryanna kini sudah bangun.

Laju tangannya mencapai bath robe lalu memakainya semula. Ringan mulut Irin Aryanna mahu menyatakan bahawa dirinya itu menjadi mangsa aniaya orang yang dengkikannya namun dia tahu lelaki berkarier serta berjaya seperti Tan Sri Ahmad tak mungkin percaya.
“I percaya,” jawab Tan Sri Ahmad seakan mendengar kata-kata hati wanita jelita yang kini sudah pun berpaling ke arah tingkap gelangsar. Irin Aryanna kembali mengadap ke arah Tan Sri Ahmad semula.
“Begini, I ada seorang rakan dan anak dia boleh bantu. Nanti kita pergi sama-sama ya sayang. Maafkan I. I tahu tadi tu, sayang tak sengaja nak cekik I kan?”
Tan Sri Ahmad terus mendapatkan semula tubuh gebu wanita itu dan di dakap erat di hadapan tingkap gelangsar penthouse mewahnya itu. Irin Aryanna mengangguk dan membiarkan tubuhnya di dakap erat. Entah kenapa, dalam diam timbul satu perasaan halus.
Namun dia sedar. Ia tak mungkin kerana dia sedang bersama dengan suami orang malah datuk pada beberapa orang cucu pun. Cuma Irin Aryanna sedikit kagum dengan orang tua kaya itu kerana isterinya tetap satu.
Tan Sri Ahmad dapat tubuh dia pun bukan paksaan tapi dia merelakan. Tiba-tiba Irin Aryanna teringatkan ibunya, Sofia. Kalaulah wanita itu tahu tentang dirinya yang tak ubah seperti diri Sofia…

“SEBAB aku tak suka!” bentak wanita berselendang hitam itu. Bomoh Siam itu kadang-kala merasa sebal dengan sikap wanita yang sudah semakin menginjak ke usia senja itu. Perangainya sama saja dengan Datin Rose yang datang semalam.
Dato’S sakit pun dialah puncanya. Hanya kerana tak mahu suaminya itu menggatal dengan perempuan lain, sanggup dia mengenakan ilmu pengikat yang bomoh itu sendiri enggan melakukan kerana ia amat berbahaya bukan saja pada mangsa malah pada si pelakunya juga, jika tidak kena pada gayanya.
Namun Datin Rose tetap Datin Rose. Apa dia mahu tetap dikotakan. Bomoh Siam itu tidak kisah apa, asalkan pulangan yang dia terima lumayan.
Sekarang, wanita pelacur ini pula. Kerana hasad serta cemburu. Sanggup dia menyihir d***h dagingnya sendiri. Dia yang tidak sedar diri sudah makin senja, cemburu pula pada anaknya yang sememangnya masih lagi muda.
“Jadi kau yakin? Aku memang tak kisah, tapi kau tahu apa akibatnya nanti?” Bomoh Siam itu sudah ingin memulai upacara pemujaannya. Pun begitu, dia tetap mahukan kepastian kerana benda yang akan dia lakukan sekejap lagi tinggi risiko.

D***h sebagai cagaran!
“Ya, aku tak kisah dah. Aku mahu dia m**i!” ujar Sofia bagaikan di rasuk setan tak menyedari apa yang sedang dia lakukan serta perkatakan itu. Bomoh wanita berpakaian sami itu tetap menggeleng dan tangan mulai menggawang atas asap colok sebelum membaca mantera seperti biasa.
“Baiklah. Tapi aku mahu kau sediakan beberapa barang. Boleh kau dapatkan sebelum khamis malam?” soal si bomoh. Selain barangan tersebut dalam otaknya mahu pengeras lain selain daripada duit.
“Apa dia?” soal Sofia mahu tahu.
“Mari dekat dengan aku,” pinta Bomoh Siam itu. Dalam masa sama, dia memberi isyarat mata pada sesuatu yang dia saja nampak. Sesuatu yang tidak sabar mahukan d***h!
Sofia terus angkat tubuhnya namun tidak terus berdiri malah dia merangkak kerana jaraknya tidaklah jauh mana. Setelah dia mendekat, bomoh wanita berpakaian sami serta botak itu terus berbisik. Berkumat-kamit mulut si bomoh dan Sofia pula tersenyum kerana benda itu taklah sesukar mana.
“Tapi ingat. Ada pantang serta caranya,” sampuk si bomoh itu lagi lalu membisik. Sofia baru saja mahu rasa lega terpaksa mendekati mulut berbau busuk itu. Menelan liur kala mendengarnya. Dia sangkakan perkara mudah tapi rupa-rupanya sedikit sukar.
Ada benda yang boleh dia cari, ada yang sukar untuk dia perolehi. “Ah, aku tak kira. Aku pasti boleh dapatkannya,” ujar Sofia penuh dengan keyakinan. Hanya menanti perempuan itu pulang ke rumah dia sahaja. Tahulah dia bagaimana untuk mendapatkan barang tersebut.
Bomoh wanita berketurunan Siam itu juga turut tersenyum penuh makna. Pulangan kali ini akan dia gandakan. Setaraflah dengan upacara yang akan dia lakukan nanti.

Sementara itu…

IRFAN mengucap dengan berkali-kali lantas dia ambil kembali tasbihnya lalu beristighfar sambil jemari membilang biji tasbih. Bayangan visi yang dia nampak tadi mungkin sedikit samar namun dia tahu segalanya.
‘Bagaimana untuk aku katakan pada dia?’ bisik hati kecil Irfan lalu menyambung kembali bacaannya. Dia tidak mengenali siapakah wanita separuh baya yang menemui bomoh dalam visinya itu, namun dia yakin tentu wanita separuh baya itu berkaitan dengan wanita jelita yang dia temui tempohari.
Telefon pintar berdering dari atas meja. Irfan meneruskan pembacaan sehingga habis sebelum dia bangun untuk menjawab panggilan.

“Assalamualaikum bang. Kenapa lambat angkat panggilan adik?”
“Maaf dik, abang baru lepas solat.”
“Oh, tak apalah kalau begitu.”
“Apa perkembangan dik?” soal Irfan lalu menarik kerusi dan melabuhkan punggungnya. Songkok dia buka lalu diletakkan atas meja tulis.
Irfan terangguk-angguk sambil mendengar dengan teliti setiap butir bicara adiknya itu. Benda yang sedang mereka bualkan itu sangat penting dan rahsia.
“Tak apalah. Biar abang cuba dari sini,” sahut Irfan.
Setelah selesai bercerita, Maya menamatkan panggilan. Irin Aryanna juga masuk ke dapur lalu membuka telefon. Sambil tersandar dan memegang kotak minuman untuk dia minum, sempat lagi matanya menjeling apa yang Maya sedang lakukan.
Irin Aryanna tidak dapat mendengar dengan jelas akan isi perbualan Maya namun entah kenapa dia mulai merasakan sesuatu.
‘Kenapa takde sebarang perubahan pun aku tengok pada Maya ni? Apa ilmu dia pakai sampai ilmu yang tok dukun hantar juga tak ada response?’
“Irin!” Maya terpaksa menjerit setelah berkali dia panggil namun rakannya itu mematung diri. Mata pula asyik merenungnya. Dah kenapa?
Jenuh dia menggawangkan tangan depan muka Irin Aryanna.
“Hah, apa dia?” soal Irin Aryanna termalu pula dengan Maya. Nampak sangat sedang memikir sesuatu dan memerhati diri figura tersebut. Maya mengangkat kening isyarat kenapa?
“Kenapa?”
“Kenapa apa?”
“Eheh, kau ni Rin. Aku tanya kau, kau tanya aku balik. Kau kenapa jauh menungnya tu… Aku panggil pun kau tak dengar,” sahut Maya kembali semula ke meja Island dengan sayur-sayuran untuk dia siang dan di jadikan sebagai lauk makan malam.

“Aku bukan bermenunglah, yang,” sahut Irin Aryanna juga membantu rakannya itu dengan mengupas kulit bawang.
“Kalau bukan termenung, tentu aku panggil kau tadi, kau menyahut Rin.”
“Entahlah Maya. Aku nak bercerita pun…” ujar Irin Aryanna sengaja menggantungkan pernyataan. Maya mendongak dan berkerut kening. Irin Aryanna suka begitu, kalau bercakap tak pernah tak tergantung. Dah macam drama thriller pula asyik cliffhanger tak macam drama cinta kadang sedih kadang happy ending. Melalut pula.
“Kalau kau memang ada sesuatu nak share dengan aku, aku sedia mendengarnya,” ujar Maya memang dia mahu tahu sesuatu. Jika tidak, bagaimana dia mahu jalankan perancangan abangnya itu.
Irin Aryanna yang sedang memotong bawang sempat mengerling rakan sebelah dari ekor matanya sahaja. Dia tarik senyum senget. Tolong atau mahu tambahkan lagi?
Rasa curiga Irin Aryanna semakin bertambah dengan kenyataan dia baru dengar itu. Hanya Maya yang masih tidak sedar.

“Irin, kau ada masalah dengan…”
“Hah, Maya aku naik atas kejap ya. Aku terlupa nak standby barang untuk aku bawak nanti,” ujar Irin Aryanna dengan pantas mencelah kerana dia enggan Maya memanjangkan lagi bab tersebut. Maya sekadar angkat bahu kala mendengar. Dia sambung kerjanya kembali.
Dari balik kabinet pinggan mangkuk, Irin Aryanna sempat mengintip Maya. Ternyata rakannya itu sedang sibuk dengan tugasnya. Irin Aryanna terus mengeluarkan satu bunjut hitam dan meliarkan pandangan ke setiap sudut.
Sehinggalah matanya tertuju ke satu pasu bunga. Laju berlari ke arah pasu dan terus membongkok. Pasir dia korek dengan tangan, berpaling belakang semula dan meliarkan mata bila keadaan masih selamat dia berpusing kembali mengadap pasu dan bunjut hitam itu dia masukkan ke dalam pasir yang dia korek tadi lalu dikambus kembali.
Bingkas bangun dan berpusing belakang. Meremang secara tiba-tiba dengan perutnya juga semakin memulas. Rasa mual kembali menjelma menyebabkan dia terpaksa berlari ke luar rumah untuk muntah.
“Irin…” seru satu suara. Irin Aryanna yang mahu masuk kembali ke dalam rumah terus berpusing tubuh. Kosong, hanya ada jalan yang tanpa sebarang kenderaan mahu pun orang lalu-lalang kerana waktu itu sudah senja.
Irin Aryanna yang makin pening serta berpusing kepalanya itu menyapu kedua belah lengan kerana sejuk serta merinding kembali menjengah tubuhnya itu. Irin Aryanna terus berkumat-kamit dan berlari masuk. Tanpa dia sedar dia sedang membawa sesuatu.
Maya hampir terduduk dan bila Irin Aryanna yang sememangnya sedang dalam ketakutan menyoalnya kenapa dengan pantas Maya mengatakan tiada apa-apa. Irin Aryanna berlari menaiki tangga. Maya membaca beberapa p****g ayat kerana ‘benda’ itu sedang berada di depannya dengan mata merah membuntang padanya.

“ARGH!” pekik pasangan dalam kereta mewah tersebut tatkala kereta mewah yang mereka naiki itu bergerak dalam keadaan tidak tentu-hala.
“Allah! Allah! Allah!” ucap si pemandu yang terpaksa membuat lencongan tidak tentu-hala hanya kerana mahu makhluk yang berwajah menyeramkan itu terbang dari menutupi cermin hadapan.
Wajah menyeringai itu seakan sengaja merapatkan lagi muka hodohnya itu. Akibat sukar untuk melihat apa yang ada di sebelah hadapan kereta kerana terlindung, pemandu kereta mewah itu hanya mampu mengucap apatah lagi brek juga tak makan.
Sreet!
Dush!
Pang!
Muncung depan kereta mewah berwarna merah metalik itu terus mencium simen pengadang. Tan Sri Ahmad hanya mampu menjerit memanggil nama Irin Aryanna tanpa sempat menahan tubuh itu dari menjunam ke depan lalu merempuh cermin depan kereta.
Melompat keluar. Pandangan Tan Sri Ahmad juga semakin berbalam dan menjadi gelap. Manakala sang pemandu pula dah terdiam atas stereng kereta yang dilinangi d***h dahinya. Tanpa mereka semua sedari minyak sedang mengalir di bawah kereta.
“Irin…” seru satu suara. Irin Aryanna tetap memanggung kepalanya yang pecah serta penuh dengan d***h untuk melihat penampakan yang tidak jelas itu.

Sementara itu…
“Allahuakbar!” jerit Irfan kecil lantas terduduk tegak kembali. Maya yang hadir dengan dulang juga kelam-kabut mendapatkan abang kandungnya itu dan bertanya kenapa.
“Allahuakbar. Abang tak pasti sama ada bayangan yang abang dapat betul atau pun tidak, Maya.”
“Kenapa bang? Cakaplah!” gesa Maya mulai resah melihat keadaan abangnya itu yang berpeluh-peluh laju dia mengesatnya menggunakan hujung lengan baju tidurnya. Maya terus duduk di sebelah, menghulurkan gelas berisi minuman biar abangnya minum dahulu supaya dapat meredakan sedikit resah.
“Cuba maya call rakan Maya tu.”
“Maksud abang, Irin ? Tapi kenapa bang?”
“Call sekarang…”
Maya terangguk-angguk. Baru sahaja dia mengeluarkan telefon pintarnya dari dalam poket bajunya. Dia mendapat satu panggilan telefon dari nombor Irin Aryanna. Panjang umurnya, ujar Maya dalam hati.
“Ya, waalaikumussalam. Ya, saya rakan serumahnya. Kenapa dengan Irin? Apa? Ya Allah!”
“Saya datang sekarang. Baik-baik saya akan hubungi keluarganya sekarang!”
“Maya, kenapa?” soal Irfan seakan sudah menebak. Dalam visinya itu dia ternampak kereta yang sedang Irin Aryanna naiki itu di ganggu ‘sesuatu’ lalu terbabas. Maya mahu menangis kala menceritakan kecelakaan yang di alami oleh Irin Aryanna.
Irfan menenangkan adiknya dengan mengatakan itu semua sudah ketentuan Allah SWT. Segalanya berlaku dengan keizinan DIA.]

“Mari kita ke hospital sekarang. Maya telefon mak Irin dalam kereta sahaja.”
Jenuh Maya cuba menenangkan Sofia yang meratab hiba di hadapan jenazah dalam bilik mayat itu. Hanya Irfan sahaja yang tetap tenang sambil matanya merenung tajam akan sesuatu yang ikut sekali dengan Sofia.
Sebenarnya sudah lama Irfan dapat perasaan tersebut. Satu perasaan yang tidak enak apabila dia berfikir tentang Irin Aryanna dan rasa itu semakin kuat auranya apabila Sofia iaitu mak arwah Irin Aryanna hadir di depannya kini.
“Puan, harap puan banyakkan bersabar ya…” pujuk pegawai forensik itu. Sofia masih lagi teresak-esak. Sofia berpaling dengan laju apabila nampak sesuatu. Sesuatu yang tidak dia jangkakan.
Pegawai forensik itu menerangkan akan kejadian tersebut. Perlahan-lahan dia menutup kembali kelopak mata Irin Aryanna yang hampir tersembul keluar itu. Muka arwah menakutkan untuk dipandang.
Hanya Maya dan abangnya sahaja yang masih lagi mampu memandang selain pegawai forensik yang sememangnya sudah mangli dengan wajah mayat. Sofia juga takut-takut walau itu anak tunggalnya.
“Adik, abang ada sesuatu mahu tanya,” bisik Irfan secara tiba-tiba ke telinga Maya. Sofia di arahkan menuruti pegawai forensik untuk mengisi borang kematian setelah laporan polis selesai.
Maya memandang wajah abangnya. Angkat kening, isyarat mahu bertanya apa. Irfan mengajaknya keluar sebentar kerana ‘benda’ itu seakan mahu menganggu Maya pula.

“Apa dia bang?” soal Maya setelah mereka berdua berada di luar kamar forensik. Irfan menarik nafas dahulu dan menghelanya. Maya juga gementar mahu tahu. Pemergian Irin Aryanna benar-benar mengejutkan dia.
Walau pihak polis telah mengklasifikasikan kematian arwah Irin Aryanna, sugar daddy serta pemandu mereka sebagai kemalangan namun hatinya tetap merasakan ada sesuatu yang tidak kena. Bagaimana perut arwah boleh pecah sebegitu rupa dan penuh dengan ulat?
“Abang, bukan nak tuduh dik. Tapi, abang rasa ada yang tidak kena dengan Sofia…”
“Sofia?” soal Maya teringatkan wajah wanita yang terlalu mirip dengan arwah anaknya itu.
“Apa abang cuba sampaikan pada Maya sebenarnya?” Maya menyoal lagi. Irfan mengerling sebelahnya. Maya tidak nampak apa yang abangnya itu boleh nampak. Hijab Irfan lebih kuat dari Maya. Sememangnya dua beradik itu dikurniakan sepasang mata yang tajam dalam melihat sesuatu yang orang biasa tidak boleh melihat.
Maya nampak mulut abangnya itu berkumat-kamit. Dan dari situ dia dapat tahu. Ada ‘sesuatu’ juga berada dengan mereka berdua. Maya menelan air liur. Antara dia dengan Irfan, Irfan lagi kuat menghadapi wajah-wajah ngeri itu.
“Berapa lama Maya kenal dengan Irin? Bagaimana perhubungan Irin dengan emaknya?” soal Irfan mahu tahu setelah ‘benda’ tersebut menghilang. Dalam masa sama, Irfan juga merenung belakang dan Sofia masih lagi sedang bercakap sesuatu dengan pegawai bilik mayat atau bilik forensik itu.
“Nak kata lama tu, bolehlah juga. Tapi, kenapa abang soal Maya macam ni? Sebenarnya, apa yang cuba abang sampaikan pada Maya? Cakap je bang,” pinta Maya.

“Maya masih lagi buat kerja itu?” Irfan menyoal. Maya laju menggeleng.
“Abang, sudah lama Maya berhenti abang semenjak abang…” sahut Maya menunduk. Memang pada masa itu, Irfan sangat marah setelah tahu pekerjaan sebenar adiknya itu. Ibu dan bapa mereka berdua sudah memberi pengetahuan agama secukupnya namun tega adiknya itu melakukan kerja itu hanya kerana mahukan kemewahan?
Biar pun mereka tahu asal-usul Maya itu bukan penghalang untuk mereka sekeluarga menjaga serta mendidiknya. Apabila makin meningkat dewasa, Maya telah mereka beri tahu akan siapakah dirinya dengan mereka.
Memang pada awalnya dia bersedih namun saat dia terkenangkan cara layanan mereka sekeluarga yang tidak berbelah-bahagi membuatkan Maya lebih menyayangi mereka. Dan dia amat menghormati abang Irfan nya.
Berbalik semula…
“Abang tanya saja. Abang tanya Maya sebab abang dapat visi kemalangan kawan Maya itu berkaitan dengan angkara khianat orang. Pada masa kejadian, pemandu kereta itu di ganggu sesuatu yang dia saja nampak. Akibat tidak nampak jalan, pemandu tersebut hilang arah. Itu yang menyebabkan kereta mereka merempuh pengadang sempadan antara jalanraya dengan tebing gaung.”
Maya ternganga mendengar penerangan panjang lebar itu.
“Dan abang dapat lagi alamat di sebalik kejadian itu. Sofia,” ujarnya lalu merenung belakang dan Sofia juga sedang memandang ke arahnya. Tajam dan masam wajahnya kini. Irfan kembali semula memandang hadapan.
“Balik nanti kita bincang lagi. Puan Sofia sudah selesai.”
Maya mengangguk dan turut berpaling. Sofia menapak ke arah mereka dengan wajah sedihnya.
“Bagaimana mak, semuanya sudah selesai ke? Bila arwah dikebumikan?” soal Maya membahasakan diri wanita itu sebagai ‘mak’. Dia sudah biasa. Sofia terus membuka ceritanya. Irfan mendengar sambil mata pula memandang ‘benda’ yang seringkali ada di sisi wanita separuh baya itu.
“Nanti Maya bantu mak untuk susun barang-barang Irin,” pinta Sofia tersedu-sedu. Maya mengangguk sambil tangannya masih lagi berada di belakang bahu wanita itu. Menenangkannya. Irfan mendengar dan mungkin ini merupakan peluang untuk dia lakukan sedikit siasatan.
Setelah beberapa jam usai majlis tahlil dalam rumah flat milik Sofia itu. Sofia masih lagi tidak dapat tidur dengan lena. Baru sahaja dia memejamkan matanya pasti akan bermimpikan arwah. Arwah menjerit-pekik dengan menuduh dia puncanya.
Sofia tahu itu bukan arwah. Sofia terus bangun. Mata meliar dalam kamar yang gelap itu. Di sebelah, lelaki degil itu tetap mahu ‘bersama’ dia pada malam tersebut. Jenuh Sofia menolaknya tapi dia tetap berdegil. Dan kini, pulas tidurnya.

BAB 13

Seminggu kemudian…

IRFAN dan Maya masih lagi berdiam dalam kereta. Maya mahu keluar kerana dia mahu melihat dengan lebih dekat lagi namun di tegah oleh Irfan. Merbahaya!
Tambahan pula mereka berada dalam kawasan hutan. Kedua beradik itu mengikuti Sofia setelah Maya mencuri dengar perbualan wanita itu dengan seseorang yang dia panggil sebagai Mak Mawar. Dan sekarang ini mereka sudah berada di tepi belukar yang mengadap ke arah rumah Mak Mawar.
Sebenarnya nama bomoh wanita berketurunan Siam itu bukan Mawar tetapi Som Prat.
Sengaja Sofia bersembang serta memberi nama Mawar kerana wanita itu tahu, Maya sedang mengintip dirinya. Sofia berterima kasih pada cermin yang memaparkan tubuh si pengintip itu dari balik dinding rumah Irin Aryanna.
Berbalik semula di kawasan rumah Bomoh Siam…
Sofia tersenyum pabila mahu menaiki tangga. Dia memang tahu dia sedang diikuti.
“Maya, Maya. Jangan ingat aku tak tahu apa yang kau dah buat. Aku tahu Maya…” ujarnya namun terdiam lalu berpusing belakang dari atas tangga. Kosong. Sofia resah dan menaiki takah tangga itu dengan laju.
Sofia berasa tidak senang hati selagi tidurnya seringkali di ganggu dengan kehadiran arwah Irin Aryanna. Tujuan dia menemui bomoh wanita berpakaian sami itu di sebabkan akan hal ini. Dia sudah tidak tahan lagi. Dia harus berbuat sesuatu sebelum semuanya terbongkar.
“Aku tahu. Kau duduk sahaja,” ujar wanita berkepala botak yang sedang memasang api colok. Sofia yang ternganga dek kerana mahu memberitahu terus duduk. Memang bomoh wanita berketurunan Siam yang rakannya itu cadangkan sangat hebat.

Seperti biasa, loceng kecil diangkat lalu digoncang-goncang bersama kalimah mantera berbahasa Siam. Sesekali memang akan kedengaran seperti dengung kumpulan lebah.
Angin serta-merta masuk ke dalam rumah menggoyangkan gantungan botol-botol kecil yang berisi patung kecil berkepala botak perut buncit serta cecair jernih.
Irfan dan Maya dalam kereta saling bekerjasama. Kereta mereka sedang di ganggu. Pintu berkunci dengan sendiri sehingga sukar untuk Irfan membukanya. Beberapa kelibat hitam lalu-lalang di depan mereka berdua.
Nasiblah Maya tidak keluar jika tidak, dia dahulu yang terkena gangguan tersebut.
Ada satu lagi kereta yang memasuki ke laluan rumah bomoh berketurunan Siam itu. Maya orang pertama yang nampak akan wajah si pemandu. Datin Rose!
Tetapi entah mengapa, Maya nampak Datin Rose seperti tidak selesa dan dalam keadaan takut-takut sahaja. Maya cuba memicingkan lagi pandangannya sehinggakan dia tidak mendengar akan arahan Irfan. Irfan turut memandang arah yang sama kerana mahu tahu.

“Kalau Maya nak tahu…” Irfan mencelah. Dan membuatkan kepala Maya berpusing arah lantas mengadap wajahnya pula.
“Wanita itu juga sama-sama mahu buat Irin Aryanna. Abang nampak dalam bayangan abang itu. Mungkin pada mulanya masih samar tapi syukur Allah SWT telah membantu abang. Namun mungkin ‘tuju-tuju’nya itu terpesong arah lalu pergi ke arwah Dato’S.”
Ya, memang Dato’S meninggal sebelum kemalangan yang melibatkan Irin Aryanna dengan Tan Sri Ahmad. Namun lelaki korporat yang ini amat bernasib baik sekali kerana tembelangnya sebagai sugar daddy, tidak pernah pecah walau sekali.
Maya terdiam mendengar cerita dari abangnya itu.
Maya mendongak lalu memandang ke arah tadi, kereta Datin Rose sudah tiada. Kelibat-kelibat yang menganggu mereka tadi juga tiada. Pintu juga sudah boleh dibuka. Irfan menarik nafas kelegaan.
Sementara itu…
“Sudah, kau sudah boleh pulang dengan hati yang tenang. Aku yakin roh anak kau itu sudah faham,” ujar bomoh wanita berpakaian sami itu sangat yakin perbualan ghaib antara dia dengan roh si m**i sudah menemui kata sepakat.
“Cuma satu…” ujar bomoh wanita Siam itu lalu memandang wajah Sofia. Sofia turut merenungnya.
“Kau dah tak perlu rasa tercabar lagi. Anak kau pun sudah tiada. Lelaki-lelaki kau itu semua tidak akan mengejar anak kau lagi melainkan yang lainlah,” ujar bomoh Siam itu lagi lalu tersenyum penuh makna.
“Baiklah. Tapi aku,mahukan barang itu…” ujar Sofia seraya menjuihkan bibirnya dan merenung botol yang bergantungan atas kepala mereka berdua itu. Bomoh Siam itu sudah lama tahu, wanita-wanita seperti Sofia serta anaknya seringkali menggunakan cecair dalam botol itu. Pemikat!
“Boleh, kau mahu yang kuatkan?” soal Si bomoh tersenyum penuh makna. Sofia yang memahami terus berbaring di hadapan bomoh dari tanah Siam itu. Bomoh wanita berpakaian sami itu terus membaca mantera sambil menggoyangkan loceng.

Irfan mengambil keputusan untuk pulang dahulu. Maya setuju sahaja dengan setiap cadangan abangnya itu. Sebenarnya Maya tak menyangka Sofia seorang ibu yang kejam.
Kerana jantan-jantan tidak berguna itu sanggup dia menyeksa anak tunggalnya itu dengan ilmu sihir.
Jadi selama ini, Irin Aryanna sakit perut itu semuanya berpunca dari ibunya sendiri. Jadi tidak hairanlah selama ini, Maya selalu nampak beberapa kelibat berlegar-legar dalam rumah mereka serta kondo Irin Aryanna tanpa wanita jelita itu ketahui.
“Kasihan kau,Irin. Aku dah cuba beri tahu pada kau…” ujar Maya berasa sedih serta kesal.
“Bukan salah kau dik. Kau dah cuba. Abang tahu itu, dik. Tak apa berdoa sahajalah agar roh arwah dalam lindungan rahmat Allah SWT.”
Maya mengesat air mata yang sudah mengalir pada pipinya sambil mengangguk. Dalam masa sama, dia ralat Irin menuduhnya yang bukan-bukan. Kalau tak kerana rakaman cctv yang terpasang dalam rumah mereka, sehingga ke hari ini, dia tidak akan tahu apa yang Irin Aryanna lakukan bagi memerangkap dirinya.
Kini, Irin Aryanna pergi membawa dosa menuduhnya selain dosanya sendiri serta pergi ke alam sana dalam keadaan tubuh di saluti kekotoran. Kerana pada masa itu, pasangan itu baru sahaja selesai ‘bersama’.

LEBAR senyuman Sofia setelah menutup pintu. Dalam dadanya sarat dengan duit kertas pelbagai warna hasil pada malam itu. Langsung tiada rasa penat. Hebat penangan susuk Siam yang bomoh tua itu tusukkan pada bahagian bunga miliknya.
Pun begitu minyak dalam botol yang sentiasa ada dengan dirinya itu masih lagi menjadi peneman setia dia.
Walau dia terpaksa menumpahkan darahnya demi nafsu. Kelam-kabut dia seluk dadanya menarik keluar wang berkepul. Baru sahaja dia menghenyakkan p******g pejalnya atas bangku kusyen yang koyak-rabak sana-sini, tiba-tiba pintu di ketuk dari luar.
Kuat pula tu.
“Ish, jantan mana pula ni? Aku baru nak rehat. Tapi tak apa, duit tu duit. Ha… baru mereka tahu Sofia macam mana,” ujarnya sambil mencium duit yang dia masukkan semula ke dalam dadanya.
Ketukan pada pintu memang kuat lain macam. Bagaikan mahu roboh pintu di buatnya. Tak reti perkataan sabar!
“Kut iya pun kau orang bersabarlah sikit. Tak lari gu…?”
Pintu terbuka luas. Muncung serta wajah menggoda Sofia turut menghilang. Sekejap itu juga bibirnya terketar-ketar. Patutlah malam itu tiada langsung salakan anjing. Sunyi sangat semasa dia menghantar para pelanggan ke muka pintu yang menghadap bangunan flat lain serta bandar.
Sofia kelam-kabut mahu menutup pintu namun menjerit kuat apabila susuk tubuh berbungkus itu membuka serta meluaskan rahang mulutnya dengan seluas-luasnya lalu berjatuhan ulat penghurung mayat. Bau busuk menerawang ke udara.
Makin laju Sofia mahu menutup pintu namun tubuhnya terdorong dengan sendiri ke dalam rumah sebelum benda itu melompat masuk ke dalam dan pintu terhempas kuat.

“PERGI aku kata!” pekik Sofia masih lagi terjerit-pekik dalam rumah tanpa ada yang datang menjengah apatah lagi mahu membantu. Bangunan lima belas tingkat itu boleh di katakan semua para penduduk mempunyai pekerjaan sama seperti Sofia, dan sudah semestinya mereka sedang asyik melayan pelanggan.
Mana kan boleh mendengar jeritan dia dalam rumah itu. Tambahan pula Sofia tidak di senangi ramai penduduk. Bukan sahaja dengki padanya malahan yang kurang gemar dengan sikap bongkaknya itu.
“Aku kata tolong jangan ganggu aku!” pekik Sofia terpekup-pekup muka setelah puas menghalau dengan gawangan tangan. Namun susuk tubuh berbungkus berbau kapur barus itu tidak sedikit pun mahu berganjak.
“Kenapa kau b***h aku?”
“Kenapa kau b***h anak kau sendiri?”
“Sampai hati kau Sofia…”
“Tidak, aku kata tidak!!!” Sofia memekik dan bingkas bangun dengan sekuat hati dia merempuh akan susuk itu namun dek kerana ia sekadar bayangan. Tembus. Sofia sudah tiada jalan lain lagi melainkan keluar dari rumah buat seketika walau dia tidak tahu mahu pergi mana.
Sambil menangis teresak-esak dia kelam-kabut membuka pintu. Dia bernasib baik kerana grille masih tidak dia manggakan. Sofia terus berlari tanpa mahu menutup pintu dengan rapat. Dan susuk berbungkus itu juga ghaib.
“Kau b***h aku…” Suara itu tetap mengekori larian Sofia. Sofia tersembam atas lantai saat dia mahu menuruni aras satu lagi. Sofia bangun walau terpaksa menahan sakit serta pedih kerana kulit lutut serta dahinya luka.
Dia harus cepat turun untuk ke kawasan parkir bawah. Mungkin ada orang yang boleh dia minta tolong. Sofia terketar-ketar memegang besi tangga. Sungguh dia benar-benar dalam ketakutan kini. Pada mulanya dia ingatkan penunggu minyak yang dia pakai itu menuntut d***h, namun sebenarnya tidak.
Sofia kenal akan empunya tubuh berbunjut tiga itu. Sofia semakin lelah entah kenapa, tangga juga dia rasakan terlalu banyak apabila berada dalam ketakutan. Sofia berkerut dahi kerana tingkat yang sama saja dia berada iaitu tingkat empat. Nombor yang tidak digemari oleh kaum Cina.

“Kau b***h aku!” pekik suara misteri itu sekali lagi. Entah bagaimana dek terlupa bahawa dirinya sedang berada atas tangga, Sofia melepaskan pegangan pada besi pemegang tangga dan memekup telinga sambil berlari.
Berdentum. Jatuh lagi kerana kakinya ditarik sesuatu. D***h pada dahi semakin banyak keluarnya. Sehingga ke aras itu, tetap tiada sesiapa pun yang melaluinya sama ada mahu turun atau naik. Sofia keseorangan.
“Ya Allah sakitnya…” lirih Sofia yang baru mahu mengingati nama Allah SWT. Sedangkan selama ini dia alpa. Lelehan d***h dia seka dengan jari. Namun makin banyak pula. Dia menangis dengan semahunya di aras itu.
Bau kapur barus kembali menyesak hidung. Sofia yang memejamkan mata menahan sedih serta sakit. Terpaksa membuka matanya kembali lalu perlahan-lahan dia mendongak dengan tubuh yang gementar.
“Kau pembunuh!” sergah benda berbungkus itu dengan mendekatkan muka ngerinya ke muka Sofia. Sofia tergamam sambil menekap dadanya yang sakit. Sofia terlentang atas lantai dalam keadaan mata terjegil serta mulut ternganga.
Susuk tubuh berbungkus itu ghaib.
“Mak!!!” jerit Maya dan Irfan berlari mendapatkan Sofia yang sudah terbaring itu. Apa yang Irfan dapat rasakan memang betul. Maya memanggil-manggil nama wanita itu sambil menepuk pipi, Maya berasa sedih melihat keadaan wanita itu.
Di penuhi dengan d***h. Mata pula terjegil sebegitu rupa. Irfan melalukan jarinya bawah hidung Sofia lalu memandang Maya. Perlahan-lahan dia gelengkan kepalanya. Maya tersentak. Maya memang tahu Sofia ada sakit jantung.

Irfan pandang ke satu arah dengan lama sebelum dia beristighfar. Maya mendongak.
“Abang…” panggilnya juga merenung arah yang sama. Kedua mereka nampak benda yang sama. Susuk tubuh berbunjut serta bau kapur barus yang sangat kuat. Walau wajah itu amat ngeri namun kedua mereka kenal.
“Irin…”
“Apakah kau penyebabnya?” soal Maya lalu merenung keadaan wajah Sofia. Wajah wanita separuh baya itu berada dalam keadaan yang terkejut. Jika tidak, matanya tidak terbeliak sebegitu rupa.
Irfan sudah pun menghubungi ambulans serta polis. Pada malam yang panjang itu, bangunan yang selama ini sunyi hanya meriah di sebelah bawah terutama sekali sebelah malamnya kini riuh-rendah dengan penemuan mayat Sofia yang m**i dalam keadaan terkejut sebegitu rupa.
“Mangsa m**i berkemungkinan akibat terlalu terkejut serta penat. Mangsa pergi lebih kurang beberapa minit…” terang pegawai forensik tersebut. Menurut dia lagi tiada unsur jenayah.
Setelah jenazah di bawa turun. Hanya tinggal Irfan atau Ustaz Irfan masih lagi berada dalam kawasan aras itu. Maya dia minta agar turun dahulu dan selesaikan apa yang patut.

Irfan membaca sesuatu sebelum ada sesuatu muncul di hadapannya. Irfan terus membuka matanya.
“Pergilah dari sini. Aku tahu kau hadir kerana mahu melangsaikan hutang. Dan kini hutang itu telah pun terlangsai…”
Susuk tubuh berbunjut tiga itu pun ghaib. Dan Irfan menghelakan nafasnya sebelum berpusing tubuh ke arah tangga.
Sementara itu di dalam rumah Sofia. Penunggu kepada minyak neraka itu ternanti-nanti akan pemiliknya.
Dan sekiranya bakal ada penghuni baru, kemungkinan ia akan menganggunya kerana dia lapar.

MAYA mengangguk dengan laju. Timbanya yang tak sengaja dia lepaskan diangkatkan semula. Semasa dia menunduk, sekali lagi dia nampak sesuatu. Jika tadi sebelah atas kini bawah pula sambil mengangakan mulut.
Setiap kali air mandian berdarah itu jatuh, makhluk berambut panjang itu akan meminumnya. Dan di situ, bukan dia seorang sahaja yang boleh nampak tetapi ada seorang lagi iaitu ketua jururawat yang di tugaskan untuk memandikan jenazah.
“Tidak mengapalah dik. Apa yang kita berdua nampak tu, janganlah di bukakan pada sesiapa ya. Mungkin itu bahagian arwah, bahagian kita mana kita nak tahu apa pula nanti, kan?” soalnya sebelum menyudahkan mandian pada tubuh arwah Sofia.
Maya mengiyakan. Bahagian bawah Sofia terpaksa mereka sumbatkan agar ia tidak lagi berair serta berulat.
“Kak, kita tak boleh biarkan. Saya rasa arwah ni pemakai,” sahut satu suara. Ketua jururawat menghelakan nafasnya. Maya juga mengangguk kerana dia juga yakin ada yang tidak kena pada bahagian tersebut.
“Macam mana kita nak buat? Kita bukannya bomoh. Hanya bomoh yang memasangnya sahaja yang boleh mengeluarkan benda itu. Tak apa, hanya cara ini sahaja yang kita semua mampu bantu. Selebihnya kita berserah sahajalah.”

Hampir setengah jam proses mandian akhirnya usai dan kini mahu melakukan proses kafan pula. Sama juga, hanya Maya dan ketua jururawat yang paling banyak menahan sabar dek hijab mata mereka yang terbuka.
Pun begitu, nasiblah ketua jururawat itu berpengalaman. Sekurang-kurangnya proses kafan dapat mereka selesaikan dengan segera. Jenazah mahu di kebumikan dengan segera.
Dari proses mandian, kafan dan kini setelah selesai di solatkan, jenazah yang sudah siap dalam kain kafan itu sukar untuk di angkat pula. Dari lima orang menjadi sepuluh orang dan terpaksa berkerutan muka serta berdeheman untuk mengangkat jenazah.
Jenazah menjadi terlalu berat. Bagaikan sebelah atasnya di hempap sesuatu. Dan perkara yang sama berlaku juga pada arwah Irin Aryanna. Tiada yang tahu apakah asbabnya.
Irfan menadah tangan selain imam surau berdekatan memohon doa mempermudahkan proses pengebumian arwah Sofia. Jam semakin menghampiri lima setengah pagi, barulah jenazah dapat di angkat masuk ke dalam van jenazah.
Irfan dan Maya pergi juga ke kubur dengan kereta mereka. Setiap soalan yang Maya kemukakan Irfan enggan menjawabnya. Yang sudah pergi itu, biarlah. Siapa mereka mahu menghukum?

Malam keesokan hari…

IRFAN terjaga sambil meraup mukanya yang di penuhi dengan peluh. Beristighfar seorang diri. Dia bermimpikan arwah Irin Aryanna datang berjumpa dengannya dalam keadaan tersenyum sahaja tanpa ada patah perkataan yang keluar.
Sementara itu…
Maya duduk dalam kamar arwah Irin Aryanna sambil mengenakan pakaian arwah. Menggunakan alatan mekapnya serta beberapa barangan lagi.
Telefon pintar bergetaran. Tersenyum, sebelum dia bangun untuk keluar. Pada abangnya, Maya katakan ada sesuatu perkara yang perlu dia selesaikan dengan seseorang. Bunyi hon kereta melebarkan lagi senyumannya.
Maya dengan segera keluar dari kamar arwah dan menuruni tangga dengan pantas tanpa dia sedar ada mata sedang memerhati dari balik sudut gelap dengan rautnya yang amat sedih.
“Hai sayang, lama tunggu…” ujar Maya pada Tan Sri Ahmad yang sebenarnya masih lagi hidup namun dia menghilang. Segala perancangan mereka berdua berjalan dengan begitu teratur sekali.
Langsir yang terselak dia tutupkan. Irfan duduk semula atas katil sambil menggelengkan kepalanya.
“Ya Allah, aku pohon pada Mu agar berikan petunjuk pada adik aku…”

TAMAT
SUNDAY
1700 PM.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ratih Lakshmi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 43 Average: 4.2]

2 thoughts on “KHILAF”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.