Kisah Abang Zul 4

Hai nama aku Arif dan cerita ni hanya secebis dari pengalaman hidup aku, sebelum aku jadi pelupa, baik aku kongsikan….

Korang rindu cerita dari aku ke? Maaflah duduk berjauhan dengan keluarga ni, kebanyakkan masa malam, aku habiskan dengan ‘video call’ anak.. Rindu nak balik rumah dan makan masakan bini. Anyway, stay safe dan doakan aku cukup tabah menyambut puasa sendirian diperantauan kali ni..

So, Sebuah lagi cerita yang aku kutip dari ex bomba – abang zul, yang duduk berjiran dengan aku masa di melaka.

Cerita yang menurut Abang Zul, tak berapa seram, tapi menjadi misteri untuk dirinya dan staf-stafnya semasa kejadian tersebut..

Malam tu, shif abang zul akan tamat pada pukul 12 malam, sepanjang hari tersebut takde panggilan yang memerlukan beliau keluar dari ‘base’, jadi kerja yang dilakukan lebih menjurus kepada kerja dokumentasi disekitar ‘base’ sahaja, jika tiada panggilan untuk dia keluar.

Kata abang zul, lewat 11.35 malam, ada sebuah panggilan masuk, report mengatakan berlaku insiden b***h diri disebuah taman perumahan di kawasan pinggiran bandar. Menurut Saksi yang menjadi pemanggil, saksi kata nampak mangsa cuba untuk mengantungkan diri didalam rumah.

Disebabkan salah satu dari duti bomba dan penyelamat ialah ‘menyelamatkan’, maka abang zul pun arahkan 4 orang staff termasuk abang zul sendiri bergerak ke kawasan perumahan terbabit!

Kalau korang ragu-ragu, benar ke bomba terlibat dalam operasi menyelamatkan orang b***h diri, korang boleh check kat youtube, berapa banyak operasi yang bomba dah buat untuk menyelamatkan cubaan b***h diri dari bangunan tingkat tinggi..

Walaupun ini dikategorikan sebagai panggilan yang rata-rata tak digemari oleh ahli bomba, dek kerana biasanya kes begini memakan banyak masa dan memerlukan kiraan yang betul jika insiden belum berlaku, paling kurang pun makan masa 3-4 jam untuk diselesaikan. Lebih-lebih lagi kalau shift dah hampir tamat, baru dapat panggilan masuk, maknanya terpaksa buat ot wajib lah..

Belum campur lagi kalau mangsa ‘memang dah tak bernyawa’, melibatkan repot polis pulak lepas tu, adakalanya masa yang lebih panjang perlu diperuntukkan. Dan shif abang zul yang berbaki setengah jam, dah janji nak ‘dinner’ dengan anak lepas balik kerja, atau nak lurus-luruskan kaki sambil tergolek depan tv, takkan menjadi kenyataan dalam masa yang singkat, terpaksalah abang zul menangani panggilan terakhir tersebut.

Abang zul menggunakan dua orang pakar dalam memanjat bangunan, yang dipanggil untuk duti bersama pada masa tersebut.

15 minit masa yang diambil oleh jentera dipandu untuk sampai ke destinasi.

Masa sampai ke rumah yang dilaporkan, takde tanda-tanda kelibat orang ramai, biasanya kalau kes begini, akan jadi ‘attraction’ pada netizen awam yang gemar nak jadi reporter tak berbayar. Rumah pun berada dalam keadaan senyap dan suram seperti tiada apa-apa yang berlaku.

Abang zul arahkan anggotanya turun dan mereka memanjat masuk pagar yang dikunci, selepas panggilan dari luar tidak bersahut. Pintu jugak dipecahkan lepas takde respon dari penduduk dalam rumah.

Dan diruang tamu bertemankan lampu ruang tamu yang ‘menyala’, apa yang dilihat oleh abang zul dan pasukannya..

Seorang wanita (minta ampun dan maaf) bangsa yang aku terpaksa rahsiakan, berusia dianggarkan antara 20-30 tahun, tergantung dengan mata terbeliak dan lidah terjelir keluar dari mulut, dikipas siling yang tak berputar dan telah sedikit senget kerana menanggung beban badan yang berat..

Dan sebiji kerusi yang dah tergolek diatas lantai, mungkin ditendang secara tidak sengaja semasa kelemasan saat dihujung nyawa..

Allahh huu…

Aku tanya, “tak seram ke tengok insiden yang macam ni?”

“dah biasa… tak boleh terlalu takut, ada yang lemas dah berhari-hari, dah ‘bloated’ kembung masuk air dah tak rupa manusia dah, ada pulak kemalangan kenderaan yang tak payah nak dibayangkan, keadaannya lebih ngeri.. tinggal pergi dan kutip sisa-sisa badan yang masih berbaki” kata abang zul

So, the next move is, bang zul kena turunkan dia dari posisi tergantung, sebelum polis datang untuk hand over kes pada pihak berwajib, diturunkan untuk memastikan sama ada masih bernyawa atau dah ‘tamat tarikh luput’.

Kata bang zul, nak turunkan dari tergantung, kena ada teknik dan cara. Kalau tak mahir dan bawak turun begitu sahaja, mayat akan memuntahkan ‘muntah dan d***h’ yang tersangkut dikerongkong semasa dijerut tali dan tercekik! Dan kalau mangsa masih nyawa-nyawa ikan, dan dibawa turun dalam teknik yang salah, akan menyebabkan kehilangan nyawa!

Jadi apa yang dilakukan ialah, sorang anggota memaut kaki mayat, dan ‘diampu’ naik sedikit untuk melegakan tekanan di tali yang digunakan, manakala bang zul sendiri, memanjat kerusi dan memotong tali menggunakan alat pemotong.

Dengan cara ni, muntahan atau apa-apa lendiran busuk yang sangkut dikerongkong, akan kekal didalam kerongkong.

Mayat selamat dibawa turun, dan diperiksa nadi..

Yes, sudah tidak bernyawa!

Dan wajahnya mengalami sakaratul maut, sangat mengerikan, tak berani nak ditatap lama..

Kain yang berada dalam lingkungan capaian, dicapai dan digunakan untuk menutup, yelah korang bayangkanlah, sakitnya sakaratul maut, orang tu bukan pergi dalam keadaan aman dan dalam keadaan tidur, mata terbeliak, lidah terjelir keluar, rupa dalam keadaan yang sungguh menyeksakan, DAN kita kena menghormati mayat, tak kiralah walau apa pun latar belakang agamanya!

Bila mayat dah ditutup dengan kain, bang zul dan staffnya keluar, buat report duti untuk task mereka, manakala sorang anggota ditugaskan untuk berada disisi mayat didalam.. Dua-tiga Orang awam mula berkumpul untuk melihat-lihat, apa yang terjadi dikawasan perumahan mereka, bila dah nampak kereta bomba dengan lampu biru dan merah berada didepan rumah tetangga mereka.

Lebih kurang 10minit kemudian..

Anggota yang ‘standby’ didalam berlari keluar dengan wajah cemas..

“Bang.. Bang… PEREMPUAN TU DAH HILANG!!” katanya cemas!

Kelam kabut abang zul berlari masuk kedalam bila dengar maklumat dari staff dia, tak percaya dengan apa yang baru dia dengar!

Eh!!! Memang HILANG!!

Tinggal kain cadar kelabu je yang digunakan tadi untuk menutup mayat diatas lantai!

Orangnya dah TIADA!!

Meremang bulu tengkuk bila kena insiden macam ni.. Aku pun dah gosok-gosok tengkuk dah sebab meremang-remang..

Ahhhhhh…. Sudahhh!!!

Takkan dah jadi zombie, boleh bergerak bangun pulak?

“Kau buat apa masa dia hilang tadi?” tanya Bang Zul

“Takde buat apa, cuma ke dapur tengok kawasan rumah je! pastu tengok balik dah takde!” balasnya ragu-ragu

Bang zul arahkan cari disekitar dalam rumah, takde kesan-kesan seperti dialihkan atau bergerak dari tempat terakhir pulak..

Mana lah tau, tergolek ke dapur ke apa ke..

Semuanya masih kekal seperti mula-mula mereka pecahkan masuk tadi!

Diorang semua keluar dari rumah..

Buntu!

Hati bang zul dah jadi tak syok nak teruskan kerja, perasaan tak sedap hati, alah korang pun ada perasaan sama kalau kena benda macam ni..

Masa tengah berfikir, macam mana nak fail kan report yang diterima ni, yelah korang bayangkan, datang dengan report kes b***h diri, mayat dah dibawa turun elok-elok, tiba-tiba hilang pulak! Tak ke naya nak menulis report?

Mereka dengar bunyi gelas dan pinggan dipecahkan dari arah dapur rumah!

Hingar bingar dari dapur rumah!

Ada suara macam pasangan tengah bertengkar, dan gelas dan pinggan dipecahkan!

Dalam waktu macam ni, polis pulak lambat sampai, kes kehilangan nyawa macam ni, hand over pada polis je, kes dah selesai..

Abang Zul kata, staf dia sedikit terjerit bila nampak bayangan perempuan yang tergantung tadi berjalan dari dapur keruang tamu!

Nampak dengan sekilas pandang!

Antara benar atau pandangan mata dipermainkan syaitan!

Abang Zul arahkan semula seorang staf untuk ‘accompany’ dia ke dalam dan buat pemeriksaan!

Takde siapa-siapa!

Soheh!

Rumah tu memang dah kosong! Lipas pun takde!

Yang lebih kelakar, dari awal tadi lagi, lampu pun tak menyala! Takde bekalan elektrik pun pada rumah!

Masa aku dengar dari mulut abang Zul sendiri pun, aku meremang-remang, seram gila la aih!

Mereka keluar semula ke kereta bomba!

Tengah serabut fikir ‘apa dah jadi’ dan ‘apa nak jadi’, mana polis tak sampai-sampai lagi..

Jiran selang dua rumah, tanya abang zul..

“Apa sulah jali latok?”

“Ada kes b***h diri la, apek!” kata abang zul dengan kening berkerut-kerut

“Siapa ala m**i? olang isap dadah ka?”

“Bukanlah! ini orang tinggal dalam ini rumah jugak laa!” kata abang zul

“Haiya latok, ini lumah sulah 15 tahun kosong oooo! takla siapa tinggal dalam!”

Ahhhhh……. Sudahhhh!!!!!

Siapa yang tinggal dalam rumah ni? siapa buat panggilan? lebih teruk lagi, SIAPA AKU TURUNKAN DARI TERGANTUNG TADI?

Semua misteri belum selesai, dan polis masih belum sampai, balai terdekat terpaksa dihubungi. Balai takde terima report untuk kes b***h diri pada malam tersebut.

Bermakna Abang Zul dan crew sahaja yang dapat pangillan ‘Hangit’ pada malam ni.

Jadi Abang Zul dengan pantas, arahkan untuk buat pemeriksaan terakhir, nak memastikan betul-betul rumah tu takde ‘hidupan’ yang tinggal, dan mereka terus bongkar balik sejurus lepas pemeriksaan tamat!

Dahla kena stay back, kerja lebihan masa kerana ada panggilan kes, tapi takde kejadian pulak, tak dapat keluar makan malam dengan anak pulak lagi, sebab dah lebih tengah malam! Tambah lagi satu bala tak dapat terus balik rumah pulak lepas tu, sebab bila kena kes gangguan macam ni, abang Zul takkan terus balik rumah.

Nasib… nasib….

Malam tu, semua staf abang zul diarahkan tunggu hari cerah sebelum boleh balik rumah, untuk mengelakkan gangguan yang tak diingini berlaku dirumah pulak.. Mereka mandi di stesen dan berjemaah ramai-ramai sebelum kembali ke rumah keesokkan paginya..

Pun begitu, menurut Abang Zul, staf dia yang ‘mendakap’ dan bawak turun mayat masa mula-mula sampai, terkena sedikit gangguan, sampai demam-demam member tu, kesiann… Nasib baik staf abang Zul tu pun belum berkahwin lagi semasa kejadian, takdelah bawak saka balik rumah ke apa ke..

Lepas pada insiden tu, selidik punya selidik, rumah tu dulu ada kes serupa seperti insiden yang berlaku, perempuan gantung diri ditengah rumah.. Dan rumah tu kata Bang Zul, takde siapa pernah tinggal lebih dari dua bulan, sebab bayangan berulang seperti tu kerap berlaku!

So pengajaran yang aku kutip dari cerita ni, penting untuk masyarakat memberikan kerjasama dengan kakitangan awam dalam situasi yang berlaku macam ni, adakalanya mereka kekurangan kakitangan, dan lebih daripada tu, mereka tinggalkan orang yang tersayang untuk berkhidmat pada agama, bangsa dan negara. Semoga bakti mereka dibayar dengan ganjaran amal dan soleh!

Dan semoga masyarakat kita tak jadi bodoh dan lebih intelek, untuk tidak memukul, bantai dan mengunakan kekerasan fizikal pada anggota penyelamat seperti bomba..

Kudos untuk Allahyarham Muhamad Adib bin Mohd Kasim, semoga mendapat pembelaan setimpal untuk beliau.

Sekian cerita aku kali ni, semoga terhibur!

Stay safe and stay healthy!

xoxo

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Arif Yahya

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 5]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.