Kisah Adik Adam #2 Tamat

Hi. Nama aku Si Mayat. Aku akan sambung bahagian kedua tentang #Kisah Adik Adam aku kena kacau sewaktu perkhemahan. Imbas kembali bahagian 1, adik Adam aku yang berumur 14 tahun tetapi berfikiran seperti kanak-kanak 8 tahun kena ganggu dengan hantu nenek kebayan pada malam pertama aktiviti perkhemahan. Esoknya, Adam demam.

Adam kena demam dalam tidur. Maksudnya, cikgu tahu dia demam sebab masa kejut bangun subuh, dia tak bangun-bangun dan badan cukup panas. Jadi cikgu biarkan saja dia tidur. Adam hanya terjaga dari tidur waktu dah masuk tengahari. Itupun sebab dia lapar. Bangun je, dia nampak peserta-peserta lain tengah berjemaah solat Zohor dekat tanah lapang. Cikgu-cikgu perempuan pula ada yang tengah berkemas. Mereka semua baru lepas makan tengah hari.

Salah seorang cikgu perempuan dekat situ nampak Adam bangun dan macam mamai. Jadi dia suruh Adam basuh muka, lepas tu makan. Cikgu tu suruh Adam pergi mandi selepas makan. Jadi Adam pun pergi ambil nasi dan lauk sup telur. Dia makan sikit saja kata dia. Adam makan sorang-sorang dekat satu kanvas yang dibentang tanpa ditemani sesiapa sebab semua orang tengah sibuk buat kerja. Kawan dia yang kena ganggu dan turut demam sama tu pun dia tak nampak waktu tu.

Waktu Adam makan, dia ternampak rumah melayu lama dalam hutan. Ini rumah sama yang dia nampak masa baru sampai semalam. Cuma bezanya keadaan dekat laman rumah tu riuh rendah dan macam ramai orang. Jarak Adam dengan rumah tu agak jauh jugalah lebih kurang 20 meter. Jadi dia teruskan makan dan menyangka orang ramai tu peserta perkhemahan yang lain.

Lepas habis makan dan basuh tangan, Adam yang sepatutnya kena pergi mandi berjalan ke arah rumah tu. Dia sebenarnya menyibuk nak tengok apa orang ramai yang dia sangka kawan-kawan dia buat dekat rumah lama tu.

Ada dua buah rumah dan kedudukannya bersebelahan. Rumah ni rekaannya macam rumah melayu lama yang Adam kata sama macam dia tengok dekat Melaka tu (replika rumah Melayu lama). Atapnya daun nipah. Rumahnya cantik dan tak buruk.

Sampai je dekat laman rumah tu, dia tengok ramai orang. Lelaki, perempuan, orang dewasa, kanak-kanak, orang tua semua ada. Tapi tak ada seorang pun yang naik dekat rumah tu. Semua dekat laman saja. Orang-orang ni dia tak kenal. Dia kata semua orang pakai baju putih, bertudung. Ada yang pakai baju kurung, ada yang berjubah. Lelaki pula kebanyakan pakai T-shirt putih (macam t-shirt pagoda tu).

Ada yang berborak, berjalan ke hulu ke hilir macam buat kerja, ada yang bagi ayam makan, budak-budak pula berlari sana-sini. Semua buat hal sendiri dan tak perasan kehadiran Adam. Lepas tu Adam nampak ada sekumpulan kanak-kanak perempuan dalam umur lima enam tahun tengah main buaian yang diikat pada satu pokok besar. Pokok hutan.

Lepas tu datang satu budak perempuan kecil dari kumpulan tu pergi kat Adam. Dia tanya, “Abang ni dari mana?”

Budak ni pakai baju kurung putih satu set. Kulit cerah. Adam kata budak tu comel sangat. Umur dia sebaya macam adik Sarah. Sarah ni adik bongsu aku dan juga anak nombor enam, maknanya adik yang bawah Adam (Adam anak kelima). Adik aku Sarah ni enam tahun, tadika. Walaupun jarak umur dengan Adam jauh beza tapi diorang berdua ni teman bergaduh hari-hari dekat rumah memandangkan Adam punya akal pun macam budak tadika.

Bila tengok je budak kecil tu, Adam teringat dekat adik Sarah dan rindu dekat rumah dan rasa nak balik walaupun baru camping dekat situ satu hari. Budak kecil yang sapa Adam ni pula, dia macam tahu apa yang Adam rasa waktu tu. Cepat-cepat dia tarik tangan Adam pergi ke buaian dan ajak main. Dia duduk dekat atas buaian dan suruh Adam jaga belakang. Apa yang peliknya, Adam kata walaupun dia tak tolak buaian tu, buaian tu boleh berayun sendiri.

Lepas giliran budak tu, dia suruh Adam pula naik buaian. Waktu Adam duduk je atas buaian tu, tiba-tiba tali buaian tu jadi pendek dan buaian tu naik tinggi ke atas. Tapi Adam tak rasa takut. Dia seronok.

Budak kecil tu bahasakan diri dia ‘Adik’. Lepas main buai, Adik ni tadi bawa Adam pergi jumpa nenek dia. Nenek ni bukanlah nenek kebayan yang Adam jumpa malam tadi, tapi orang tua biasa. Nenek tu bagitahu Adam, nak main dengan cucu dia boleh tapi jaga baik-baik. Lepas tu diorang dua ni mainlah dengan budak-budak lain. Adam kata waktu ni dia memang seronok betul dan tak ingat apa-apa dah.

Dalam tengah leka main tu tiba-tiba bunyi macam jam loceng cukup panjang. Semua budak-budak dekat situ terus berhenti main dan naik ke atas (masuk kedua-dua rumah tadi). Semua orang. Baik lelaki, perempuan, dewasa, tua semua. Laman tu kembali lengang. Yang naik ke atas semua tinggalkan selipar dekat tangga dan masuk pintu utama.

Adam tanya kepada Adik tu nak pergi mana. Budak kecil tu cakap yang waktu rehat dah habis dan semua orang kena masuk balik sekolah agama. Loceng tadi bunyi sebab dah pukul tiga. Rupa-rupanya barulah Adam tahu yang rumah tu sebenarnya sekolah agama. Tapi Adam tak boleh masuk sekolah tu, dia duduk saja dekat laman. Lepas tu dia dengar dari atas rumah tu suara orang ramai mengaji bersama-sama.

Bahagian selepas tu Adam tak cerita pula dekat aku apa yang jadi. Tapi selepas dari tu, Adik tu selalu datang dekat kawasan perkhemahan dan ajak Adam main. Dia bawa Adam merayau masuk hutan jalan berdua. Tapi hanya pada waktu siang. Adam pun ikutlah budak tu merayau-rayau. Cuma kadang-kadang tak ada angin, tak ada ribut nenek Adik tu dah ada dekat sebelah. Teman diorang berjalan.

Bila nak balik naik bas pada hari terakhir tu, Adam duduk seat paling belakang. Tiba-tiba dia toleh, Adik tu dah duduk dekat sebelah. Adam tanya; “Tak apa ke Adik ikut abang balik?” Budak tu kata nenek dia izinkan. Bila Adam toleh je ke luar tingkap, orang ramai-ramai pakai baju putih berkumpul tepi jalan tengok bas bergerak. Yang anehnya, Adam sorang je yang nampak adik tu dan orang-orang baju putih. Cikgu dan kawan-kawan dia lansung buat tak hirau.

Cerita ni tak habis di sini. Mak kata selepas Adam balik dari camping, dia tak banyak bercakap. Demam dia pun dah reda dan semua orang buat biasa je lah sebab macam tak ada apa-apa berlaku. Adam pun tak bercerita dekat mak apa-apa pengalaman dia waktu camping tu termasuk hal dia kena kacau nenek kebayan tu. Yang mak tahu, cikgu ada maklumkan Adam kena demam dan tak join apa-apa aktiviti lepas tu.

Lebih kurang seminggu Adam jadi pasif. Termenung dan suka duduk diam dalam bilik. Sampaikan bila mak panggil dia dekat sepuluh kali baru dia sedar yang orang tengah panggil dia. Tapi apa yang beza, Adam tiba-tiba jadi macam rajin nak sembahyang. Suruh sekali, terus pergi. Selalunya dia bukan main liat. Mak pun senang hatilah ingat kesan positif dari camping tu tiba-tiba jadi rajin solat.

Sampailah pagi Isnin minggu berikutnya dalam pukul 11 pagi mak dapat panggilan dari sekolah. Cikgu kata Adam dengan dua orang lagi kawan dia kena rasuk. Mak pun cemaslah dan terus bergegas ke sekolah. Sampai sekolah, Adam dan dua orang lagi kawan dia yang kena demam juga waktu camping tu sedang dirawat oleh ustaz.

Ustaz tu picit ibu jari kaki Adam dengan biji lada hitam. Ada baca-baca ayat suci Al-Quran sekali. Adam tak melawan. Dia masih normal. Cuma dia kata sakit. Bila dia nampak mak, dia kata “mak tolong mak, Adam sakit ni”. Proses ubat Adam mudah kata ustaz tu sebab budak kecil yang ikut Adam balik tu cuma nak berkawan dan ustaz dah suruh nenek adik tu ambil dia balik. Ustaz tu pesan yang adik tu dah tak boleh berkawan dengan Adam. Nenek dan adik tu faham. Katanya diorang tu bangsa jin, orang kita sebut sebagai bunian. Wallahualam…

Yang jadi haru ialah proses rukyah kawan Adam yang lagi dua orang tu. Seorang tu kena rasuk Pontianak ke polong ke apa entah. Suara berubah jadi perempuan menangis-nangis. Degil pula tu nak keluar. Yang lagi seorang tu pula agresif. Yang ni dirasuk hantu Genderowo. Hantu ni kuat, besar, dan badan berbulu lebat hitam. Secara asalnya, makhluk ni tinggi dia lebih daripada bangunan tiga tingkat. Agak kuatlah dia melawan sampai tiga orang kena pegang budak tu. Selepas budak yang kena rasuk Genderowo ni okay, dia kata selama hantu tu ada dalam badan dia… Dia tengok semua orang sekeliling kecil je. Sebab dia jadi tinggi.

Ustaz tu terangkan yang tiga-tiga makhluk ni ikut Adam dan kawan-kawan dia balik pasal lemah semangat. Yang jadi komedinya, selesai proses rukyah ustaz ni tadi tak pasal-pasal ada satu cikgu dekat situ mengamuk tak tentu pasal. Setelah di scan rupanya cikgu tu ada saka yang dia sendiri tak sedar. Bertambah satu lagi kerja ustaz tu.

Lepas Adam okay, dia berceritalah kisah pengembaraan dia dalam hutan tu. Tapi cikgu-cikgu betul yakin yang selama dua hari tu dia sebenarnya tidur saja dalam khemah. Rumah melayu lama tu pun tak wujud sebenarnya. Tapi bagi aku, hal Adam mengembara tu sebenarnya hanya roh dia saja.

Adik tu pula selepas ikut Adam balik, sebenarnya dia memang ada dalam rumah kami duduk sekali selama seminggu tu. Cuma kadang-kadang dia hilang. Adam kata dia balik kampung (hutan). Adik tu pula cemburu dengan Sarah dan tak bagi Adam main dengan Sarah.

Adik tu juga ikut Adam pergi sekolah dan akan duduk sebelah dia semasa cikgu mengajar. Adam kata adik tu lagi pandai dari dia. Sebab masa buat latihan dekat sekolah, sebenarnya semua jawapan dalam buku latihan dijawab oleh adik tu. Tapi Adam yang tulis. Adam kata tangan dia macam bergerak sendiri dan tahu jawapan.

Sama juga situasinya bila cikgu salin semula apa yang ada dalam buku latihan cikgu ke papan hitam. Selepas salin ke papan hitam, cikgu akan suruh pelajar salin semula apa yang ditulis tu. Adam kata, sebelum cikgu siap salin di papan hitam; Adik tu dah salin habis apa yang ada dalam buku latihan cikgu tu dulu.

Bila aku dengar Adam cerita macam tu, aku terus terfikir; best juga kalau ada Adik tu. Memudahkan kerja-kerja kita. Cepat-cepat aku mengucap dan beringat yang sebenarnya hal macam ni tak baik. Ini ke yang orang sebut-sebut sebagai khadam? Wallahualam…

Tamat.

 

Si Mayat

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

7 thoughts on “Kisah Adik Adam #2 Tamat”

  1. Kesimpulan yg aku boleh buat ttg makhluk jin ni klu diorg dh rapat dgn kita, dia akn jd cemburu klu kita rapat dgn org lain selain dia.. emmmmm….

    Reply
  2. cite ni teringt pasal cite kak long n dedek….lama x nampak dah dia share cite… tapi kalau benda tu cemburu lagi kuat dari manusia normal ahaks

    Reply
  3. ADAM NI NAMA SAMA DENGAN ADIK AKU.. DIA PUN ADA PENYAKIT MACAM NI.. OTAK DIA LEMBAB..DULU KAWAN2 DIA SELALU PERGUNAKAN DIA.. DIA TAKUT PERGI SEKOLAH SBB CIKGU GARANG.. YELAH SBB DIA LEMBABKAN..
    TAPI WALAUPUN MACAM TU, SEMUA ORANG SAYANG DIA.. BILA BACA NI TERINGAT PULAK ADIK AKU.. JADI SEBAK PULAK..HAHAHA

    Reply
    • Adik saya pon sama…da 26 tahun tapi akal mcm sekolah rendah.nak bagi kerja pon ramai org suka kenakan…plus dia pon ada masalah fizikal sekali. Apapun semoga Allah pelihara mereka…sedih pulak fikir klo mak ayah x ada nnti..kita pon dah tu sape la nak jaga diorg

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.