Kisah Apartment Aku

Assalamualaikum, ini kisah aku, masa itu aku masih kecil. Aku tinggal di sebuah apartment yang baru dibina. Tahulah tempat yang baru dibina ini, dahulunya hutan. Jadi memang ada makhluk-makhluk ghaib ini.

Pada mulanya, mak dengan ayah aku baru sahaja berkahwin dan menetap di situ, mak aku suri rumah, manakala ayah aku pula juruteknik. Jadi kisahnya, ayah aku ini kerja selalu pergi pagi, balik lewat malam, kadang-kadang sehingga awal pagi pun ada. Mak aku pula tinggal seorang diri di rumah..

Disebabkan kawasan apartment pada masa itu masih baru, jadi masih belum ramai lagi penghuni yang ada di situ. Mak aku kata, masa dia tinggal seorang diri di rumah, dia selalu dengar bunyi guli, dan kerusi dari tingkat atas. Yang menghairankannya ialah tingkat atas rumah kami ini, ketika itu masih kosong. Oh ya, kami tinggal di tingkat 3, jadi tingkat atas adalah tingkat 4.

Berbalik pada cerita aku, ayah aku kerap balik lewat, kemudian sikap ayah aku selalu dingin dengan mak aku. Selalu ada saja perkara yang buat ayah aku tak puas hati. Tapi alhamdulillah tidaklah sehingga ada perkara buruk terjadi.

Tidak lama kemudian, mak ayah aku dapatlah aku. Mak aku kata, aku selalu menangis lewat malam. Sampaikan mak aku susah nak tidur. Masa aku mula membesar, aku selalu main seorang diri, dan alhamdulillah aku tak kena kacau. Sehingga adik laki aku lahir, masa dia pula, mak aku kata, langsung tak nangis, langsung tidak ada masalah pun.

Jadi mak aku fikir makhluk itu mungkin sudah tidak kacau kami, tapi sangkaan mak aku salah. Masa adik kedua aku, Aiman (bukan nama sebenar) pula lahir, adik aku kerap kena demam panas, menangis, meraung. Lebih teruk dari aku. Mak aku memang sudah cuak, sudahlah ayah aku kerja pulangnya lewat.

Satu hari, Aiman demam panas, mak aku terus hubungi ayah aku, minta ayah aku pulang secepat mungkin. Memang gelisah teruk mak aku masa itu, ialah Aiman tiba-tiba macam bercakap sendirian, sudahlah mata terpejam rapat, dengan berpeluh satu badan. Mak aku usaha kejutkan AIman, minta dia buka mata, tapi Aiman masih dalam keadaan sebegitu.

Mak aku dukung Aiman dan duduk di depan pintu rumah, menunggu ayah aku, sambil itu berdoa dalam hati minta-minta tiada apa berlaku. Dan mendasyatkan apabila, angin sungguh kuat masa itu. Oh, apartment aku ini, pintunya betul-betul menghadap rumah depan. Dan masa itu, rumah depan memang tiada orang, dan rumah kami betul-betul ada di sebelah anak tangga kecemasan saja.

Masa itu, mulut Aiman sudah berbuih-buih, lagilah mak aku naik seram melihatnya. Sampai sahaja ayah aku, terus kami bergegas ke hospital. Dan Aiman disahkan mempunyai sawan. Luruh hati mak aku mendengarnya, hati ibu mana tidak risau tentang anaknya bukan?

Masa umur aku 4 atau 5 tahun, aku tak pasti, aku pernah juga ternampak satu susuk seakan kanak-kanak perempuan seusiaku di bilik jahit mak aku. Dengan pakaian putih mengerbang, muka pusat, anak mata merah tajam memadang aku. Aku hanya terdiam sahaja ketika itu. Seakan pelik, siapa dia?

Dan rupa-rupa kami dapat tahu, mungkin itu adala penghuni tempat kami sebelum terbinanya apartment itu, dan dia suka pada adik kedua aku, tapi dia marah bila ada adik kedua aku pula muncul. Dalam masa terdekat juga, kami pindah.

Awalnya, semua baik, tetapi satu hari, ketika itu, aku berusia 7 tahun, jadi aku ke sekolah. Adik-adik aku pula masih tidur di dalam bilik. Mak aku yang seorang diri duduk di ruang tamu, tiba-tiba angin kuat menerpa. Langsir rumah sehingga terangkat-angkat disebabkan angin yang kuat itu.

Mak aku entah bagaimana dapat rasakan bahawa benda itu ikut kami sehingga ke sini. Mak aku pun kata “Pergilah kau dari sini, jangan kacau keluarga aku lagi, pulang ke tempat asal kau, aku tak kacau kau, jadi tolonglah jangan kacau aku!”

Dan angin pun makin kuat, dan lama-kelamaan reda, Alhamdulillah, benda itu sudah tidak kami kami lagi, sehingga hari ini. Tentang Aiman pula, mak aku jaga dia dengan baik, dan alhamdulillah hari mak aku halau benda itu keluar, sudah tiada lagi sawan.

Jadi itulah perkongsian kisah lama aku, aku juga nak berterima kasih kepada Fiksyen Shasha kerana sudi memberi peluang kepada aku untuk aku ceritakan kisah aku di sini. Dan terima kasih juga kepada pembaca sekalian kerana sudi membaca kisah aku. Sekian dari aku, Assalamualaikum, semoga kita bersua lagi di masa akan datang.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aqilah

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 3.2]

3 thoughts on “Kisah Apartment Aku”

  1. Tapi balut tuala ni untuk kes sawan demam panas. Kalau tak demam tapi tiba-tiba diserang sawan tu lain pulak rawatan kecemasannya. Sebaiknya jangan bagi cengkam gigi (letak gulugan kecil kain, atau kayu yg boleh digigit dan terbuka mulutnya), sebab boleh tergigit bibir dan lidah. Baringkan dan pastikan udara boleh bergerak (bagi kipas dll) supaya mudah bernafas. Cuba sedarkan dia dgn panggil nama, suruh mengucap istighfar atau tepuk2 pipi. Jangan bagi minum atau makan masa diserang sawan. Sawan bukan sebab benda ghaib.

    Reply
  2. Tapi balut tuala ni untuk kes sawan demam panas. Kalau tak demam tapi tiba-tiba diserang sawan tu lain pulak rawatan kecemasannya. Sebaiknya jangan bagi cengkam gigi (letak gulugan kecil kain, atau kayu yg boleh digigit dan terbuka mulutnya), sebab boleh tergigit bibir dan lidah. Baringkan mengiring dan pastikan udara boleh bergerak (bagi kipas dll) supaya mudah bernafas. Cuba sedarkan dia dgn panggil nama, suruh mengucap istighfar atau tepuk2 pipi. Jangan bagi minum atau makan masa diserang sawan. Sawan bukan sebab benda ghaib.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.