Kisah Bilik RM10 (Part 2)

Seperti yang Kak Ayu dah janji, hari ini Kak Ayu akan share sambungan Part 2.

Kak Ayu mulakan dengan pengalaman Kak Ayu sendiri dan kemudian kawan sebelah bilik Kak Ayu.

KISAH AYU ANIDA
Selesai sesi berborak dekat bilik Diana, kitorang pun balik ke bilik masing-masing.
Sedang Kak Ayu dah nak bersiap-siap tidur, tiba-tiba ada bunyi ketukan di pintu.
Panggil “Ayu.. Ayu..”

Lembut je suara tu.
Ah sudah, siapa pulak ni.?
Nak buka ke tak ni.?
Kak Ayu tanya, “siapa tu.?”

Suara diluar jawab, “Fazidah.”
Fazidah ni roomate Kak Ayu di matrikulasi.
Kak Ayu sebenarnya musykil, betul ke Fazidah.
Kenapa tiba-tiba Fazidah datang?
Macam mana dia tau bilik Kak Ayu?

Perasaan risau kot kot dia ada apa-apa masalah pun ye juga.
Jadi, Kak Ayu gagahkan juga buka selak besar tu.
“Dang!” Kuat bunyi selak tu.

Bila buka je pintu. Betul dia Fazidah.
Kak Ayu rasa sedikit lega..
Kak Ayu tanya, “kenapa Fazidah?”

Dia jawab “Orang nak tidur dengan Ayu boleh.?”

Kak Ayu cuma cakap “mengucap dulu”

Selesai Fazidah mengucap, Kak Ayu pun terus bagi dia masuk.
Tanpa bertanya kenapa.
Dan dia pun tak jelaskan apa-apa, kitorang terus tidur.
Dalam hati Kak Ayu fikir, biarlah cerita misteri kite sembang lepas check out saje.

Lepas Subuh, Fazidah balik ke bilik dia.
Dan Kak Ayu kunci semula pintu guna selak besar tu selepas Fazidah keluar. Kak Ayu pasti tu. Sangat pasti.

Masa Kak Ayu tengah mandi, Kak Ayu dengar selak bilik dibuka “dang!”.

Kuat bunyi nye.
Dan dengar zip beg Kak Ayu dibuka.
Aik siapa ni? Kalau la Madiah, dia tak perlu buka pintu bilik Kak Ayu.
Sebab sambungan bilik Kak Ayu dan Madiah, tak ada penghalang langsung.
Dan bunyinya, dibuka dari dalam??

Kak Ayu cepat-cepat siapkan mandi.
Dan terus keluar.
Tak sedap hati sebabkan fikir ada pencuri masuk, selongkar dan curi barang-barang.

Benda pertama Kak Ayu check, beg.
Pelik. Beg macam tak berusik.
Pintu bilik pun elok masih berselak.

Kak Ayu abaikan.
Prinsip Kak Ayu, nak fikir lebih mendalam atau bincang bab-bab ni. Biar waktu dah keluar dari tempat ni.
Takut sebenarnya.

KISAH MADIAH
Kitorang akan check out dari asrama itu, lepas solat Zohor.
Dan akan terus bertolak balik ke Matrikulasi.

Madiah mandi untuk bersiap-siap. Kak Ayu pula tengah solat waktu tu.
Selesai je bagi salam, tiba-tiba Madiah keluar bilik mandi dengan tergesa-gesa.
Uihh.. marah betul gayanya.
“Kenapa Ayu ketuk-ketuk bilik mandi kuat-kuat? Madiah kan kata, kejap?”

Kak Ayu toleh ke arah bilik mandi. “Kenapa Madiah?”

Madiah pun perasan yang Kak Ayu baru saje selesai solat.
Suara dia dah tak marah-marah.
“Ayu ada ketuk pintu bilik mandi ke tadi?”

Haruslah Kak Ayu jawab “tak”.

Madiah cakap masa dia tengah mandi, ada orang ketuk pintu macam nak tergesa-gesa guna bilik mandi juga.

Yang peliknya, Kak Ayu solat membelakangkan bilik mandi tu, tak dengar apa-apa langsung.

Kiranya, Kak Ayu dengan Madiah ni kena bunyi-bunyi je.
Alhamdulillah, masih boleh terima lagi ‘gurauan’ tu.

Tapi lain pula dengan Haz dan Fazidah.
Sampai diorang sanggup keluar bilik tengah-tengah malam.
Dan pergi ke bilik kawan yang diorang terfikir waktu tu.

Kisah Haz & Fazidah akan Kak Ayu ceritakan dalam Part 3.
InsyaAllah Part 3 ialah bahagian terakhir untuk Kisah Bilik RM10.

Ayu Anida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 65 Average: 3.7]

3 thoughts on “Kisah Bilik RM10 (Part 2)”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.