Kisah Bonda (kampung)

KISAH BONDA (KAMPUNG)

Assalammualaikum semua pembaca fiksyen shasha. Dan Terima kasih kepadaa fiksyen shasha kerana sudi menyiarkan cerita cerita Bonda. Cerita cerita Bonda ni semua benar belaka dari pengalaman sebenar diri Bonda dari kecil hingga besar. Jadi selamat bergembira dan moga terhibur dengan setiap cerita yang Bonda sajikan untuk pembaca fiksyen shasha yang tersayang…

Bonda lahir dalam keluarga yang tidak berharta, cuma harta yang ada ialah kasih sayang yang bertambah setiap hari. Sekadar cukup ada tempat berteduh, makan dan minum. Nak dikira kan mama dan abah bonda ni asalnya orang orang berada jugak tapi disebabkan abah Bonda ni seorang yang sangat penting kan usaha sendiri abah pon tinggalkan semua kesenangan dan harta pada adik beradik nya.. Selepas berkawin dengan mama terus mereka membawa diri ke perak di kampung manjoi, hidup dengan hasil usaha mereka sendiri. Susah senang ditempuhi bersama sama sehingga mendapat Cahaya mata seramai 6 orang. 4 perempuan dan 2 lelaki…

Gangguan pertama
Terjadi semasa mama mengandungkan anak sulong, iaitu kakak Bonda (Yong), semasa mama sarat mengandung, abah pulak shiff malam di hospital besar ipoh. (attendant je). Balik pagi dalam kul 7.00 pagi. Rumah Bonda ni dulu sebijik sebijik. Sebelah kanan rumah kosong semak samun. Tuan rumahnya dulu ada membela, sebelah 1 lagi rumah ada orang tapi jarang la. Belah belakang jalan dan ada lombong besar. Situ macam macam pe duduk kampung penah nampak. Depan hutan. Boleh bayangkan tak..

1 malam ni lepas abah pergi kerja (naik basikal tua), mama terus masuk rumah dan duduk atas katil kayu dibuat sendiri oleh abah. Tak ada tilam ye.. Kayu sahaja lapik kain. Rasanye tak jauh lagi abah, tiba-tiba bumbung berbunyi kuat seperti ada org yang berat sedang berjalan mundar mandir. Mama cakap mmg nampak bumbung tu melengkung ke bawah. Apa lagi mama terus selubung dalam selimut sambil menangis. Takut. Dinding dicakar cakar. Sian mama masa tu. Tak tahu nak mintak tolg pada siapa. Dah la tengah mengandung sulung, tengah sarat sangat menanti hari, Menyorok je mama dalam selimut tu sorang soanrg sampai pagi Sambil ditemani kucing kucing, doa dan air mata…

Gangguan kedua
Mama dan abah ni suka menanam, depan rumah ada pangkin dan pokok pisang. Ada 1 malam tu dalam pukul 10 lebih rasanye. Mama abah duduk bersembang depan rumah, pintu terbukak. Tetiba nampak ada seseorang lalu berpakaian macam sami budha masuk ke dalam kawasan pokok pisang dan hilang disitu. Ape lagi terus tutup pintu tu rapat tak bukak bukak dah…

Gangguan ketiga
Mama mengandungkan Bonda (anak ke3), masa tu cukup bulan jugak rasanye mama kata. Mama cakap macam mimpi dan antara sedar tak sedar. Mama didatangi seorang perempuan yang cantik sangat sangat. Putih melepak, anak mata biru, rambut hitam panjang, baju putih labuh datang dekat mama dan peluk mama kata dia tu kawan lama dan kenalan mama.

Mula Mula mama tak ngaku sebab mama tak kenal, tapi disebabkan perempuan tu peluk mama erat erat mama jadi takut dan iyakan kan sahaja. Terus mama kata Perempuan tu gelak mengilai. Mulutnya besar sampai terbukak ke paras telinga, d***h lendir penuh dalam mulut. Lepas tu terus dia menghilang.
Bonda pon penah mimpi kan ppuan ni. Sama fizikalnya. Masa tu umur bonda belasan tahun rasanye. Dia cuba datang peluk bonda tapi bonda tepis, terus dia cakap dalam keadaan sedih, kamu ni keturunan aku, jangan la macam ni. D***h kamu ada mengalir d***h aku, kamu d***h daging aku, kamu keturunan aku selamanya kamu tak boleh buang sayang. Bonda jadi blurr.. Sape pulak dia ni tiba tiba datang cakap keturunan. Hahaha. Bonda halau dia.. Tapi dia tak pergi.. Dia terus gelak mengilai dan cakap Bonda tak boleh lari dari dia sebab bonda keturunan dia. Dia sentiasa ada disisi bonda. Dia suru bonda seru kakak dan dia akan hadir. Adoii parah dah ni.. Terus dia mengilai gilai Sambil hilang. (mmg kerap dia dtg dalam mimpi) ingat bonda ni ape. Tempat pelancongan boleh lawat lawat.

Gangguan keempat
Adik lelaki no. 4 bonda (paklang), pernah nampak penampakan seperti toyol masuk ke rumah. Dia kata budak kecil, bogel nampak p******g, warna hijau, telinga panjang camm kucing & gigi tajam tajam, senyum kat dia. Merayap masuk ke dalam dapur. .. Mungkin lapar kot tu tuan tak bagi makan. Masuk rumah mama abah pon bukan ada ape, TV, kipas, peti ais pon tak ada.. Lampu pon guna Minyak tanah (pelita gambar amoi) . Hahaha.. Kan rugi masuk.

Gangguan kelima.
Masa ni Bonda tadika, katil Bonda berkongsi dengsn 2 org kakak Bonda.. Disebabkan Bonda ni dikira paling berani, ciss berlagak.. . Jadi Bonda tidur di bahagian tepi mengadap pintu depan. Bonda pon ada satu bantal panjang yang di panggil bantal busuk & kain busuk (kain abah). Satu malam tu Bonda tak tidur lagi, bonda tengah termenung, dalam kul 1mlm.. Kakak berdua tu dah meleleh air liur hahaha. Tiba tiba Bonda dengar org ppuan bagi salam. Assalammualaikum.., assalammualaikum.., assalammualaikum.., mendayu dayu dan bukan macam manusia normal bagi salam. Cukup tiga kali Bonda ape lagi dushhh, tendang bantal panjang ke bawah sebab otak pikir tetiba dia tukar jdi pocong tak ke naya.. Efect lebih budak budak kan. Selubung dalam kain busuk sampai esok pagi.. Hahaha.. Esok pagi kna bebel ngan mama sape kencing atas katil..

Gangguan keenam
Kak Yong & kak nyah, pergi sekolah awal awal pagi, berjalan kaki ke jalan hadapan berdua je adik beradik. Kena lalui semak samun yang meninggi dan rumah rumah kosong yang gelap. Satu pagi tu dlm 5 pg, mama seperti biasa hantar anak anaknya sampai hadapan laman rumah jer sebab tak kan nak biarkan anak dia 2 orang lagi sendirian di rumahkan.

Semasa mama sedang melambai anak anak nya yang semakin menjauh, tetiba mama perasan ada seseorag @ mahluk berselubung macam pakai telekung, di leher ya tergantung kalung emas besar dan loket yang besar. Lalu DIHADAPAN Yong dan anyah. Dalam hati mama rasa nak meluru terkam Yong dan anyah sebab risau. Masakan tak pelik, sembahyang subuh kat mana orang tu, mana ada surau atau mesjid kat sini. Awalnya. Mama cuma pandang dari jauh kelibat anak anaknya sambil berdoa. Pulang Yong dan anyah dari sekolah, terus mama tanya soalan padu. Sape makcik yang lalu depan Yong gan anyah pagi tadi.. Muka ayong gan anyah pelik. Mana ada sape lalu mama. Yong gan anyah je mcm biasa. Terus mama diam. Mama terus tukar waktu anak anak dia bangun g sekolah.. tak penah suru awal pagi dah. Takut…

Sekian je kisah kampung Bonda buat masa ni. Ada kelapangan nanti Bonda akan bercerita lagi kisah kisah misteri dalam kehidupan Bonda. Harap terhibur semua.

Salam sayang
❤️Bonda alida❤️

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Bonda alida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 4.2]

2 thoughts on “Kisah Bonda (kampung)”

  1. satu je yg nak bgtau..jgn la cakap atendan JE.. besar tau pahala kerja tu..tanpa dia boleh lumpuh juga satu satu unit tu..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.