Kisah Bonda

Assalammualaikum kepada semua ahli jemaah fiksyen shasha. Perkenalan diri ini sebagai bonda sahaja.
Bonda ni lahir sebagai makhluk Allah yang biasa sahaja, seperti manusia yang lain. Tapi kita tak boleh menentukan ketentuan yan telah ditentukan oleh Allah….

Apabila Umur ni telah masuk tarikh matangnya seperti orang dulu dulu berpesan, Mata ini dengan sendiri boleh melihat mahluk ciptaan Allah yang lain.. Kadang kadang dia tidak menunjuk kan diri berdepan, tetapi sekadar pendengaran@ bunyi.

Pada mulanya memsng takut, biasa la Umur baru muda, tadika.. Dah diberi salam Perkenalan. Sehinggalah Umur menginjak ke 15 tahun, semakin kerap penampakan.. Umur 25 tahun lagi banyak pemberian diperolehi..
Bermacam ikhtihar dilakukan untuk menghilangkan semua ini kerana takut dengan kelebihan ini. Kelebihan yang kebannyakkan orang akan dambakan. Kelebihan yang bukan sebarangan orang dapat mengawal. Tapi Bonda tidak mahu..

Bonda banyak kisah hendak diceritakan.. Tapi biarlah satu satu dahulu ye..

Kisah ni baru terjadi tahun lepas pada bulan Jun 2020 di hospital selangor (rahsia hospital mana) .. Semasa Bonda baru baru bersalin dan ditempatkan di sebuah wad bersalin.. Pada waktu tu lihat ramai pesakit yang menunggu masa bersalin dan yang sudah bersalin.. (petang dalam pukul 5.00ptg).. Bonda dapat katil hujung bersebelahan pintu tandas..

Dlm pukul 8.00mlm Bonda menarik langsir untuk tidur sekejap sebab biasanya tengah malam hingga ke pagi tidak tidur sebab menjaga anak kecil.. Itu kebiasan Bonda dari anak yang pertama. Pada pukul 11.30malam, bonda bangun dan hendak membersihkan diri.. Bonda bedung anak elok-elok dan letakkan di dalam bekas bayi.. Terus Bonda pergi ke tandas yang sebelah katil sahaja. Tetap pandangan Bonda ada perasaan ada sesuatu berdiri diluar tingkap kaca gelap.. Tapi bonda berpesan, Jangan usik cucu yang sedang lena. Tolong tengok sahaja.

Keluar dari tandas anak masih lena tidur. Bonda terus duduk di kerusi bancuh air Milo panas untuk minum. Tapi Bonda tahu dia sudah masuk dan berdiri di sebalik langsir yang menutup katil Bonda. Riak wajahnya seperti tidak puas hati. Memandang Bonda dan anak.. Tiba-tiba Bonda terdengar Misi menjawap. “ya puan, nanti saya datang ya”. Bonda cuma diam sahaja sebab pikir mungkin ada patient panggil..

Tak sampai dalam stengah jam seorang Misi membuka langsir Bonda dan bertanye, ada apa ye puan. Memang Bonda terkejut dan berkata. “saya tak panggil”. Misi tu berubah wajahnya seperti ketakutan. Dia bertanye lagi, “puan betul ke tak panggil saya?”. Dan Bonda menjawap ye dik. Terus dia pergi, Dan dalam stengah jam jugak dia kembali bersama rakannya. Rasanye Misi sarawak atau sabah rakannya tu. Terus rakannya bertanye pada akak, soalan yang sama dan jawapan yang sama Bonda berikan. Dalam masa tu jugak mereka berdua menyelak semua langsir langsir yg menutupi katil Bonda dan katil katil yang lain.

YA ALLAH, rupanya Bonda sorag sahaja di bahagian tu. Kiri kanan katil kosong. Terus lampu di setiap katil mereka pasang. Setelah itu Bonda terdengar Misi yang di panggil berbisik pada kawannya, “aku dengar betul, suara perempuan panggil betul kuat dekat katil kakak ni”. Terus kawan Misi tersebut suruh senyap “syuhh”.
Tapi alhamdullilah, bonda rasa mungkin selama ni Misi Misi tak sedar ada seorang pesakit yang tercicir sorang di blok tu kot. Tu sebab disergah nya, supaya mereka sedar ada seseorang disitu yang perlu kan perhatian.

Sekian sahaja kisah Bonda. Kalau diizinkan banyak lagi kisah misteri yang Bonda alami  ingin dicerita kan untuk pembaca pembaca semua..
INGAT, BERPEGANG TEGUH PADA YANG SATU. ALLAH YANG MAHA ESA.

Assalammualaikum semua dan salam sayang.

-Bonda alida-

Hantar kisah anda ; fiksyenshasha.com/submit

Bonda alida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.2]

1 thought on “Kisah Bonda”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.