Aku masih dalam fasa remaja belia ketika melalui pengalaman ini walaupun tak pernah seumur hidup aku join pertubuhan Belia 4B. Berlaku dalam sekitar awal tahun 90an. Berambut panjang tak berapa ikal-mayang melepasi bahu, agak cengkung tapi berjanggut sedikit, berkacamata bingkai bulat ala-ala John Lennon dengan potongan tubuh persis seperti sekeping papan plywood sebab aku selalu tak berduit untuk makan makanan yang mengandungi zat-zat yang diperlukan badan. Duit banyak habis tampung aku belajar. Kena plak ambik kursus senibina yang memang banyak pakai duit dan tak dapat apa-apa biasiswa mahupun pinjaman sebab bapak aku salah-seorang pengarah di sebuah bank ternama di Kuala Lumpur…
Ketika tu aku ada konflik dengan bapak aku jadi dia tak support aku belajar dan aku plak sebab ego tinggi taknak mengalah dan nak buktikan aku boleh survive tanpa bantuan dia. Maka meranalah aku kerja kat kedai dobi, kerja kat stesen minyak dan akhirnya kerja kat gerai jus buah. Siang belajar, malam kerja. Setahun dua-tiga kali je aku balik Bangsar jenguk mak aku dan adik-adik aku. Tapi aku tabah sebab nak buktikan kat bapak aku yang aku boleh success tanpa pertolongan nya. Akibatnya kurus-kering aku dibuatnya tapi hidup jalan terus…
eh. melalut plak muqaddimah aku ya. maaf zahir batin la ya.
Masuk tahun ke-2 aku di universiti ni, aku diajak tinggal luar kampus oleh 3 orang senior aku. Menyewa satu apartment 2 bilik. Satu bilik 2 orang. Memang cun. Walaupun aku selalu tak cukup makan ( dan aku pun bukan jenis yang makan banyak pun), tapi duit bayar sewa bulan-bulan tu tetap ada sebab aku bekerja dan kekadang ambik upah buatkan drawing atau sketch untuk member-member satu kelas/studio. Pensyarah-pensyarah aku pun selalu cakap yang aku ni berbakat dalam seni lukis. Diaorang cakap laa..bukan aku..Dan dalam 2 kali seminggu (jumaat malam dan malam minggu), aku dan kumpulan gitar rancak aku ( kugiran) dapat gig sebagai cover band untuk band utama disebuah club di Petaling Jaya. Band utama tu akhirnya dikenali sebagai Ella and The Boys (korang kenal ke? )dan dapat buat album. Drummer aku ketika tu selalu cuba ngorat Ella tapi tak kesampaian sebab guitarist dia dah cop Ella awal-awal. Melalut lagi aku ya..hmmm
Maka tinggal la aku dengan 3 ekor senior aku ni kat apartment tu. Diaorang dah tahun akhir dah. Tak tahula sebab apa diaorang pilih aku tinggal dengan mereka. Mungkin sebab aku boleh la sikit main gitar sambil berdendang lagu-lagu rock seperti lagu-lagu dari Pink Floyd, Whitesnakes, Led Zeppelin,The Queen dan sebagainya. Jazz pun kitaorang minat. Diaorang pun memang bagus main gitar dan luas pengetahuan dalam muzik. Tapi aku tahu diaorang memang suka aku. Eh. melalut lagi aku ya.
Dalam 3 orang senior aku ni, sorang ni anak orang berada dan keluarganya tinggal di Damansara dan ada sepupu yang tinggal di Bukit Tunku. Dia pun bawak Alfa Romeo kaler putih pergi kuliah. Kitaorang panggil dia Ah Chai sebab muka macam Cina dan kulit pun cerah cam Cina. Aku ada kapcai cabuk je ketika tu. Beli dengan senior yang dah abis belajar. Beli camtu je tanpa tukar gran nama ke apa. Hulur duit, ambik motor. Selesai. Macam beli beras sekampit.
Daif abis moto aku tu tapi mampu jugaklaa naik bukit nak pegi kelas dari apartment aku walaupun kekadang kena kayuh sikit dengan kaki bila daki bukit sebab motor aku ni ada penyakit semput. Bila sakitnya datang, memang banjir laa celah ketiak nak kena dayung dia dengan kaki naik bukit. Selalu kena saman dengan Pak Guard di kampus sebab kekadang lampu depannya buat perangai segan nak menyala dan plet belakang patah dua tinggal sebelah. Sebab tu aku haram takde sekor girlfriend pun masa belajar dulu. Pompuan mana nak pandang aku dengan keadaan camtu ye tak? Dahla selalu pokai..sedih kan..melalut lagi ni nampaknya. adoiii…
Ah Chai ni plak walaupun anak orang berada, dia tak sombong dan suka ajak kitaorang lepak-lepak kat rumah dia dan rumah sepupunya di Bukit Tunku tu bila semua ada masa-lapang. Aku pun suka lepak-lepak kat situ sebab tenang dan damai. Cuma bila memalam je aku rasa kurang enak sikit kat situ. Dan masalahnya, biasanya memang memalam laa kitaorang bertandang ke situ.
Bagi sesapa yang pernah ke situ, akan maklumla akan jalan naik ke Bukit Tunku tu. Macam dah masuk hutan rasanya. Rasa dah bukan dalam KL. Bila kau drive kat jalan naik keatas nya yang sempit muat-muat dua kereta je tu kau akan nampak monyet-monyet main-main tepi jalan. Fuhhh..natural sungguh alam flora dan fauna nya. Tapi tak tahu la sekarang camana sebab dah lama tak naik ke situ. Cuma bila memalam jadi lain plak suasananya. Sesapa yang pernah lalu situ akan faham la apa maksud aku tu
Dan rumah sepupu Ah Chai yang kitaorang panggil Apit ni plak terletak nun jauh hampir kepenghujung atas Bukit Tunku. Dia tinggal berdua je dengan abangnya. Ahli keluarganya yang lain dah pindah mastautin kat England. Besau banglo 2 tingkat tu. Fesyen lama cam kolonial sikit-sikit gitu. Rumah-rumah banglo lama camtu di Bukit Tunku dulunya tempat tinggal pegawai-pegawai kerajaan pangkat besau zaman Allahyarham Tunku dan Tun Razak. Sekarang banyak dah kosong dan agak terbiar bila penghuninya dah bersara atau berpindah. Tapi Apit dan abangnya masih menetap disitu ketika tu dan tak ikut mak ayahnya pindah ke England
Belakang rumah si Apit ni memang hutan la. Hutan bukit aku rasa. Lebat jugak la. Sesiang hari pun nampak gelap tapi damai dan sunyi. Cuma bila malam menjelang je ia nampak jadi seram dan gelap-gelemat kalau tak bukak lampu belakang rumah. Dan si Apit ni plak pilih garage sebagai bilik dia. Garage tu plak betul-betul terletak belakang rumah tepi hutan. Besau betul garage dia ni. Aku tengok bilik si Apit ni dah macam muzium barang-barang lama. Banyak nau harta-pusaka dia dalam tu. Motor klasik tahun 1940an pun ada parking dalam tu. Helmet tentera Jerman-Prussia masa Perang Dunia Pertama pun dia ada simpan. Entah mana dia dapat pun aku tak tahu. Senapang pun ada. Apit kata bapak dia dulu ada lesen senjata api. Yelah..bapak dia dulu orang kerajaan pangkat besau..
Dan kat situlah aku dan 3 ekor senior aku tu dan Apit selalu habiskan masa bila ada masa lapang. Lepak dari siang sampaila ke siang esoknya. Terlentuk tidur hanya bila dah masuk Subuh. Bersepah tidur merata dalam garage tu ambik sudut masing-masing dengan tilam atas lantai. Memang hawau and free spirit hidup kitaorang masa tu. Yelaa..masing-masing takde girlfriend time tu. Tak macam ramai jantan2 kabaret yang aku lihat dikampus aku masa tu. Ramai berkepitt je siang-malam. Kekadang tangkap blues jugak aku nengokkan couple-couple ni bermadu asmara. Tapi biasanya aku tak angkat pot sangat..
Dan aktiviti utama kami ketika tu ialah mendengungkan kepala. Port plak memang line-clear abis. Sapa nak lalu kat situ tetengah malam kalau bukan tinggal situ, ye tak? Bila kepala dah stim berdengung, kitaorang jamming main gitar dengan keyboard kat dalam garage tu. Sampaila satu malam tu bila kitaorang tengah galak dengan aktiviti rutin kepala berdengung…
Aku tengah menyandar kat satu kabinet kecik lama ni sambil memetik gitar sebab kepala tengah sedap lepas kena beberapa pam. Sambil tu aku duk perati si Apit ni tengah bancuh “herba” untuk round yang entah beberapa kali aku pun dah tak dapat track. Aku tengok Apit ni tengah gelak-gelak pecah perut sambil bancuh “herba” sebab si Ah Chai ni buat kelakar apa ntah aku pun tak tangkap sebab tengah sedap layan stim sensorang sambil cari tune kat gitar. Senior aku yang lagi 2 orang tu aku tengok macam dah dalam dunia sendiri tak angkat pot dengan dunia nyata…
Tetiba Man Bai, salah-seorang senior aku tu tegur aku,
“oi Rin! jom jamming Bob Marley “Redemption Song”. Aku main bass”
“ok cun. gua tune gitar ni dulu jap. string A lari tune ni”, aku jawab
“cepat aa..lu dari tadi gua tengok tak abis-abis lagi tune. baik lu tune puting tetek lu je laa”, Man Bai provok aku sambil gelak-gelak
“sabarla setan! ni si Apit la ni main sampai lari tune”, aku menuduh rambang pada Apit yang masih gelak-gelak dengan Ah Chai
“oi! apa aku plak?”, Apit mencelah tetiba bila dengar nama dia di sebut.
“lu yang tak pro tune gitar nak salah kan gua. betul Man Bai cakap tu. baik lu tune je puting tetek lu tu. dah masak ranum merah-merah pink je gua tengok puting lu”, Apit tambah lagi sesenduk-dua sambil gelak-gelak pecah perut. Habis secara berjemaah aku kena gelak. Sialan.
“ye la..ye laaa..jap aa..sikit lagi ni haa”, aku pertahankan diri aku dari di burn lagi oleh setan-setan ni
Sedang aku ting-tong ting-tong tali gitar tu, tetiba terdengar suara halus dan nyaring datang dari arah belakang di luar garage. Memula perlahan dan jauh kedengarannya. Lama-lama dengar macam dekat plak. Semua kat situ dah terdiam dari gelakkan aku tadi. Cuma si Apit ni je aku tengok relaxx je macam takde apa-apa. Selamba je terus sambung bancuh “herba”…
Suara nyaring halus seperti memanggil-manggil tadi berubah seperti sedang tertawa plak. Atau menangis. Aku pun tak pasti nak describe camana. Tapi memang kedengaran seperti dah sampai tepi pintu garage bunyinya. Aku terkedu. Aku lihat Man Bai tercegat duduk cam patung Buddha. Ah Chai plak terkebil-kebil matanya. Si Jeff plak, sorang lagi senior aku tu tetap terbaring tapi mata terbukak tak berkelip..
“bunyi apa tu Pit?”, mulut aku cabul bertanya sambil mata aku memandang tajam ke pintu garage
“takde apa-apa laa..”, jawab Apit sambil tekun bancuh ganja
“gila lu takde apa-apa!. tu bunyi mengilai tu”, sampuk Ah Chai
“takde apa-apa laa..tenang-tenang aje..”, Apit jawab sambil jari-jemarinya terus rancak membancuh sambil sengih-sengih pandang kat kitaorang
“tenang kepala otak lu! dia kat luar pintu je tu. pontianak ke langsuir ni?”, Man Bai bertanya dengan nada cuak
“entah. gua pun tak tahu. biarkan je la dia. jap lagi dia blah la tu”, jawab Apit dengan nada selamba..
Bunyi mengilai-ngilai seakan menangis campur tertawa tu terus kedengaran di luar garage. Sesekali pintu besi garage bergegar seperti ditepuk orang. Macam nak terkencing aku rasa sebab terkejut gila. Sejuk rasa tapak tangan dan tapak kaki aku. Si Apit plak terus nampak tenang macam takde apa-apa dan terus tekun dengan kerjanya membancuh herba..
Setelah hampir 10 minit berlalu, bunyi mengilai itu terus lenyap dan suasana hening mengambil-alih. Semua dalam garage tu terus terdiam…
“dia bagi salam perkenalan kat korang tu”, Apit bersuara tetiba memecah kesunyian..
“salam perkenalan hangguk lu!”, Ah Chai membalas
“hahahhahahah!!”, Apit tertawa besar. Aku, Man Bai dan Jeff terus terkebil-kebil. Rasa terperanjat masih belum hilang dan stim kepala aku dah lama hilang diganti dengan perasaan seram-seram kuku..
“aku dah biasa kena laa…tapi selalunya bila aku sensorang. entah apa anginnya dia datang muncul plak malam ni bila korang ada. tu yang aku cakap dia cuma nak bagi salam perkenalan”, terang Apit sambil sengih-sengih. Nak aje aku tubi muka dia masa tu
“tempat dia kat belakang garage ni haa. kat hutan tu. selalu aku nampak dia berjuntai bertenggek kat pokok ara belakang tu”, tambah Apit lagi
Kitaorang terus terkedu. Tak tahu nak cakap apa. Kejutan tadi masih terasa berbisa seluruh badan…
Selepas dari kejadian tu, kami terus bertandang dan lepak kat rumah Apit tu bila ada free time walaupun hati terasa cuak takut-takut terdengar lagi suara memanggil dan mengilai seperti malam tu namun tak pernah lagi dia muncul menyapa kami digarage. Dan selepas beberapa tahun, Apit pun dah pindah dari situ tinggal di Kuantan selepas berkahwin dan aku pula merantau keluar negara untuk belajar dan bekerja. Dan sehingga hari ini aku masih belum ada peluang naik ke Bukit Tunku namun kenangan disana masih segar di ingatan dan aku masih berhubung dengan Man Bai dan Ah Chai melalui Facebook dan kekadang berjumpa bila aku turun ke KL. Tapi semua dah lost contact dengan Jeff, hilang tak tahu entah kemana…
Tammat
nota kaki ;
aku nak minta maaf terlebih dahulu kalau ada pembaca disini rasa kurang senang dengan tulisan aku diatas kerana faktor2 yang agak “taboo”. aku berada dalam keadaan “free spirit” ketika menulis cerita ni dan terus tulis tanpa “bertapis”. jika ada yang nak mengecam secara individu atau berjemaah, silakan la. aku takdehal. lagipun aku berani tulis camni sebab aku tahu tak ramai kat FS ni yang baca karya2 aku jika dilihat dari jumlah Likes dan comment. pendekkata, aku tak ramai peminat disini so aku rasa agak “free spirit” to just write what i feel. lagipun bahasa melayu aku tunggang-langgang macam budak tingkatan 3 fail PMR.
apa2 pun aku harap sesapa yg baca ni akn terhibur walaupun takla seram sgt cerita aku ni. mungkin aku lebih bernostalgia dalam karya aku kali ini. sorry guys.
see ya soon. chiao
-ezrin marsh-
Friday, 06th April 2018.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
Waduh, ceritanya amat panjang dan bosan pada tahap pertama, tapi agak bagus jugak ya di masa kamu ceritain hantu. Good job. Saiya kasi 2/10.
nota tangan:
takper… ok jer…
Nota Jari :
Terus kan berkarya,pedulik ape org kata.
😅😆
sekolah kt smk bukit bandaraya ker bro.
nope. sekolah st john dulu
cite best bro,zaman aku dulu ada shortcut dari bangsar masuk ke travers, aku selalu jogging kt travers, so blh feel cerita ko. keep it up dude!!
thanks bro😊
Pernah gak lepak kat rumah kawan kat situ… mmglah, diorang mmg suka beno duduk kat bilik belakang. Tp so far, xde lak dia citer pasal benda2 pelik… maybe hati dia dah jadi batu kot… or maybe dia lebih hantu dari hantu sendiri…
Love it Ezrin Marsh!!!!!
thank you😊
nice try…..
Boleh la. Tak la seram sangat. Kau lg hantu dpd hantu…hahaha
yeah…benar tu..mmg mcm hantu dulu2. malam jaga, siang tido hahha
ckit je partnyer…. huhu masih bancuh herba ke tuuu
kekadang *batuk😬
melalut je bnyak cm part hantu tue je mcm best skit
saya mmg banyak bernostalgia masa tulis cerita ni..
mcm saya cakap before this, masa ni saya tgh “free spirited”..main tuliss je
so saya minta maaf ya makcik jika bosan baca cerita ni.
tak nyape ler makcik maaf kan idok ler ace kalo kamo cerita pasie hantu mau seram cerita kamo..
tapi pendek bano pasie hantu tue
eh..ok je gaya penceritaan mcm ni… rasa mcm bersembang.. drp yg berbahasa berjela2 merapu je banyak.. I like your story bro… teruskan.. pedulik org yang tak paham tu..
thanks bro for your support
best! harap kau boleh bagi lagi citer superb macam ni, intro tu panjang sangat tapi pk balik kalau tak baca takut tak paham, so keep it up!
really appreciate it that you like my story😊
if you have not read many of my stories before on here, silalah jemput ke blog saya di:
http://www.fridaymornin.wordpress.com
cerita2 kat situ saya dah update and kemas-kini
Best je aku baca..10/10
walaupun ade 3,4 perenggan melalut tp story ko sempoi..haha
seram2 kuku nye sikit je di tengah2..yg selebihnye cerita psl kehidupan diri..
tp aku suke cara cerita mcm ni..
x bermakna kalo xde like & kurang komen tu story ko x bagus..kdg2 aku baca je tp x like & komen pun..
hahahaha..kipidap bro..teruskan berkarya..
nota kuku: jangan bancuh herba lg ye..huhuhu
thanks for liking my story😊
pasal herba tu, mmg dah jarang sgt sekarang. sekali-sekala je bila saya ke amsterdam, Holland😬
sama2..huhu
bagus la da jarang2..tp kalo x payah bancuh herba lagi bagus..
kite bancuh milo ke..kopi ke..ok takk??hehe
milo tu 40% kandungannya gula. tak sihat tu hehe
tapi saya mmg suka
minum kopi. dalam 4-5 gelas la sehari huhu😬
Serius la 4-5 gelas sehari??hahaha..ni lagi dasyat dari 40% kndungan gula dlm milo..hahaha 😂😂😂
saya minum kopi kurang gula. separuh sudu kecik je hehhe
Gula setengah sudu kecik je??pahit kott..sy suke minum kopi jgk..tp kopi yg manis la..heee😁
da layan bal pon ada rase seram ke..haha
gila lu. mmg seram oo. dia punya mengilai satu mcm aa..habis p****g stim semua haha
best..
Mula2 tak paham berdengung , bancuh herba bagai tu. Haha lambat sikit loading maklumla saya insan yang lemah .. ehh takde kena mengena. Bhahaha . Kipidap bro. Best . Tapi kalu banyak part hantu lagi terbaik !
saya mmg sengaja pakai istilah “berlapik”. risau jugak kalau direct sgt hahha
cerita ni mmg hantunya mcm tu je dan honestly, saya more to feeling nostalgic masa tulis
nak kecam.. tak baik memalukan member lain.. ganja tu.. kbai..
alaaa..kecamlaa..saya takdehal
seronok gak kekadang bila kena kecam..hahha. lagipun hati saya ni dah sebal so takde effect bila dikecam😁
seram gak bila baca..xtau la aku yg berdengung ka, atau mmg penakut..hahaha..aiseh, habis plak dah, kena bancuh lain ni..lalalalalalallala
hai kembar paul walker.. hahaha
hai hai hai
😂
ok keseluruhan cite rasenye best walaupun pd permulaan cite nye lawak sikit apepun best danh ohsem..
banyak melalut dr cerite hantu..
kipidap dongibab
ok la cite camni..takde la mendatar je..
bleh gak flash back cite dedulu..
ai is ok..
teruskan menulis bro..!!
bro nak tanya, kena bal ke paipon hahaha
dua-dua hahha😬
Terbuai ase masa mengimbau kenangan dolu2 masa blajar ape semua… banyak pgalaman abg ni teruskan menulis… i wait for ya!
thanks a lot for your support😊
Walaupun tengah berdengunggg still rasa takut yaa . Memang terbaik lahh dia bagi salam perkenalan tuu
nice!
Bolehlah
Stkt bdengung jer pun.. biasala tu.. dulu2 aku pn bdengung jgk.. stkt nk bncuh membncuh herba tu still ingat lg.. hahaha.. lm dh aku quit.. tu pun sbb aku trjoint bdk2 tabligh.. hahaha.. cuma tkleh quit smoking jer lg.. anyway.. lyn plk aku baca citer ko bro.. kdng2 trkenang nostalgia dulu2.. w’pun tkder seram sgt.. tp nostalgia tu yg mhl.. keep on posting citer ko bro..
sure Inshaa Allah
thanks for your support bro😊
Dah macam style ahadiat akashah plak.. but nice story.. penceritaan tak boring,walau pun part hantu tu cinonit je, tapi boleh tersengih bila baca.
Bab berdengung tu biasalah.. Sapa aja yg tak buat dajal masa zaman tu.. yang pernah study tmpt org,ikat perut, mcm sakai, keti berpeluh tu je yg akan fhm..mcm sy..kiki.. tu sume pengalaman yg mematangkan dan paling bagus bawa perubahan.. Guuudd job! Tulis lg yeh.
Igt kn bancuh simen ke ape rupanya bancuh ijau😂😂.kak pon nk join kick jgk kot tapi apit x bg tu yg dy nangis dtg time ramai kot2 ade yg nk offer dy sedot sehau dua😂.sbb x dilayan tros x dtg…cite best erkkk nk tnya dulu abg main gitar kt band ella ker
tak. band saya cuma cover band je bila band Ella take a break. band ella tu
band utama. band saya dapat la main 5-6 lagu satu malam
rincik sampai halus untuk menyelam kedasar hati..membe pnh bsandar didinding smbil meratap menginsafi diri..tak mau isap dh katanya dgn mata rabak sambil mnangis meracau nk balik rmh,nk balik apa dh tu rmh dia,disambah dgn air sub marine tu bru dia tsedar.. zaman 90an mmg tkenal dgn “dam”..zaman sterusnya wy,dikuti dgn k,ubat,pit,5 dan skarang zaman batu (ice/syabu),itu yg popular pd pelajar tak tmasuk yg hardcore lg(heroin dsbnya)..jgn ckap xpndai jga diri hatta prodigi skalipun tsangkut dgn perangkap ni..
Tak boring baca.. best layan dam
Komen dulu bru bace.haha aku dulu zaman kolej suke cri hantu..first time membe bwk..dh la sunyi jln agak keck.aku bole jerit dlm dlm keta mntk membe aku uturn..haha menyumpah membe aku.lps tu benti tpi banglo yg konon2 berhantu tu bila kna sergah berkicap lari smpai selipar tercabot..mse tu xtau nk mrh ke nk nangis.bila igt2 blk kejadian kompem membe2 aku ketwa gila we…hahahaha
seram tetiba
eh kjp bancuh herba kejap bancuh ganja…
Bangsar kat mana ni ?
Lawak bodoh dengan cerita lari dari point sebenar xpyh la tulis buang masa je..straight to de point sng..
Xpyh rply ak xbc pon hahahha
Kau xbaca aku nk reply apa ade hal.. Lu cuba belajar respect karya org sket beb.. Masing masing lalui kenangan hidup yg berbeza beza… Xyah reply aku xbaca pon…kah kahkah kah
Terbaek….sentiasa mengikuti cerita2 anda….something different..😁
thanks for the support😊
Unik!best!
I likeeeee
Erm boleh lah,,
Ella and the boys? Seriously? Wow!
saya bukan band member Ella n The Boys. band saya cuma band “cover” untuk band Ella ketika tu. band saya main bila band Ella take a break. then ketika tu band Ella tu belum dinamakan Ella and The Boy lagi
Sempoiii.
Okey jer…semua tu pengalaman hidup awak…x ad org pun blh judge hidup awak..
Ni otai tulis. Aku suke je…
420 bruhhhhhh!
ceritanye setoet je..up dia je yg lebih.. hmmm… sedih.
CeRita zaman 90an…ella n the boyz thn 1981 dah ada….🤔🤔
entahlah. masa kat club tu tak plak dorang letak ella n the boys. aku pun tak kenal sgt band tu cuma aku rasa dorang top masa 90an. lepas tu je baru aku dengar band ella n the boys jadi hits
Bila baca ni rasa macam tengah sembang time lepak sesama pula ; very casual, senang paham.
That “The redemption” song ☺️☺️
Syahdu beb… Mengimbau zaman gua dlu dlu… Syok herba syahdu tetibe dikacau diggu mcm ni mmg seram sejuk lain mcm beb.. Hahhaha pape pon kawan lu apit mmg lawak bai…. Gelak aku pecah perut dgn ragam dia mesti apit kaki kuat bahan org ni kikikiki… Terus kn berkarya … Beb.. Zaman ni semua org ade lalui pengalamN yg berbeza beb…salute
timakasih bro for the uplifting word😊
apit mmg lawak and mmg kaki bahan orang. mmg tak kering gusi kalau dia ada
miss him😔
Nak tanya hubungan dgn ayah dah ok hahaha larik tajuk. Anyways.. bukit tunku mmg serem!
dah ok cuma komunikasi limited. ayah saya pun jenis tak banyak bercakap. saya pun balik malaysia 2-3 kali je setahun
tgh2 bce part mngilai tuh, kjap2 tgk tngkap bilik.. huhuhu.. seram plak titew..
best juga baca kisah seram dan kisah nostalgia 2 in 1.
citer la kisah seram kat obersi pulak..
dah baca Cerita Seram di Taipei?
kalau belum, cerita tu ada di blog saya di ;
http://www.fridaymornin.wordpress.com
ada Part 1 and Part 2
Tahniah bro. Aku suka cara kau menulis. Santai and aku terikut2 intonasi dialog korang bersembang. Harap korg boleh gather balik. Teruskan lagi tulis cerita2 seram eh
thanks a lot bro for the kata2 semangat and Inshaa Allah i will keep writing
Gua pon pernah ada pengalaman kn laco ngan langsuir ms tgh stim herba tumbuh-tumbuhan kt lombong area kg gua…tgh syok2 dok tarik kapal selam boleh lah pulak kn sakat ngan binatang tu…mula2 dgr suara mengilai…dia punyer suara bkn main seram lg kalo dengar…tiba2 ada sorang member gua ni sound…tutup paler masing2…sambil dia ambil jaket pi tutup paler dia…rupa-rupanya binatang tu pi kencing kt kitorang….mmg kata member gua ni..langsuir biasa akan kencing mcm tu…nasib lah kalo kena…tu antara pengalaman gua & kwn kamceng kt kg dok stim jer koje nyer
Hahaha. sama course kite. Btw, ko tak habis2 dengan ko punye meluat kan. Haha. Ape2 pn citer ko sempoi. Senang faham. Tada hal lah
Penceritaannya best . Cuma x rasa seram sbb dr awal saya asyik gelak je sampai nota kaki pun gelak lagi.