KISAH KAMI

Assalamualaikum admin.. Harap dapat siarkan kisah ini untuk tatapan peminat kisah-kisah seram FS..

Kisah yang bakal aku ceritakan ni berlaku dalam awal & pertengahan tahun 90an..

KISAH 1..

Dulu-dulu masa aku sekolah rendah darjah 3-4 (tahun 95-96) aku kerap tidur di rumah ibu saudaraku.. Rumah ibu saudaraku ni sebelah rumah aku je.. Disebabkan aku hanya tinggal berdua dengan nenek, jadi kami kerap bermalam di rumah ibu saudaraku.. Seronok kami dapat tidur beramai-ramai di ruang tamu..

Tambah-tambah lagi bila kakak sepupuku yang belajar di universiti pulang ketika cuti semester.. Seronok tidur dengan dia sebab dia suka bercerita tentang kisah-kisah seram.. Banyak cerita yang dia kongsikan tetapi kebanyakannya aku ingat-ingat lupa sebab dah lama.. 😅😅

Nak dijadikan cerita, suatu malam masa tu bulan purnama, kami bersiap-siap untuk tidur.. Kami tidur di ruang tamu kedua kerana ruang itu agak lapang dan tidak banyak perabot.. Tilam nipis dan toto narita dibentang.. Masing-masing mula nak baring dan lampu pun ditutup.. Hanya cahaya dari lampu dapur yang samar-samar kelihatan..

Kami tidur membelakangkan tingkap (maksudnya tingkap berada di bahagian atas kepala kami).. Rumah ibu saudaraku rumah batu, jadi jarak antara lantai depan dengan tingkap tak la begitu tinggi.. Tingkap dia pula jenis kaca dan bertutup dengan langsir je..

Tiba-tiba sewaktu ibu saudaraku hendak merebahkan badan di atas tilam, dia ternampak satu susuk lembaga di sebalik langsir yang ditiup angin kipas.. Lembaga tersebut berpakaian serba hitam dan compang-camping.. Ibu saudaraku terus bangun, memanggil anaknya dan mengatakan ada orang di depan..

Anaknya segera membuka lampu depan tetapi tidak kelihatan sesiapa pun di situ.. Yang jelas menurut ibu saudaraku, lembaga itu berpakaian serba hitam & compang-camping tetapi wajahnya tidak begitu jelas kelihatan walaupun bulan mengambang penuh..

Menurut arwah nenekku, itu adalah jiran sebelah rumah kami yang juga saudara kami.. Dia hanya datang untuk menjenguk anak, cucu, cicitnya sahaja kata nenekku lagi.. Huhuhu.. 👻👻

Sepupuku juga pernah melihat lembaga yang berpakaian serba hitam dan compang-camping seperti itu pada suatu senja ketika dia ingin meleraikan ikatan langsir pada cermin tingkap. Lembaga itu sedang terbongkok-bongkok mengutip sesuatu di bawah pokok jambu di halaman rumah..

Adakah kedua-dua lembaga itu sebenarnya lembaga yang sama?? Wallahualam..

KISAH 2..

Sewaktu usiaku dalam 7-8 tahun (tahun 93-94) aku dan sepupu gemar bertandang ke rumah nenek saudara kami yang terletak di belakang rumah kami.. Di belakang rumah kami terdapat banyak pokok buah-buahan seperti langsat, manggis, rambutan, durian dan lain-lain lagi..

Rumah nenek saudara kami ni agak ke belakang sedikit.. Di tepi rumahnya ada sebuah perigi.. Air dari perigi itulah yang digunakannya untuk mandi, membasuh, memasak & sebagainya.. Rumahnya juga tidak mempunyai bekalan elektrik.. Dia hanya menggunakan pelita minyak tanah pada waktu malam..

Pada suatu pagi, waktu ni cuti sekolah hujung minggu.. Aku dan sepupu bertandang ke rumah nenek saudara kami.. Hajat kami untuk membersih dan mengemas rumahnya, al-maklumlah nenek saudara kami sudah tua dan tinggal seorang diri.. Kedua-dua anak lelakinya sudah berkahwin dan tidak tinggal di situ..

Kami pun mula mengemas.. Aku menyusun barang-barang dan botol-botol air yang berselerak sementara sepupuku pula menyapu sampah.. Rumah nenek saudara kami tiada bilik, jadi katilnya diletak di ruang tamu sahaja.. Ruang tamu rumahnya memang luas.. Barang-barang dapur juga diletakkan di satu sudut di ruang tamu kerana nenek saudara kami tidak larat turun naik tangga untuk ke dapur..

Sewaktu sepupuku sedang menyapu sampah berhampiran katil, dia terlihat ada suatu makhluk sedang terbaring di bawah katil.. Hanya kakinya sahaja yang kelihatan.. Kakinya kelihatan seperti kaki nenek saudara kami, sedang tidur di bawah katil sedangkan nenek saudara kami berada di halaman rumah.

Dia cepat-cepat mengajakku keluar dari rumah itu tetapi aku mengatakan bahawa aku ingin menghabiskan kerja-kerjaku dulu.. Dia tanpa berlengah terus bergegas menuruni anak tangga dan terus memanggil serta mengajakku pulang..

Aku yang sedikit bengang dengan ajakannya itu terus keluar dari rumah itu.. Dia terus mengheretku pulang.. Sesampainya di rumah dia menceritakan apa yang dia nampak tadi.. Aku memarahinya kerana tidak memberitahuku awal-awal.. Katanya dia bimbang jika memberitahuku, aku akan kaku di situ..

Kami menceritakan kisah itu kepada keluarga.. Kata ayahku, ketuk je kaki makhluk tu dengan penyapu.. Nanti dia bangun, nampaklah rupa sebenar dia.. Huhuhu.. 👻👻

Sekian..

Terima kasih banyak-banyak kerana sudi baca kisahku.. Maaf jika tidak berapa seram.. 😁😁

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

BIANGLALA 205

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 71 Average: 4.7]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.