Kisah Kebun

Hai semula. Terima kasih admin sebab menyiarkan cerita aku. Cerita berlaku sewaktu aku dan suami aku bersama beberapa sepupu (campur lelaki dan perempuan) aku bermalam dikebun durian milik arwah atuk aku. Kisah ini berlaku dlm 5 tahun yang lalu. Setiap kali musim durian tiba, kami pasti akan teringat akan kisah ini. Aku tak pandai sangat menulis. Tapi aku cuba untuk menceritakan kisah bagaimana kami di ganggu “Penjaga Kebun”.

Pada hari kejadian, kami bersepakat untuk bermalam sahaja dikebun setelah penat memungut buah-buah durian yang telah gugur ke tanah. Kebun arwah atuk aku ni hanya ada bangsal. Jadi kami semua bermalam di bangsal tersebut. Walaupun tak besar. Tapi cukup utk kami berenam tidur diatas bangsal itu….

Malam itu selepas kami berborak2 dan makan beberapa biji durian. Aku pun tertidur dibangsal itu. Lebih kurang jam 1.45am, suamiku mengejut aku untuk meneman beliau membuang air kecil. Kebun arwah atuk aku ni takde tandas. Kira kalau nk terkencing, kena kencing belakang2 pokok je. Mulanya aku menyuruh je suamiku kencing berdiri di tepi bangsal tu. Tpi beliau taknak sebab banyak minum nescafe. Katanya nanti bau coffee pulak kawasan bangsal ni. Aku pun mengikut husbandku ke kawasan pokok berhampiran untuk menemannya kencing berdiri. Long story short, setelah selesai kami pun kembali ke bangsal untuk sambung tidur…

Tiba-tiba aku terdengar seakan-akan ada tapak kaki menghampiri bangsal kami. ( Bunyi seakan-akan orang memijak daun kering). Pada awalnya aku buat-buat tak tahu sehingga la aku terbau bau yang sangat hanyir. Masa tu aku rasa macam seram2 sejuk dan memeluk suamiku dan suamiku berkata, jangan cakap apa2. Jangan tegur apa2. Tahulah aku bahawa beliau juga merasakan apa yang aku rasakan pada waktu itu. Sepupu2ku yang lain masih nyenyak tidur masa tu. Beberapa ketika selepas itu, kami melihat macam ada bayangan kucing berwarna gelap melintas betul2 dihadapan kami. Bayangan tu macam sekali lalu sahaja.

Selepas beberapa ketika tiba2 ada sebatang pokok berhadapan bangsal kami bergoyang2 seakan-akan ditiup angin yang sangat kuat. Tetapi anginnya tidak dapat dirasai. Hanyalah bunyi sahaja yang dapat didengari. Bunyi itu terlampau kuat sehinggalah mengejutkan semua sepupu-sepupuku yang lain yang sedang tidur dan suamiku memberikan isyarat diam dibibirnya. Mereka hanya menuruti. Pada ketika itu, aku risau kepada seorang sepupu perempuan aku ni. Masa tu dia tengah period, aku takut dia dirasuk kerana keadaan dirinya pada ketika itu. Tp alhamdulillah pada hari kejadian. Tiada kejadian dirasuk berlaku pada hari tersebut.

Kejadian gangguan itu berlaku agak lama. Hampir jam 6am. Baru lah keadaan reda. Tapi memandangkan hari masih gelap. Masih bahaya untuk kami keluar dari kebun itu. Kami tertidur sehinggalah jam 9am. Apabila keadaan makin terang. Baru lah kami semua keluar dari kebun tersebut. Setibanya kami tiba dirumah. Kami menceritakan perkara ini kepada opah. Opah hanya menggelengkan kepala. Dan bertanya semasa dalam hutan ini, kamu semua ada menjaga solat atau tidak.

Terkejut kami semua apabila opah bertanyakan soalan itu. Kami semua mengaku tidak solat semasa berada di dalam kebun itu. Opah meneruskan lagi bercerita. Katanya “Penjaga kebun” telah berada disitu sejak beberapa generasi kebelakang dulu. Arwah atok dan arwah moyang aku berusaha untuk membuang penjaga itu. Tapi masih tak berjaya. Kata opahku lagi, benda tu akan mengganggu sesiapa yang memasuki kebun itu jika 1. Tidak menjaga solat 2. Ada niat untuk mencuri buah 3. Niat untuk merosakkan pokok dikebun itu dan beberapa perkara lagi.

Suamiku bertanya kalau ada memancut kencing masa dekat kebun tu ada apa-apa masalah ke. Opahku memberitahu, siapa-siapa ada kencing dikebun itu. Untuk masuk kembali ke kebun dan menjirus air di kawasan tersebut. Pada hari kejadian, kami semua ada membuang air kecil. Cuma suamiku sahaja yang kencing di kawasan pokok. Kami semua membuang air kecil bersebelahan bangsal. Cuma pada waktu yang lain. Kami semua kembali ke kebun. Dan menjirus dua kawasan tersebut dan kembali ke rumah. Opah aku cakap, tak salah untuk kencing di kebun tu. Tapi adab kena jaga. Kena jirus tempat kencing tersebut. Jangan main tinggal je terutama lelaki yang selalu buat macam tu.

Selepas kejadian itu. Kami semua masih lagi akan masuk ke kebun apabila tiba musim durian. Alhamdulillah sudah tiada apa kejadian menakutkan yang berlaku. Semoga cerita ini menjadi pengajaran kepada kita.

Sekian
Yati

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Yati

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 11 Average: 4.4]

3 thoughts on “Kisah Kebun”

  1. Oh, kalau suka minum nescafe, nti urine pn bau nescafe jg ye? Bru sy tahu… Sbb ay pn ske mnum nescafe jg, nk hilangkan nagntuk…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.