Kisah-kisah Seram di Asrama ku

Alhamdulillah, masih diberi kesempatan untuk berkongsi cerita kali ni. Aku Mey dan Ini perkongsian aku yang ke-2. Dalam cerita ni aku bahagikan dalam 3 kisah.

Kisah 1

Yaa. Asrama. Seperti yang semua orang maklum, asrama semua berhantu. Tak pernah lagi aku dengar asrama yang tak berhantu. Kali ini aku nak kongsi kisah-kisah angker yang berlaku di SMK tempat aku belajar dulu. Cerita yang aku kongsi ini adalah dari pengalaman sendiri dan pengalaman rakan-rakan serta kakak-kakak senior.

Aspuri ada 2 blok (blok A dan B) yang saling berhadapan. Setiap blok ada 3 level. Blok B, 2 level atas ada 6 bilik setiap level dan semua bilik adalah bilik tidur aspuri. Blok A, level bawah sekali rumah warden, surau, dobi dan bilik study form 5-6. Level 2 (ada 6 bilik) adalah bilik tidur pelajar dan level paling atas adalah bilik study untuk form 1-4. Setiap hujung blok kiri kanan ada tangga dan tandas. Tengah-tengah blok adalah padang dan dihujung blok ada ampaian serta tangki hitam yang besar dan belakang tangki tu hutan. Boleh bayangkan tak landskap dia macam mana? Harap pembaca faham la ya.

Kawan-kawan aku cakap setiap bilik tidur aspuri tu ada angkernya sendiri. Lain bilik lain hantu. Masa zaman aku (2010-2012), semua bilik tidur aspuri diberi nama bunga, sekarang dah tukar nombor. Aku kongsi cerita bilik yang paling angker ja la ya, kalau nak cerita setiap horror story each of the room nanti panjang berjelah dan bosan. Ok jadinya, dekat aspuri tu, bilik yang paling famous keangkerannya ialah bilik Dolphin (nama bilik sebelum tukar nama bunga). Bilik paling hujung dekat blok B level 3 dekat dengan tangga. Bilik ni lama tak kena pakai sebab tu nama bilik tu masih guna nama lama.

Alkisahnya, seorang aspuri form-6 mengandung oleh aspura. Aku bagi nama budak aspuri ni Ana dan semestinya bukan nama sebenar. Waktu itu dah nak cuti panjang 1 minggu jadi semua aspuri diwajibkan balik rumah. Ana ada seorang kawan karib, Ani (bukan nama sebenar). Hari itu adalah hari jumaat, hari terakhir waktu persekolhan minggu itu. Tiada siapa yang tahu mengenai kandungan Ana termasuklah kawannya sendiri. Time tu semua orang tengah sibuk packing sebab exited nak balik rumah. cuti panjangkan siapa tak teruja. Tapi tidak bagi Ana, dia sebaliknya tak nak balik sebab takut keluarganya tahu.

Ana: Ani, kau kurung aku dalam locker boleh? Aku mau bersendirian.
Ani: kau maw buat apa dalam locker? Kau ok? Pucat muka kau ni.
Ana: ok ja. saja maw duduk dalam locker. Tak mau orang kacau
Ani: kalau iya pun cari tempat lain. Kenapa mesti locker?
Ana: nanti la aku cerita. Tapi buat masa sekarang. Kau tolong dulu kurung aku dalam locker. Tapi kau jangan lupa pulak buka nanti sebelum kau pulang.
Ani: hmm.. yalah.

Maka Ani pun mengurung Ana dalam locker yang paling hujung. Dannnn… disebabkan keterujaan Ani untuk pulang ke rumah, dia terlupa pasal Ana. Yaa, dia lupa buka locker dimana Ana dikurung dan terus balik rumah. seminggu berlalu, semua pelajar balik ke asrama. Apabila penghuni bilik Dolpin masuk, mereka terhidu bau yang sangat busuk, bau bangkai. Bau tu datang dari locker Ana dan mereka maklumkan warden serta panggil Pak Guard untuk tolong tengokkan sebab takut nak buka. Apabila locker tu dibuka, didapati Ana sudah menjadi mayat yang berulat dan busuk. Waktu itu barulah Ani teringat pasal Ana. Warden pun telefon polis dan semenjak peristiwa itu bilik Dolphin dikunci dan tak digunakan lagi. Aspura yang membuatkan Ana mengandung dikatakan menggantung dirinya sendiri di blok Aspura lama yang dah lama tak digunakan. Wallahua’lam. Tapi tahun lepas (2018) aku nampak bilik tu dah diguna masa aku datang ambil laporan akademik adik aku.

Ok. Mesti pembaca tertanya-tanya. Takkan family Ana tak cari selama seminggu tu? Tak kan Ani tak ingat langsung mengenai Ana selama seminggu tu jugak? Wallahua’lam. Sekadar itu sahaja cerita yang saya tahu pasal bilik tu. Tapi serious, masa aku first masuk asrama, bilik aku satu level dengan bilik Dolphin tu, memandangkan bilik tu betul-betul depan tangga, jadi kalau nak turun tu kena lalu bilik tu atau pun lalu tangga yang lagi satu, tapi jauh. Jadi kadang kalau nak cepat aku guna tangga depan bilik Dolphin tu dan semestinya meremang-remang itu ada. Dah la bilik tu tak kena on lampu kalau malam, dengan tandas hujung tu tak kena guna sooo faham-faham la feeling dia macam mana.

Kisah 2

Baiklah. Cerita seterusnya ialah cerita bilik bawah Dolphin, bilik Cempaka (bilik paling hujung level 2 Blok B). lupa nak bagitau, setiap bilik ada 4 katil double decker dan 8 locker. Aku dapat locker paling hujung dekat dengan tingkap dan katil no. 2 dari pintu, katil atas. Roommate aku, Kak Shida dapat katil atas jugak tapi katil dia paling hujung dekat dengan pintu. Kak shida ni seorang yang berani dan dia senang Nampak benda-benda halus, mungkin hijab dia terbuka Wallahua’lam. Waktu tu exam hujung tahun, jadi ramai pelajar yang balik. Dalam bilik aku waktu tu ada 3 orang ja. aku, kak Shida dengan 1 budak Chinese, Sharon. Sharon ni kakak form-6 dan dia jarang ada dalam bilik sebab banyak aktiviti luar. Jadinya yang selalu kat bilik tu aku dengan Kak Shida je la, kadang kawan kak Shida datang tidur di bilik kami. Aku ni jenis penakut, selalu tidur di bilik orang lain dan hari tu aku tidur bilik kawan sebab ada pesta makan Maggie. Di bilik tinggal Kak Shida dengan kawan dia. Malam tu ok ja tak ada apa yang terjadi. Esok paginya aku balik bilik aku.

Kak Shida: Mey, semalam tau tak ada benda tidur atas tilam kau?

Aku: isk Kak Shida ni. Biar betul. Semalam kan saya tidur bilik kawan.

Kak Shida: Yaa. Kakak tau tapi kakak bagitaw kamu jak.

Aku: benda apa yang tidur atas tilam saya semalam kak?

Kak Shida: Gula-gula putih (pocong). Lain kali, kalau tak tidur atas tilam, lipat tilam tu, dan nanti datang jangan terus baring, tepuk-tepuk dulu, baca doa baru baring.

Respon aku? Tersentak lah, apa lagi. Tapi ya, ustazah selalu pesan suruh lipat tilam kalau tak tidur dan aku selalu lupa tapi semenjak hari tu aku selalu lipat tilam kalau balik rumah atau tidur bilik kawan. Blok aspuri, walaupun banyak tandas, tapi 1 je yang kena buka, iaitu tandas blok B paling bawah yang dekat dengan tangga sebab tu adanya tangki hitam besar tu untuk mandi. Kadang kalau tak ada air aspuri pegi tangki besar tu untuk buang air kecil. Kak shida kata, masa dia pergi tangki pukul 1 malam, dia Nampak budak kecik dekat tangki. dia tau budak tu bukan manusia sebab muka budak tu pucat.

Kak Shida: buat apa disini?

Budak kecik: saya sesat. Tak ada kawan. Nak cari kawan bermain.

Kak Shida: tak boleh. Kamu bukan manusia. Tak boleh bekawan dengan manusia.

Budak kecik: tak apa. Saya suka duduk sini.

Kak Shida: jangan kacau orang lain suda

Terus kak shida pun balik bilik. Nasib budak tu tak ikut dia. Tapi dia kata setiap kali dia pergi tangki, dia Nampak je budak tu kat situ memerhatikan orang. Tapi ok la dia tak kacau orang kan. Lepas tu diceritakan pula oleh kawan saya sendiri Nana. Dulu kakak dia tinggal di bilik Cempaka juga masa batch dorang. Tapi waktu tu bilik Cempaka pakai katil single tapi ada 8 katil jugak dalam 1 bilik. Ceritanya macam ni. Kakak dia dengan 4 orang lagi kawan dia tidur di bilik Cempaka tu, maksudnya dorang berlima lah dalam bilik tu yang lain tak taw pergi mana. Sami, Ara, Mimi, Ros dan Lin (semua bukan nama sebenar) pun tidur malam tu. Tiba-tiba dalam pukul 2 am Sami terasa ada orang goyang-goyangkan badan dia. Dengan mata yang berat dia pun buka mata dan dia Nampak Ros tengah duduk menghadap dia dengan muka yang tak ada perasaan. Blurr

Sami: kenapa Ros? (dengan suara yang malas)

Ros: jom teman aku pergi tandas. Nak kencing.

Sami: Hmm yalaa

Sami pun dengan malasnya bangun teman Ros pergi tandas. Mungkin disebabkan mengantuk, dua-2 tak becakap sepanjang perjalanan ke tandas bawah hujung blok B itu. Sampai je tandas Ros terus masuk tandas, Sami tunggu dekat luar pintu tanpa rasa takut. 5 min berlalu, Ros masih dalam tandas. 10 min berlalu Sami dah rasa lain. Dia berasa hairan kenapa tak ada bunyi orang kencing atau air mengalir. Dia dah mula syak yang Ros dalam tandas tu bukan manusia. Tiba-tiba Ros dalam tandas tu bersuara..

“kau taw suda kan”

Pintu tandas tempat Ros masuk tiba-tiba terbuka dan Sami Nampak Ros tengah berus gigi dia dengan Gilette. D***h dan gusi hancur meleleh dari mulut Ros sambil tersengeh. Sami teriak dan terus pecut lari bilik. Bila dia sampai bilik, elok ja dia nampak Ros tengah nyenyak tidur. Disebabkan takut yang teramat sangat, Sami bungkuskan diri dia dengan selimut. Tak lama kemudian, tiba-tiba pintu bilik terbuka sendiri. Sami yang sedar masa tu hanya membatukan diri dan pura-pura tidur. Tapi pada masa yang sama dia buka mata dia sedikit dan dia nampak gula-gula putih tengah melompat-lompat masuk dalam bilik menuju ke locker paling hujung. Yaa, locker aku la tu. Allahu. Hantu gula-gula tu kemudian masuk dalam locker tu, masa tu locker memang terbuka, jadi dia pun masuk dan berdiri kat situ dalam 1-2 minit kemudian dia keluar dari locker aku tu dan melompat-lompat pergi tempat Ros. Sami waktu tu bagaikan batu, kaku, tak mampu nak bergerak atau buat apa pun. Dia hanya mampu melihat apa yang terjadi di sekeliling dia. Hantu tu betul-betul berhenti depan katil Ros dan tiba-tiba dia nampak Ros terapung depan hantu gula-gula tu. Tak lama kemudian Ros mendarat balik atas tilam dia dan benda tu melompat-lompat keluar bilik, dan suppppp! Hilang. Malam tu Sami tidur dalam ketakutan. Esok paginya dia tanya Ros kalau dia sedar akan kejadian semalam, Ros cakap tak. Dia tak ingat or rasa apa-apa pun semalam. Kemudian Sami pun cerita apa yang terjadi semalam dengan kawan-kawan dia dan malam tu dorang tidur bilik orang lain.

Kisah 3

Cerita ini dialami sendiri oleh kawan aku, Ida. Malam tu dorang semua tidur dekat tengah-tengah bilik, bawah kipas beralaskan katil yang diturunkan dari katil double-decker. Kepala dorang menghala katil dan kaki menghala locker. Malam tu rancak dorang berkongsi cerita hantu. Selesai bercerita, dorang semua tidur. Tepat tengah malam, Ida terjaga sebab dia terdengar bunyi “arrkkkkkkkk!” yang panjang dan bunyi tu datang dari arah katil. Waktu ni Ida menghadap siling, menghadap kipas. Bunyi tu makin lama makin dekat. Dia pun mendongak menghadap katil dan dia ternampak nenek tua dengan rambut menggerabai, lidah terjelur dengan air liur hitam meleleh-leleh tengah merangkak dari atas katil menuju kebawah. Ida yang terkejut spontan teriak sambil tutup mata. Kawan-kawan yang lain terkejut terus bangun tanya kenapa, bila Ida buka mata, benda tu dah tak ada. Kemudian dorang semua pindah bilik sebelah tumpang tidur sebab takut.

Ok. Ni cerita last dalam perkongsian kali ini. Sama jugak, dialami sendiri oleh Ida dengan kawan aku lagi satu, Daya. Ida dengan Daya dapat bilik dekat blok A, bilik dorang bersebelahan ja. dah menjadi satu amalan untuk dorang saling kejut antara sama lain untuk solat subuh. satu pagi, lepas azan subuh, Ida datang nak kejutkan Daya untuk solat subuh. masa dia masuk bilik tu dia nampak Daya tengah berbungkus dengan selimut tapi nampak rambut dia sedikit terjurai. Baru ja Ida nak kejutkan Daya, Ida teringat yang Daya tengah “cuti”, tak boleh solat. Dia pun batalkan niat dan kembali ke bilik dia sambung tidur. Waktu sarapan tu dorang macam biasalah kumpul di dewan makan.

Ida: Daya, kau taw pagi tadi, sikit lagi aku kejut kau untuk solat subuh. baru jak aku maw kejut kau terus aku ingat yang kau tengah “cuti”. Haha

Daya: (muka bekerut penuh dengan tanda tanya) aku tidur bilik Kak Yung semalam. Mana ada orang dalam bilik aku.

Ida: kau biar betul. (cuak)

Daya: iyaaa. Kau ingat aku berani tidur 1 orang dalam bilik.
Ida: patutlah aku macam pelik tengok kau berbungkus dengan selimut. Setahu aku kau mana suka pakai selimut kalau tidur. Then lagi satu aku perasan rambut kau panjang betul. Heran jugak aku tapi hmmm…ntah lah. Nasib aku tidak terpegang dia.

Daya: yang pasti, tu bukan aku. Nasib kau la dapat jumpa dia walaupun bukan face-to-face.

Ida: isk…takutnya kalau aku ingat balik. Apalah agaknya jadi kalau dia menoleh tengok aku pagi tadi. Nauzubillah…!

Tu ja la perkongsian aku kali ini. Maaf kalau ceritanya panjang dan membosankan. Allah hafiz.

Mey

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 5]

5 thoughts on “Kisah-kisah Seram di Asrama ku”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.