KISAH MISTERI – KEJADIAN YANG TIDAK KU SANGKA

Nama aku Halim(Bukan nama sebenar), dan aku tinggal di Putrajaya bersama-sama dengan keluargaku. Perkara-perkara mistik ini bukan semua orang pernah lalui. Ada yang percaya dan ada yang tidak percaya. Sememangnya, makhluk halus ini harus kita percaya kerana ia juga merupakan makhluk ciptaan Allah cuma kita tidak boleh terlalu taksub sehingga mensyirikkan Allah kerana lebih takut dengan makhluk ciptaannya daripada dia.

Aku sudah biasa dengan perkara macam ni. Alhamdulillah, sekarang dah tak ada gangguan lagi. Kisah yang akan aku ceritakan ini adalah kisah benar mengenai diri aku. Kisah ini adalah untuk kita ambil iktibar supaya sentiasa ingat pada Allah pada setiap masa dan bukan pada masa yang kita susah sahaja. Kisah ini berlaku pada tahun 2017.

Kisah ini bermula begini… Pada suatu hari, aku ingin menghantar adikku pulang ke rumahnya yang terletak di Ampang. Perjalan dari Putrajaya untuk ke Ampang bagi aku agak jauh juga la. Yalah, jarang-jarang ke situ kan, memang dirasakan jauh la.

Apabila tugasku untuk menghantar adikku pulang ke rumahnya selesai, aku pula bergegas untuk pulang ke rumahku. Sambil aku asyik membawa kereta Proton Perdana berjenama Malaysia ku itu, aku tersedar bahawa aku sedang melalui jalan raya yang gelap, sunyi, tiada kereta dan dikelilingi hutan yang tebal😟😟. Aku tidak menghiraukan apa yang berlaku di luar.

Tiba-tiba, keretaku berhenti. Betapa aku tidak sedar bahawa keretaku sudah kehabisan minyak. Aku cuba untuk memesan grab melalui telefon pintarku. Bar line di telefon aku menunjukkan tiada coverage. Aku cuba keluar dari kereta dan berjalan beberapa meter dari kereta untuk mendapatkan coverage. Akhirnya aku berjaya memesan grabπŸš–.

Apabila grab itu sampai di lokasi aku sekarang, aku terus menyuruh pemandu grab itu menuju ke stesen minyak yang berdekatan kawasan itu. Setibanya aku di stesen minyak shell, aku membeli sebotol minyak petrol sebagai syarat untuk sampai ke rumahku. Setelah selesai tugas pemandu grab itu membawa aku pergi ke lokasi dimana kereta aku berada, dia terus beredar meninggalkanku. Aku meneruskan niatku untuk mengisi minyak yang sudah ku beli di stesen minyak tadi.

Ketika aku ingin membuka tempat mengisi minyak itu, aku berbicara di dalam hati “Eh, silap aku tak suruh grab tu tunggu tadi!”πŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…. Tapi, Allah menentukan segalanya. agak susah untuk aku buka tempat minyak itu seorang diri. Tetapi akhirnya aku berjaya untuk membukanya.πŸ˜†πŸ˜†

Dalam keasyikan aku mengisi minyak tiba-tiba satu kelibat putihπŸ’€πŸ’€sedang berdiri di belakangku. Aku dapat merasakan sesuatu yang sedang memanggilku.”hoooi, hooooi”. Aku tidak menghiraukan suara itu. Kini, makhluk ini cuba untuk menunjukkan dirinya dihadapanku, aku membentak dengan berkata ” HOI, PERGI JANGAN KACAU AKU”! Kelibat itu terus hilang dalam beberapa saat kemudian.

Setelah aku selesai mengisi minyak, aku terus masuk ke dalam kereta πŸš™dan bergerak menuju ke rumahku. Sedang aku memandu, aku dapat melihat samar-samar sambil aku memandangπŸ‘€ tar jalan di dalam cermin pandang belakang seperti ada susuk tubuh yang sedang berada di tempat duduk belakang keretaku.πŸš™ Perkara yang sama berulang kali.

Setelah perkara ini berlaku berulang kali, akhirnya kesabaran aku mula hilang. Di tengah-tengah jalan, aku memberhentikan kenderaan aku dan aku membuka tingkap. “HANG KELUAQ SEKAGHANG DAGHI GHETA AKU”! jerkah aku. Kemudian, aku meneruskan perjalananku dengan membaca ayat kursi dan tiga qul.

Setibanya aku di rumah🏠, aku terus duduk di beranda rumah sambil memikirkan perkara yang terjadi tadi…

Semoga dapat dijadikan iktibar buat kita semua.

-TAMAT-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Ariff Hakim

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 60 Average: 2.5]

3 thoughts on “KISAH MISTERI – KEJADIAN YANG TIDAK KU SANGKA”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.