Kisah Seram Asrama Kg Gajah

Cerita 1.
Kisah ini bermula apabila saya masuk ke asrama di kg gajah pada tahun 2013. Masa itu saya baru tingkatan 1, maklum la first time duduk asrama. Tak pernah-pernah duduk asrama tiba-tiba kena duduk asrama ,hahaahha.

Masa tuh Khamis malam Jumaat , biasa la baru masuk asrama. Perangai budak-budak tuh tak hilang lagi ,baru nak ‘up’ katakan. Malam tuh lepas habis kelas malam, naik dorm nak tido la katakan tapi tak boleh nak tido sebab senior tengah lepak dalam dorm. Nak tak nak redho je laa.

Baru nak lelapkan mata , nampak sorang senior ni dia bawak masuk kain putih entah dari mana. Rupanya diorang punya projek tuh acah nak buat pocong. Saya dengan perasaan bangga nya duduk la sekali tengok diorang buat. Maklum laa baru pertama kali tengok kan? Diorang siap je buat pocong tuh nak turun bawah, konon nya nak takutkan pelajar perempuan. Blok perempuan menghadap blok lelaki . Kebetulan pulak ade pelajar perempuan lalu, apa lagi diorang pon ‘go on’ je la projek tuh. Menjerit budak perempuan yang lalu masa tuh. Balik dorm gelak terbahak-bahak diorang.

Esoknya budak perempuan kelas aku tanya aku, “Semalam korang ada buat pocong ke” .
Aku cakap kat dia “Ada. Geng senior buat”
Pastu dia tanya lagi ” 3 pocong”
Aku terkejut bila dia cakap dia nampak 3 pocong malam tadi.Aku cakap kat dia ” Mana ada, diorang buat 1 je malam tadi”
Budak perempuan tuh dah takut dan dia cakap “Serius aku nampak ade 3 Semalam. Dekat tangga ,Koridor Bawah dan Depan Tandas Besar”
Aku lagi takut dibuatnya. Kalau dekat tangga tuh betul laa. Sebab malam tadi memang diorang buat dekat kat tangga. Kalau dekat koridor bawah dan depan tandas besar agak mustahil sebab pagar berkunci .
Tandas besar dekat dengan koridor bawah. Mustahil ade yang turun bawah sebab kunci pagar hanya ada pada guard je.

Balik je dari sekolah, aku jumpa salah sorang senior aku yang join buat pocong malam tadi. Aku cerita semua yang kawan aku cerita tadi. Dia terkejut bila aku cerita pasal 3 pocong tuh.
Dia pon cerita dekat senior lain. Ade yang percaya ade yang tak percaya.

Malam tuh baru lepas minum malam, naik atas nak tido dah. Aku tak ingat aku terjaga pukul brape . Aku nampak kelibat hitam keluar dari bilik. Aku dengan rasa takut keluar tengok kelibat hitam tuh. Rupanya senior aku. Tiba-tiba senior aku menjerit , aku pergi dekat dia . Aku tanya dia kenapa? Dia suruh aku tengok depan blok perempuan.Aku nampak kelibat 3 pocong dekat depan blok perempuan. Aku dengan senior aku lari masuk dorm. Selimut satu badan dan pejam mata.
Lepas je dari kejadian tuh tak da siapa yang berani buat pocong.

Cerita 2.
Masa tuh aku tingkatan 2 . Baru nak rajin sikit katakan. Tapi itu lah jenis aku buat kerja last minit. Orang dah tidur baru nak buat kerja sekolah.

Satu malam tuh aku memang banyak kerja sekolah xwempat siapkan petang. So aku decide nak buat tengah malam. Tengah malam buat kerja sorang-sorang seram la jugak. Tapi jiwa tengah kental masa tuh hanya bertemankan bunyi katak. Aku buat kerja dekat Bilik Study, maklum la xboleh nak buat dekat dorm. Nanti kacau budak lain nak tidur pulak.

Tengah feeling buat kerja sekolah, tiba-tiba aku dengar suara ngilai.
“Buat ap tuh~~”
“HAHAHAAH”
Aku tak pikir panjang masa tuh , aku kemas meja dengan alat tulis aku. Aku masok dorm. Sampai je dorm aku letak semua barang aku dalam beg dan baring atas katil nak tidur.
Suara ngilai tuh makin lama makin kuat. Aku selimut aku tutup mata. Katil aku nombor 4 dari kiri. Dalam dorm tuh ade 12 orang. Tiba-tiba aku terdengar.
” Katil 1 dah tidur”
” Katil 2 dah tidur”
” Katil 3 dah tidur”
” Katil 4 pura-pura tidur”
“HAHAHAH~~~”
Aku lagi takut bila dengar suara tuh kira macam tuh. Aku cuba berani kan diri sebab aku nak tau suara apa tuh. Aku selak selimut sikit-sikit, aku tengok sekeliling tak ada apa-apa. Bila aku terpandang almari, aku terkejut bila aku ternampak kelibat nenek kebayan atas almari tuh. Aku pejam mata dan terus tidur~~.

Sejak dari harituh aku dah tak berani buat kerja sampai lewat malam. Sekian..

~The End~

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Nami

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 3.6]

6 thoughts on “Kisah Seram Asrama Kg Gajah”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.