Kisah Seram di Pusat Pendidikan Mara di Perak

Assalammualaikum.. Perkenalkan diri sebagai Yuya. Terima Kasih kepada pihak FS sudi siarkan pengalaman aku sendiri sewaktu belajar di sebuah pusat pendidikan milik Mara di satu daerah di negeri Perak, sekitar tahun 2007-2008. Sebelum ini aku hanya membaca dan menghayati cerita yang dikongsikan di FS. Kali ini biarlah aku pula yang berkongsi beberapa cerita sepanjang aku berada di sana. Seram atau tidak adalah berbeza, waktu ketika mengalami dan saat anda semua membaca.

Cerita 1

Kejadian ini sewaktu aku di semester pertama (junior). Aku asal dari Selangor, jadinya memang terang-terang aku duduk asrama. Tempat aku belajar ini memang pelajar perempuan akan duduk asrama sampai habis belajar.

Kau fahamlahkan kalau sudah namanya junior macam-macam kena ikut, peraturan asrama dan peraturan mengarut dari senior yang alah tak berapa jauh pun beza umur. Salah satunya peraturan mandi pagi, punyalah diva pre-senior dan senior ini, warning junior supaya waktu 6.30 pagi adalah waktu larangan mandi, sebab waktu itu waktu diorang mandi. Aku dengan junior lain yang naif ini pun ikutlah. Dari jam 5.30 pagi ke 6.30 pagi itu memang sesaklah bilik air nak mandi.

Disebabkan aku jenis yang tak suka mandi kelam kabut, maka aku putuskan untuk mandi pukul 4.45 pagi kadang2 paling lewat pukul 5.00 pagi. Waktu semua makhluk tidur lena, aku sudah mengorak langkah kaki dari dorm aku kehujung blok untuk mandi. Aku suka mandi dalam bilik mandi yang berada diluar. Tak silap aku ada 5 bilik mandi, sebab air pancuran kat situ laju. Heheheh.

Dari tandas/bilik mandi kuning nak ke bilik mandi luar, aku kene keluar dari pintu dan melangkah longkang kecil yang mengelilingi asrama aku dan waktu itu aku boleh lihat suasana gelap dan sunyi di kanan dan kiri aku. 5 langkah je dari pintu sudah jumpa bilik mandi favourite aku. Aku pun tak fikir apa, mandi macam biasa. Tengah layan mandi,tiba2 aku dengar pintu sebelah macam ada orang buka. Senyap. Aku pun cuba amati kalau2 ada bunyi lain pula. Senyap. Selang berapa saat aku dengar bunyi air pancuran, lega rupanya ada orang yang sudah bangun macam aku untuk mandi. Aku pun senang hati ada juga teman. Dalam 20minit lepas itu, aku keluar, jadi aku tolehlah deretan bilik mandi yang aku mandi tadi, nah… cuma bilik mandi yang aku guna saja yang ada aliran air keluar menghala ke longkang kecil, yang lain semua kering dan tak menunjukkan pun macam ada orang lepas mandi. Sudah, siapa pula yang mandi tadi?

Cerita 2

Waktu ini aku dah semester kedua (pre-senior) jadi dorm pun sudah berubah. Tapi dorm aku kat blok senior. Adat asrama, sembahyang jemaah setiap hari isnin sampai jumaat, solat maghrib, kalau ada ceramah sampai ke isyak kat surau besar berhampiran aspura. Aku waktu itu memang malas betul nak pergi, jadi aku dengan ada beberapa kawan aku yang sekepala sepakat nak menyorok. Sebab kalau tidak, warden dan exco asrama akan ronda cari budak2 macam aku yang ponteng pergi surau. Ha.. aku solat juga tau, cuma waktu itu aku dengan geng macam malas nak pergi. Tengah best borak dalam keadaan samar2, lampu kene tutup, bajet tak ada orang la tu, aku dengan yang lain dengar bunyi seliper diseret.Yes, itu warden datang periksa, aku dengan geng cari port nak sembunyi, ada yang masuk dalam loker ada yang tengah2 antara loker dengan dinding. Aku pula sorok belakang langsir, hujung katil member aku, aku sidai tuala kat kepala katil tu lepas tu aku sorok belakang langsir. Dalam berdebar nak tunggu warden blah, aku semacam perasan macam ada api kat luar tingkap tempat aku menyorok ni. Jelas aku dapat lihat dari jelingan mata warna jingga api bergerak-gerak betul2 kat sisi kiri belakang aku.

Aku tak menoleh, waktu itu tak fikir apa, sebab dalam kepala aku maybe ada orang bakar sampah, sebab belakang dorm aku padang. Bila warden pun da blah, aku dengan geng keluarlah, gelak2 fikir kelakarnya kami kelam kabut menyorok. Aku teringat pasal api tadi, jadi nak kepastian, aku pun selak langsir tempat aku sorok tadi,buka tingkap, eemm.. clean and clear, tak ada pun tanda2 orang bakar sampah. Kalau lampu kereta mustahil dorm aku jauh nau dari jalan besar. Jadi api apa yang bergerak2 sebelah kiri aku tadi??

Cerita 3

Sebagai kenangan last semester, tempat aku belajar akan sponser lawatan 3hari 2malam untuk senior. Tidak kisah mana2 tempat dalam Malaysia asalkan dalam bajet yang diberi. Kos aku, mekanikal decide nak pergi Kelantan dan Terengganu. Kami pergi jumaat, balik ahad. Bukan pasal lawatan aku nak kongsi, tapi pasal gangguan yang aku kene waktu aku sampai kat asrama sekepulangan aku dan kawan2 dari lawatan. Kami sampai asrama jam 12.30 – 1.00 pagi, maka kami pun berpecahlah masuk dorm masing2. Aku dengan 4 orang kawan aku masuk dorm kami, borak sikit2 kemas sikit2 dan masing2 fikir nak tidur. Aku pun beradulah atas katil aku. Katil aku tepi pintu, katil bawah, sebelah aku katil member kos aku, katil kami rapatkan, sebab geng aku yang tidur kat katil atas memang tidur sekali kat katil bawah. Kami bertiga memang rapat dari sem satu, sebenarnya berempat tapi lagi sorang terpisah dorm. Geng aku semua budak utara.

Berdepan dengan katil aku budak Kelantan dan budak Johor, budak kos aku. Tengah sms (dulu takde whtps) boyfriend aku, tetiba ada kucing hitam masuk dorm aku, tak tahu dari mana, dari dorm sebelah mungkin, kucing tu lalu tepi loker, sbab loker kami jadi pemisah antara dorm sebelah. Kucing tu pandang aku, aku buat tak tahu, dia pandang je, pastu naik atas katil aku sambil ngiau, aku macam pelik kucing ni, geng dah tidur. Mujur member aku budak Johor tak tidur lagi, aku pergi katil dia, bagitahu apasal kucing ni tenung aku, kucing tu still ikut aku ke katil kawan aku, aku lari ke kiri kanan dia ikut juga, aku dah cuak, member aku budak Johor ni, angkat kucing tu letak dekat luar, macam tak ada perasaan je dia ni.

Lepas tu dia suruh aku tidur, baca apa yang patut. Aku pun geraklah pergi katil aku, geng aku dua-dua sudah lena. Aku pun baring sambung sms. Tengah tunggu boyfriend balas, aku sudah mamai2 nak tidur. Dalam aku layan mata, tiba2 terdetik dalam hati aku “ha.. dia ada ni”. Terus badan aku tak boleh gerak, tangan aku yang berapa inci dari tangan geng aku pun, aku tak mampu nak gerakkan untuk kejutkan dia.

Badan aku macam tak berfungsi, yang berfungsi mata je tapi nak tutup tak boleh!. Suara nak jerit tak keluar, aku macam rasa badan aku berat, apa pun aku tak dapat gerakkan, pendengaran aku jadi macam sebu, macam bingit. Berdebar aku, janganlah aku nampak bukan2. Tiba2 “kkkoookkk kooookk kkoookkk” bunyi ayam jantan dari phone member aku budak Kelantan, barulah aku boleh bergerak macam biasa.

Seram sejuk aku time itu. Terus aku peluk bantal, tidur. Aku terfikir, adakah kucing hitam itu beri petanda?? atau dia datang sebagai penanda??..waallahuallam. Ok lah, sampai sini saja. Banyak lagi cerita, tapi aku ingat2 lupa.Tapi alhamdullillah sepanjang aku kat sana aku tak pernah bertentang mata dengan “mereka”. Tak payahlah. Kalau cerita aku di terima baik, aku akan kongsi cerita tentang “Pertunangan”

Salam…
YuYa

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

YuYa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 0 Average: 0]

6 thoughts on “Kisah Seram di Pusat Pendidikan Mara di Perak”

    • betul wahai aduka, pengalaman saya sendiri cuma bezanya saya tak Nampak diorng just dengar n merasai je kehadiran.. nak kata seram is depends waktu kita alami..
      banyak lagi cerita, tapi ingat2 lupa.. pape thanks ye sudi baca

      Reply
  1. kawan sya pernah kna mcm tu…kucing tu dtg sbb dia bgi amaran…sbb mata kucing boleh lihat makhluk halus….tpi jgn rsau Allah SWT sentiasa melindungi kita semua.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.