KISAH SERAM DI SEBUAH HOTEL DI GUA MUSANG
Kisahnya bermula ketika aku dan keluarga bercuti di Gua Musang. Di sebuah Hotel Gua Musang (tidak dapat nyatakan nama hotel tersebut), kami sekeluarga menyewa sebuah bilik di tingkat tiga selama 3 hari 2 malam.
Pada malam pertama di bilik hotel tersebut, ibu dan nenek sedang berehat di atas katil sambil menonton televesyen, manakala kedua adik aku sedang bermain bersama. Aku pula ingin mandi.
Terasa teruja ingin mandi di bilik air yang mempunyai “bath tub”, di dalam hati seronok dapat berendam di “bath tub”. Ketika baru sahaja penuhkan air di “bath tub” dan baru sahaja nak mandi, tiba-tiba…
Anak mata aku terus tertumpu di satu penjuru di atas sinki!
Kelihatan satu susuk tubuh di atas sinki yang sedang memeluk tubuh dan memerhatikan aku dengan sepasang mata merah biji saga.
Hasrat aku untuk mandi bersuka ria berendam dalam “bath tub” terus punah, aku terus bergegas keluar dari bilik air dengan perasaan takut.
Aku tidak bercerita dengan sesiapa sebab takut mereka risau.
Alhmdulilah malam itu aku tidur tanpa gangguan.
Keesokkan harinya ibuku ingin menukar bilik. Akubterkejut dan bertanya kenapa?
Ibu aku berkata, mereka juga diganggu pada malam semalam.
Ketika aku keluar untuk membeli makan malam di bawah, ibu dan yang lain sedang menonton televisyen. Tiba-tiba kad kunci yang diletakkan untuk menghidupkan elektrik di bilik hotel tersebut tercabut. Yang peliknya ia tercabut dan tercampak di tengah tengah hall. Yang peliknya lagi, kedudukan kunci itu sangat jauh.
Mulanya ibu ingatkan blackout. Untuk mendapatkan cahaya, ibu membuka pintu bilik hotel, kemudian baru mereka ternampak kad kunci itu berada ditengah tengah hall bilik. Sungguh pelik, tapi ibu abaikan saja dan meletakkn semula kad kunci ketempat asalnya.
Adikku juga mengalami gangguan pada malam tersebut. Ketika semua sedang tidur, mereka berdua sedang bermain berdua; biasalah budak-budak, seronok bermain.
Tiba-tiba mereka terlihat lampu bilik air terbuka.
Kemudian, dengar bunyi “flush” seperti ada orang yang menggunakan tandas. Adikku ingat ada antara ahli keluarga yang menggunakan tandas. Mereka berdua menanti siapakah yang akan keluar dari bilik air tersebut.
Tiba- tiba… “pap!”
Lampu bilik air terpadam. Seakan ada orang yang memadamkannya.
Berlari adik aku dan lompat ke atas katil dan terus memaksa diri untuk tidur.
Kiranya semua orang diganggu di bilik hotel tersebut. Itulah kali pertama dan terakhir aku sekeluarga menginap di hotel tersebut.
Sekian
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
first
yehaaaa
hahaha hapynyer kau ian…huhu..anyway dia marah kot sbb kau mndi bath tub xajak dia..hahahaha
menatang tu suka tngok live org mndi kot… hahaha….🤤🏃🏃
TAK JADI TERUS KAU HAHAHAHAHA.
Cakap pasal hotel ni automatik teringat pengalaman kena kt Langkawi haha
Pendek sgt cerita kau. Bru nak dtg feeling seram dah habis dah cerita.
hy ratu
Cite a
Nice one… Good morning new Malaysia
teringat dulu stay sorang-II dalam hotel.
hahaha, kena hadap sendiri, berdoa je lah mampu
hehehe
Cerita terlalu pendek
Aku bagi 6/10
pendeknye cite
Ooooo,.. itu macam ka? huhu.. Kira tu hantu bilik air la tu kn namanya?
elok panjang.. sket cite syg
yarrrk..kg kito ni.
Bolok kg demo guuu
Rasa x banyak sangat hotel area situ…. Pendek sangat cerita ni
huhuhh
aku paham perasaan ko dik.sebab selalu kene dekat hotel..dapat hotel yang tade gangguan syukur sangt tapi kalo tade pilihan wlpn tahu hotel tue ade gangguan redha je la.
hotel yang ada bath tub ni satu je xsilapnya..dekat bandar lama gua musang
apakah
hotel ape agaknya
Dulu duk kuarters kt taman wangi,gua musang..kt pintu gerbang nak masuk tmn wangi tu,mama sy ckp angker..ramai dah kena kacao..huhu…benda tu men sekat2 depan kenderaan..pstu kuar laa bau wangi semacam gitu..mmg cam laa benda tu nak mai..
Ok
Hotel ape dik? Hokk alos pendek critanya.cer oyak hotel gapo.takut terduduk sana jgk