Kisah Seram di Taipei (Part 2)

pembuka kata..

kisah ini adalah kisah benar yang disampaikan dari mulut ke mulut namun diolah dan disampaikan semula mengikut daya imaginasi penulis. Penulis juga memilih untuk menggunakan dialog dalam bahasa Inggeris didalam kisah ini dengan tujuan untuk mengekalkan “keasliannya”. Ini kerana bahasa Inggeris adalah bahasa asal komunikasi watak-watak didalam kisah ini dan bahasa inggeris juga adalah bahasa utama yang digunakan dikalangan krew penerbangan dan juga berniat untuk membawa sedikit kelainan dalam penyampaian cerita kali ini. Harap dapat diterima dengan senang hati tapi jika ada kecaman dari individu atau kecaman secara berjemaah, penulis akan terima dengan tenang dan tidak akan melatah..Inshaa Allah..

Penulis juga percaya yang pembaca disini tiada masalah untuk memahami dialog-dialog dalam bahasa inggeris ini kerana penulis juga memilih kata-kata yang mudah serta simple..dan penulis juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terimakasih kepada pembaca yang sabar menunggu kisah ke-2 ini. itu pun bergantung kepada pihak FS samada mereka akan luluskan atau tidak untuk kisah ini disiarkan.

thanks for the support guys. and hope you will enjoy the story

see you soon

pukul 2.30 pagi…

Telefon ditepi katil berdering kuat bertalu-talu. Patrick tersentak sedar dari lena. Spontan satu das makian terbit dari mulut Patrick. dijelingnya sekilas ke jam meja digital ditepi katil. pukul 2.33 pagi. dalam separuh mamai dengan hati yang agak panas, dicapainya gagang telefon..

“yes?”

“Mr Patrick? Angela here, the hotel manager. i’m very very sorry to wake you up at this hour”, kedengaran suara sedikit pelat cina taiwanese dihujung talian

“its alright..whats up?”

“could you come over to room 9*** now? its about one of your crew, Mr Ranveer Singh”

“wha?!”, balas Patrick masih dalam keadaan separuh sedar. “what happen? he’s alright?”

“not very well i’m afraid. could you come over now?”, kedengaran intonasi agak kurang sabar dari Angela

“yeah..yeah. sure. gimme a few minutes”

“ok. i’m here in his room now”

“alright”

Setibanya Patrick disana, didapatinya 2 sekuriti staff dan Angela, pengurus hotel sudah berada didalam bilik. diatas katil dilihatnya Ranveer yang berpeluh-peluh dengan nafas yang termengah-mengah dan mata yang terpejam rapat..

“oh shit. what now?”, bisik Patrick dalam hati bila lihat Ranveer dalam keadaan begitu. Ms Angela, pengurus hotel yang muda lagi jelita dengan rambut lurus paras bahu, segera mendapatkan Patrick yang tercegat terkedu di depan muka pintu.

“hi Mr Patrick! We found him at the corridoor not far from his room about an hour ago after some guests complained of disturbance and some shouting at this corridoor”, dengan laju Angela menyampaikan laporan tanpa banyak mukaddimah

“disturbance? what kind of disturbance?”

“some guests reported of hearing loud banging on their doors and a voice calling for help in the early hours this morning”

“who found him?”

“we sent security staffs to check on the complaints and they found him lying about 5 doors from his room. we thought he passed-out but he was mumbling about something”

“maybe he was drunk?”, Patrick buat andaian

“no. not really. our security staff said they smell no alcohol on him when they carried him back to his room”

“hmmm…..”, Patrick mengangguk-ngangguk kecil seolah-olah arif akan situasi ni walhal dia agak bingung sebenarnya. ditambah dengan kepala yang masih sedikit mamai sebab dikejutkan pepagi buta..

“but his pants was a bit wet with what smells like urine”

“what the f…?!”, Patrick hampir tercarut

“but our housekeeping staff has cleaned him and took away his pants and covered him with an extra blanket. they just left when you arrived”, Angela menyampuk laju

“thanks a lot Angela. really appreciate it”

“glad i could help”, sambut Angela sambil tersenyum manis, semanis madu asli..

“yeah. thanks. thanks again”

“you want us to call an ambulance?”

“no no. i’ll get our company doctor first”

“ok. just call me if you need anything”

“sure. thanks a lot Angela”

“no worries”, Angela menghadiahkan senyuman kecil tapi ayu dan melangkah keluar meninggalkan bilik diikuti 2 sekuriti staf nya yang hanya mendiamkan diri sejak Patrick tiba..

Patrick segera menghubungi doktor kompeni di Taipei, Dr Thomas Lim. beliau tiba kuranglebih 20 minit kemudian dan selepas bersalam dengan Patrick lebihkurang, terus menuju kekatil dan duduk disebelah Ranveer yang masih termengah-mengah dengan mata terpejam rapat..

Dr Thomas Lim melihat suhu di termometer selepas beberapa detik diselit dicelah ketiak Ranveer. 39 darjah celcius. Tinggi. konfem demam. Dia mengeluh kecil. namun keluhan tu terlepas dari pandangan Patrick yang sedari tadi hanya tercegat berdiri di tepi katil, tenggelam dalam fikirannya..

Patrick memerhati sekeliling bilik hotel tu. dan buat sekian kali, matanya merenung lagi tubuh yang sedang terbaring dikatil. mata Ranveer Singh terpejam rapat tapi alis matanya bergerak-gerak. bibirnya seakan bergetar. seluruh tubuhnya yang separuh berselimut dari pinggang kebawah tampak menggigil dengan nafas yang seakan termengah-mengah. pucat-lesi wajah Ranveer. seolah-olah takkan berdarah jika ditoreh dengan mata pisau gillette..

Dr Thomas Lim merapatkan stetoskopnya ke dada Ranveer yang berbulu lebat selebat hutan Pahang tu. dengan gaya penuh fokus dengan matanya seperti merenung siling, ditelitinya bunyi irama jantung Ranveer. wajahnya yang agak bulat nampak tenang tanpa ekspresi..

“he’s in shock b..”

“what?? why?”, sampuk Patrick tak sabar-sabar

“i’m not sure but its not a clinical or septic shock. and a fever obviously. so thats the good news”

“whats the bad news?”

“he can’t fly any soon and..”

“how soon?”

Keluhan kecil Dr Lim kali ini disedari Patrick. tapi Patrick tak peduli. ada masalah yang lebih mendesak yang harus diselesaikannya. Sebagai Inflight Supervisor (Ketua Pramugara/Pramugari), dia bertanggungjawab penuh atas anak-anak kapalnya. Situasi Ranveer ni telah Patrick maklumkan kepada Kapten van Voerhen, Chief Pilot trip ke Taipei ni yang tinggal dihotel berlainan. tapi dialah yang wajib menangani situasi ni..

“minimum 2 days. his blood pressure needs to be stabilised. its a bit high at the moment. i’d give him some sedatives to help him sleep and rest and paracetamol to bring his temperature down. no antibiotics needed and no need to get him to hospital for now. i’ll come and have a look at him again in 2 days”, jawab Dr Thomas Lim laju-laju seakan tidak rela Patrick memotong cakapnya lagi.

sekarang giliran Patrick pula yang mengeluh. 2 hari! akibatnya penerbangan pulang ke Singapore lusa nanti akan terpaksa dia hadapi kurang satu anak kapal. Dari 18 tinggal 17. sedangkan penerbangan ni sudah penuh ditempah. hampir 400 penumpang nanti. kurang satu anak kapal bermakna beban kerja yang lebih bagi semua anak kapal yang lain. azab tu. nak request bantuan dari HQ di Singapore untuk hantar satu krew belum tentu boleh dapat. ditambah lagi dengan berbakul paperwork yang Patrick akan terpaksa bereskan sebagai laporan lengkap kepada kompeni tentang peristiwa ni. Patrick mengeluh lagi sambil menggaru kepalanya yang hampir tandus ditengah tu walaupun tak rasa gatal..

“ok doc. thanks a lot. i’ll call you if anything comes up”

Dr Lim mengangguk kecil sambil menyambut salam Patrick dan melangkah keluar dari bilik. Patrick terus terkebil-kebil merenung Ranveer yang terbaring. nafasnya sudah agak perlahan dan sedikit teratur berbanding tadi. matanya masih terpejam tapi alis matanya sudah berhenti bergerak. tubuhnya juga sudah agak kurang menggigil. mungkin kesan ubat tidur dari Dr Lim tadi, fikir Patrick. Kepala Patrick terasa seperti berdenyut sedikit..

“what is wrong with him?”, bisik Patrick…

Patrick segera menelefon bilik Rebecca, penolong ketua pramugara/pramugari ( Chief Stewardess) agar segera datang ke bilik Ranveer. Dia amat memerlukan bantuan Rebecca sekarang supaya dia segera dapat memulakan tugas melaporkan berita ni pada pihak kompeni di Singapore serta menyiapkan laporan yang bakal panjang-berjela..

Patrick mundar-mandir didepan katil sementara menunggu Rebecca tiba. fikirannya kusut memikirkan apa yang telah terjadi pada Ranveer dan bagaimana untuk terangkan kes ni pada kompeni di Singapore. kerana terlalu tenggelam dalam fikirannya, Patrick tidak sedar ada kelibat makhluk sedang tercegat berdiri ditepi langsir tingkap…

“hi Pat. whats happening up here?”

Patrick sedikit tersentak mendengar namanya disebut tiba-tiba. langsung dia tidak menyedari bila Rebecca tiba kerana terlalu khusyuk berfikir. Dilihatnya Rebecca seakan terkedu melihat Ranveer yang sedang terbaring agak kaku dikatil.

“you see it yourself. Ranveer’s out. hes in no position to work on the return leg according to Dr Lim”

“oh no..”

“yeah. we’re screwed”

“he’s drunk?”

“nope. Angela said they smell no alcohol on him when they found him”

“found him? found him where?”

“here. on this floor at the corridoor. just a few doors from his room”

“maybe he was..”. Rebecca terdiam

Lidahnya seakan kelu tetiba. Tubuhnya yang tinggi langsing terasa sejuk dari kepala ke tapak kaki. Apa yang dilihatnya ditepi langsir tingkap buat jantungnya seakan hampir terhenti..

Berpakaian seperti jubah panjang serba merah hingga kekaki dan berlengan labuh dengan kuku yang sangat panjang dan melentik serta hiasan yang indah dan keemasan dirambutnya yang disanggul tinggi, lembaga itu jelas kelihatan pada Rebecca. Tinggi dan berdiri terpacak dengan dua tangannya dihayun-hayun seolah-olah sedang menari. Namun wajahnya terlindung disebalik tirai merah yang menutupi seluruh bahagian mukanya. Persis seperti pakaian pengantin perempuan cina kuno..

“Beccy? you ok? whats wrong?”, Patrick kaget melihat Rebecca tetiba berubah pucat wajahnya dengan mata yang bulat merenung kearah tingkap.

“she’s..she’s here Pat..she’s here..”, jawab Rebecca terketar-ketar

“who’s here? where??”

“the..the..Red..Lady..”, Rebecca cuba mengangkat tangannya untuk menunjuk kearah tingkap tapi tenaganya seakan hilang untuk mengangkat walau sebatang jari. Pengantin perempuan cina kuno berpakaian serba merah itu seakan merenungnya disebalik tirai kecil yang menutupi wajah sambil terus menghayunkan tangannya kekiri dan kanan. Rebecca jatuh terjelepuk akhirnya…

“Beccy! are you alright?? Beccy!!”

Patrick segera meluru mendapatkan Rebecca yang terjelepuk seperti kain buruk dilantai tapi mujur Rebecca masih sedar. kedua-dua tapak tangannya ditekup rapat kemuka.

“she’s..she’s there Pat..at..at..the window..no..no..near the curtain..she’s there..the Red..the Red Lady..”

Patrick segera menoleh kearah tingkap. Tiada sesapa disitu.

“no one’s there. what did you see? i don’t see anything there”

“the..the Red Lady..she was there..look..looking..”, Rebecca tak dapat meneruskan kata-kata. terasa terbang semangatnya. Dia mula menangis sedikit terisak-isak..

Bertambah serabut fikiran Patrick. Segera dia bergegas ke meja ditepi tingkap dimana terletak sebotol air mineral. segera dicapainya botol air tu dan disuakan kebibir Rebecca. Rebecca meneguk seteguk-dua. tersedak dia sedikit. nafasnya tampak laju turun-naik seperti baru lepas lari marathon 5km..

“it’s alright now. its nothing there. whatever you saw, its no more there”, pujuk Patrick cuba menenangkan Rebecca.

“we must..must..get Ranveer out..out of this..this room Pat..call Angela..move him to other..other room”, cadang Rebecca terketar-ketar pada Patrick. Dia berasa sedikit tenang sekarang setelah lembaga pengantin perempuan cina itu tetiba lenyap dari sudut itu. Namun tubuhnya masih terasa seram-seram kuku dan segala bulu ditubuhnya samada kasar atau halus, terus tegak terpacak..

“alright. but are you ok? you need any help?”

“no..no. i’m..i’m ok now. just help…help me..to..to get-up and get me..out..out of this room..”

“sure”

Dalam fikirannya yang tengah kacau, Patrick masih berasa lega kerana Rebecca tak apa-apa atau pengsan. Tak dapat dia bayangkan jika Rebecca terus “padam” seperti Ranveer..

“theres no way in hell we can do the flight with 2 crew down..but what did Beccy see at the window just now?” bisik hati Patrick sambil mencapai gagang telefon ditepi katil Ranveer..

“hello? Angela?”. Patrick here. We need help”

Rebecca berdiri di koridor di luar pintu bilik Ranveer yang terbuka. Tidak rela dia menjejakkan kaki kedalam bilik itu semula. Tubuhnya terus terasa seram-sejuk dan masih terbayang-bayang dimatanya akan apa yang dilihat tadi. Malah berdiri berseorangan dikoridor yang malap dan sunyi pepagi buta begini seakan menambahkan lagi rasa seram pada Rebecca. Dilihatnya sekeliling koridor itu serta tiang-tiangnya yang berdiri kaku. Rebecca merasakan seolah-olah bayangan pengantin perempuan cina kuno yang dilihatnya tadi akan muncul tiba-tiba disebalik salah-satu tiang disitu. Segera dia menundukkan pandangan merenung lantai…

Angela tiba tidak lama kemudian bersama 2 porter hotel yang membawa stretcher..

“we’d place him at the room next to the business centre office. theres a staff there 24/7 so they could look after him”, terang Angela sambil tersenyum jelita.

“great. thanks a lot Angela. i’ll go to check on him after i finish writing my report”, jawab Patrick

“ok. great. see you later Mr Patrick”

Patrick segera mendapatkan Rebecca yang tercegat berdiri di koridor sedari tadi dengan ekpresi bingung, tenggelam dalam dunianya sendiri..

“your alright Beccy?”

“yeah..yeah. i’m ok”, jawab Rebecca seolah-olah baru tersedar dari lamunan

“go back and rest. i’ll call you if i need your help”

“ok..thanks Pat. i..i think i’ll share room with Amanda”

“alright. see ya later”

Rebecca sudah buat keputusan untuk berkongsi bilik dengan Amanda, salah-seorang pramugari senior dalam penerbangan ke Taipei ni yang juga kawan rapat Rebecca. Tidak sanggup rasanya untuk tinggal berseorangan dibiliknya selepas apa yang dia nampak tadi dibilik Ranveer. Bayangan lembaga itu masih bermain-main dimatanya, sukar untuk dilupakan. Dan Rebecca rasa tubuhnya seram-sejuk dan menggigil seperti akan demam..

Patrick melangkah pantas menuju kebiliknya ditingkat 7 setelah Rebecca berlalu pergi. Fikirannya terus berkecamuk memikirkan apa yang sebenarnya telah terjadi pada Ranveer dan Rebecca tadi. Ketika dalam penerbangan ke Taipei semalam, Ranveer kelihatan normal serta cergas dalam menjalankan tugas. Tiada langsung tanda-tanda menunjukkan yang dia tak sihat. tanpa sedar, kepalanya digaru lagi…

pukul 12 tengahmalam…( beberapa jam sebelum tu..)

Ranveer Singh bersiul-siul kecil didepan cermin bilik air dibiliknya. Hatinya berbunga riang. Ketika dalam penerbangan dari Singapore ke Taipei tadi, dia yakin yang dia telah berjaya memikat seorang pramugari yang bekerja satu stesen dengannya di kelas ekonomi. Anita namanya. Cantik. Berdarah kacukan Cina dan India. Dengan rambut yang disanggul siput dan memiliki bentuk tubuh yang menawan, memang Anita sering menarik perhatian ramai lelaki..

Ketika keluar makan bersama-sama dengan beberapa rakan sekerja yang lain tadi dibandaraya Taipei, Anita nampak sangat mesra dengan Ranveer. Ini menambahkan lagi keyakinan Ranveer yang “perangkap”nya telah mengena. Mereka pulang ke hotel hampir jam 11.30 malam tadi dan sekarang Ranveer akan memulakan langkah untuk menakluk Anita..

Ranveer menyapu sedikit gel ke rambutnya yang hitam lebat berombak. Setelah berpuas hati dengan apa yang dilihatnya didalam cermin, dicalitnya sedikit Chanel Pour Homme, minyak wangi yang berharga $150 sebotol dibawah kedua cuping telinganya serta secalit lagi ditengkuk..

Ranveer Singh ni memang sangat tampan orangnya. Kacak gilak laa bak kata orang Sarawak. Tinggi serta cerah kemerahan kulitnya. Hidungnya mancung dan matanya seakan bersinar berwarna perang cerah serta berkening lebat dan memang gah sebagai kasanova kelas 1 di Singapore Airlines (SQ). Sudah ramai pramugari yang berjaya “ditakluknya” setelah hampir 7 tahun dia di SQ. Dan malam ini, satu lagi pramugari akan bakal “kecundang” ditangannya, detik hati Ranveer sambil tersenyum-senyum sendiri dan terus bersiul-siul tanpa melodi didepan cermin…

Anita dan Ranveer diberi bilik ditingkat ya g sama. Tingkat 9. Cuma berselang beberapa buah bilik dari biliknya. Ini memudahkan lagi Ranveer menjalankan “projek”nya. Kali ini dia bercadang untuk terus ke bilik Anita dan mempelawanya untuk sama-sama menikmati wine merah yang dibelinya di kedai bebas-cukai di Changi airport sebelum berlepas ke Taipei pagi tadi…

“tonight, you’ll be mine!”, Ranveer mengenyit mata pada imejnya sendiri didalam cermin..

Ranveer melangkah penuh yakin dengan botol wine merah ditangan menuju ke bilik Anita yang berselang 5 bilik dari biliknya..

“tok!tok!tok!”, Ranveer mengetuk pintu bilik. Tiada respons. Ketika dia mahu mengetuk pintu sekali lagi, didapatinya pintu tidak tertutup rapat…

“so shes expecting me! this is f*****g great!”, bisik hati Ranveer sambil tersenyum lebar.

Sekarang dia tidak ragu-ragu lagi. Anita memang menunggu kedatangannya. Tandanya ialah pintu biliknya yang dibiarkan terbuka sedikit. Ranveer melangkah masuk kebilik Anita. Sunyi. tiada sesiapa didalam bilik. Namun beberapa helai pakaian yang semestinya milik Anita dan begnya nampak tersusun rapi diatas rak..

Tiba-tiba kedengaran bunyi air paip meluncur laju. Ranveer mengerling ke arah bilik mandi. Pintunya tertutup rapat. Ranveer tersenyum lagi…

“Anitaa..i’m here..”, laung Ranveer agak kuat seperti mengumumkan pada Anita yang dia sudah berada didalam biliknya

Bunyi paip air yang dibuka kuat tetiba berhenti. Suasana didalam bilik kembali sunyi. Sungguh sunyi hingga Ranveer seakan dapat mendengar bunyi nafasnya sendiri. Namun hatinya masih melonjak riang kerana sebentar lagi Anita akan keluar dari bilik mandi dan seterusnya malam itu akan menjadi malam yang indah buatnya..

Pintu bilik mandi terbuka perlahan-lahan. Jantung Ranveer berdetik sedikit pantas seiring dengan nafsunya yang semakin marak membara. Namun setelah beberapa detik dinantinya, Anita masih tidak muncul keluar dari bilik mandi..

“Anita?”

Senyap. Tiada jawapan.

“Anita? You in there?”, Ranveer bertanya lagi..

Ranveer melangkah perlahan menuju ke bilik mandi dengan pintunya yang terbuka. Setibanya dimuka pintu, Ranveer menjengah kedalam..

“Anita?”

Tiada sesiapa didalamnya..

Perasaan aneh mula terdetik dihati Ranveer. Namun sebelum sempat dia berfikir lanjut, sayup-sayup dari kejauhan terdengar padanya satu alunan suara yang nyaring, halus dan tinggi nadanya sedang mendendangkan lagu seperti lagu sedih opera Cina kuno..

Mata Ranveer seakan liar melihat sekeliling bilik mencari-cari punca bunyi nyanyian itu. dan apabila pandangannya dihalakan ke siling, maka terlihatlah padanya satu lembaga berpakaian serba merah dengan wajah yang bertutup tirai merah, seakan melekat di siling sambil merenungnya disebalik tirai wajah…dan suara nyanyian lagu cina kuno terus perlahan-lahan memenuhi bilik..

Terasa seakan-akan lumpuh seluruh tubuhnya. Matanya seakan tak berkelip merenung lembaga itu. Selepas berlalu beberapa detik, Ranveer seakan tersedar dan cuba tundukkan pandangan tapi matanya seperti dipaksa untuk tetap menatapnya. tubuh Ranveer mula menggigil. Perlahan-lahan Ranveer memulakan langkah berundur. Lembaga disiling itu pula seolah-olah terus merenung Ranveer disebalik tirai yang menutupi wajah..

Sebelum sempat Ranveer mengumpulkan semangatnya yang hampir hilang untuk segera lari keluar dari bilik itu, bayangan pengantin perempuan cina kuno itu tetiba melayang turun dari siling dan berdiri terpacak hanya berjarak dua-tiga depa didepan Ranveer…

Ranveer langsung tidak sedar yang ada air mengalir dicelah kangkang seluarnya terus kekaki dan menitik kelantai. Pengantin perempuan cina kuno itu mula menghayunkan tangannya yang berlengan labuh kekanan dan kekiri sambil terus mendendangkan lagu sedih cina kuno yang seakan-akan memenuhi bilik bunyinya dengan wajahnya terus terlindung disebalik tirai kecil dimukanya. Hayunan tangannya amat lembut dan gemalai..terlalu lembut sehingga hayunan itu tidak mungkin manusia biasa mampu menirunya…

Entah dari mana datangnya tenaga dan semangat Ranveer, tiba-tiba dia terus berpusing dan lari sepantasnya keluar dari bilik dan terus cuba berlari menuju kearah biliknya. Namun langkahnya terhenti bila dilihatnya pengantin perempuan cina kuno itu berdiri tegak terpacak tidak jauh didepannya sambil terus menghayunkan tangannya serta terus mengumandangkan lagu sedih itu…

Ranveer berpatah balik dan lari ke arah bertentangan. Terpekik-pekik Ranveer meminta tolong ditetengah pagi buta itu serta memukul-mukul kuat pintu-pintu bilik dikoridor itu. Ranveer menoleh kebelakang sambil cuba berlari pantas. Dilihatnya lembaga pengantin perempuan itu berjalan pantas seperti mengejarnya dengan langkahnya yang pendek-pendek tapi agak laju itu. Tangannya yang berlengan labuh itu terus terhayun-hayun kekiri dan kekanan. Ranveer terus rebah didepan satu pintu bilik dan dunianya terus dirasakan gelap namun dari mulutnya masih terdengar ia meracau seperti meminta tolong…

2 hari kemudian…

Ranveer diterbangkan pulang ke Singapore 2 hari kemudian. Keadaannya masih lemah dan suhu tubuhnya masih agak tinggi tapi dia sudah boleh bercakap sedikit. Namun Ranveer tidak ceritakan pada sesiapa ketika itu tentang apa sebenarnya yang menimpanya. Dia juga masih tidak tahu waktu itu yang Anita berkongsi bilik dengan salah-seorang pramugari pada malam dia diganggu tu..

Ranveer menjadi seorang yang agak pendiam dan kurang ceria selepas kejadian itu. Aktiviti kasanovanya juga khabarnya banyak berkurang selepas itu..dan mengikut khabarnya lagi, Ranveer tidak pernah lagi buat penerbangan ke Taipei selepas itu. Samada dia menukar jadual penerbangan ke Taipei nya dengan rakan sekerja yang sudi atau dia ambil MC sahaja jika jadual ke Taipeinya tidak dapat ditukar…

Tammat

-ezra marsh-

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

ezrin marsh

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 4]

21 thoughts on “Kisah Seram di Taipei (Part 2)”

      • kisahnyer.then before this u pernah dpt tak task gi teipei tak? even not in teipei pun, tpt lain u pernah kene kacau ke?hiks

        Reply
        • selalu juga dapat roster ke taipei dulu masa masih bersama singapore airlines. cuma nasib saya baik tak pernah kena kacau kat sana.

          cuma kat London saya pernah kena. takla nampak jelmaan tapi tahu ada sesuatu yang sedang ikut saya dari lobi hotel sampai depan pintu bilik

          Reply
          • Woo seriousla…london kot. Hotel lama ke yg u all stay tu?slmt bende tu x masuk bilik sama.seram kot.but yelah ape nk hairan..bende tu ade kat mana2 jer kan..

        • London adalah bandar yang lama dan banyak sejarahnya. bangunannya kebanyakannya bangunan2 zaman 1700-1800an yang disolek semula. hotel yg kami tinggal tu terletak dekat High Kensington St. kawasan lama tu. hotel dia pun 2-3 tingkat je dan lorong2 ke bilik mmg sgt sunyi walaupun siang-siang hari

          ada kenkawan yg mmg kena ganggu dan nampak jelmaan

          mungkin saya akn tulis kisahnya bila ada masa lapang

          Reply
  1. Haaa,…. Nakal lagi. Tapi aku mcm dapat bayangkan mcm mana Red Lady tu. If dia tunjuk muka, caner ek? Naya,. Naya… Seram der

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.