Apa yang saya ceritakan di sini adalah merupakan satu kisah benar yang diceritakan oleh ibu saya semasa beliau berusia 14 tahun, masih gadis. Ibu saya berasal daripada sebuah rumah panjang di Daerah Sri Aman Sarawak(Ya, saya berbangsa Iban). Pembaca boleh nilaikan sendiri sama ada kisah ini seram ataupun tidak.
Semasa ibu saya berusia 14 tahun telah terjadi satu peristiwa seram di kampung beliau. Peristiwa ini telah menakutkan penduduk rumah panjang dan kawasan sekitarnya untuk puluhan tahun malah masih terjadi hingga sekarang jika ada berlaku kematian namun tidaklah seganas dahulu, mungkin kerana penduduk rumah panjang ibu saya tidak lagi “pagan” (tiada agama).
Ceritanya bermula dengan ibu saudara ibu saya(or nenek saudara saya), saya namakan beliau Nek Sera. Nek Sera pada masa itu sedang mengandung anak sulung, kira-kira 8 bulan usia kandungannya. Nek Sera ni sebenarnya baik hatinya namun mulut sedikit celupar dan suka menuduh orang sebarangan. Pada suatu hari, Nek Sera naik marah, semua penduduk rumah panjang beliau dimarahi dan dituduhnya melulu, termasuk ibu saya yang pada ketika itu masih berusia 14 tahun, mencuri anak khindzir peliharaannya.
Dengan perut yang memboyot dan mulut yang semacam bertih jagung, dia berjalan dari bilik ke bilik bertanyakan sama ada sesiapa telah mencuri anak khindzir nya itu. Bila semua penduduk tidak mengaku, dia makin naik marah, diambilnya parang lalu ditakeknya pintu bilik penduduk-penduduk di dalam rumah panjang itu tadi. Memang naik angin betullah Nek Sera . Setelah dimarahi oleh Tuai Rumah (Ketua Kampung/Ketua Rumah Panjang) barulah beliau balik ke bilik beliau dengan hati panas membara. Suami beliau, Aki Jusip (bukan nama sebenar) pula jadi mangsa bebelan beliau. Mungkin kerana hati yang marah, dan rasa stress yang memuncak, Nek Sera tiba-tiba sakit nak bersalin, walaupun tempoh beliau melahirkan tinggal sebulan lagi.
Apa lagi, kecohlah seluruh rumah panjang semasa Aki Jusip menjerit meminta tolong. Nasib baik ada bidan kampung(masa itu, tiada klinik kerajaan atau hospital) yang membantu. selepas bertarung semalaman, akhirnya Nek Sera bersalin, anak lelaki walaupun tidak cukup bulan, selamat tetapi malangnya, Nek Sera meninggal dunia kerana tumpah d***h. Pada malam itu, maka terjadilah peristiwa seram Nek Sera !
Memang menjadi adat Iban, mayat tidak dikebumikan serta merta. Mayat akan “dijaga” kadang-kadang selama 2 malam bagi menunggu sanak saudara datang menziarah untuk penghormatan terakhir. Apatah lagi jika rumah panjang terletak jauh di pedalaman, kadang-kadang sehingga 4-5 malam dijaga. Setelah mendiang Nek Sera diberi mandi dan dipakaikan pakaian cantik dan disolek, mendiang diletakkan di ruai rumah panjang dan ditangisi oleh suami, adik beradik dan ibu bapa serta penduduk rumah panjang tersebut.
Masa itu, jam sudah menunjukkan jam 10 malam. Ramailah yang mengerumuni mayat Nek Sera termasuk ibu saya yang duduk di sebelah sahaja tubuh Nek Sera. Tiba-tiba terdengar suara mengilai yang kuat datang dari bawah rumah panjang(rumah panjang ibu saya merupakan rumah panjang yang bertiang,bahagian bawah adalah merupakan kandang haiwan peliharaan seperti ayam dan khindzir) diselangi dengan bunyi haiwan-haiwan ketakutan. Apa lagi terkejut lah semua penduduk rumah panjang , ada yang berpelukan, ada kanak-kanak yang menangis, ibu saya juga rasa takut. Hilaian itu semakin kuat dan bunyi cakaran jelas kedengaran di luar rumah. Seram…
Walau bagaimana takut pun penduduk rumah panjang mendengar hilaian seakan-akan hilaian pontianak itu, seorang pun tidak berganjak dari tepi mayat Nek Sera. Ini adalah kerana, kepercayaan orang tua, mayat tidak boleh ditinggalkan, takut ada roh jahat yang merasuk. Atas sebab itu juga lah ibu tidak berganjak dari tempat duduknya, namun kepalang terkejutnya ibu apabila matanya beralih ke muka Nek Sera…bibirnya yang dioles gincu merah, tiba-tiba tersenyum dan warna gincu bertukar merah-semerahnya seperti d***h! Nasib baik mata Nek Sera tak terbuka, kalau tidak memang terkencing lah ibu saya. Senyum Nek Sera sungguh menyeramkan.
Ramai yang berada di situ melihat kejadian ini. Makin kuat bunyi hilaian, makin lebar senyum Nek Sera. Bukan itu sahaja, kuku Nek Sera tiba-tiba panjang meruncing sehingga berlingkar-lingkar. Jam sudah menunjukkan angka 12 malam. Semakin menjadi-jadi hilaian di bawah rumah. Angin malam semakin sejuk. Mungkin tidak tahan,mendiang akik (datuk) saya, (ayah ibu) turun ke bawah rumah bersama 2 orang datuk saudara ibu saya, mungkin untuk menghalau Cik Ponti yang rancak mengilai. Selepas itu, suara hilaian itu berhenti dan keadaan kembali tenang. Ibu telah diarahkan oleh ayah beliau untuk memotong kuku nek sera yang panjang itu. Dalam keadaan ketakutan, ibu terpaksa memberanikan diri memegang jari nek sera dan mula memotong kuku nek sera. Sekali lagi ibu terkejut, kuku nek sera yang telah d******g, tiba-tiba tumbuh lebih panjang. Berkali-kali ibu mencuba untuk memotong,namun kuku nek sera semakin panjang dan panjang.
Oleh kerana terlampau takut, ibu melepaskan jari nek sera dan seraya itu ibu memandang muka nek sera..Aduh!!! Nek Sera tersenyum lebar!!!! mata masih tutup! Ibu saya terus memberitahu ayah nya dan ayah ibu mengarahkan ibu saya masuk ke dalam bilik dan mengambil lada dan garam kasar. Selepas akik saya menekan ibu jari nek sera dengan lada dan menaburkan garam kasar di sekitar mayat nek sera, barulah nek sera berhenti tersenyum namun kuku nek sera semakin memanjang. memang tidak amanlah penghuni rumah panjang selama mayat nek sera berada di rumah. mana lagi suara hilaian kembali lagi mengacau. Ini membuatkan aki saya membuat keputusan bersama “elders” rumah panjang untuk mengebumikan nek sera keesokkan hari kerana tidak tahan diganggu.
I think i will stop here, takut pembaca semua boring. Nanti saya sambung pulak cerita semasa pengebumian mendiang Nek Sera dan Nek Sera yang menjadi pontianak menganggu penghuni rumah panjang selama lebih 2 dekad malah sehingga kini jika ada kematian di rumah panjang ibu saya, namun tidaklah terlalu ganas .
keturunan Nek Sera pun yang perempuan bila meninggal semasa bersalin, akan menjadi pontianak dan akan mengganggu suami masing-masing dan anak sehingga mereka berpindah ke tempat lain. That story will be for another day. Hope you enjoy reading!! Maafkan jika cerita ini tidak menepati piawaian seram kalian.
hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
😱😱😱😱😱 menakutkan
mantap n sng hayati..sila cepat sambung…btw..sbb ape ek jd gitu?
Gantung
sambung la.. best cita ni,,,senang paham
kay, sambung
Seram la ni., kenapa nak berhenti..? Tulis aje ape yang ade dalam fikiran tu., yang nak kecam tu., jangan dilayan.
Terbaik cerita ini. Cara penulisan pun ringkas dan mudah difahami. Sila kongsikan cerita seterusnya ye.
“I think i will stop here, takut pembaca semua boring.”
Aduh… tgh berdebar nih… tiba-tiba stop.. haish.. sesak nafas tau..
Cerita best, sambung cepat .
Kalo teman lah udak terkencing ketakutan ms tu…biasalah umah mcm tu…org dulu2 mcm2 ilmunya…seram tul
Ya.kbanyakkan kturunan iban dayak tu kalau m**i masa bersalin ataupun m**i sdang mngandung mmng akan jadi cik ponti atau dknali sbgai (kulir) . tu sbb kalau kes tu jadi mmng takkan lama mnyimpan mayat tu lbih 1hari takut mnjadi2. Tak sabar dah nak tunggu crta tu dkarangkan.
Senang baca dan faham. Tak perlu susah² tulis dialek suku kaum & translate bahasa melayu pulak. Penulisan & jalan cerita👍
We as a reader need more, doesnt enough ,just continue … dont care about “boring”.just let your hand play with your own story..but your story best actually…good job.
sambung pulak… kalau buat movie seram, boleh jadi box office ni…
Sambung pleaseeee…
Crta dh best..Hmm…Habiskan..Panjang pun pnjg tp jgnlh smbung..Aduhhh!! Dh feel
Kejadian ini seakan sama dengan kejadian di rumah panjang nenek saya ketika dahulu.Kejadian itu berlaku kerana perempuan tu telah melanggar pantang larang iaitu tidak boleh menampal kain sarung yg telah koyak untuk digunakan.Setelah dia menampal kain sarung tersebut,dia mula ketawa mengilai-ngilai dan naik ke bumbung rumah panjang pada waktu malam sehingga penduduk rumah panjang terpaksa mengikat kaki dan tangannya..Ketika itu kuku dia semakin panjang..setelah d******g menjadi semakin panjang..sehingga terpaksa menggunakan parang untuk memotong kuku dia.hmmm.
seram
nice
Pantat bosan gampang nye… Celah mana seram
Dahlah aku tgh enjoy ngan citer ni tetiba dia nak stop plak. Adumak
seram bhaii.. haishh
Bh sambung cakah² jan batah ehehe
Sambung please
boleh buat filem ni kompom lagi seram dr citer langsuair bodoh tu
nyak ya antu indu kok