Kisah Seram Outstation di Indonesia

Hi Assalamualaikum,

Selama ini memang suka membaca kisah seram di FS ni tapi baru harini tergerak nak share pengalaman sendiri.Maaf jika ayat berterabur sikit sebab tak pandai sangat nak mengarang ni.

Kisah ni berlaku pada minggu terakhir Disember 2016. Bulan-bulan terakhir pada tahun itu saya selalu ditugaskan ke sebuah kilang perusahan di daerah Cicurug Jawa Barat. Kebiasaanya saya membuat kerja-kerja inspection untuk racking di warehouse mereka di antara 1-2 minggu. Pada minggu terakhir kali ini saya bertiga bersama lagi 2 colleague yang saya gelarkan sebagai Amran (Bukan nama sebenar) (teman satu pejabat di Malaysia) dan Borhan (Bukan nama sebenar) (teman dari office Indonesia).

Sebelum ini kami menetap di hotel sekitar pekan kawasan perindustrian ini. Tetapi memandangkan kami ingin memilih hotel dan tempat penginapan lagi baik kami bersetuju menetap di Bogor, kira-kira 1 – 1 ½ jam ke tempat kerja. Hampir seminggu kami ulang-alik tiada masalah sehinggalah tiba pada malam tahun baru 2017. Bila new year seperti biasa adalah cuti umum dan kebanyakkan jalanraya di sana sangat sesak kerana orang menyambut tahun baru.

Walaupun public holiday kami bekerja seperti biasa pada malam tersebut. Kami melakukan kerja pemeriksaan pada waktu malam sehingga pagi memandangkan pada siang hari kilang tersebut masih beroperasi. Mengambil kira jalanraya utama yang sangat sesak pada malam tersebut, kira-kira jam 8 malam kami bertiga menggunakan jalan kampung yang agak sempit ke tempat kerja. Amran dan Borhan duduk di hadapan dan saya duduk di belakang.

Memandangkan Borhan adalah orang tempatan beliau ditugaskan memandu kereta dan membantu kami selok belok di sana. Perjalanan lancar seperti biasa melalui jalan kampung yang sempit, berbukit dan bengkang bengkok kerana di sana berdekatan kawasan pergunungan. Tiba-tiba Borhan brek mengejut serta hampir terbabas di tepi lereng bukit. Saya yang duduk dibelakang tercampak sedikit kehadapan serta terkejut. Saya bertanya kepada Borhan kenapa beliau brek mengejut,tetapi beliau hanya diam sahaja. Begitu juga Amran yang sedikit terkejut juga.

Setelah beberapa kali bertanya barulah Borhan berkata beliau akan bercerita setelah sampai di tempat kerja nanti. Melihat respon beliau begitu saya sudah boleh agak ada sesuatu yang tidak baik telah berlaku sebentar tadi. Kami meneruskan perjalanan seperti biasa dan saya agak bersyukur kerana kereta kami tidak jatuh di lereng bukit. Jika tidak pasti akan ada perkara buruk berlaku.

Setelah sampai di kawasan kilang kami dapati kawasan kilang bergelap dan hanya pondok pengawal sahaja yang ada orang bertugas di sebabkan esoknya cuti tahun baru 2017. Tidak seperti sebelum ini terdapat pekerja yang bekerja pada shif malam. Oh ya,dari pintu utama kawasan industri ke kilang tersebut mengambil masa 5-8 minit untuk sampai kerana kilang tersebut berada di kedudukan paling belakang. Kawasan kilang ini juga tidak jauh dari bekas gunung berapi (x aktif) dan agak sejuk berkabus pada malam hari.Ketibaan kami disambut oleh 4 orang pekerja tempatan yang membantu melakukan kerja pemeriksaan ,jadi pada malam tersebut kami bertujuh.

Sebelum melakukan kerja pemeriksaan saya telah bertanya kepada Borhan lagi apa yang berlaku ketika perjalanan. Menurut Borhan ketika di lereng bukit tersebut secara tiba-tiba satu kelibat seperti pucong telah melompat secara tiba-tiba di hadapan kereta dan menyebabkan beliau terkejut serta hampir terbabas di lereng bukit.  Pada waktu tersebut Amran tidak melihat kerana leka bermain handphone.

Setelah beliau habis bercerita kami boleh merasakan ada sesuatu yang kurang menarik akan berlaku pada malam tersebut.Untuk makluman racking di warehouse ini lebih kurang dalm 100 meter panjang dari point A-B serta mempunyai automated kren sendiri untuk pergerakan dari point A-B. Pekerja tempatan berempat menjaga di point A dan saya bersama si Amran & Borhan berada di point B. Jarak antara kami hampir 100 meter dan kami berkomunikasi mengunakkan WS voice di dalam group kerana ketiadaan walkie talkie.

Segalanya berjalan lancar sehinggalah jam terakhir kami menghadapi kesukaran melakukan kerja levelling di point terakhir dan alatan kami tidak dapat di set dengan betul secara manual sedangkan sebelum itu itu di beberapa point kami dapat set dan habiskan dengan cepat. Di point tersebut kami bertiga hamper berputus asa kerana tidak dapat menyelesaikan tugasan dan secara tiba-tiba handphone kami bertiga tiada coverage walaupun di handphone menunjukkan full bar seta 4G pada waktu itu. Kami betiga di point B tidak dapat berkomunikasi lagi dengan rakan kami yang lagi 4 orang di point A.

Secara tiba-tiba juga kami bertiga melihat kren dari point A datang kepada kami di point B. Pada mulanya kami menyangkakan kren tersebut di control oleh rakan kami di point A tetapi dalam masa sama kami mendengar jeritan dari rakan kami di point A agar menjauhkan diri dari kren tersebut kerana kren tersebut berjalan ke arah kami dengan sendiri tanpa kawalan dari mereka. Kami bertiga bertindak menjauhkan diri dari kren tersebut bagi mengelakkan sebarang perkara buruk berlaku.

Setelah kren tersebut sampai kearah kami di point B secara tiba-tiba kren tersebut berpatah balik ke point A. Kami bertujuh menjadi sedikit takut dan menyiapakan kerja dengan segera sebelum mengemas untuk balik. Setelah berjumpa rakan lain di point A mereka mengatakan melihat objek melompat-lompat dari rack ke rack di atas rack yang berketinggian hampir 40 meter. Mereka pada mulanya ingin lari meninggalkan tempat kerja tetapi memikirkan kami bertiga masih di point B mereka membatalkan hasrat.

.Hampir jam 5 pagi kami bertiga pon keluar dari kawasan kilang dan pergi ke kereta untuk pulang dan rakan kami berempat di point A sudah balik menggunkan kenderaan lain. Pada waktu tersebut kawasan di sana sangat berkabus dan penglihatan amat terhad.

Setelah keluar dari kawasan kilang kami dapati satu tayar belakang telah bocor dan kami mengambil keputusan berhenti di kawasan yang gelap di kawasan industri tersebut untuk menukar tayar spare. Di dalam keadaaan gelap berkabus dan menggunkan lampu handphone serta kereta kami menukar tayar spare kenderaan sehingga siap.

Setelah siap dan mulakan perjalanan kami dapati lagi sekali tayar yang di tempat sama bocor .Kami tiada pilihan lain lagi dan tayar untuk diganti. Kami bersetuju untuk Borhan terus membawa kereta ke main gate kawasan industri dan saya dan Amran berjalan kaki ke main gate.

Setelah Borhan berlalu dengan tayar yang bocor saya meneruskan berjalan kaki bersama Amran, pada waktu itu kami betul-betul tawakal kerana keadaan gelap serta berkabus ditambah pula beberapa kejadian yang kurang enak berlaku. Alhamdulillah tiada sebarang perkara berlaku sepanjang 15-20 minit kami berjalan jika tidak pasti kami akan lari tak cukup tanah…haha.

Setelah sampai di main gate kami lihat Borhan sedang membetulkan tayar yang bocor di kedai berhampiran. Oh ya..disana terdapat kedai tayar buka 24 jam. Main gate kawasan industri terletak di pekan kecil. Setelah siap semua kami pulang ke hotel dan pada petang itu juga saya bertolak pulang ke Malaysia tanpa mahu tinggal beberapa hari lagi di sana.

Maaf mungkin cerita saya tidak begitu seram tapi inilah pengalaman paling misteri walaupun banyak negara saya sudah pergi outstation. Semoga menjadi pengalaman berharga buat saya dan rakan-rakan suatu masa nanti.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Hasnul

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 26 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.