Kisah Seram Si Pramugari

Namaku Syahida. Ini adalah bulan keempat aku bertugas sebagai pramugari di syarikat penerbangan gah tanah air. Impian dari kecilku menjadi nyata. Betapa bangganya setelah habis training dan SNY (tempoh percubaan selama 3 bulan terbang) berakhir. Menyarung kebaya berwarna turquoise bercorak kerawang motif tradisional itu pasti menjadi impian setiap gadis di Malaysia. Bersanggul kemas dan melontar senyuman manis membawa nama negara dengan layanan dalam kelas tersendiri pastinya tugas utama selain menjaga kebajikan dan keselamatan penumpang2 adalah tugas harus kami pikul.

Biar orang kata mengenai pramugari kami tetap berfikiran positif….tetapi…..
2004 semuanya bermula. Aku mengemas pakaian dan toiletries ku seperti biasa, seperti rutin tugasku. Hari itu sektor penerbanganku ada 4 destinasi dalam negeri dan destinasi terakhirnya aku akan nite stop (bermalam) di hotel 5 bintang di negeri terbesar di Malaysia yg terlebar luas di pulau Borneo. Aku sukakan Kota itu. Bersih dan tenang.

Aku akan bermalam di hotel di Kota itu semalam…penat pastinya berakhir tugas aku memilih untuk melepas lelah ku dengan berehat di dalam kamar sendirian. Aku tiba petang dan ketika masih berbalut seragam aku merebau diriku di atas katil kamar. Ah nikmatnya..aku terlelap..sayup azan maghrib aku terjaga..Allah “buruknya perangai makeup tidak dibuang dan seragam masih melekap di tubuh. Aku segera mencapai tuala dan aku ingin menunaikan sholat maghrib.

Kebiasaan seperti kami sudah biasa mengembarkan sekali sholat seperti zuhur dan asar.kecuali jika “bendera merah “melanda kebiasaanku akan mengecat kuku dan bermake up sedikit tebal. Selesai solat aku turun ke bawah untuk mengisi perut yang agak kosong. Tiba di lobi hotel aku di Sapa oleh staff Concierge (penyambut tetamu) “adik menginap di bilik Mana?”aku memberitahu #9. Muka staff iti berubah.”hati-hati jalan ya, banyakkan baca ayat suci kalau adik muslim. Kalau bukan muslim berdoalah atas dasar keyakinan pegangan agama adik.”Ya Saya muslim.”setelah mengundur diri dari staff itu. Aku melangkah pergi, kebetulan malam itu hotel sedikit sesak dan penuh jadi aku hendak cepat makan dan balik semula ke bilik.

Suasana di lobi hotel agak memeningkan kerana kehadiran pelancong2 dari tanah besar China..Setelah habis makan. Aku Kembali ke hotel…dan meluru laju terus ke kamar. Tag “jangan diganggu ku semat di tombol pintu masuk”. Setelah mencuci wajahku. Aku pun ingin segera menunaikan solat isyak..
Malam itu, bermula…..ketika mata sudah redup ingin dibuai mimpi. Aku dengar dari kamar mandi tombol flush dilepas. Aku bangun memeriksa, air berpusing seakan baru di flush oleh seseorang.”ah mungkin rosak getusku.

Tiba-tiba pili air di singki terbuka sendiri dan pancuran air di tab mandi juga terbuka sendiri….deras….mengalir. Permainan apakah ini?…aku menutup sambil jariku terketar ketar. Dan aku keluar semula jam di telefon wake up call menunjukkan 130 malam. Di Kota ini cepat lengang jika selepas jam 11 malam ke atas. Aku Kembali ke katil dan perlahan menyelimuti seluruh tubuhku dan mula membaca ayat suci Al quran, surah 3kul ku baca dan ayat Kursi juga.

Tiba2 ku dengar seperti ada org tengah mengacau sesuatu di dalam cawan putih untuk kopi dan teh di sudut kamar. Bunyinya kuat seperti orang tengah marah mengacau menggunakan sudu besi kecil pada cawan tersebut. Aku perlahan membuka selimutku.Allahu Akbar….
Kini jelas….”dia”mengapungkan diri tepat memandang wajahku. Kami bertentangan mata, langsir jendela di tarik keluar dan ketengah…ku larikan sebentar pandangan ke jendela kamar.”dia”anak kecil bermain langsir dengan menarik kedalam dan ketengah berkali kali, di atas ku melayang bagai tiada graviti masih memandangku. Dibuka mulutnya perlahan…tak bertaring dan takber gigi, wajahnya berkerepot seperti nenek-nenek..Dan lidahnya perlahan lahan terkeluar, rambutnya mengurai cecah hujung rambutnya di wajahku, lidahnya seperti ingin menjilat wajahku.

Aku gagal untuk menutup mataku. Dalam hati aku sudah mula pasrah pada permainan si laknatullah ini…cawan kaca di hempas dan tv mula terpasang sendiri….malahan pintu mini bar (peti ais kecil) mula dimain main oleh si “kecil”. Lembaga nenek itu mula naik dan sekarang sudah berdiri di hujung katil. Malap lampu dari kamar mandi membolehkan aku melihat semua itu. Mataku bagaikan di buntang luas dan gagal ku tutup.

Perlahan2 selimutku di tarik oleh sang Nenek..”kih kih kih kih”dekah sang Nenek….ku cuma mampu menyebut nama Allah berulang kali dan memohon ampunan Allah di dalam hati..Ia berlaku dalam sekitar 15minit ku kira.
Penyeksaan itu berakhir tatkala wake up call berdering.. Lembaga-lembaga itu mula hilang menyusup seperti lutsinar ke luar jendela.. Aku bangun dan beristighfar, dan segera membaca ayat-ayat suci surah 3 kul semula dan ayat Kursi…

Aku termenung sejenak, di luar jendela aku lemparkan pandanganku buat seketika. Kelihatan samar-samar kelibat nenek dan anak kecil itu terapung2 dan melempar senyum umpama menyindirku….dan ia hilang seperti kabus.
Aku bingkas bangun dan mandi, lemah dan bagaimana boleh ku pulih semangatku ini…cuma ayat suci Al quran dan solat hajat mampu ku lakukan berserah pada Allah..

Pagi itu flight dari Kota itu ke KL, pada jam 4pagi kami kena bersiap..aku mempersiapkan diriku semudah yang mungkin. Rambut ku sanggul rapi tanpa make up yang begitu tebal di wajahku. Setiba di lobi, aku cuma termenung dan tidak banyak bercakap. Rasa takut masih menyelubungi diri. First Officer menegurku. Kenapa muka macam tak cukup tidur. takde ape malam tadi saya migraine tidur taklena. First Officer itu sudah bertugas lama dan bertanya “crew baru ye” ? aku menangguk…B ilik Mana semalam, tanyanya lagi. Aku menjawab #9. Mukanya berubah….”camni lah u..lain kalau nitestop dan kena bilik yang sama better kongsi tidur bilik lain dengan crew lain..bilik to semacam sikit u. U pun baru lagi, kalau taakde ape-ape takpe lah. Nanti dah sampai KL check lah Klinik migraine tu” u penat kot, tu kena migraine…”..

Transport ke airport pun tiba dan aku harus bertindak normal dan menjalankan tugas hari itu dengan seprofessional mungkin tanpa memikirkan apa yang berlaku di kamar semalam….. Terima kasih kerana membaca pengalamanku. Kadang-kadng bila dah berlaku dikalangan crew baru membuka mulut.

Kami tidak mahu memburukkan nama hotel dan number bilik kerana menjaga nama baik hotel. Malu jadinya jika cuma kita diuji tapi tidak pada orang lain…tetapi kamar #**9 itu segar meniti di bibir para crew yang pernah merasainya, dari yang biasa- biasa pengalaman sampai ke pengalaman extreme sepertiku.”tetapi dia ada dimana mana…..dimana mana….mungkin saja sedang meneman anda yang sedang membaca pengalamanku ini. Antara dia masih berselindung atau menampakkan diri sahaja perbezaannya…bagi crew baru sepertiku, itu pengalaman, dan setelah itu sering bertanya pada senior crew “bilik ni ok tak babe?”..jika mereka ada di kalangan mereka menjawab “takpe malam ni tido bilik aku ye”.maka aku sudah tahu jawapannya……Sekian saja cerita yang aku kongsikan….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

El

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 5 Average: 5]

9 thoughts on “Kisah Seram Si Pramugari”

  1. “Menyarung kebaya berwarna turquoise bercorak kerawang motif tradisional itu pasti menjadi impian setiap gadis di Malaysia.”

    Sesetengah gadis je kot kak.

    Reply
  2. Bagus pengalaman tu kan.. Xboleh di beli..bukan semua org dpt peluang.. Pergi ke luar ke sana sini.. Wpun penat.. Tp dpt tgk tmpt org.. Best kan..

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.