Kolej Kediaman

Hai , assalamualaikum. Ini kisah pertama aku di fiksyen sasha, kebiasaannya aku hanya menjadi pembaca dan peminat tegar. Kisah aku adalah situasi yang banyak dan berlainan waktu. Tetapi tidak la berapa seram.

Nak di jadikan cerita , aku adalah pelajar baharu disebuah kolej. Aku dan kawan aku semua duduk di block yang berlainan dan pada satu malam block aku dan aku bersama 2 rakan diarah pergi ke dewan sebab ada kes pencurian di block kami. Dan kes ini agak besar sebab duit yang dicuri itu agak banyak nilai nya.

Sampai di dewan dalam 30min macam tu secara tiba-tiba lampu semua tertutup kami ingat hanya di dewan tapi hampir seluruh kawasan jugak la blackout. Sudah beberapa minit berlalu dan masih tiada elektrik salah seorg pelajar perempuan menangis. Semua dalam tu terdiam dan bermain dengan Phone masing-masing. Aku dan kawan aku jenis tk serius walaupun ada gempa bumi sekali pun , kitaorg masih gelak ketawa dengan benda yang tak berapa kelakar.

Oh, yang ada dalam dewan hanya beberapa orang lelaki lebihan dia semua pelajar perempuan dan seorang warden perempuan. Masa berlalu masih tiada elektrik dan keadaan pelajar perempuan tu makin teruk jadi warden pun memberi arahan untuk kitaorg pulang ke asrama dalam keadaan berbaris. Dalam perjalanan ke asrama, nampak semua pelajar-pelajar perempuan berada di luar block (ada 5 buah block dan 1 block yang tidak berpenghuni) mungkin sebab dorang panas dalam bilik ataupun takut. Kami bertiga pun mencari kawan yang lain dan kitaorang pun lepak dekat satu table luar block salah sorang kawan aku ni boleh rasa dan nampak benda halus.

Dah dekat pukul 10:30 malam masih tiada elektrik Warden bagi arahan untuk masuk bilik masing-masing. Tapi , kawan kawan aku yang lain ni penakut so aku pun bagi cadangan berkumpul dalam bilik aku. Dalam satu bilik hanya 2 orang pelajar tapi kitaorg built different 7 orang dalam satu bilik. Tiba tiba ade suara perempuan menjerit dri luar block asrama.

Jadi , aku dengan Dina ni jenis tak takut dengan benda halus tpi percaya benda itu ada. Kitaorg berdua buat keputusan untuk keluar dri bilik nak tengok keadaan kt luar block , aku warning yang lain jangan keluar tpi dorang ni degil.

Dorang keluar jugak dri bilik, ikut kitaorg keluar , jeritan tadi jadi bersambung-sambung , setiap block dikatakan ada yang terkena histeria. Keadaan waktu tu sangat kucar-kacir kesian Warden aku sebab dia sorg je yg bertugas dan hampir 6 orang jugak terkena histeria tu dan salah seorg dari kelompok aku.

Masa kitaorg keluar dari bilik kawan aku Eva tiba-tiba jatuh atas tanah teriak menangis. Aku lari pergi dekat dia, masa tu roommate dia dh peluk dia sambil istighfar , aku lari masuk bilik masa tu aku perasan jiran bilik depan aku takde orang dan aku check bilik tu takut ada orang tapi tkde yang perasan tapi memang kosong bilik tu, aku tk sedap hati cepat cepat aku masuk bilik aku cari tudung dan kembali dekat Eva tutup muka dia sebab aku rasa dia nampak sesuatu yang membuatkan dia menangis ketakutan.

Situasi waktu tu, seorang menjerit semua yang terkena tu pun ikut menjerit , jadi keadaan memang huru-hara. Ada pak guard 3 orang tapi dorg sangat tk function, duk berdiri kt tepi tengok je keadaan. Haha kelakar sebenarnya sebab aku sempat bagi jelingan maut dekat dorang.

Aku buat keputusan bawak Eva masuk bilik memandangkan bantuan ustaz tak sampai-sampai. Kitaorg yang 7 orang masuk dalam bilik aku tadi. Sempat aku menjeling ke arah bilik berhadapan bilik aku tiada penghuni dan pintu masih terbuka luas. Setelah kami semua berada dalam bilik aku membuat pilihan untuk membuka tingkap dalam keadaan yang panas kerana keberadaan 7 orang agak sempit dan lemas. Tiba tiba, kawan bilik depan ni tanya “budak bilik ni mana?” Aku menjawab “taktahu dri tadi takde orang” dia membalas “budak lagi seorang hilang, dh cari satu kolej tkde kalau dia balik bagitahu” aku mengangguk.

Setelah beberapa minit elektrik kembali berfungsi dan secara tiba tiba kawan aku yang duduk bersebelahan tingkap menangis sambil menunjuk ke arah tingkap. Tak fikir panjang cepat-cepat aku tutup tingkap tu. Dia kata “aku nampak kelibat hitam besar memandang ke arah dalam bilik”

Beberapa minit berlalu kami diarah membawa pelajar yang menangis tadi ke bilik tv untuk di ubatkan oleh ustaz dan beberapa orang lelaki. Jadi hanya tinggal aku seorang dalam bilik kerana aku di arah membawa tudung dan selimut untuk menutup pelajar yang masih terdedah auratnya.

Sambil aku mencari tudung , bulu roma secara tiba-tiba berdiri rasa tak sedap hati membuak-buak langkas aku pergi dan membawa barang ke bilik tv kemudian beri kepada warden. (Bilik tv dan bilik aku dekat beberapa langkah dan belok dah sampai)

Aku kembali ke bilik kerana aku tidak mahu berada dalam bilik tv itu kerana terlalu ramai yang menangis dan aku agak “annoying” dengan bunyi yang terlalu bising. Tiba aku di depan bilik aku perasan bilik hadapan pintu nya sudah tertutup rapat dan berkunci aku pun membuat pilihan ketuk pintu tu beberapa kali tapi masih tiada yang menyahut, pelik jawab hatiku. Kalau ada orang masuk sekalipun aku akan perasan sebab sebelah kanan bilik aku ade pintu kecemasan yang sentiasa tertutup, bila dibuka pintu itu agak bising dan sebelah kiri ada tandas yang tiada arah masuk melainkan dari bilik tv. Aku pun buat tk tahu dan masuk ke bilik aku kemas apa yang patut.

Sedang mengemas ada yang menyapa “bilik depan ni ada orang ke?” Kawan bilik depan yang tanya sebelum ni menegur aku, aku menjawab “tak tahu, bila di ketuk tiada yang menyahut” dia pun mengetuk pintu itu dan ada orang yang membuka, terbeliak mata aku waktu tu sebab yang membuka pintu dalam keadaan bilik yang gelap gelita, dia menunduk ke bawah dengan rambut yang dilepaskan panjang. Kawan dia terus membawa dia entah ke mana tapi waktu tu sempat lagi si dia memberi senyuman sinis ke arah aku.

Situasi seterusnya keadaan di bilik tv. Dina message aku, dia menyuruh aku datang ke bilik tv kerana keadaan sangat seronok dan mendebarkan bagi dia. Aku pun setuju dan pergi ke bilik tv, ada kerusi di situ aku duduk bersebelahan dengan dina. Pelajar yang histeria dibiarkan di lantai ada yang menangis, merangkak dan yang muntah adalah salah seorang geng aku Eva. Habis selimut aku terkena muntah dia, aku dan dina ketawa sambil memberitahu ustaz (aku rasa ustaz dalam lingkungan 28-30 dia nampak muda) Eva muntah mungkin kerana dia tak makan. Sempat dia memberitahu kami dia hanya makan biskut dan nescafe waktu kami lepak di luar block. Ustaz hanya mengangguk setuju sambil membaca apa yang patut.

Kemudian aku berpaling ke arah roommate aku, dia menutup tubuh nya dan menangis ustaz tanya dia kenapa aku menjawab “terkejut tengok kawan dia yang lain histeria” sebab waktu dia berada dalam bilik dia ok sahaja dan beritahu kami dia takut dengan situasi macam ni. Ustaz mengangguk sekali lagi dan membaca apa yang patut.

Tapi bukan itu kes yang paling berat, ada seorang pelajar kata nya membela saka harimau wallahuaklam, dia ketawa dan bermain dengan sesuatu yang tak dapat dilihat. Dia memandang ke arah aku dan Dina kami saling berpandangan dan paling ke arah lain.

Tiba tiba ustaz menjerit ke arah aku “kau berambus , keluar dari sini. Jangan kacau pelajar dekat sini” terkejut aku sambil pandang belakang Dina ketawakan aku. Cis kurang ajar betul si Dina ni, aku pun satu pergi pandang belakang buat apa. Budak tu berlari keluar bilik dan semua kejar dia, semestinya aku tidak, memandangkan aku agak chubby dan tidak mahu masuk campur. Aku hanya melihat dri tingkap ustaz tu menjerit “berhenti” terkumat kamit mulut ustaz membaca lalu budak tu menjerit dan berhenti jatuh ke tanah. Scene tu sangat gempak bagi aku dh macam dalam The Conjuring haha.

Ustaz arahkan yang dh selesai pulang ke bilik, sambil Ustaz masih merawat pelajar yang lari tadi dan dia pun dh sedar. Ustaz memandang ke arah kami dan bertanya “video tadi dh delete” kami blur dan memandang sesama sendiri, aku pun menjawab “video? Video apa? Mana ade kitaorang rakam” Ustaz mengenyit mata, dah pulak apahal ni, jawab hatiku. Ustaz memberi hint mata untuk menipu nak tahu yang sedar tu tuan badan atau orang lain. Aku pun menjawab “ouh dah dah kitaorg dh delete” Ustaz tu ketawa dan berpaling ke arah pelajar tadi.

Sempat Ustaz menegur kami “menjaga tingkah laku, dan berpakaian sopan dan menjaga kebersihan”. Kami mengangguk setuju, pelajar disini pengotor. Pad yang dh digunakan biar di bilik mandi, ditegur baru nak ambil tindakan. Ustaz menyambung “kolej kamu ni ada penghuni dia, dia marah sebab ada orang ambil barang dia” nak dijadikan cerita benda tu mintak bantuan penjaga pelajar-pelajar yang terkena histeria tu cari barang dia. Ini bukan kali pertama perkara histeria berlaku sebelum ni juga pernah berlaku tapi tak seteruk ni.

Aku pun pergi meninggalkan bilik itu kerana kawan kawan aku yang lain sudah berada di bilik. Aku pun menjadi burung hantu malam tu, kot kot ada yang terkena balik.

Pada pukul 2 aku membuat pilihan untuk mandi membersihkan diri, setelah selesai dan kembali ke bilik semua berjaga kelaparan haha kitaorang pun turun dan membeli maggi cup di mesin.

Ini adalah pengalaman yang tk dapat aku lupakan dan persoalannya macam mana budak bilik hadapan masuk ke dalam bilik dia tanpa di kesan oleh aku dan orang lain.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Puffin

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 21 Average: 2.6]

2 thoughts on “Kolej Kediaman”

  1. ALLAHU dik! karangan kau buat orang pening nak membaca dik! jenuh aku nak paham. Dah macamana budak bilik depan kau tanya bilik depan ada orang ke tak! haha! macam semua kau nak bubuh dalam perenggan. tau takut tapi cuba karang elok2. baca 5,6 kali, ubah ayat yang lebih difahami.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.