#KopiCeroi – Loceng Ghaib

Assalamualaikum semua warga FS. Pertama sekali aku nak ucap terima kasih pada admin sebab siarkan cerita kedua aku #KopiCeroi – Kisah Angah. Aku ada juga baca komen-komen korang kat FB. Maaf kalau dah men”choi”kan mood korang dengan pantun kebaya biru. Hahaha. Terima kasih juga yang mendoakan Angah. So, before aku mula cerita baru, aku nak jawab la soalan yang aku dapat melalui FB, whatsapp dan Instagram aku.

First, ramai yang syak Amin tu yang buat. Okey, aku tak pasti la. Cuma kami berserah pada Allah. Kalau kehadiran dia adalah kiriman dari Allah untuk membantu Angah, Alhamdulillah. Jika sebaliknya, minta Allah jauhkan dari segala kejahatan manusia, jin dan seangkatan dengannya. Second, ada yang tanya pasal cerita aku yang lain. Aku cuma ada 2 cerita sahaja setakat ni. Yang mana ada #KopiCeroi, tu la cerita aku. Lastly, aku nak ucap thank you so mucchhhh sebab sudi baca cerita aku.

Cerita aku kali ni merupakan pengalaman aku sendiri. Before aku mula, kenalkan aku A. Aku boleh rasa kehadiran benda ni sejak keluarga aku disihir 15 tahun lalu. Kisah yang aku akan ceritakan ni merupakan kisah yang betul-betul terjadi dalam family aku. Sebelum tu aku minta maaf la kalau cerita ni tak seram or tak menarik pada korang. So, let’s begin.

Masa ni kami sekeluarga dah tinggal di Kelantan sebab abah kena transfer ke sini. Masa masuk rumah ni pun tak ada buat kenduri doa selamat ke apa ke. Kira main redah jek masuk rumah ni. Mengikut cerita jiran tetangga yang lama tinggal di kawasan perumahan ni, tapak kat kawasan situ tak elok sebab dihuni pelbagai makhluk yang kita sendiri tak nampak. Kira laluan benda-benda ni la. Aku pun dah 2 3 kali nampak macam bola api jatuh atas bumbung jiran depan rumah. Ibu pun sama, kadang nampak bola api tu melintas. Dalam rumah ni tak payah cakap la. Lagi-lagi dinding kat bilik aku. Selalu sangat benda bulat warna hitam melintas. Nak pergi mana pun tak tahu la sibuk sangat nak lalu kat situ. Masa mula-mula tengok, takut juga. Lama-lama aku pun tak peduli dah. Lantak kau la nak lalu sana sini, jangan kacau aku sudah. Jiran aku pun nampak juga ada benda ni melompat dari bumbung rumah jiran A, B, C dan seterusnya.

Waktu ni cuti sekolah. Aku dan adik-adik gedik la nak pakai barang kemas. Ibu pun bagi jek la sebab dah cuti sekolah kan. Waktu sekolah mana nak boleh pakai benda alah ni. So dah pilih-pilih, ayi decide nak pakai gelang loceng. Aku fokus kat ayi sebab dialah punca benda ni ganggu aku dengan angah. Ayi dengan riangnya goyang-goyang tangan nak bagi loceng tu berbunyi. Gerak sikit cing, gerak sana cing. Kira sepanjang dia pakai tu, hidup aku diselubungi bunyi cing. Naik menyampah aku dengar bunyi tu. Masa ayi tidur jek rasa tenang sikit sebab tak ada bunyi loceng tu. Cuma kadang-kadang la, tu pun sebab dia ubah posisi tidur dia.

Rumah aku ni kecil jek, ada 3 bilik. Bilik pertama, bilik ibu abah. Bilik kedua, bilik aku dengan ayi. Bilik ketiga, bilik angah. Kenapa aku boleh berkongsi bilik dengan ayi? Masa mula-mula pergi tengok rumah ni, aku dengan ayi berebut bilik ni. Angah seorang je yang nak bilik belakang. Haaa tu la puncanya aku ber”roomate” dengan ayi. Langkah je kaki ke bilik aku, belah kiri ada katil besi saiz queen yang rapat ke dinding. Belah kanan katil, ada meja kecil. Depan katil, ada rak buku dengan almari. Ayi tidur rapat ke dinding sana, aku pula bahagian sebelah meja.

Malam tu, aku tengok TV dengan ibu. Angah kat bilik dia kot. Ayi?? dah terbongkang atas katil. Mata aku pun mula berat. Menguap pun dah berkali-kali. Punya la malas nak bangun masuk bilik masa tu. So, aku pun gagah juga la bangun masuk bilik. Dah baring semua, aku dengar TV ditutup. Mesti ibu dah masuk tidur. Aku dengan ayi memang tidur buka pintu sebab nak bagi cahaya lampu dari ruang tamu masuk ke bilik. Kiranya lampu kat ruang tamu sentiasa buka. Rumah aku tu seram tu sikit.

Macam yang aku cerita kat atas tu. Masalah bila aku masuk bilik nak tidur, aku tak boleh nak tidur. Aku pusing kiri, tak lena. Aku pusing kanan pun sama. Tadi bukan main menguap kan, nak buka mata pun susah. Pandang ayi, sedap betul budak ni tidur. Aku kalih belah sana menghadap pintu bilik membelakangi ayi. Malam semakin lewat, aku masih mengelamun. Tiba-tiba

“Cingg.. cingg.. cingg..”

Aku dengar bunyi loceng. Sama macam bunyi gelang loceng ayi. Aku terus mengadap ayi. Dia tidur, tak bergerak pun.

“Cingg.. cingg.. cingg..”

Bunyi lagi. Aku terus tarik tangan ayi dan genggam gelang loceng dia. Lagi dia bunyi. Aku pun malas nak layan. Mungkin masa tu dia tak ada kawan nak ajak bergurau. Aku pun tarik selimut, terus tidur. Dalam masa yang sama, aku masih genggam gelang ayi. Pagi tu,

“Maa (aku ni kadang-kadang panggil ibu, kadang-kadang mama) tau tak semalam orang tak boleh tidur. Benda tu dok main loceng. Orang pegang gelang ayi pun masih bunyi cingg cingg cingg..”

“Pukul berapa? Aku dah tidur ke? (ibu memang bahasakan diri aku dengan kami)”

“Pukul 2 lebih macam tu. Masa tu ibu dah masuk tidur dah.”

“Hmm.. Dia saja nak mengusik la tu.”

Sejak dari tu, setiap malam aku dengar bunyi tu. Sampai satu malam tu, aku tidur lewat. Ayi macam biasa, dah tidur. Budak ni kalau tidur, datang la gempa bumi, bom jatuh ke, confirm tak dengar.

“Cingg.. cingg.. cingg..”

“Ahhh sudah la.. dia start dah..” bisik hati aku

Aku terus duduk bersila atas katil,

“Kalau kau nak main loceng, main la. Tapi jangan kacau aku”

Aku cakap slow-slow jek la. Loceng tu terus bunyi. Aku terus baring mengadap Ayi sambil dengar bunyi loceng tu. Jantung aku dah berdegup laju. Masa tu mula la fikir bukan-bukan. Dibuatnya dia main loceng tepi telinga aku, tak pasal jek. Tiba-tiba,

“Long.. kau tidur dah ke??”

“Hoiii.. kau ni.. terkejut la!!”

“Long.. aku nak tidur sini long..”

“Kau kenapa pulakkk nak berhimpit sini.. Dah la sempit..”

Angah terus naik atas katil tanpa dipelawa oleh aku, terus berhimpit kat belah dinding

“Aku dengar bunyi loceng weiiii.. cingg cingg cinggg..”

“Aku pun sama weii.. dengar juga bunyi tu.. hmmm..”

Masing-masing diam. Aku dengan angah memang tak boleh tidur. Aku mengadap angah dan ayi. Tiba-tiba

“Cingg.. cingg.. cingg..”

Angah pandang aku

“Along.. kau dengar tak??”

“Ishhh ko ni.. diam jek la..”

“Sapa long yang main loceng tengah-tengah malam ni.. dah banyak hari aku dengar loceng ni..”

Angah boleh tanya siapa main loceng tu. Senget juga mulut budak ni tanya soalan tu kat aku tengah-tengah saat getir ni. Aku rasa masa tu, suara adik aku lagi menakutkan dari bunyi loceng tu. Aku pun malas nak layan, terus tidur. Esok pagi tu,

“Maaa.. loceng tu bunyi lagi.. sampai angah pun berhimpit tidur sekali”

Padahal aku geram tidur berhimpit malam tu.

“Aku tak dengar pun..”

“Betullll.. orang dengar.. angah pun sama..”

Ayi pun keluar dari bilik dengan muka sememeh, rambut serabai. Baru bangun tidur kan.

“Weii ayiii!!. kau buka gelang kau tu.. benda tu dok main loceng la.. dah banyak hari aku dengar.. kau tak apalah, tak kena..”

Ayi blur-blur jek muka dia. Tengahari tu ayi pun bagi la gelang tu semula kat ibu. Bermula dari malam tu, baru la tak ada bunyi loceng tu lagi. Tapi dia main “torchlight” pula. Persoalannya, siapa yang pakai gelang loceng tu?? aku sendiri tak tahu.

So, aku minta maaf kalau cerita ni tak best. Aku sendiri pun tak berapa seram sangat dengan kejadian ni. Cuma ni pengalaman aku. Ada masa aku cerita pasal benda tu main torchlight. Punca dari ayi juga. Wassalam.

Tidur seorang tutup pintu,
Bunyi loceng tepi telinga hampa tu.
#KopiCeroi

Cik Kopi Ceroi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

33 thoughts on “#KopiCeroi – Loceng Ghaib”

  1. hi kopiceroi.. hehe
    sama lah kita, saya pun ada pengalaman lebih kurang macam ni..
    hahahaha..
    masa tu saya kat uitm.. (2010)
    hostel yang saya duduk waktu tu keras jugak lah tempatnya.. (senior yang cakap)..
    hari tu hari minggu so cutilah kan..
    1 bilik 4 orang.. tapi malam tu 2 roomates balik kg..
    hanya tinggal saya & seorang lagi roomate..
    patutlah malam tu saya rasa tak sedap hati..
    something wrong somewhere..
    rasa macam ada benda..
    takut punya pasal, kami berdua pi bentang tilam kat lantai.. sanggup tidur bawah dari tidur kat katil.. (sape yang ex uitm tahulah keadaan bilik tu macam mana)..
    malam tu saya susah sikit nak tidur, roomate saya dah sampai paris gamaknya.. tidur m**i terus!
    pejam punya pejam sampai terlelap.. gigih paksa mata tidur..
    tup tup saya terjaga pukul 3 pagi.. ( sempat tengok jam kat fon)
    terjaga sebab bunyi cing.. cing.. cing..
    banyak kali & kuat!
    rasa dekat je bunyi tu.. seolah olah depan saya je..
    meremang tu toksah cakap ler!!
    roomate sebelah saya memang haram jadah tak sedar langsung! hahaha
    bunyi gelang loceng tu bingit sangat!
    sampai ke hari ni saya masih ingat bunyi cing cing cing tu..
    hmm, sampai ke sudah tak tahu apa dan siapa..
    cuma pernah dengar orang cakap, bunyi cing cing cing tu sebenarnya iblis/setan tu ada kat situ.. huhuhu
    sorry naa, panjang pula saya pi taip.. hehe menyibuk je kan..
    kalau ada story lagi, cite lah naa..

    gelang loceng gelang batu,
    jaga jaga, siapa di belakang tu? ^_^

    Reply
    • Mna ada menyibuk.. Xksh pon nak tulis pnjg2.. Sy baca smuanya.. Hehehehe.. Btw thanks share story.. Pengalaman yg sama tmpt berbeza.. Hehehe..
      .
      In shaa Allah ada masa sy story lg yek.. Thanks sudi baca..

      Reply
    • kenapa aku baca komen hang ni, aku terasa meremang sekali? hahhaha
      adehh, siap pantun last tu, asa cam ada orang tengok pulak ni. adohaiii

      Reply
      • kat ofis ok lagik, kalau kat umah, lg terasa
        bilik tengah tu, ya Allah, asa len macam..
        asa ada yang memerhati, haihh
        hahahah

        Reply
          • syoknya hampa sembang.. kami tgh merana siapkan drawing kat opis.. huhuhuhu.. tp kann betul kot kat Cik Chik.. mmg confirm se”confirm” “confirm”nya benda tu ada mey_mawar..

          • cik kopi ceroi, lukiskan potret wajah kita sekali.. haha
            dah siap gitau, i pay..
            ngeh ngeh, terus tak reply mey_mawar..
            menyorok dalam almari lah tu..
            hee hee hee hee~

          • Wehhh kami tgh lukis tangga utk customer.. Takut sat g lukis muka hampa jd kot len pulak.. Hehehhe..

          • hahahaha hehehehehe..
            lukis leklok, mana lah tau kot kot tetiba termuncul lukisan bentuk yang berupa wajah misteri tutt tuutt tuttt! heee~

          • Cik Chik, masalah nya, cik asben tak rasa, kami ja yg dok rasa, haihh
            bilik tgah memg tak biaq kosong ja, kdg2 kami tidoq jugak kat situ.
            cik asben lena sunggoh, kami ja keras kedegang kat situ. hahhaha

            Cik Kopi Ceroi, kami pon ada pengalaman seram, yg tak terungkai, tp pendek sgt, malu nak share kat FS. hoho

            hahaha, online FS ni kt ofis ja Cik Chik oi, dok kelam kabut kemas ofis nak pindah.
            Ehh, Cik Kopi Ceroi, hampa keja kat mana? penang ka? dulu skolah mana? tah2 kita kenai? hoho

          • Mey_mawar nmpk sgt benda tu suka hampa.. hehehe..
            hampa share ja boh la ayat bunga-bunga sikit kasi panjang.. hahaha..

            kami keje kat bukit minyak, penang.. kami ni merata duduk.. perak ja dah 3sekolah.. sekolah menengah kat kelantan.. matrik kat perak balik.. degree upm.. la ni duduk kedah.. keje penang.. hampa boleh pilih mana satu tmpt hampa nak.. hehehhe..

          • naseb baik tak seluruh semenanjung, hhahha
            klaw sek men, kelantan, sure tak kenaii la.
            sbb kami sek teknik kat penang dulu. engat kan area sana jugak. hoho

          • hihihi, amboi korang bersembang, dengan i sekali terikut – ikut loghat hangpa ni..

            hahah nasiblah i orang pantai timur..
            bahahahahaha..

            mey_mawar, dia menumpang kat situ lah tu.. gamaknya natang tu jantan lah tu.. itu yang awak je yang rasa.. hehehehe~

            cer pasang ayat ruqyah, sambil ikut sekali.. nanti dia keluar lah dari situ..

  2. Bunyi loceng mmg salah satu benda yg boleh memanggil makhluk2 halus…tu sebab orang Islam terutama wanita dilarang memakai gelang kaki/rantai tangan berloceng… mohon perhatian pd ibubapa yg gemarkan beli gelang kaki/rantai tangan berloceng utk anak2 perempuan mrk…

    Reply
    • Hai suhana..

      Stahun lebih aku x menyinggah page ni.. Btw thanks baca cerita aku..

      Adik aku mmg cm tu.. Suka bikin ribut.. Kesan tu selalu kena kat aku.. Dan dia hanya bersenang lenang menikmati hari2 dgn bahagia.. Hahahhaa..

      Aku harap ayie kau dan ayie aku xkn buat masalah lagi.. Hahaha

      Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.