Kuarters

Terima kasih kepda FS kerana sudi menyiarkan kisah aku ini yang sebelom ini hanyalah pembaca setia FS. Kepada peminat setia FS harap korang dapat fahami dengan hasil penulisan aku ini.

KUARTERS
Aku dibesarkan di salah sebuah kuarters kerajaan. Kuarters ini adalah bekas tapak penjajahan zaman jepun dan banggunan-banggunan kedai di area situ semuanya banggunan lama yang tertulis tahun “1883”. Kawasan tempat aku tinggal ini terkenal dengan julukan “Pekan Koboi” dengan reka bentuk banggunannya seperti seakan baggunan lama di sekitar Bandar Melaka. Maka banyaklah terdapat kisah-kisah seram yang berlaku di quarters itu.

Lumrah kehidupan kanak-kanak perempuan yang suka bermain dengan anak patung dan begitu juga dengan aku yang mempunyai koleksi anak patung dan yang paling aku suka adalah patung teddy bear dan juga patung turtle. Hampir setiap hari aku akan bermain dengan 2 jenis anak patung ini sambil aku bermain dan kadang kalanya aku akan bercakap-cakap dengan anak patung itu.

Nak dijadikan cerita pada suatu malam sedang aku nyenyak tidur badan aku tiba-tiba berasa panas dan bahang. Biasanya ini adalah pertanda akan hadirnya perkara-perkara mistik yang akan muncul. Tiba-tiba aku terdengar suara-suara kecil begitu asyik sedang berbual tetapi bahasa mereka itu begitu asing yang tidak pernah aku dengar. Aku memberanikan diri dengan membuka sedikit mata untuk melihat siapakah yang berbual itu dan alangkah aku terkejut rupaya suara kecil itu datangnya daripada anak-anak patung yang aku selalu bermain itu. Ya, anak patung teddy bear dan turtle. Mereka bergerak-gerak dan bercakap-cakap. Aku terkejut dan terus menutup mata dan mengharapkan cepatlah siang.

Keesokkan harinya apabila aku terjaga daripada tidur aku melihat anak-anak patung itu berada disisiku. Selepas daripada kejadian itu aku berasa takut untuk bermain dengan anak-anak patung lagi. Aku tidak menceritakan peristiwa itu kepada keluarga kerana aku kuatir mereka tidak akan percaya dan mungkin mereka akan berkata itu hanya ilusi aku.

Tetapi apabila aku meningkat remaja barulah aku berani menceritakan perkara tersebut kepada keluargaku selepas beberapa kejadian aneh yang telah berlaku.
Aku masih ingat lagi kejadian lain di kuarters yang aku duduk dulu di tingkat 2 dan bilik mak bapak aku ini adalah bilik belakang dan menghadap pokok-pokok yang besar dan tinggi manakala dibawah rumah aku itu pula ada pokok- pokok pisang yang ditanam oleh jiran bawah.

Kejadian itu berlaku pada waktu malam dimana sedang aku bermain lompat-lompat di atas katil di dalam bilik mak ayah aku dan pada ketika itu lah aku melihat susuk tubuhku datang kearah aku. Kain langsir di tingkap bilik di ikat makanya apabila malam kita bolehlah nampak bayangan muka kita.

Yang peliknya aku dapat melihat pokok-pokok pisang dan aku melihat diri aku sendiri berjalan kearah aku. Aku terkejut dan takut lantas terjatuh daripada katil. Aku berlari keluar daipada bilik dan memberitahu mak aku dan mak aku terus menarik ikatan kain langsir itu menutupi permukaan cermin tingkap. Aku menjadi takut kerana rumah aku itu di tingkat 2 bagaimana pokok-pokok pisang itu boleh kelihatan kerana pokok pisang bukanlah tinggi manapun dan yang paling aku terkejut bayang aku sendiri datang dengan tangan yang mahu memcekik itu yang membuatkan aku terkejut dan sampai terjatuh daripada katil.

Banyak lagi kisah-kisah seram dan jika ada kesempatan aku akan kongsikan cerita ini pada semua pembaca FS. Diharap penceritaan aku ini dapat difahami oleh semua. Maaf jika terdapat cacat cela pada penulisan aku ini.

Nukilan,
RaFidA Oct 19,2023

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rafida

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 3.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.