Kucing Putih Penunggu Batu Besar Taman Negara Gunung Gading Sarawak

“Dan sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, dan lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas”

Al Hijr ayat 26 hingga 27

Ayat di atas mengkhabarkan kepada kita bahawa wujud entiti lain di dunia ini selain kita. Sebagai muslim kita meyakini kewujudan Jin sebagai mana yang disebutkan dalam Al Quran dan Hadis Nabi. Bahkan Nabi pernah berdakwah kepada Bangsa Jin. Kita dikatakan hidup bersama cuma berlainan alam. Bangsa Jin dapat melihat kita tetapi kita tak dapat melihat mereka. Namun, ada dari kalangan kita ditakdirkan Allah untuk dapat melihat mereka. Satu corak yang aku perasan tentang mereka yang punya ‘mata’ istimewa ini iaitu mereka pernah disihir. Asbab dari itu mungkin terselak sedikit hijab mereka ini.

Jadi kali ini insha Allah akan ku coretkan pengalaman aku dan rakan-rakan dengan makhluk yang tak nampak dek mata kasar. Namun sebelum itu aku nak ucapkan ribuan terima kasih kat admin FS sebab terbitkan cerita aku sebelum ini yang bertajuk “Teman Yang Tak Diundang”. Kisah tu kisah kawan aku tapi kali ni kisah yang aku sendiri mengalaminya. Tanpa banyak basa basi meh aku ceritakan kisah “Penunggu Batu Besar di Gunung Gading”.
.
.
.
.

Nama aku A.M.I dan salah satu aktiviti kegemaran aku dan rakan-rakan ialah mendaki gunung atau ‘trekking’ kat mana-mana ‘trail’. Seperti kebiasaan setiap cuti tak kisah lah cuti pertenggahan semester ke hingga ke cuti minggu belajar. Pasti akan dicari ruang dan peluang untuk diisi dengan aktiviti mendaki ni. Tak ada satu pun puncak gunung kat area Kuching ni yang aku belom sampai. Dari puncak Santubong, Serapi, Bung Jagoi. Semua tu aku dah tawan termasuklah puncak Gunung Gading. Namun ekpidisi mendaki Gadinglah yang paling aku ingat sampai sekarang sebab itu satu-satunya yang terpalit dengan pengalaman dengan dunia mistik ni.

Pada awalnya tiada yang pelik sepanjang aktiviti pendakian kami. Perjalanan dari universiti ke Taman Negara Gunung Gading mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih. Sesampainya kami di Taman Negara Gunung Gading jam dah sekitar 0945 minit pagi. Kami memang sebenarnya dah terlewat namun masih lagi sempat bersarapan di ‘Hi Bread’ sebelum bertolak ke Lundu. Natijahnya terlewatlah kami dari perancangan. Untuk pengetahuan pembaca para pengunjung dikenakan bayaran RM10 seorang dan selain mendaki anda juga boleh mandi-mandi di air terjun, menerokai species flora dan fauna di sini dan tarikan utama ialah bunga Rafflesia.

Setelah pembayaran dan pendaftaran serta sedikit taklimat ringkas kami pon memanaskan badan ala kadar je sebelum mula mendaki. Di mana-mana taman negara anda akan diingatkan untuk mendaki turun tak kisah lah di mana anda berada untuk memastikan anda sampai ke HQ sebalum hari gelap. Namun peraturan inilah yang selalu kami langgar. Mana tak nya, pukul 10 baru nak mula mendaki memang tak akan sempat lah nak naik ke puncak.

Namun seperti biasa A.M.I takkan mengalah. Semua kehendak dia pasti dia penuhi walau gunung perlu dialihkan. Jadi perancangan tetap kami teruskan walau peraturan tadi terpaksa kami endahkan. Suasana hutan bukanlah suasana yang seram bagi aku sebaliknya suasana yang aman dan nyaman. Udara yang segar, prsekitaran yang senyap dan nyaman amat menyenangkan bagi aku yang berjiwa ‘introvert’ ini.

Sepanjang pendakian, aku menikmati alam kurniaan tuhan yang indah ini. Perhatian aku terhadap alam yang indah ini mula teralih bila kami melalui satu kawasan yang memang akan dilalui untuk ke puncak gunung. Di situ terdapat satu batu besar di mana ada semacam sungai kecil yang mengalir berdekatannya. Terdapat juga macam ‘Shrine’ yang terdapat persembahan makanan seperti buah limau, colok dan bendera-bendera kecil yang berwarna-warni. Tak ada yang menyeramkan bagi aku pada waktu itu cuma aku tertanya-tanya kenapa ada ‘shrine’ kat situ.

Sebab malas nak ambil kesah so perjalanan diteruskan hingga ke air terjun no.7. Ni lah manusia, dah tau lambat masih lagi nak menyempat main air jap kat air terjun. Lepas penat main air tuh kami pon meneruskan perjalanan dalam kira-kira pukul 12 lebih. Sesampai je kat puncak gunung Gading aku terkejut dan terkedu. Nafas aku berdegup kencang kerana tak percaya dengan apa yang aku lihat di puncak Gading. Rupanya aku tertipu kerana di puncak Gading tiada pemandangan yang indah untuk kau amati dan syukuri serta rakamkan ‘selfie’.

Jadi untuk menghiburkan hatiku yang duka ni kami pon menjamulah selera kejap untuk mengumpul tenaga mendaki turun nanti. Setelah makan dan bergambar berkumpulan kami pun memulakan perjalananan turun. Seperti dijangkakan hari mula gelap tetapi kami masih lagi belom sampai separuh pun perjalanan turun ke HQ. Disebabkan hari semakin gelap dan hujan mula turun renyai-renyai kami terpaksa menggunakan lampu dari telefon bimbit masing-masing yang dibalut dalam plastik.

Nah disinilah kisah seramnya bermula. Sebab itu barangkali orang tua dahulu melarang anak-anak bermain di luar waktu maghrib. Bahkan ada hadis Nabi yang menyuruh kita melarang anak-anak bermain di luar waktu maghrib dan kita disuruh menutup tingkap sambil dibacakan nama Allah padanya. Sewaktu mendaki tadi kami ada melalui kawasan batu besar ni jadi bila nak balik kami terpaksalah lalu di situ jugak. Dalam kesamaran cahaya malam yang Cuma diterangi oleh lampu ‘power bank’ dan telefon bimbit. Dari kejauhan aku melihat seekor kucing yang begitu putih sekali. Kucing nya berwarna putih berada berdekatan dengan batu besar tersebut. Aku pon merupakan pecinta kucing ni jadi aku kata lah kat kawan-kawan aku.

“Ehhh ada pusak kacak. Embak balit juh. Hahahah (Ehhh ada kucing cantik lah. Bawak balik jom)” kata ku.

Sewaktu aku berkata demikian kucing itu menoleh lalu lari dan hilang dari pandangan. Yang menghairankan kawan-kawan aku yang lain tak nampak pon kucing tu melainkan aku, adik perempuan aku yang tengah h**d dan seorang kawan aku lagi. Semua hanya diam bila ditanya pasal kucing dan salah seorang rakan aku menyuruh kami meneruskan sahaja perjalan pulang.

Entah kenapa adik perempuan aku tiba-tiba berubah perangainya menjadi agak aggresif dan pemarah. Dia tak adalah macam orang histeria cuma dia tetiba marah-marah. Aku pon hairan kenapa dia boleh jadi macam tu. Mungkin sebab dia h**d so emosi tak stabil kot. Sangka baik ku dalam hati. Untuk menyedapkan hati aku, aku pon bermohon perlindungan pada Allah dari segala gangguan sewaktu perjalanan balik ini. Entah bagaimana sewaktu kami menghampiri HQ adik aku tetiba mengatakan pada ku kain batik yang digunakannya untuk berselubung sebab sejuk (hujan renyai) sewaktu perjalanan tadi hilang. Tercicir barang kali.

Aku pon kehairanan. Tak kan benda yang dia guna untuk selubung kat badan dia boleh tak perasan kalau tercicir. Pastu dia jalan di depan dengan aku. Tak kanlah kawan-kawan aku yang jalan di belakang tak perasan kalau kain tu tercicir. Besar kot kain batik tu. Di sini mengingatkan aku pada peristiwa tadi. Seakan-akan akal warasnya hilang sewaktu dia tiba-tiba berubah menjadi marah dan aggressif tadi. Dipendekkan cerita kami pon selamat sampai ke HQ sekitar jam 8 malam. Dan setelah membersihkan diri dan menukar pakaian kering kami pon mula masuk ke kereta untuk meneruskan perjalanan pulang.

Time ni aku pulak kehilangan cincin berbatu kuning aku yang aku letak dalam kereta sebelum mendaki tadi. Entah lah, mungkin terjatuh di mana-mana kot aku malas ambil pusing sebab tak mahal mana pon cincin tuh. Bukan batu akik mahupon zamrud kot sebab tu aku buat cool je. Sewaktu perjalanan balik ni lepas singgah solat di masjid untuk qada maghrib dan solat isyak aku pon bukak lah cerita pasal kucing tadi sebab untuk hilang bosan.

Waktu ni baru aku tau yang hanya aku, adik perempuan aku dan seorang kawan lelaki aku pon nampak. Disebabkan ianya agak mistik so jadilah ia pembuka kisah-kisah mistik dalam kereta tersebut. Kami pon mula buka kisah mistik masing-masing sebab perjalanan jauh so dapat isi masa. Tetapi seorang kawan perempuan aku ni tetiba macam marah. Dia kata takyah cerita benda-benda macam tu. Dia ni dari tadi sewaktu turun mendaki senyap je. Tetapi tiba-tiba bersuara suruh orang diam lak.

Lagi aku hairan siap ajak lepak kedai makan lagi sebelum balik ke kampus. Ni lagi aku hairan, apasal minah ni tetiba bawak lepak lak. Sedangkan dia lah yang tak suka lepak-lepak buang masa. Disebabkan kami semua kelaparan yang amat maka kami pon berhenti makan di sebuah kedai berdekatan Masjid Bahagian Kuching yang ada perkuburan di sekitarnya. Bila tengah makan nilah baru minah ni bukak cerita. Sebenarnya yang aku, adik aku dan rakan aku nampak tadi kat batu besar tu bukan kucing tetapi jelmaan yang dia tak nak bagi tau kita orang. Dia ni memang tak akan bagi tau benda-benda mistik yang dia nampak sebab takut timbul fitnah.

Ni pon seba terpaksa sebab benda tu ikut kita orang balik. Yup. Benda tu ikut balik, ada dalam kereta tadi sebab tu dia larang bukak cerita tadi tuh. Tapikan aku hairan, kereta penuh macam mana benda tu tumpang lak. Dia kata lagi benda tu masih ikut sampai sekarang sebab tu dia ajak singgah kedai makan. Aku pon bila dengar terus telefon kawan aku untuk ajak baca Ratib Al Attas bila sampai kampus nanti. Sebab dah tau cerita kucing tu bukan kucing pastu sampai ikut balik semua hanya diam waktu dalam kereta nak balik kampus.

Benda tu pon masih lagi mengikut sampai ke kampus menurut kawan aku yang ‘nampak’ tuh. Dia kata berhari jugak lah benda tu masih ikut kita orang namun Alhamdulilah lepas beberapa hari dia hilang sendiri. Sampai sekarang aku tak tahu benda tu betul tak atau just imaginasi kita orang sebab penat mendaki je. Kawan aku yang nampak tu memang tak nak bagitau sebab apa dia ikut dan macam mana dia boleh ‘balik’ sendiri.

Apa-apa pon aku bersyukur pada Allah sebab tak ada apa-apa yang memudharatkan kita orang terjadi masa tu. Pesanan aku kuatkan benteng pertahanan dri dari makhluk-makhluk yang kita tak namak ini dengan amalan-amalan zikir. Bacalah Al Mathurat ke, Ratib Al Haddad atau Al Attas ke sebab dalam tu terdapat himpunan zikir-zikir serta doa perlindungan dari hadis Nabi. Lagi bagus untuk perlindungan baca Wirid Imam Ali Bin Abu Bakar As Sakran kalau tahulah. Tapi kalau ko jenis yang ‘berpegang’ hanya pada amalan yang ‘direct dari Nabi’ tu tak apa. Boleh tinggalkan tak payah baca tanpa ko menyesatkan yang mengamalkan. Cukup ko baca ‘Bismillahil lazi la yadurru…’ sampai habis in sha Allah akan dilindung dari mudhrat. Zikir tu ada terkandung dalam aurad yang aku nyatakan di atas.

Cukup sekadar ini dahulu kot. Terima kasih sebab baca dan kalau aku rajin aku kongsikan kisah sapa yang kejutkan aku bangun subuh time aku dok kat satu kolej di UNIMAS dulu.

Assalamualaikum…

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

A.M.I

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 3.2]

16 thoughts on “Kucing Putih Penunggu Batu Besar Taman Negara Gunung Gading Sarawak”

  1. Dan sesunguhnya Kami telah menciptakan manusia (Adam) daripada tanah liat yang kering, dan lumpur hitam yang diberi bentuk. Dan Kami telah menciptakan jin sebelum (Adam) daripada api yang sangat panas

    mksud ‘kami’ tu cam byak jee..

    baik tulis Dan sesungguhnya Allah telah menciptakan manusia(Adam)..

    Reply
    • penggunaan ‘Kami’ dalam bahasa arab tu takboleh ditafsirkan secara terus ke Bahasa Melayu. ‘Kami’ dalam bahasa arab tu ada waktunya menjadi kata ganti nama terhadap yang agung, yang tinggi darjatnya (kalau tak silap). Bukan bererti ‘Kami’ dalam bahasa melayu yang bermaksud ‘aku dan yang lain /ramai’. Maaf jika salah penjelasan.

      Reply
    • Just nak share, pernah dengar satu ceramah ni, Ustaz tu terangkan, ‘Kami’ yg selalu ditafsirkan dari Al-Quran ni merujuk kepada ‘Allah swt dan nikmat2Nya’. Sebab tu Dia guna ‘Kami’, bukan bermaksud ramai. So, tak salah rasanya ayat tu.

      #sama2kongsiilmu

      Reply
    • Adoi… apabenda merapu sgt komen2 kt sni & bwh2 ni…
      1stly poland, si main comentor, kau nk ckp Allah salah grammar ke? xcukup baik? & ko bleh come up with something better ke?
      wei. quran tu kata2 Allah, Allah yg ajar smua bhasa kt dunia ni & smua bhasa kat dunia lain jgk yg kita even sedar wjud @pun x. ofcoz la kata2 Dia yg plg sempurna. Lain kali kna egt, klu ada yg kau rasa xkena dgn bhsa quran/bhsa Allah, yg tu bkn kekurangan Allah sbb Allah tu maha smpurna. yg tu kekurangn kau sbb kau yg xckup taw, xtaw any better. so humble yourself, pergi belajar @ tanya org lain baek2.
      cuma 1 part yg bagus psl komen kau ni, org lain bleh belajar sama.

      For your information, “Nahnu” a.k.a Kami dlm quran bkn Allah terslh grammar ya kwn2. Instead, “Nahnu” @ “Kami” tu la yg plg tepat penggunaannya dlm quran. Perkataan tu perkataan royalty, perkataan yg tunjukkan kebesaran & darjat. Practically, raja2 @ keturunan diraja bila bercakap dgn subjects/ rakyat jelata dy, dy xkn bhasa diri dy ‘aku’ senang2 ja. bhasa mlayu “beta”, tp “beta” tu pun bila dy ckp dgn beberapa org sja. bila ditujukn utk smua rkyat jelata, dy akn bhasa diri dy “Kami”. xpercaya tgok pertabalan & titah raja2. bhasa Arab “Nahnu”. bkn bhsa melayu & Arab sj tp bhasa2 lain kt dunia pon mcm tu. yg ni bkn secara teori sj, tp mmg culture dlm royals. Tgok Queen Elizabeth bertitah pon dy pkai “We”. aku baru ja layan My Little Pony Season 2 episode Nightmare moon yg Luna Eclipse tu, dy pon ada selit psl bhasa royals dy yg duk ulang2 “We” tu.
      So xbetul ke Allah pakai perkataan “Kami” kat situ? bkn Allah Raja sekalian Alam ke n kita ni hamba Dy ja. So?

      Alang2 tu nk ckp. klu kita prasan dlm quran pon Allah ada guna “Ana” @ “Aku” jgk. Bila Dia guna “Aku”2 ni? Sama ja mcm raja2 lain jgk – bila subject dy tu mula getting personal, melibatkn immense emotions & feelings. which is bila sgt marah sbb something/someone melampau sgt, @pun bila sgt sayang/cinta something/someone.
      So bila korang baca quran lepasni, pay attention to details sbb Allah Does pay attention to every little details. Tgok bila Allah marah sgt & mula ber ‘aku’ kau, bila Dia neutral & start the royals “We”, & bila Dia syg sgt smpy drop the royals word “we”. Tgokla gaya bhasa Allah bila cakap dgn Nabi2 esp Nabi Ibrahim.
      Quran bknnya hanya just plain words nor essays. its a wise letter full of emotions. bkn utk capture mind sja,, most importantly dy capture hearts.

      Reply
  2. Mulut boleh tahan cabul.utk seorang pendaki tegar..org tua2 kan pesan..kalau nampak tu..jgn tegur2…adoi…seb baik laa ada kawan yg nampak dan tolong nasihatkan..kalau tak…. lagi teruk kut….

    Dah kena ni..peecaya tak?

    Reply
  3. Alhamdulillah, masih lagi beramal secara bersanad,
    Amalkan Wirid Abu Bakar Salim, Wirid As-Sakhran…
    Salah suatu amalan harian yang baik untuk diamalkan,
    begitu juga dengan amalan2 lain… Sebaiknya Ada guru yang mursyid untuk membimbing agar bebas dari khadam amal yang meragukan hati….

    Reply
  4. haha. Aku juga pelajar UNIMAS dari Degree sampai PhD sama rakan2. Aku orang Cina berasal dari Kuching lah. pun biasa mendaki gunung2. Kebanyakan gunung di Sarawak ada penunggu, atau orang bunian, makkluk halus atau “tuhan gunung” (bagi makhluk gergasi digelar oleh kaum cina, kakinya sebesar pokok besar, kadang-kala pendaki tak sedar berehat di kakinya). cuma sesetengah orang, tak kisah kaum, memang boleh Nampak makhluk2 ni. kadang-kala orang biasa yg bernasib buruk pun Nampak. kena patuhi beberapa pantang-larang. jgn bersuara terlalu kuat dlm hutan besar, akan terganggu orang bunian. jgn sekali-kali jerit nama orang dlm hutan besar. kadang-kala makhluk2 tu juga akan panggil nama orang tu dan kawan tu akan terpukau dan terpisah dari kumpulan. bila datang h**d, pun jgn masuk hutan, darab akan tertarik datang hantu2 atau makhluk jahat. jgn menunjuk jari ke arah benda2 sesuka hati. kalau ada penunggu atau makhluk halus berdekat, akan mengikut kau. juga jgn terikut2 sesuatu seperti haiwan atau orang jelmaan. kau mungkin sedang mengikut orang bunian masuk ke alam bunian dan sesat. hahahaha sebenarnya aku datang baca blog ni, nak ketahui sama ada gunung gading sekarang ada rafflesia buka bunga tak. hahaha

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.