Lagenda Imam Hafiz – Asal Usul Hafiz Dan Kelebihannya (Jin Islam & Hijab). Pengakhiran

Lagenda Imam Hafiz – Asal Usul Hafiz Dan Kelebihannya (Jin Islam & Hijab).Pengakhiran

Assalammualaikum ucapan terima kasih pada yang berminat dengan karya saya sebelum ini dalam episod kedua
#east : Lagenda Imam Hafiz (Hafiz Tewas)

Ini Sambungannya

Hafiz terkenang saat dirinya dahulu. Hafiz anak yatim piatu dan menetap bersama atuknya Haji Yahya. Ibu dan Ayah nya meninggal dunia sewaktu Hafiz berumur 5 tahun dalam kemalangan kereta dan siapa sangka akibat kemalangan itu, Hijab nya terbuka . Hafiz sering tidur bersama atuknya . Atuk tempat Hafiz bermanja . Haji Yahya adalah Mahaguru silat kalimah purba dan atas sebab silat ini yang agak rumit untuk di pelajari  bilangan pelajar pun mula berkurangan , Haji Yahya memutuskan untuk berhenti mengajar tapi Hafiz tak membenarkannya kerana Hafiz ingin mengajar pelajar muda dengan harapan silat kalimah purba tak luput di telan zaman . Haji Yahya hanya tersenyum dan baginya Hafiz adalah anak murid dan cucu paling cemerlang . Bagi orang lain amat sukar untuk belajar silat ini , tapi Hafiz pada umur 12 tahun sudah mampu untuk menguasai silat kalimah purba . Bagi Haji Yahya cucunya Muhammad Hafiz terlalu luar biasa . Haji Yahya meninggal dunia ketika Hafiz belajar di kedah. Perginya seorang atok , mahaguru terbilang di Melaka .

Kecederaan yang Hafiz lalui semakin sembuh . Bagi Hafiz , Jin yang berjaya mengalahkannya terlalu hebat . Dia memerlukan bantuan tapi bukanlah Imam Fauzi dan Bilal . Sedang Hafiz memikirkan bantuan , Hafiz melihat satu lembaga putih seumpama terbang menuju ke arahnya di beranda rumah . Tapi yang anehnya cahaya yang mengelilingi lembaga itu , Hafiz merasa takjub .

“Assalammualaikum Hafiz “, sapa lembaga itu

“Waalaikummussalam siapakah gerangan tuan ? “, tanya Hafiz

“Saya dapat merasakan Hafiz memerlukan bantuan saya . Saya anak murid Lebai Ghazali , tuan guru kepada Hafiz . Nama saya Adam”, kata Adam

“Alhamdulilah Tuan Guru , macam faham faham saya amat memerlukan bantuan  Adam jin islam ya? Saya tertarik dengan cahaya sewaktu Adam datang ke sini sebentar tadi ” kata Hafiz tersenyum .

“Cahaya itu kelebihan Allah SWT berikan pada saya . Dari Allah SWT kita datang kepada Allah SWT kita kembali ” kata Adam

Hafiz tersenyum . Saat Hafiz imamkan solat Adam akan menjadi makmum yang setia kadangkala ditemani Imam Fauzi dan Lebai . Hafiz dan Adam sering bertukar pendapat , ilmu agama. Hafiz merasakan kehadiran Adam adalah takdir di mana Hafiz perlu menambah ilmu sebanyak yang boleh kerana Hafiz percaya ilmu itulah pembimbing di saat kegelapan . Keadaan di kampung pantai semakin teruk semenjak Hafiz jatuh sakit. Imam dan Lebai kalah teruk dan bukan tandingan makhluk itu . Hafiz dan Adam merancang untuk menyerang makhluk itu serentak .

Hafiz berdiri di tepi pantai dan baginya ini penamat makhluk pulau  menghuni pulau itu. Ditambah dengan Adam serta murid sekolah pondok berhampiran. Hafiz membuka langkah silat kalimah purba. Jari jemari meliuk lentuk. Sebelah kiri tangan di letak di dada, sebelah kanan di atas pusat. Tangan yang lembut menjadi keras umpama menggenggam batu . Dirapatkan kedua belah tangan di pusing menjadi tadahan doa . Kalimah Al Baqarah berkumandang . Diiringi bacaan kalimah dari pelajar sekolah pondok yang bererti Tiada Kuasa Melainkan Allah SWT .

Tepat pukul 12 tengah malam . Timbul satu lembaga yang teramat besar. Dikelilingi lembaga kecil dan Hafiz melihat lembaga yang menyebabkannya cedera. “Akan ku tumpaskan kamu malam ini wahai syaitan laknatullah”, bisik Hafiz . Di sapu di muka setelah membaca doa , Hafiz mengusap usap tangannya .

“Pergi ! Kamu bukan tandingan ku wahai manusia . Sedangkan Anak kecil ku kau ditewaskan ini kan aku”, kata lembaga besar itu . Dan lembaga itu menunjukkan rupanya yang menakutkan .

“Kamu nampak di kalangan kami saja bukan. Saksikan lah kaum mu , yang menyintai Allah SWT . Dia akan datang bersama kawannya , nantikan saja kebinasaanmu”, kata Hafiz tenang

Perlahan di awangan terlihat puluhan cahaya putih membentuk bulatan seluas cakerawala. Laungan Tiada kuasa melainkan Allah SWT bergema. Kelihatan makhluk yang kecil banyak menyerah diri dan seumpama terbakar . Tetapi Makhluk yang paling besar dan menyerang Hafiz serta beberapa lagi hanya ketawa .

“Apakah kau lupa wahai manusia. Aku malaikat Allah SWT dahulunya. Aku tidak takut dengan kalimah nya, kerana aku lebih memahami ertinya”, tegas makhluk itu.

“Aku Iblis Raja Segala Malaikat . Aku yang patut berkuasa”, tegasnya.

“Tapi sayang , tempat kau masih di neraka . kerana engkau melanggar arahan dari Nya . Engkau sombong menidakkan kewujudan Nabi Adam dan kau membuatkan Nabi Adam dan Hawa di buang ke bumi ” Tegas Hafiz

“Iblis tetap iblis menyesatkan manusia akan ku perangi habis habisan “, jerit Hafiz.

Hafiz membaca ayat dari surah Al Fatihah , Yasin Ayat 1 hingga 9 , Ayat Al Baqarah . Tapi makhluk itu ketawa berdekah dekah . Hafiz membuka langkah dengan membaca ayat kursi diulangi rangkap terakhir sebanyak 3 kaki dan melaung Allahuakbar sambil menunjukkan telapak tangannya . Makhluk itu terdiam dan memerhatikan yang lain . Dia menjadi marah kerana ‘ Anak Buah’ dikalahkan serentak . Tanpa disangka Iblis menyerang balas dengan mengeluarkan api dari mulutnya. Kalimah Laillahaillallah melindungi mereka tetapi Imam Fauzi dan Bilal muntah d***h mungkin mengalami kecederaan dalaman. Pelajar pondok membawa mereka ke tepi .

Serentak itu Adam melaungkan kata,
“Hafiz ingat doa malaikat jibril yang diajar kepada Nabi Muhammad SAW untuk mengusir jin ifrit ” laung Adam .

Hafiz tersentak dan membaca ayat penjagaan malaikat jibril pada Nabi Muhammad SWT yang bererti
“Aku berlindung dengan wajah Allah yang Maha Mulia dan dengan Kalimat-Kalimat Allah yang Sempurna yang tidak ada “melampauinya” segala kebaikan mahupun keburukan dari kejahatan apa yang masuk ke dalam bumi dan apa yang keluar darinya dan dari kejahatan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan dari kejahatan fitnah di malam dan siang hari dan dari kejahatan jalan-jalan di malam dan siang hari, kecuali suatu jalan yang dilalui dengan kebaikan, wahai yang Maha Penyayang”.’

Di sambung dengan ayat akhir ayat kursi
Walla ya uduhu hifzhuma wahuwal ali yul azim
Sebanyak 7 kali

Langit  yang tenang membentuk gulungan , guruh dentum mendentum , Hafiz masih mengulang ayatul kursi dan doa tersebut . Tangan berzikir sebentar tadi meliuk pembuka silat . Kali ini Hafiz betul betul bertekad , Iblis harus dikalahkan walau apa cara sekali pun . Tapi Hafiz dapat rasakan ada sesuatu kejanggalan. Makhluk halus yang kecil bangkit kembali, Hafiz menjadi hairan . Di tengah tengah kelihatan orang kaya kampung Haji Mahat berjalan perlahan .

” Hafiz , sertai kami . Is membantu aku menjadi kaya . kau pun boleh juga jadi kaya”, kata Haji Mahat ketawa.

“Wajah yang baik , gelaran yang hebat tapi tak sangka bersengkongkol dengan Iblis” tegas Hafiz

“Kau rasakan Hafiz!” Jerit Haji Mahat

Hafiz berganjak ke belakang sedikit tapi tanpa disangka datang angin panas . Kelihatan Haji Mahat senyum puas . Hafiz melihat keadaan pelajar pondok . Tetap tenang menghayati zikir . Mujur Adam melindung mereka dengan izin Allah SWT . Petir jelas kelihatan Adam mara ke hadapan . Matanya bercahaya silau . Hafiz pun mara ke hadapan di sebelah Adam . Tanpa disangka , cahaya menerangi Hafiz . Terasa ketenangan , benar kata Tuan Guru , Allah SWT pasti membantu . Gema tasbih semakin kuat , petir sambar menyambar . Adam dan Hafiz membuka langkah tangan kanan membaca doa , tangan kiri tergenggam kemas .

Hafiz melaung
‘Tiada Kuasa Selain Allah . Aku berlindung dari syaitan yang di rejam . Tiada pertolongan sebaik baik pertolongan dari Allah SWT ”

Jerit Hafiz sambil menepuk bumi sekuat hati. Cahaya petir umpama berkumpul di tengah pusaran gumpalan awan . Saat Hafiz menepuk bumi kelihatan beberapa pancaran terang melalui bulatan Jin Islam dan tepat mengenai kepala makhluk Iblis itu dan membakar tubuh nya . Haji Mahat hancur di panah petir halus .

“Argh!!!. Aku tak sepatutnya kalah kepada manusia”, kata Iblis.

Tubuhnya menjadi merah menyala . Raungan nya bergema di setiap penjuru . Hancur lebur tubuh iblis menjadi bara . Keadaan kembali tenang . Di saat itu semua sudah pun tahu tiada lagi makhluk mengganggu . Pulau itu Di bersihkan sebersih bersihnya. Beberapa hari kemudian Hafiz dipanggil penduduk kampung , mereka sepakat melantik Hafiz menjadi imam kerana ilmu yang dia ada tetapi selepas persaraan Iman Fauzi . Adam hanya tersenyum . Adam meminta izin untuk duduk di pulau itu . Sejak itu tiada lagi gangguan . Kampung pantai dikenali kerana Lagenda Imam Hafiz .

TamaT

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]
East

10 thoughts on “Lagenda Imam Hafiz – Asal Usul Hafiz Dan Kelebihannya (Jin Islam & Hijab). Pengakhiran”

  1. waaa. masa baca cerita ni kan, meremang bulu roma sbb kekuasaan Allah SWT.
    best laa citer macam ni. kalau ada lagi, publish la yee.
    keep it up 🙂

    Reply
  2. Lagenda Imam Hafiz ni kisah benar ke kome? bila baca terbayang cerita Munafik..hehe…best cerita cmni…kalau ade cerita la lagi..huhu

    Reply
  3. bagus cerita ni.tak kesah kisah benar atau tidak tapi cerita betul2 memberi pengajaran.tiada tuhan melainkan Allah.. Keep it up. teruskn berkarya penulis

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.