Lalu

Assalamualaikum, reader . Cerita ni saya copy paste je , jadi saya harap tiada yang mengecam lah , memang saya terfikir nak buat cerita saya sendiri tapi sibuk dengan SPM. Lagipun SPM dah nak habis, tengah otw kiranya. Thanks sekiranya admin approve cerita ni. Maaf saya dahulukan sekiranya ada kesilapan-kesilapan teknikal. Just enjoy the read, okay?

1.

“Ini laluan aku.. Dan aku akan LALU bila-bila masa aku mahu!” Kisah ini berlaku di sebuah taman perumahan yang terletak di Johor Bahru.

Kejadian ni jadi pada keluarga aku jugak. Tapi terus-terang aku beritahu yang benda ni agak lama juga berlaku. Sebelum kejadian SETANGGI.

Pada awalnya aku rasa macam tak nak ceritakan tentang kisah ni. Tapi memandangkan ada yang nak tahu, jadi aku buka jugak.

Sebelum berpindah ke rumah UDA dan SETANGGI, seingat aku rumah yang ni merupakan rumah yang kami sekeluarga duduk. Rumah tepi sekali.

Tapi sebenarnya bukanlah rumah tepi, kiranya sebelah rumah tu ada laluan lorong lain. Dan seingat aku, sepanjang beberapa bulan duduk situ, memang tak ada gangguan yang pelik. Macam biasa. Harmoni. Tapi semuanya berubah bila satu hari sedara jauh aku datang stay situ.

Sedara aku ni jenis macam gila-gila sikit. Mulanya memang tak ada apa yang disyaki sangat yang jadi.

Sedara aku mengadu dia sakit bahu. Macam berat. Bila makan ubat, okay sekejap. Kemudian jadi semula.

Bila dia tengok depan cermin, dia rasa macam badan dia membongkok. Ada masa dia macam terbayang, ada sesuatu yang bertenggek dekat atas bahu dia.

Sebab biasanya lepas azan, bahu dia ok sekejap. Disebabkan sedara aku ni rapat dengan mak aku, dia pun cerita.

Dia cakap lately bahu sakit. Bila tidur rasa macam ada orang bernafas dekat sebelah. Sedangkan dia tidur dekat ruang tamu depan tu sorang.

Satu malam tu dia pernah cerita yang tingkap depan tu ada orang ketuk. 2-3 kali. Tapi dia biar.

Masa dia cerita kat mak aku, mak aku pun cakap, “entah-entah ada benda menumpang tak?”

“Ish apa pulak. Kenapa nak tumpang..”

“Nak tumpang sebab nampak tidur sorang agaknya. Benda-benda macam ni suka usik kalau nampak tengah sorang.” Sedara aku terdiam.

2.

Disebabkan rumah yang aku duduk tu ada 4 bilik je. Dan semua bilik dah full, jadi sedara aku terpaksa jugak tidur luar lepas dia dah cerita tu.

Mak aku ada ajak sedara aku tidur bilik aku, tapi sbb bilik aku dah ada cousin aku sorg lagi. Jadi dia pun kata takpelah.

Dia ok.. Malam lepas dia cerita tu, dia kena tindih. Perasaan dia mcm ada yang cekik. Mulut terkunci tak tahu nak baca apa. Yang dia sebut cuma “Allah.. Allah.. Allah.”

Bila tersedar tu memang dia berpeluh satu badan. Pintu bilik aku dia ketuk malam tu. Sumbat tidur sekali walaupun dah sempit.

Tapi dia mengigil je. Aku masa tu macam tak ambik port sangat jadi aku buat tak tahu je. Yang cousin aku sorg lagi la yang curious.

Dia tanya banyak kali, kenapa tetiba ketuk pintu tidur sekali. Tapi dia diam. Dua hari lepas tu, keadaan mcm biasa. Jadi rasa takut sedara aku pun hilang.

Dia tidur ruang tamu semula tapi kali ni cousin aku teman. Oh ya, kejadian dia kena tindih tu dia tak cerita pun pada mak aku. Dia diam.

Lepas dua hari tu, cousin aku sorg lagi pun teman dia tidur bawah. Tapi apa yang mengejutkan, cousin aku tu pun dgr bunyi tingkap kena ketuk.

Dan yang pelik, ada tiga side. Tiga-tiga side tingkap tu kena ketuk. Macam nak bergurau pun ada.

Tapi mujur langsir labuh tutup semua. Dua malam juga cousin aku teman, dan dua malam juga tingkap kena ketuk. Belum lagi bunyi langsir kena tarik.

Hari ketiga dia tak tahan. Masuk tidur balik bilik. Dan tinggal sedara aku tu tidur semula. Malam tu la dia kena rasuk sekejap.

Tapi sebenarnya bukan rasuk, macam meraung-raung malam tu pukul 12 tengah malam.

Bayangkan? Menangis malam-malam?Memang mak aku semua terkejut la. Automatik semua turun bawah, tgk dia macam berpeluk tubuh & menangis.

Bila kami tanya dia geleng kepala. Ayah aku pegang kepala dia. Baca ayat kursi, baru macam dia okay semula.

Dia ckp nampak nenek tua kat dapur. Nenek tua tu pandang dia menyeringai. Mata ke kiri ke kanan.

3.

Dan nenek tua tu membongkok pandang dia lama. Tu yg dia mcm speechless. Last-last dia tak sedar apa.

Yang dia sedar mata dia dah penuh airmata. Dia tak sedar pun dia nangis meraung. Malam tu lepas dia meraung tu, kami ramai-ramai tidur bawah.

Dan tak ada bunyi apa. Bunyi tingkap kena ketuk pun takde. Cumanya mak aku kata, dia rasa seram sejuk. Tapi takde apa jadi malam tu.

Esoknya ayah aku bawa sedara aku pergi jumpa ustaz. Dan memang betul mak aku kata sebelum ni. Ada yg tumpang.

Bahu sedara aku jadi berat sbb mmg ada yang bertenggek. Nenek kebayan. Masa berubat tu, benda tu mengikut jugak. Dan dia masuk kat mak aku.

Dia ckp sedara aku kurang ajar. Tak ada adab. Bila tanya sedara aku barulah tahu yg sedara aku pernah buka lagu kuat-kuat time Maghrib kat tepi tingkap. Dan tingkap terbuka.

Dia kata dia suka lalu tepi tingkap tu, dan dia marah sebab bising. Jadi memang dia geram dengan sedara aku dan nak ganggu dia.

Lepas tu dia cakap sedara aku tak sepatutnya tegur bila nampak dia bertenggek kat dapur. Sebab tu memang tempat dia.

Punca sedara aku nampak tu, sebab dia panggil bila dia nampak kelibat nenek kebayan tu kat tepi kabinet dapur.

Lepas dah minta maaf, ustaz tu kata jangan kacau lagi dan suruh nenek tu janji. Tapi nenek tu tak cakap apa pun. Dia terus keluar. Bahu sedara aku terus okay.

Dan keadaan kembali normal semula. Sampai masa sedara aku pun balik semula ke rumah dia. Tapi makcik aku pulak datang stay situ sekejap sebab anak dia kena minyak panas.

Jadi dia stay rumah aku lepas anak dia keluar hospital. Sebab mak aku kata senang sikit. So dia stay dalam 2 minggu.

Oh ya, anak dia yg kena minyak panas tu memang baby lagi. Jadi lepas balik rumah aku, asyik meragam je.

Menangis tak berhenti. Mata pulak asyik pandang tingkap. Bila alihkan pandangan, tetap dia pandang.

4.

Tiba-tiba lepas dah seminggu kat rumah aku, makcik aku minta tolong hantar dia balik. Mak aku ingat dia kecik hati ke sebab mak aku agak busy.

Dan ada masa tak sempat berbual. Jadi mak aku pujuk. Lepas tu barulah dia buka cerita dia penat dan tak tahan.

Barulah kami semua tahu yang dia sejak hari pertama dah kena kacau. Kat ruang tamu tu juga. Tingkap kena ketuk banyak kali.

Dan yg paling ekstrem malam semalamnya, lembaga tu tunjukkan diri lepas makcik aku selak langsir.

Makcik aku kata dia dah tak tahan sebab ingatkan mat rempit yang kacau ketuk. Tapi kawasan tu mana ada mat rempit. Tu dia selak nak sound.

Sekali benda lain yang munculkan diri. Lepas tutup & buka semula langsir, benda tu dah tak ada. Dan anak dia sambung menangis.

Makcik aku kata dia tak sesuai kat situ. Lepas nampak tu, malam tu dia mimpi yang benda tu macam menyeringai kat dia. “Ini laluan aku, dan aku akan lalu bila-bila masa aku mahu..”

Nenek tu asyik cakap benda tu dalam mimpi dia. Sbb tak nak keadaan jadi makin teruk, kami hantar juga makcik aku balik.

Dan lepas hantar tu kami panggil ustaz datang rumah. Ustaz clearkan, cakap memang situ laluan nenek kebayan tu.

Nenek tu duduk kat tasik kecik kat belah belakang rumah. Tak jauh. Dan sebelum Maghrib, tengah malam memang dia akan usik siapa yang dia nampak semasa lalu tu. Takleh buat apa sebab laluan dia.

Yang pelik kat bilik semua tak kena kacau. Yang kat ruangtamu dan dapur je. Ustaz tu pesan jgn buat bising je, sebab benda tu marah.

Lepas kejadian tu, ustaz tu settlekan semua. Baru keadaan okay. Takde gangguan. Tu pun sebab takde yang tidur kat ruang tamu.

Pengajarannya kat sini, jangan bukak lagu kuat time dah nak masuk Maghrib. Pergi duduk atas sejadah zikir & tunggu Maghrib masuk lagi elok.

Dan if ditakdirkan ternampak benda tu, jangan tegur & sergah macam sedara aku buat. Buat tak tahu je. Ignore lagi bagus.

Yang paling penting, korang kena ingat. Korang kena takut Tuhan dari hantu. So, relaks dan buat tenang je. InshaAllah.

Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

insan biasa

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

30 thoughts on “Lalu”

  1. Ensemnyerrr laki kat gambar tuhhh…
    kalau I jadik hantu itewww, I takkan duduk atas bahu. I duduk atas riba beliau… aummmmm!!!

    Diva bagi 2 bintang jerrrrr…

    Reply
  2. Hi, kenapa ada no 1-4 tu? Akak ingat lain lain cerita tadi dik. Nasib baik copy paste je huhu. Takpe, lepas SPM banyak masa terluang. Boleh slow slow type your story and then submit sini okay.

    Reply
  3. BEST!☺️

    Teruskan berkarya!

    TO:ERY FITRI
    Cerita yang menarik!Buat yang terbaik dalam spm.Tumpukan sepenuh perhatian dan belajar rajin-rajin.Hubungan dengan Allah kena jaga jugak.Bukan di waktu spm sahaja,malah sepanjang diri masih bernyawa!Orang yang sentiasa menjaga hubungan dengan-Nya pasti akan berjaya ,bukankah begitu?Berusaha.

    Waalaikumussalam

    Reply
  4. Seram tgk gmbr ats tu…yg nenek tu plak dh lalu pun nk kacau org apasal. Duduk jela diam2 kat tasik tu geram plak rase huks

    Reply
  5. kalau bab menumpang, ayah aku pun pernah kena, berurut makan ubat tahan sakit sampai masuk hospital tak sembuh2 sakit belakang dia,last2 jumpa ustaz, kata nya ada saka nenek moyang yg datang tumpang…emmmmmm…sian ayah aku, yang menbela nya orang lain yg dicari nya ayah aku

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.