Laluan Dia

Assalamualaikum dan salam perkenalan. Nama aku Sha. Setelah lama menjadi pembaca FS akhirnya terdetik juga hati nak share kisah yang berlaku pada aku dan kawan-kawan aku.

Pada tahun 2017, aku bersama lagi 3 orang kawan aku iaitu Hani, Fiqah dan Mira bercuti ke 1 daerah di Pahang selama 2 hari 1 malam.

Kami semua akan bermalam di rumah sepupu Mira iaitu Kak Amy dan Kak Dila, mereka berdua ni adik beradik dan belum berkahwin. Jadi tiada masalah lah untuk kami berempat bermalam di sana. Untuk pengetahun, rumah mereka ni ialah rumah teres 1 tingkat.

Setelah seharian berjalan, kami pun pulang ke rumah sepupu Mira dan waktu tu dah malam. Rumah mereka ni cuma ada 2 bilik, 1 bilik tidur dan 1 lagi bilik tu tempat mereka letak-letak barang. Memandangkan mereka cuma tinggal berdua, jadi hanya 1 bilik je yang mereka guna untuk tidur.

Jadi pada malam tu, mereka suruh kami tidur dalam bilik. Jadi aku, Hani dan Fiqa tidur 1 bilik. Mira pulak tidur bersama Kak Amy dan Kak Dila di ruang tamu.
Oh ye, Kak Amy dan Kak Dila ni kerja di hotel jadi ada shift. Kak Amy masuk shift pukul 3 pagi, jadi dia minta untuk jangan kunci pintu bilik sebab nanti dia nak ambil barang.

Disebabkan kami bertiga dan bilik pulak cuma ada katil queen, jadi kami pun tidur secara melintang. Hani tidur di kepala katil, aku tengah dan Fiqa pula di hujung katil.

Malam tu aku tidur lena mungkin sebab penat berjalan. Selesai mandi semua, kami pun keluar untuk bersarapan di kedai. Waktu ni Kak Dila dah pergi kerja, jadi cuma kami berempat je yang bersarapan.

Tengah enak menjamu selera tiba tiba Fiqa bersuara..

Fiqa : ‘Weh korang, malam semalam siapa yang duduk dekat tepi aku (hujung katil) dalam gelap. Tak reti tidur ke? Baik mengaku cepat.

Masa tu aku dan Hani terus berhenti makan dan pandang satu sama lain, kami menafikan. Sebab memang kami tak ada bangun langsung malam semalam.

Aku balas ‘mungkin perasaan kau je kot’

Tapi Fiqa bersungguh-sungguh kata yang dia memang nampak seseorang. Masa tu dia terjaga dan posisi tidur dia mengiring belah kanan menghadap aku lepastu dia nak tukar posisi tidur mengiring sebelah kiri pulak dan masa tulah dia perasan. Tapi sebab dia mengantuk sangat, dia terus tidur semula.

Nak sedapkan hati, Hani pun balas..

Hani : ‘Mungkin Kak Amy kot, dia kan cakap dia nak masuk bilik ambil barang’

Aku dan Fiqa hanya mengiyakan waktu tu. Mungkin betul apa yang Hani cakap, tapi masa ni aku perasan Mira cuma diam dan langsung tak bersuara.

Balik semula ke rumah, kami terus bersiap untuk balik ke Kl. Sebelum Kak Dila pergi kerja, dia dah pesan untuk tinggalkan kunci rumah pada jiran sebelah.

Alhamdulillah kami selamat sampai ke Kl. Sebelum balik rumah, kami bercadang untuk makan dulu. Selesai order makan, tiba tiba Mira buka cerita..

Mira : ‘Korang, aku nak cerita ni. Korang jangan takut pulak tau’

Masa ni masing-masing dah pelik, yelah tiba-tiba cakap jangan takut. Kenapa pulak ni.

Mira pun sambung cerita..

Mira : ‘Sebenarnya malam semalam Kak Amy takda pun masuk bilik’

Waktu ni masing-masing dah cuak dan Fiqa terus bersuara..

Fiqa : ‘Wehhh kau biar betul, jangan menakutkan aku. Walaupun tidur semalam tutup lampu tapi ada samar-samar cahaya, aku memang nampak susuk tubuh seseorang tengah duduk dekat hujung katil tapi membelakangkan aku, dia tunduk je pandang bawah.

Terus berdiri bulu roma aku selepas dengar cerita Fiqa. Masing-masing dah ketakutan masa ni dan hanya mampu memandang Mira untuk tahu cerita seterusnya..

Mira : ‘Betul, sebab sebelum kita bertolak balik tadi aku ada call Kak Amy untuk bagitahu yang kita dah nak gerak balik, lepastu aku tanya sekali ada ke masuk bilik malam semalam, Kak Amy kata takda sebab dia dah siap-siap ambil barang sebelum korang tidur’

Mira sambung lagi..

‘Okaylah aku bagitahu, sebenarnya bilik yang korang tidur tu tempat laluan orang bunian. Pada mulanya, aku tak nak cerita sebab risau korang takut, rupanya kena kacau jugak. Mungkin malam semalam tu dia nak tengok siapa yang datang lah kot, yelah dia tak pernah nampak korang sebelum ni tu yang dia tunjukkan diri’

Terus terdiam kami masa tu, tak tahu nak kata apa. Tapi apa pun, kami tetap bersyukur sebab takda apa yang terjadi cuma Fiqa jelah yang sedikit trauma dan dia tak sanggup nak bayangkan kalau dia tegur benda tu tak tahu lah apa akan jadi.

Tamat.

Sha

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.