LANGSUIR?

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua warga FS. Alhamdulillah kisah aku yang pertama bertajuk TOYOL telah selamat disiarkan, seperti yang telah aku janjikan kali ini aku ingin kongsikan satu lagi peristiwa iaitu bertajuk ‘LANGSUIR?’.

Sebelum itu ingin aku memperkenalkan lagi diri, aku dikenali dengan panggilan nama Arm. Peristiwa yang ingin aku kongsikan kali ni juga berkisah tentang peristiwa yang aku lalui sendiri dan masih di lokasi kawasan lot perumahan lama aku di Kg. Melayu Subang.

Seperti biasa, awal-awal lagi aku mohon maaf jika jalan cerita dan penulisan aku ada kekurangan dan tidak menarik. Untuk kisah kali ini agak panjang dan aku cuba olahkan secara ringkas supaya anda semua mudah untuk memahami apa yang sebenarnya berlaku.

kisah: LANGSUIR?

Peristiwa ini berlaku pada tahun 2000 ketika aku darjah 6. Kawasan perumahan aku banyak hutan, kawasan kampung kan, depan
rumah hutan, belakang rumah kebun getah. Aku ada ramai kawan, seiring dengan usia aku 12 tahun pada waktu itu. Merayap dengan berbasikal adalah hobi kami ketika cuti sekolah atau hari minggu, tetapi kami akan balik rumah sebelum jam 6.30 petang kerana kami akan berjumpa semula di masjid untuk mengaji selepas berjemaah maghrib.

Nak dijadikan cerita suatu petang hari, hujan renyai tetapi tidak mematahkan rutin wajib aktiviti kami iaitu meronda dengan basikal, aku bersama lagi 4 orang kawan rapat iaitu Zul, Akmal, Azim dan Rizal menjadikan kami lima orang hero peronda kampung kental dan nakal setiap minggu. Mereka ni tinggal di bersebelahan lot perumahan aku. Tengah seronok meronda dan menyinggah port lepak kawan-kawan lain, berbual sesama sendiri tiba-tiba Zul buka cerita tentang seorang rakan sekolah kami yang bernama Johan khabarnya hilang sudah dua hari, peristiwa tu memang kami sudah sedia maklum kerana dah heboh satu
kampung. Johan ni tinggal di kawasan perumahan PKNS, berhadapan dengan sekolah menengah, kiranya jauh jugalah dengan perkampungan kami. Sebelum ni Johan juga kaki lepak, tapi semenjak kehilanganya perumahan PKNS dan sekitar jadi sedikit huru hara, polis dan rela keluarmasuk untuk mencari Johan.

Petang tu entah macam mana datang idea gila si Akmal ajak kami semua turut serta mencari Johan, pada mulanya aku menolak bukan sebab takut cuma jam pada waktu tu sekitar jam 5 petang. Oleh kerana pujukan kawan-kawan aku juga setuju untuk terjebak kerja gila ni, aku katakan ianya kerja gila kerana lokasi yang mereka sepakat untuk mencari adalah kawasan larangan iaitu di kebun getah terbiar sekitar 200m belakang kawasan lot perumahan aku. Untuk pengetahuan, kebun getah tersebut hampir
30tahun terbiar, rumputnya paras dada di hadapan kebun tersebut merupakan jalan alternatif untuk pergi ke masjid dan sekolah aku, senang cerita hari-hari aku lalu jalan tu tapi tak pernah pernah berseorang diri pada waktu malam kerana keadaannya sangat gelap dan pada waktu siang pun akan nampak suram dan mendung kerana dahan-dahan pokok getah tu yang telah menutupi langit.

Bermulalah kerja gila kami dengan memasuki kebun getah larangan tu, ianya jadi larangan kerana pernah ada terjadi kes pembunuhan bersiri 30tahun dulu(sekitar tahun 1969) di kebun tersebut, tetapi pelaku dan mangsa bukan warga sekitar, ianya orang luar dan si pelaku telah ditangkap dan telah dibicarakan, entah kenapa kebun tu masih terbiar walaupun kes tersebut telah selesai. Setibanya kami di hadapan kebun tersebut, basikal kami susun elok-elok dan kunci, tiba-tiba Rizal menyatakan yang dia rasa tidak berani nak masuk, oleh kerana diejek dengan yang lain dia pun akur turut serta, didalam kebun tu agak sukar nak redah sebab rumput dan ranting yang patah menyukarkan laluan, sambil menjengah kawasan sekitar kebun kami juga memanggil nama Johan dan sememangnya tak akan ada yang menyahutlah sebab kami bukan tahu kat mana Johan hilang.

Terasa pelik dan hairan kami semua pada waktu tu kerana pertama kali melihat ulat gonggok sebesar ibu jari kaki dan banyak rama-rama berwarna warni beterbangan, walaupun masih bimbang dan curiga kerana kami sedar yang kami masih di dalam kebun getah larangan tapi semakin dalam kami masuk semakin bertambah keunikan sehinggakan kami leka dengan keadaan sekitarnya. Kami terus terlupa tentang Johan dan rasa seronok seperti berada ditaman yang indah, rumput pun bagaikan baru d******g dan ranting dahan-dahan patah juga tiada, kawasan tu jadi semakin bersih dan segar.

Tiba-tiba… Arm..Arm!…Arrmm!!!…terus aku bagaikan tersentak dari mimpi, lutut terus rasa lembik, aku dengar bagaikan suara ibu aku panggil nama aku dengan nada yang marah, dengan secara tiba-tiba taman yang indah tu semuanya hilang, dan jadi gelap gelita, lutut aku punyalah menggigil nak melangkah pun tak boleh, aku terduduk tenangkan fikiran dan tengok jam
dilengan dah pukul 8malam… APA!! 8malam?? Aku pun beristghfar banyak kali kelu dan keliru dengan apa yang telah berlaku. (aku tengah karang ayat ni pun bulu roma aku menegak) Sesekali aku melihat kelibat orang dikawasan depan aku, aku panggil semua nama kawan-kawan aku tapi tak ada yang menyahut, aku gagahkan kaki yang masih menggigil untuk bangun dan pergi kearah kelibat orang yang aku nampak tadi, makin lama makin laju aku melangkah entah macam mana aku dapat kekuatan tu
pun aku tak tahu, sampai saja di kelibat orang tu aku terus tepuk bahagian bahu dia dan dia pun menoleh, yes!! Azim!! aku
jumpa Azim tapi dia macam aku jugak sewaktu baru sedar tadi, masih keliru. Selepas beberapa minit Azim dah mula sedar dan
dah tenang, aku pun bagitahu dia yang kita kena cari yang lain juga tapi oleh kerana keadaan yang gelap dan hujan renyai
menyukarkan kami mencari yang lain tambah pula suasana yang menyeramkan.

Kami gagahkan juga pencarian walaupun dalam keadaan takut, tiba-tiba kami dengar suara orang menangis, kami takut untuk mencari suara menangis tu tapi kami tiada pilihan dan akhirnya kami jumpa Rizal yang sedang bercangkung menangis, nampak je kami terus lagi kuat dia menangis, Rizal ni memang seorang yang penakut dan anak manja. Rizal cerita tadi selepas dia sedar, dia bersama Akmal tapi entah tak tahu Akmal pergi mana dan dia hanya dapat tunjuk arah sahaja, Rizal cerita dia tersedar sebab seronok tangkap rama-rama tiba-tiba kaki dia tersadung dan dia terjatuh lepas tu terus tersedar. Sedang berjaga-jaga mencari yang lain, Rizal ternampak kelibat orang sedang lari dari jauh dan dengar sayup-sayup suara jeritan, aku dan Azim juga turut terperasan tentang tu, oleh kerana kami terasa kelibat tu macam pelik kami pun menyorok la dulu disebalik pokok getah, semakin lama semakin kuat kedengaran dan semakin jelas kelihatan kelibat tersebut tapi yang peliknya suara jeritan tu
macam kami kenal, bila semakin hampir Azim tepuk aku bagitahu yang menjerit dan sedang berlari tu ialah Zul sebab Azim perasan kelibat tu berbaju putih dan Zul memakai T-shirt putih, jadi kami pun pekik panggil nama Zul, menyungkur berhenti dari lari dan melencong kearah kami, Zul dalam keadaan sangat takut sehingga terketar seluruh badan dan tercungap, dia kata “lari…jom lari”, terus dia heret tangan aku dan yang lain turut sama lari walaupun kami tak tahu mana arah yang sepatutnya.

Sampai satu tahap kami sangat penat berlari dan aku suruh semua berhenti dan berehat dulu di bawah satu pokok getah yang hampir, kami semua pun duduk sambil tercungap tapi Zul bercangkung sambil menjenguk kawasan sekeliling macam ada sesuatu yang tidak kena, yelah kami tengah sesat dan gelap gelita apa-apa pun kena bertenanglah kan, oleh kerana lihat keadaan Zul ni semacam Rizal pun tegur dan tanya kenapa, dengan selamba Zul cakap tadi dia kena kejar sebab tu dia lari lintang pukang, aku tanye lari dari apa tapi Zul keliru untuk terangkan cuma yang jelas benda tu melompat-lompat dari dahan ke dahan yang
lain, dan benda tu besar tinggi. Kami yang lain mendengar cerita Zul bertambah keliru untuk meneka, yang Rizal pula tanya “hantu ke?”, Azim terus tepuk belakang Rizal dan buat isyarat supaya senyap, si Rizal pula terus tunjuk reaksi penakut dia dan mula menangis sambil menghimpit rapat ke Azim. Aku lihat Zul semakin tenang dan aku mula minta dia cerita dengan jelas supaya boleh faham dan akhirnya Zul bagitau yang mengejar dia tadi sah bukan haiwan dan apakan lagi manusia, ianya benda lain.

Aku melihat jam dah pukul 11malam, aku ada juga terfikir yang tadi berlari lama dan jauh jarak kami lari, tapi kenapa tak sampai penghujung kebun ni lagi dan setahu aku kebun getah larangan ni bukanlah besar sangat, tiba-tiba Azim tegur Rizal supaya duduk jauh sikit sambil mengais-ngais bahunya yang dia terasa seperti ada benda, dalam samar-samar Azim pun pegang la benda tu dan kami yang lain pun tenung supaya nampak jelas, pelik apa benda ni? lepas tu kami cari punca dari mana benda tu terjuntai, kami dongak atas rupa-rupanya…PAUSE!!…hhmmmm…Aku tak tahu macam mana nak terangkan sebab samar-samar, muka ‘dia’ tak jelas, ‘dia’ berbaju putih yang kotor dan sangat lusuh, ‘dia’ ada tangan yang panjang dan hitam serta kuku yang panjang atau jarinya yang panjang aku kurang pasti, ‘dia’ bertenggek atas dahan pokok yang Azim dan Rizal sandar, dan
yang pastinya benda yang diatas bahu Azim tu adalah rambut ‘dia’!!. PLAY!!.. Kami semua tergamam dan sejujurnya aku terkencing dalam seluar, kaku dan menangis tiba-tiba Zul menjerit AAARRRGGGGHHH!!!!.. Aku, Rizal dan Azim macam tersedar dan terus berlangkah sejuta lintang pukang tapi kami masih tak berpecah, kami lari satu arah yang sama, sesekali aku toleh belakang dan nampak ‘dia’ macam melompat dari satu dahan ke dahan yang lain, sekali tu je aku berani toleh belakang, sangat takut pada waktu tu, kami berlari sambil kencing dan sambil menangis..hhmm susah nak bayangkan.

Bersungguh punya lari akhirnya kami sampai di satu kebun, tapi tak pasti kebun apa cuma tanamannya paras betis sahaja, bermakna kami dah melepasi penghujung belakang kebun getah larangan tersebut. Kami berhenti seketika untuk bernafas dan toleh belakang, manalah tahu kalau ‘dia’ masih kejar lagi kan, tapi ‘dia’ dah hilang dari pandangan kami atau kami yang tak nampak, entah lah yang penting kami masih selamat. Jam dilengan aku dah pukul 12.15tengah malam dan kami masih lagi menangis
sambil berlari ke arah rumah yang berdekatan, dan kelihatan rumah tersebut macam ramai sangat orang sampai je depan rumah tu baru aku perasan yang mak ayah kami dan beberapa orang kampung berkumpul beroperasi mencari kami dan rumah tu adalah rumah ketua kampung, kami terus peluk mak ayah masing-masig sambil menangis minta maaf dalam keadaan berbau hancing. hahaha… Aku lain siki, kena pulas telinga dulu baru dapat peluk, tak sempat aku nak bercerita apa yang terjadi, tiba-tiba terdengar suara perempuan.. “nampak Akmal tak?..mana Akmal?”…yaaa Akmal masih hilang!!.

Selepas kami dijirus dengan air paip diluar rumah sehingga bersih, isteri ketua kampung hulur kain pelikat untuk kami salin pakaian dan naik dalam rumah. Orang kampung termasuk ketua kampung dan ayah-ayah kami bersiap sedia untuk mencari Akmal didalam kebun getah larangan, ibu-ibu tunggu dirumah ketua kampung, aku sempat pesan pada ayah dan ketua kampung yang tadi kami dikejar oleh lembaga, tapi dengan selamba diaorang jawab “ooo..langsuir la tu”. Aku dengan stress fikir kenapa
diaorang nampak biasa je, tak takut ke?…hampehh… Sewaktu salin pakaian dengan kain pelikat, kami perasan yang kaki tangan kami banyak sangat luka dan calar-calar, Oleh kerana penat sangat kami berempat terlelap diruang tamu berkain pelikat sahaja. Aku anggar dalam 45minit kemudian diaorang semua balik ke rumah ketua kampung sambil memapah Akmal yang tengah lesu dan masih lagi dalam khayalan. Ayah aku bagitahu yang jumpa Akmal ialah Ustaz Halim, Ustaz ni yang mengajar kami mengaji, mereka jumpa Akmal dalam keadaan tengah tidur sambil peluk dahan yang patah bagaikan peluk bantal, tapi akmal masih lagi
dalam keadaan khayal, selepas Ustaz bacakan doa pada segelas air kosong merenjis ke muka Akmal barulah Akmal sedar dan keliru, lepas beberapa minit baru dia pulih sepenuhnya, yang buat aku dan yang lain geram, Akmal dapat tidur lena, yang kami pula dapat kena kejar, padahal ni semua plan asal si Akmal. Keesokannya kami seminggu demam
panas…kecuali Akmal..Hiisshhh….

Korang semua mesti ada tertanya apa terjadi pada Johan kan? selang 3hari kemudian, orang-orang masjid dan pihak polis jumpa Johan di dalam pondok usang di sebuah estet bersebelahan dengan sekolah menengah, tapi yang kelirunya pada cerita orang ramai, si Johan bagitahu dia baru keluar 5jam sahaja, dia sendiri pun keliru bila lihat orang ramai datang pada dia dan dia agak terkejut kerana dia rasa tadi dia berada didalam sebuah rumah tinggi dan besar tiba-tiba berubah jadi pondok usang.
Wallahuallam..

P/S: Sekarang kebun getah puaka tersebut telah pun bertukar menjadi taman perumahan dan apa yang terjadi pada ‘dia’??

Sekian, terima kasih kerana sudi membaca coretan peristiwa aku kali ni..yang akan datang Inn Shaa Allah aku ingin kongsikan peristiwa lain yang bertajuk… ‘TADI TU BUKAN ENGKAU KE?’. Sekali lagi aku mohon maaf atas segala kesilapan dalam penulisan dan penceritaan aku kali ni..anggap ianya sekadar hiburan dan ambil jika ada terselit teladan

Arm

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 6 Average: 4.8]

44 thoughts on “LANGSUIR?”

  1. Fuh..berdasarkan cerita hang yg siap dgn effect bunyi 3d ni bkn kata bdk2,yg tua ni pn bleh tekincit kalau kena dgn situasi ni..bleh bawak mimpi nih..

    Reply
    • hahahaha…sewaktu nak taip cerita ni, bulu roma menegak…seram dia macam baru terjadi semalam.. ni diantara pengalaman yang susah nak lupa..

      Reply
    • tu la, biul jugak kepala nak fikir cara penggunaan ayat supaya pembaca faham tentang kejadian..menafik episod 2 kan? best ke? aku nak tengok la bile free nanti..

      Reply
    • Kite baca mlm takut laa arm,siang ok jeer….cik langsuir ke cik ponti ke encik cong ke,Xnak haap aku semua tuu,minta22 di jauh kan,best cite kau arm,ade kelakar jg😂😂😂jgn marah dlm seram2 ngkau cite kite gelak plk.thanks sorry😅

      Reply
  2. Best giler..haha. Terbuai jugaklah aku kedalam ceritau kau ni Arm. Oh btw..kenapa org kampung mcm “Oh..Langsuir lah tu..”?

    Mereka memang dah ‘familiar’ ke dgn dia?

    Reply
    • itu la yang buat aku geram pada masa tu..kami sampai terkencing lari dari benda alah tu, tapi orang kampung buat macam tak ada ape2 je..

      last sekali ayah aku cerita tentang ‘dia’..
      dulu2 mungkin berpuluh tahun sebelum kejadian peristiwa aku, ada adik beradik berdengki antara satu sama lain, si dengki ni hantar ‘dia’ pada yang dia dengki sampai m**i mangsa..last2 ‘dia’ jadi terabai terus menuntut perjanjian dgn si dengki, akhirnye si dengki pun m**i dan ‘dia’ mula mengganggu kampung. Jadi bila dah kecoh, ada la beberapa tok imam cuba tangkap ‘dia’ dan berjaya, dengar cerita di kebun tu la tempat ‘dia’ di pasakkan…wallahualam

      Reply
        • dulu kawasan kebun getah tu agak jauh dari rumah2 sekelilingnye..pada waktu tu dalam 300m baru ade rumah, tu pn rumah ketua kampung..depan kebun tu ade jalan dan seberangnye baru ada rumah.. mungkin tempat sebenar ‘dia’ dipasak tu adalah di tempat yang kami berkhayal taman indah tu kot agak jauh kedalam kebun tersebut..2 tahun lepas aku datang sana kebun tu dh jadi taman perumahan.. apa cerita tentang ‘dia’ aku dah x tahu, ramai orang luar yang dah duduk situ..

          Reply
      • Oh.. rupanya dah lama otai2 kampung tu tahu rupanya ya 😅 tu sebab bila nampak basikal bersusun depan kebun getah tu diorang dah boleh agak korang kena sakat.

        Patut le terbiar je kebun tu takde siapa nak usahakan dah. Dah ada ‘penjaga’ lain kat situ. Serem.

        Terpikir pula aku..
        Kiranya yg masa ‘masuk’ taman cantik2 tu agaknya dia juga yg sakat ke benda lain ya?

        Reply
        • mungkin itu tempat ‘dia’ dipasak a.k.a rumah dia.. bila diingatkan memang sangat cantik, benda pelik pun kita tak perasan seperti ketika kejadian hujan dan mendung, tapi dalam khayal tu keadaannya sangat indah

          Reply
  3. Kite baca mlm takut laa arm,siang ok jeer….cik langsuir ke cik ponti ke encik cong ke,Xnak haap aku semua tuu,minta22 di jauh kan,best cite kau arm,ade kelakar jg😂😂😂jgn marah dlm seram2 ngkau cite kite gelak plk.thanks sorry😅

    Reply
    • memang niat asal nak cerita dan tekan peristiwa terkencing tu..hahaha walaupun agak memalukan tapi ianya logik dan benar terjadi kerana kami waktu tu masih kecil..

      sebenarnye sewaktu dah sampai kat rumah ketua kampung kami jumpa mak ayah masing-masing dan peluk, sewaktu tengah peluk ibu aku, die bisik, “Arm kencing ye..?”..hahahaha…oleh kerana nak olah cerita supaya jadi padat dan mudah faham sbb tu aku bgtau yang kami peluk ibu bapa kami dalam keadaan yang berbau hancing..

      Reply
  4. Taman perumahan tu ada cerita-cerita seram jugak ke dik? Dah kot melanggar kawasan?

    Adik akak pernah nak kena serang ngan jin a.k.a bunian bila ‘pagar’ kawasan kebun kami. Tu kira jin baik, Islam. Kalau yang non-Muslim macam mana agaknya.

    Reply
    • orang dulu-dulu kebiasaannya akan menggunakan ‘penjaga’ untuk menjaga kebun-kebun mereka, dan ada juga ‘pendamping’ untuk menjaga keluarga mereka.. tapi percayalah, kebanyakannya semua itu akan menyesatkan kita kalau iman tak kuat walaupun ianya jin islam..yelah kita bukan hebat seperti Nabi Sulaiman yang dimana segala jin-jin hebat tunduk dan takut padanya..

      Reply
      • selagi namanya jin, bukan tubuh manusia tempat dia..kebiasaan kalau jin islam ni untuk pendamping je, dan x semua jin islam tu baik tau..sama macam manusia jugak sbgai contoh, nama Ahmad tapi dia seorang perogol..

        Reply
    • sekali tu je toleh belakang..seram,sangat seram rupa ‘dia’..sbb tu kami pecut laju, buleh kalah hussain bolt kot..hahaha… pengalaman ni yang membuat kami semua jadi lebih rapat..

      Reply
    • Wallahualam… cuma yang aku tahu, cik ponti ni berasal dari jin yang menjelma dengan kaedah dari ‘roh’ yang tak tenteram, mayat wanita mengandung yang d*****h..dan ada juga yang membuat cik ponti ni untuk pemujaan no ekor,kecantikan dan sebagainya..

      setahu aku cik lang pulak adalah dari keturunan jin hutan, oleh kerana ramai manusia yang ‘konon’ hebat cuba nak miliki cik lang sebagai khadam, jadi mereka pun ambillah cik lang dari hutan dengan kaedah-kaedah tertentu.. sbb tu kadang-kadang dekat sekitar bandar pun ada cik lang sbb orang dulu2 dah ada yang mulakan ambil depa dari hutan, benda tu jadi beranak pinak la..

      kita wajib percaya tapi jangan taksub ya..

      Reply
      • dari segi rupa pula.. cik ponti ni suka menyamar, walau hakikatnya rupa dia mmg buruk tapi dia pandai sembunyikannya..cik lang plak x pandai sembunyikannya, kalau dia nak jelma dia tak peduli dah…main keluar ja

        Reply
  5. Nasib baik Tak jumpa ular berbisa atau yg telan manusia tu….zaman kanak2 Mana terfikir semua tu termasuk aku…Tau Nk seronok je..kan

    Reply
  6. peristiwa best berlaku tapi seram gak time baca…..permainan syaitan ni mcm2 laaa…yg pelik nya johan tu dah brape lame hilang…tpi dia rasa mcm bru berjam2 dia xder erk….dasyatt2….kecik2 dah ade pengalaman camni…terbaikk….

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.