Late night drive 2016

Hai admin, pencerita newbie disini.. thank you if cerita saya ni di publish. Sorry kalau ada yang keliru dengan cerita late night drive yang lagi satu. Saya terpanggil nak bercerita pon sebab cerita dia.

Okay untuk cerita pertama. Masa tu tahun 2016 masih study. aku dengan 2 orang kawan aku Lina dan Hawa dalam perjalanan balik ke hostel dari Kuala Lumpur. Btw Hawa ni dia ada sixthsense tau. Biasa la student nakal keluar tak reti balik awal. Kitorang memang selalu bertiga.

Waktu tu jam dalam pukul 1-2 pagi macam tu. Dari KL sampai Seremban, Lina yang drive. Tiada apa yang berlaku. Keluar je dari highway Lina mintak tukar driver. aku drive mula dari sebelum nak masuk highway PD. Pada warga Seremban PD mesti tau highway PD tu memang gelap gila. Lina duduk sebelah aku. Si Hawa duduk belakang Lina. Tengah drive, ada kereta myvi kuning depan aku ni slow betul drive nya. Dalam gelap macam ni memang aku nak elakkan slow drive. Aku pon p****g kanan si myvi ni. Lepas je aku p****g kereta tu tiba si Hawa ni aku dengar dia macam tengah baca something macam orang tengah berzikir la.

Aku tanya dia kau ok ke. Dia kata suruh aku drive laju sikit. Katanya nak sampai cepat sebab nak memerut. Sampai hostel dalam jam 2 lebih. Esoknya, Hawa cerita rupanya dia ternampak kereta myvi yang aku p****g tu TIADA PEMANDU. Kereta tu kosong !! memang tak tau la apa jadi kalau aku yang Nampak semua tu. Bayangkan kalau aku toleh tengok driver tu apahal slow sangat, sekali nampak takde driver !! memang aku pengsan laa aku rasa.

Cerita yang kedua. Masih orang yang sama bertiga tetapi dengan 2 kereta. Lina drive kereta dia sementara aku dan Hawa drive kereta aku la. Masa ni tahun 2018. Masing masing dah pon bekerja. Kami nak pergi bercuti tapi kena hantar kereta Lina ke rumah mak nya di Linggi. Aku dan Hawa follow kereta Lina dari belakang. aku drive slow sebab jalan kampung so agak jauh jugak dari kereta Lina. Sampai Kawasan kiri kanan hutan, Hawa suruh aku drive dekat sikit dengan kereta Lina.

Bila dekat je dengan kereta Lina, mula la si Hawa terkumat kamit membaca entah apa yang dibaca pon tak tahu lah aku. Aku dah cuak gila tapi tetap acah tenang. Hawa call Lina dan buat load speaker. Dia menyuruh Lina drive kereta elok elok kitorang ada kat belakang. Lina seolah faham dan balas okay. Lina takde sixthsense tapi dia banyak pengalaman kena ganggu dengan makhluk makhluk tu jadi mungkin sebab tu dia cepat tangkap apa yang Hawa cuba bagitahu.

Aku memang tak berani la nak tanya apa apa. Aku perhati jugak kereta Lina tak Nampak apa apa pulak. Tibanya kitorang dekat rumah mak Lina kitorang pon terus gerak ke destinasi kitorang. Mungkin faktor makin dewasa, si Hawa terus cerita tentang kejadian tadi.

Dia kata dari jauh Nampak macam ada kepala orang duduk dekat seat penumpang kereta Lina. Bila kami dekatkan kereta, ia nya muncul dan duduk di bonet kereta Lina dan memandang tepat kearah kereta kami. Matanya merah rambut Panjang muka buruk bernanah berdarah berlubang lidahnya Panjang terkeluar. Kata Hawa mungkin dia marah bila Hawa baca ayat ayat suci. Selepas Hawa baca ayat ayat dia, benda tu terbang dan hilang. Kau boleh bayang tak kalau AKU yang Nampak benda tu atas bonet kereta Lina?? Mahu nya tak eksiden kitorang dua. Syukurr.

itu sahaja cerita seram yang berkaitan late night drive aku. Ada lagi cerita seram lain. Tapi nanti lah aku ceritakan. Itu pun kalau cerita ni di publish. Bye.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 28 Average: 4.4]
Nani

2 thoughts on “Late night drive 2016”

  1. Maaf cakap, tak seronok baca sebab banyak campur campur dengan english. Seriau tu kureng la..gaya bahasa pun membuatkan ceritanya tak rasa real

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.