Lebuhraya Karak: Kembali Ke Dimensi 80-an

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Alhamdulillah andai perkongsian ini dapat
diterbitkan di FS dan ini merupakan olahan
penulisan saya yang kedua di FS. Jika anda
pembaca masih ingat tentang perkongsian
bertajuk “Jelmaan Sepasang Kekasih di Lebuhraya Timur-Barat Grik. Saya Icham,asal Kuantan dan sekarang menetap di Kulim, Kedah.

Pengalaman menjadi anak perantauan selama 15 tahun di KL, Perak, Penang serta Kedah banyak mendorong aku ke arah pengalaman- pengalaman seram di jalanan di sepanjang jajaran highway di Malaysia. Tabiatku suka memandu di waktu malam mungkin salah satu faktor penyebab.

Pengalaman seram kali ni berlaku di lebuhraya yang banyak menyimpan kisah kisam seram iaitu Lebuhraya Karak. Peristiwa ni berlaku sekitar tahun 2005 dan pada masa tu kami sekeluarga pulang ke kampung halaman di Kuantan untuk menyambut raya korban. Setelah selesai jamuan ibadah korban pada sebelah pagi menginjak ke tengahari, aku dan isteri perlu bergegas pulang ke KL disebabkan oleh tuntutan kerja.

Tepat jam 6 petang kami bertolak dari Kuantan dan jangkaan kami akan sampai di Kl dalam masa 2jam setengah atau 3 jam. Semasa permulaan perjalanan, isteriku mula berseloroh, “abang, kita bertolak lewat petang petang macam ni
takpe ke?nanti jumpa hantu baru tau dengan keadaan jalan gelap lagi”.

Niat isteriku mungkin hanya nak bergurau, tapi agak celupar di situ. Aku hanya mampu tersenyum kelat sambil mata terus fokus kepada pemanduan. Hati dah menggumam marahkan kata-kata isteri yang agak celupar tu.

Matahari mula terbenam dan panorama indah kaki langit mula kemerahan menyerlahkan fajar sidik ciptaan Tuhan. Perjalanan kami melewati tol LPT iaitu check point pertama kami memasuki
laluan LPT 1 yang sepanjang 174KM yang
menghubungkan Pantai Timur ke Pantai Barat.

Pemanduan aku ON ke mode ‘cruise’ menepati kehendak aku untuk santai pada malam tersebut yang bakal mencoret memori seram. Perasaan serta naluriku kurang enak pada malam itu tapi kusimpan rapi dalam diri takut takut isteri berfikir bukan bukan. Lebih kurang 1jam pemanduan aku menyalakan lampu signal ke kiri menandakan aku ingin melencong memasuki R&R Temerloh. Jam menginjak ke nombor 7, kurasa malam begitu panjang ditambah angin sejuk bertalu talu menampar mukaku. isteriku sudah ke alam mimpi beberapa jam yang lalu.Aku mula mencari petak parking untuk ke tandas seterusnya ke surau untuk menunaikan kewajipan 5 waktu. Isteri kubiarkan lena di sebelah kerusi penumpang.

15minit berlalu di surau. Kakiku lemah melangkah ke deretan kedai-kedai makan untuk mengisi perutku yang mula berkeroncong. Mataku tertumpu ke arah satu kereta peronda polis yang agak pelik bagiku. Alfa Romeo Alfetta.

Model kereta dapat ku teka tepat memandangkan aku pengumpul model die cast seperti Hotwheels dan seumpamanya. YA! Kereta peronda Polis zaman 80-an. Samar-samar di kejauhan di dalamnya kelihatan dua anggota polis berpakaian seragam polis era 80-an. Bagi yang meminati atau pernah menonton cerita melayu zaman 80-90an mesti tahu rupa kereta peronda dan seragam polis zaman tu.

Hatiku berbisik kecil dan cuba berfikiran positif sehabis mungkin. Mungkin ini set
‘shooting’ cerita melayu kot. Kakiku melangkah laju ke arah gerai yang berdekatan tanpa mempedulikan ‘abang-abang polis’ tadi lagi.Entah kenapa malam tu kulihat suasana agak suram dan tiada pengunjung di R&R tersebut. Mungkin orang masih sibuk beraya kot, gumam hati kecilku.

Jam menginjak ke angka 8.30. Sedar tak sedar dah hampir 40minit berlalu. Kakiku melangkah laju ke arah kereta. Badan kembali bertenaga selepas makan patin masak tempoyak, satu menu yang wajib bila singgah di Temerloh.

Perjalanan ku mulakan dengan lafaz bismillah. Tiada lagi perasaan seram di dalam diri. Keadaan lebuhraya pada malam tu agak lengang dengan sesekali kelihatan kereta-kereta yang agak berusia bagi pandanganku. Isteriku mula menunjukkan muka pelik bila melihat suasana yang agak aneh bagi kami. Kucuba mencari papan tanda bagi memastikan lokasi kami berada.

Tahun 2005 handphone belum cukup canggih untuk buka applikasi seumpama Waze atau Google Maps.
Ku jeling ke arah jam di dashboard menunjukkan pukul 9.15malam. Tiba di satu jalan lurus yang pada perkiraan
aku di daerah Lanchang, kabus mula menebal dan jalan terus sunyi dari sebarang kenderaan.

Entah dari mana tiba-tiba jutaan kupu-kupu berterbangan di sepanjang jalan yang kami lalui. Agak pelik tiada seekor pun yang melekat pada cermin kereta walaupun agak mustahil untuk kami elak gerombolan tersebut.

Tiba-tiba aku melihat cahaya yang agak terang melalui cermin pandang belakang. Sebiji kereta peronda yang kulihat di hentian tadi memotong kereta kami dengan agak tergesa-gesa. Hati mula rasa berdebar-debar dan naluriku mengatakan yang kami bukan berada di jalan
yang betul, lebih tepat kami berada di dimensi lain. Aku meminta isteriku memasang CD ayat-ayat Al-Quran di radio. Kebetulan bulan lepas aku membeli satu CD Ayat ayat Al-Quran dari seorang pakcik yang membuat kutipan derma di ofisku.

Selang beberapa minit kemudian, kereta peronda yang
sama melintasi kami dengan agak perlahan kali ni, tapi masih mampu memotong kereta kami. Hatiku mula yakin yang kami sekarang memang berada di dalam permainan iblis. Ku ungkapkan ayatul Kursi di bibir sebagai pelindung diri. Isteriku mula menunjukkan reaksi ketakutan. Aku cuba bertenang dan terus menerus membaca ayat ayat Al-Quran, walaupun agak tunggang
langgang tajwidnya. Kereta peronda tersebut mula memecut laju dan hilang dalam kepekatan malam yang sunyi. Hati mula rasa lega walaupun perjalanan kami masih jauh.

Jam menunjukkan jam 10 malam. Kami mula memasuki daerah Karak. Perjalanan yang ku rasa agak panjang dan lama ditemani pekat malam. Melewati satu selekoh yang agak tajam, tiba-tiba aku melihat limpahan cahaya siren polis dan beberapa biji kereta dan lori berselerakan
menunjukkan kemalangan yang agak dasyat baru
berlaku. Kelihatan lori balak yang sangat usang dan
beberapa buah kereta model Datsun sedan tahun 80-an. Dengan kelajuan 140km/jam dan jarak antara kereta kami dengan kemalangan tersebut kurang 100meter, agak mustahil untuk aku elak. Dalam fikiran aku hanya fikir m**i dan isteriku mula menjerit panik. Aku pejamkan
mata dalam-dalam sambil tanganku genggam erat
stering, kulafaz kalimah Allahuakbar beberapa kali. Selepas beberapa saat aku mula membuka mata dan aku lihat jalan di depan mula dilimpahi lampu jalan. Ya. Aku seperti melanggar kabus. Tiada apa-apa berlaku pada kami. Kami seolah-olah kembali ke dimensi yang
nyata.

12.45pagi.Hampir 3 jam kami terperangkap di dimensi lain. Nafas ditarik lega apabila didepanku terlihat hentian rehat dan rawat. Aku menghalakan keretaku memasuki parkir di celahan kereta yang agak banyak. Kami saling berpandangan dan diam seribu bahasa. Mungkin ketakutan dalam diri belum hilang. Aku keluar kereta sambil menyalakan sebatang rokok bagi menghilangkan perasaan takut tersebut.

Perjalanan diteruskan menghala ke rumah kami di Kajang tanpa apa apa gangguan lagi. Syukur kami selamat malam tu dan satu pengalaman yang tak semua orang dapat rasa walaupun sangat
menakutkan.

Mungkin ada pembaca yang pernah mengalami pengalaman seumpama ni. Agak mustahil untuk dipercayai, tapi itulah kuasa Allah melangkaui segala-galanya. Insyaallah di masa akan datang akan ku kongsi lagi cerita cerita seram sepanjang hidup bermusafir ini.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Icham

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 3 Average: 5]

26 thoughts on “Lebuhraya Karak: Kembali Ke Dimensi 80-an”

    • Dalam bahasa inggeris, ada istilah untuk situasi cmni. Ia dipanggil “time slip” di mana observer akn mengalami peristiwa yg telah berlaku di sstu tmpat seolah2 mereka merentasi masa.

      Reply
  1. best tu..napa tak amik gambar ngan kereta polis tu..kata collector…suasana kt rmr tu mcm mana diorang tak pelik ke bayar dengan duit baru

    Reply
  2. Gerak jam 6 tepat, singgah rnr jam 7, baru sejam tp isteri dah tidur beberapa jam, solat + makan then gerak semula jam 8.30, 7 ke 8.30 dah 1 jam 1/2, macam mana boleh jadi 40 minit berlalu dan ayat2 lain yang berkaitan dgn kiraan waktu. Harap penulis dapat perbetulkan kiraan atau ayat melibatkan jam dalam penulisan lain . Cerita 👍

    Reply
  3. Hmmm.. agak pelik. Ni pengalaman orang lain atau pengalaman penulis ye?
    Sebab kalau ikut cerita “https://fiksyenshasha.com/jelmaan-sepasang-kekasih-di-lebuhraya-timur-barat-grik-1/” 7 tahun lepas penulis masih belajar (hanya memiliki motor) tetapi dalam story yg ni penulis da berkahwin pada tahun 2005 dan memiliki kereta (mksdnya 2019-2005 = 14 tahun lepas).
    Ke ada typo dalam cerita ni? maaf la kalau saya salah

    Reply
  4. Maap semua. saya bukan penulis novel.hanyalah jurutera cabuk saja. pasal pertikaian waktu, maaf. peristiwa ni dah berlaku hampir 15tahun. so ingat-ingat lupa dah. sekadar anggaran secara kasar saja.

    Terima kasih atas teguran, pujian dan kritikan. Insyaallah saya akan berkongsi lagi cerita seram highway dan akan perbaiki lagi penulisan di masa akan datang. Masih ada beberapa peristiwa yang perlu dikongsi. Terima kasih kalian.

    Reply
    • kongsi cepat bro citer pegi tahun 70an pulak..kalo ada..saya minat citer gini…saya penah gi zaman klasik..gerai tepi jalan mcm dlm citer pendekar..

      Reply
    • Rnr temerloh yg encik maksudkan tu di lpt atau jalan lama. Sebab tahun 2005 lpt blom beroperasi sepenuhnya tak silap saya

      Reply
  5. kalau seseorg itu termasuk atau dijemput sebagai ‘tetamu’ ke dimensi lain, mmg tidak dipersoalkan segala tindak tanduk ‘tetamu’ berkenaan termasuk mkn mlm patin masok poyok tanpa mengajak isteri dan membayar dgn ringgit Msia yg paling terkini kerana penghuni dimensi berkenaan dah sedia maklum akan kehadiran ‘tetamu’ berkenaan ke dunia diorg. Cuma hok samo era 80an dgn era lo ni yg penulis xleh nak beza teroks adolah masakan patin masok poyok maintain teroks di rnr temerloh….gitu

    Reply
  6. Ermm…. ekau makan sorang2 jo yo … bini ekau dok kebulur dlm kereta..sampai hati ekau x kejut kan bibi ekau … huhuh

    Reply
      • Seram / Tak (2 marks) = 1
        Gaya bahasa (2 marks) = 2
        Penyampaian (2 marks) = 2
        Real / Fake (2 marks) = 0
        Whole story (2 marks) = 1
        Comment : Cerita yang menarik, dan aku pun slalu jugak lalu jalan tu dulu masa jadi student Uitm Jengka. Tapi tu lah, dari perkiraan masa, aku dah rasa macam di buat2 cerita ni. Sebab bila aku dah terbiasa dgn jalan ni, aku particular dengan timing yg bro cerita. Dan macam komentor lain cakap, masa bayar, pakai duit malaysia moden, orang tak pelik ke ? Sebab tak bagitahu secara terperinci, Rnr tu pun dimensi lain atau belum masuk dimensi lain lagi sbnar nya. Cuma nampak kereta polis je masa tu. Gaya bahasa dan penceritaan yg menarik, rekaan cerita juga menarik. 👍🏻👍🏻👍🏻

        Reply
  7. Halah korang takat makan kat rnr tak ajak bini perkara biasa je la. Selalunya makan sensorang sebab tanak kejut/kacau wife yg sedap tido lagipun biar la kan si husband tu yg drive so dia la yg nak isi tenaga. Japgi kalau wife dia nak makan ha boleh je berhenti lagi kat rnr lain. Benda kecik je pun zzz

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.