LEMBAGA HITAM?

Aku kini berumur 25 tahun. Tapi aku masih ada masalah dengan pintu. Terutama pintu bilik tidur. Aku ada tabiat, tiap kali masuk bilik, aku akan kunci terus. Sampaikan roommate aku bising sebab terkunci dari luar. Aku perasan masalah ni jadi masa aku tingkatan 2.

Masa tu, pintu bilik aku rosak. Pintunya elok lagi, cuma ada masalah tombol. Jadi tombol pintu ja dibuang. Pintu bilik aku masa tu cuma boleh ditutup sahaja dan tak boleh dikunci dari dalam. Bilik aku tak ada lah besar mana. Penuh dengan barangan kotak- kotak kain mak ( mak buat kerja jahit baju. Jadi banyak longgokan kain).

Aku tidur atas katil. Adik tidur bawah lantai. Ada tilam bawah lantai. Malam kejadian tu, aku ingat lagi dalam pukul 2 atau 3 pagi macam tu,adik aku mengerang sakit. Jadi aku terjaga. Masa tu aku memang betul-betul nampak satu lembaga yang hitam melikat. Tak ada mata, hidung mahupun mulut. Rambut apatah lagi? Baju? Tak ada. Hanya satu bentuk bayangan manusia. Separuh badannya di luar pintu. Separuh lagi masuk ke dalam bilik tidur. Dia merangkak masuk. Tangannya menguis- guis adik aku yang tidur bawah.

Lembaga tu perasan aku tengok dia. Aku tahu dia pandang aku sebab dia angkat muka tengok aku. Aku kaku kat situ. Tak ada rasa nak jerit atau takut. Lama jugalah bertentangan mata, lembaga tu undur kebelakang. Tak lama lepastu dia masuk semula. Dia pandang lagi aku. Dan aku masih pandang lagi dia. Dan dia undur kebelakang semula.

Dari situ aku masih pandang pintu. Kalau- kalau lembaga tu datang semula. Tak lama lepastu, aku kejutkan adik. Teman aku tengok ke ruang tamu. Adik pulak tak guna. Pentingkan tidurnya. Aku perlahan-lahan bukan pintu, aku tengok kat luar. Tak ada sesiapa pun. Aku masuk balik bilik, ambik semua kotak- kotak kain mak, aku guna untuk tutup pintu bilik aku. Aku terus baring atas katil. Dan akhirnya aku tak tidur sampai ke paginya sebab sibuk mengawasi pintu bilik tidur.

Esok pagi aku cerita dekat family aku. Abang aku, mak ayah aku. Lepastu abang jawab itu dia. Nak ambil tilam yang adik guna. Aku tak lawan dan biar ja abang cakap macam tu. Sebab aku percaya apa aku nampak malam tu bukan abang. Hari tu jugak abang pergi pasar belikan tombol pintu dan pasang terus. Hahaha.

Jadi semenjak itulah aku rasa aku ada fobia dengan pintu. Tiap-tiap kali duduk katil asrama atau mana- mana tempat tidur, aku pasti akan pilih katil paling atas dan jauh dari pintu. Aduhai. Sampai sekarang aku masih ingat setiap detik kejadian tu walaupun dah makan masa 11 tahun.

Sekian.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Unknown user

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 17 Average: 4.1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.