Lembaga Perempuan

Asalamualaikum ini cerita ke tiga aku.

Aku dan kawan kerja bermula jam 7 malam dan habis sekitar 1 pagi. Agak awal mula hari itu selalunya jam 12 malam atau 1 pagi baru mula tugas…
Malam itu kawasan aku bertugas sekitar tapak pembinaan di Mantin. Aku dan team yang terakhir masuk ke dalam kawasan-kawasan itu dan seperti biasa kami akan meronda sekitar tapak pembinaan tersebut dan berpecah dalam 4 kumpulan kecil.

Kami masuk setiap rumah yang masih masih dalam pembinaan dan juga kawasan semak dan belukar di kawasan tersebut. Di situ aku dan rakan aku yang bernama Azlan telah memasuk rumah yang paling hujung, rumah ini tidak bersambung dengan yang lain kerana ada 4 buah rumah di sini jenis rumah sebuah sebuah.
Dia ke tingkat atas manakala aku di bawah dan seterusnya masuk ke kawasan belukar di belakang rumah tersebut. Hampir dalam 50 meter aku meredah seorang diri dan kemudian aku patah balik selepas menerima panggilan walkie talkie oleh Azlan yang meminta aku balik segera.

Sampai sahaja aku ke rumah itu, aku masuk melalui pintu belakang dan aku memenggil nama Azlan. Kemudian dia menyahut “Kau keluarrrr!!!”. Aku pun ok saja sebab ingat arahan dia untuk aku keluar dulu. Aku pun meninggalkan rumah tersebut dan kemudian aku nampak Azlan tengah tunggu aku di tengah-tengah jalan masuk ke kawasan itu. Pelik juga bila masa yang dia keluar. Aku terus mendapatkan Azlan dan bertanya bila kau keluar? . Tadi aku panggil kau masa kat rumah tu kau jerit suruh aku keluar.

Azlan tak banyak cakap, dia ajak aku balik ketempat pasukan berkumpul. Aku tidak syak apa-apa lagi waktu itu sebab malam pun baru jam 9.00 lebih. Sampai di tempat pasukan berkumpul Azlan terus cerita yang pada waktu di periksa tingkat atas rumah tu dia tersuluh satu lembaga perempuan yang berbaju putih dan bermuka bengis.
Sekelip mata lembaga itu hilang dan Azlan terus turun dan keluar segera.. Aduh.. habis siapa yang jerit suruh aku keluar?. Suara sebijik macam kau Lan.

Benda ini tak selesai kat situ saja. Habis pemerikasan, kami terus stand down dan tiada kes melibatkan bidang kuasa kami jadi kami minta izin untuk gerak balik ke Jelebu waktu itu. Nasib baik aku dan Azlan kerja di Jelebu dan kami tinggal dirumah bujang yang sama. Dan kebetulan dia tidak balik Melaka hari tersebut. Selepas selesai menyimpan semua peralatan di pejabat Seremban kami terus minta izin dengan Penyelia untuk bergerak pulang, waktu itu sudah jam 2 pagi.

Dalam perjalanan kami singgah di sebuah restoran mamak untuk makan dulu dan berehat seketika. Sambil itu Azlan bercerita tentang perempuan yang di nampak tadi. Katanya masa mula-mula masuk rumah tu di menghidu bau bangkai yang kuat, selain itu rumah tu macam dah lama ditinggalkan dan seperti tidak disambung kerja-kerja pembinaan nya. Bila dia masuk tingkat atas dia terus tersuluh lembaga tu. Sekelip mata dia tengok lembaga tu hilang tapi bau busuk makin kuat.

Dia terus turun ke bawah dan lari keluar. Dan masa dia lari tu di menyuluh lampu ke arah rumah tu dia nampak lembaga perempuan tu di atas bumbung rumah tersebut. Setelah agak jauh dan kawasan yang terang baru dia hubungi aku melalui walkie talkie. Jadi kiranya suara yang suruh aku keluar tu adalah suara lembaga tu. Patut la garau je.

Azlan juga bertanya kepada perkerja-pekerja di situ, dan mereka kata situ kawasan tak elok. Masa mula-mula buat rumah tersebut mereka ada terjumpa ular hitam dan beberapa ekor b**i hutan yang besar selalu menceroboh rumah tersebut. Selain itu, ada juga beberapa orang yang nampak ada lembaga berkain putih yang diaorang panggil Langsiur di dalam rumah tu. Jadi apabila senja mereka akan elak untuk pergi ke kawasan tersebut. Mereka juga mendakwa pernah terjadi kes pekerja perempuan yang hesteria apabila dikatakan terserempak dengan lembaga tersebut.

Habis makan, kami bergerak dengan kereta Kancil aku balik ke Jelebu, dalam perjalanan kami malam itu sunyi tak ada kereta yang berselisih mungkin sebab bukan malam minggu. Selalunya kalau malam minggu jam 2 atau 3 pagi macam ini ada juga kereta yang selisih atau sama-sama ke arah Jelebu. Seingat aku kami Cuma berselisih sebuah kereta saja semasa di kawasan Pantai, iaitu sebelum mendaki Bukit Tangga.

Sambil bawa kereta kami bersembang lagi pasal perempuan itu, tapi tanpa kami duga di air terjun kecil tepi jalan (sesiapa yang lalu bukit tangga akan tahu), kami ternampak lembaga perempuan yang sama. Dia berdiri betul-betul di tepi jalan dan memandang tepat kearah kami. Masa itu kami punya lah mengigil, aku macam sampai tak boleh nak bawak kereta. Dan satu lagi masa mendaki bukit tersebut aku rasa kereta aku jadi berat. Nak lepas 60km/sejam pun aku rasa susah.

Namun bila lepas sahaja dari kawasan Jeram Toi, kereta aku jadi normal balik.
Aku pandu sampai lah ke rumah sewa kami di Kampung Larong Tengah. Azlan buka pintu pagar tuan rumah dan aku pandu masuk..rumah kami kat belakang rumah tuan rumah tu, Azlan masuk dan dia kata “weh aku bau busuk tu lagi”.
Allahuakbar aku macam sepontan menjerit. Tak buang masa aku terus memandu ke kawasan rumah, nasib baik aku buka lampu luar rumah tadi sebelum ke Seremban tak la rasa takut sangat. Selesai masuk rumah aku terus mandi manakala Azlan terbaring atas tilam. Aku suruh dia mandi pun dia kata kejap lagi lah. Aku tanya ada bau lagi tak? Dia kata tak ada dah. Alhamdulilah ujur aku dalam hati.

Lastnya lepas aku solat Isyak aku tengok dia dah tidur. Oklah aku pun tutup lampu semua masuk la bilik, lagipun aku dengan dia memang satu bilik. Lagi satu bilik budak-budak Hospital Jelebu dua-dua kerja shif malam. Elok aku baru nak terlelap luar tingkap terdengar macam perempuan menyanyi dan gelak tapi slow sangat.

Aku pun tak pasti apa aku dengar, tetiba Azlan menjerit masa tengah tidur “ Kenapa kacau akuuuuu”…. Terkejut aku dengar, aku kejut dia bangun. Nasib baik dia yang bangun, aku ingat dia kena rasuk ke apa tadi.
Azlan cakap benda tu ada di luar bilik kat ruang tamu. Allahuakbar… aku tak dapat nak cakap apa, rasa takut sangat-sangat. Waktu tu dengar dah pintu bilik kami kena cakar, perempuan tu fgelak dan sesekali merengus.

Lepas tu lampu dengar macam pinggan dan cawan dalam rumah kami kena baling.
Aku ambik surah Yassin yang ada dalam bilik dan peluk saja, Azlan pulak dia berani tanya “ kau nak apa ikut kami”..tapi gelak perempuan tu makin kuat dan dan dia ketuk pintu bilik kami. Aku entah macam mana terpikir nak call tuan rumah, dia ni orang lama dan aku rasa dia orang kuat agama juga juga. 2 kali aku call dia tak jawab ye la dah 4 pagi kot. Kali ke 3 dia angkat dan aku minta tolong kat dia supaya datang rumah kami segera. Dia kata ok, walaupun tak tahu apa-apa, masa dia datang dengan anak dia sekali..dan yang aku tahu anak dia Ustaz di sekolah Agama di Seremban.

Nasib baik tuan rumah ada kunci spare, dia ketuk pintu kami tak buka katanya..dia terus patah balik ambik kunci rumah. Padahal tak dengar pun dia ketuk. Masuk ke rumah anak tuan rumah tu terus azan dan baca beberapa p****g ayat Al Quran. Kami pun buka pintu bilik, tapi kat luar memang tak nampak lembaga apa-apa semua normal je. Tapi ada bau mcm bangkai. Kuat dan aku hampir nak muntah.

Selesai semua, anak tuan rumah tanya kami dari mana, dan Azlan pun cerita lah semua kat diorang. Anak dia kata benda ni tak bertuan dan dia ikut korang balik. Sekarang dia dah keluar tapi tak ada jaminan dia tidak akan kembali..

Anak dia kata esok dia akan minta tolong kawan dia yang pandai untuk pagar rumah ini dan kawasan sekitar. Tapi lepas kejadian tu kami masih kena kacau juga kadang kawan aku yang kerja Hospital balik dia nampak ada perempuan berdiri betul-betul depan pintu rumah. Aku pulak pernah ditegur masa aku kat belakang rumah tengah sidai baju, dengar orang tanya “kau buat apa, aku teman boleh?” Tapi bila aku pusing tak ada sesiapa. Dan paling kerap kami kena ialah bau benda busuk tiap hari dari senja sampai habis maghrib.
Lepas setahun, aku dan Azlan dapat pindah ke Selangor. Selesailah mimpi buruk ini.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Faiz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 14 Average: 4.7]

2 thoughts on “Lembaga Perempuan”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.