Lembaga Putih Bentuk Asap

Assalam dan salam satu Malaysia. Bertemu kembali bersama Ato. Terima kasih FS meyiarkan kisah-kisah sebelum ni.

Malam tu, aku duduk di bawah di ruang tamu sedang menjahit seluar aku yang koyak semasa bermain bola tampar petang tu. Aku jahit manual ja guna jarum tangan. Aku ni sebenarnya sorang anak yang pandai buat kerja-kerja perempuan. Memasak, menjahit, membuat kuih dan menyiang ikan semua aku dah biasa buat masa kecil lagi. Mujur tak jadi lembut ala-ala sotong.

Sedang aku sibuk mejahit, tiba-tiba aku terdengar jeritan di luar rumah. Aku tak endahkan kerana menyangka itu hanyalah jeritan budak-budak sedang bergurau senda. Aku meneruskan menjahit, bunti kecoh di luar rumah semakin menjadi-jadi. Lantas aku letak seluar dan segera bergegas ke luar rumah. Aku lihat beberapa orang budak sedang membaling-baling batu ke ats sepohon pokok di tepi rumah hujung. Barisan rumah pertama. rumah aku barisan kedua. Tanpa membuang masa aku segera bergegas ke tempat budak-budak tersebut. Rupanya ada seorang staff di sana bersama budak-budak tersebut. Aku tanya staff tersebut apa yang berlaku. Kemudian dia menuding jari ke ats pokok. Alangkah terkejutnya aku. Ada lembaga putih di atas pokok. Tapi bentuknya tidaklah jelas sangat. Ianya seperti asap putih-putih kelabu.

Budak-budak masih giat membaling benda tu untuk mengahalaunya pergi dari tempat tu. Aku macam tidak percaya ja apa yang mereka lakukan. Memang berani sungguh. Tidak lama kemudian, lembaga tu terbang dan menuju ke arah Surau. Kemudian kami kejar namun ianya terlalu laju. Kami hanya sempat melihatnya terbang lalu belakang surau menuju ke arah bukit kawasan tangki Besar tempat bekalan air utama tempat kerja aku. Kami menjejakinya sehingga ke tempat tangki tersebut namun tidak melihat apa-apa. Kami kemudiannya mengambil keputusan u ntuk balik. Kejadian ini berlaku agak masih awal sebelum jam 7 malam sebelum Solat Isyak. Mungkin sebb tulah kami berani bertindak sedemikian.

Aku kemudiannya balik ke rumah untuk bersiap-siap hendak ke surau. Kawan serumah aku pula tak balik selepas solat Maghrib. Dia stay di surau saja menunggu Solat Isyak. Staff tadi pula terus ke surau bersama budak-budak tadi. Setelah selesai solat Isyak, saya dan rakan balik bersama. Malam tu giliran kawan aku menyediakan makan dan aku bertugas membersihkan dapur. Setelah selasai makan, Aku aku naik ke bilik untuk berehat. Aku pula menjalankan tugas seperti yang diamanahkan. Setelah semuanya selesai, aku pun seperti biasa akan rehat santai-santai di ruang tamu menelah majalah-majalah JORAN kegemaranku. Tak tahu dah berapa kali dah aku khatam majalah-majalah JORAN tu.

Sekitar jam 10 gitu, aku pun naik ke atas sebb dah rasa ngantuk. Malam tu aku tak turun pekan sebb kawan kamching aku tiada kerana bertugas luar kawasan. Baru jejak anak tangga yang kedua, tiba-tiba aku disapa dengan kehadiran asap mengelilingi aku. Rasanya ianya makhluk yang kami kejar awal malam tadi. Aku pun memecut berlari naik ke ats dan terus membika pintu dan menutupnya dengan kuat. Kawan aku terjaga kerana terkejut. Terpinga-pinga si kawan. Kesian juga sebb mengganggu mimpi-mimpi indahnya.

Aku bagitau dia ada lembaga berbentuk asap di tangga rumah. Berubah air muka si kawan. Nampak pucat terus. Dia dan aku kan sama-sama penakut. Kami berdua kalau tidur tidak pernah tutup lampu sebb takut tidur dalam suasana gelap. Aku tengok mulut kawan dah kumat kamit membaca sesuatu. Keadaan dia semakin pucat dan ku lihat bulu-bulu romanya meremang. Aku angguk kepala sebagai signal tanya dia apa yang berlaku. dia pelan2 rapat ke arah ku dan memberitahu dia terdengar dengusan-dengusan ganas betul2 di telinganya. Dia bagi signal untuk turun ke bawah. Kami pun segera turun ke ruang tamu.

Setelah lama tidak mendapat gangguan di rumah kami, malam tu pula tiba-tiba ia datang semula. Mungkin kerana telah mengganggu makhluk tu awal malam tadi. Dia ajak aku membaca yasin bersama-sama. Setelah selesai membaca yasin, baru la kami rasakan sedikit ketenangan. Untuk makluman pembaca, semasa pertengahan bacaan Yasin kami, beberapa dengusan-dengusan ganas kedengaran. Mula-mula kedengaran kuat kemudian beransur-ansur pelan-pelan dan kemudiannya hilang terus.

Kami ingatkan gangguan dah beakhir, tapi rupa-rupanya ia kembali lagi. kali ni dia main baling-baling pula. Sepertinya dia ingin membalas dendam. Tingkap depan kami duduk memang jelas sangat seperti dibaling dengan batu. bunyi kiuat maknanya dia guna batu besar. Tapi hairannya, cermin-cermin tingkap tidak pecah pun. Selepas tu, dia baling pulak tingkap sebelah dapur. Tidak puas dengan membaling batu, dia mencakar-cakar pula pintu dapur. Ya Allah, kami dah semakin panik. Kawan aku pula dah menggigil ketakutan. Aku cuba tenangkan dia.

Dia mula bersuara. ” Mungkin ada yang tidak kena ni knapa dia ganggu kita demngan teruk malam” rintih kawan ku. Aku mula buka cerita apa yang kami telah lakukan awal malam tadi. Dia geleng-geleng kepala dalam ketakutan. Lantas dia menyuruh aku untk meminta maaf pada benda tu. Kami keluar dari rumah tapi balingan-balingan ke tingkap dan cakaran pada pintu dapur masih kedengaran. Kemudian aku pun bercakap sendiri dan membayangkan benda tu di depan aku untuk meminta maaf di atas kekasaran yang telah kami lakukan. Bukan mengalah kepada benda tu, tapi kerana dah bersalah maka kita harus meminta maaf. Kita sama saja makhluk Allah cuma berlainan alam.

Selepas aku meminta maaf, bunyi-bunyi bising balingan batu ke tingkap dan cakraan dimpintu dapur pelan-pelan hilang. Setelah keadaan pulih, kami masuk semula dan terus naik ke ats bilik. Kami berharap gangguan tersebut tidak akan ada lagi. Alhamdulillah, malam tu kami dapat tidur dengan lena walaupun tidur dalam ketakutan sehingga azan Subuh berkumandang. Subuh tu kami tidak ke Surau dan hanya solat di rumah saja.

Pagi tukami dan beberapa orang staff sarapan di kantin. Mula- mula cerita biasa pasal kerja saja. Ada sorang staff tiba-tiba bertanya pada yang lain sekiranya mendapat gangguan malam tadi. Kami semua masing-masing berpandangan antara satu sama lain. Rupanya malam tu bukan hanya kami yang kena ganggu tetapi ada 5 buah rumah. Gangguan-gangguan semua sama cuma jangka masa saja yang berbeza. Mana-mana yang kena gangguan membuat permohonan maaf awal, gangguan mereka tidaklah lama. Mungkin mereka dah biasa dengan gangguan dan cara mengatasinya. Gangguan paling lama adalah rumah aku.

Menurut mereka, gangguan paling dasyat adalah masa mula-mula mereka berpindah ke kawasan tu. Kawasan baru namun sudah lama siap pembinaannya tapi lambat digunakan. Mereka terpaksa beramai-ramai mengadakan bacaan Yasin dan membuat bacaan setiap penjuru pagar sebagai inisiatif mengurangkan gangguan.

Sebagai pengajaran,

  1. Jgn sesekali mengganggu makhluk alam lain sebab benda tu juga merupakan makhluk ciptaan Allah. Kalau ganggu juga, tu namanya cari penyakit.

Sekian dulu dan terima kasih kerana sudi membaca kisah aku kali ini. Semoga diketemukan lagi di lain masa dengan kisah-kisah seram seterusnya.

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 1]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.