Lepaskan lah cintamu, Angah!

Sepanjang 28 tahun aku hidup, bagi aku,tak ada orang yang lebih kelakar dan nakal daripada Angah. Dialah penghibur dalam keluarga kami. Di sekolah, di universiti, dialah class clown yang buatkan orang tak kering gusi. Mama aku dulu pernah risau tak ada perempuan yang akan suka Angah sebab suka sangat menyakat. Tapi Mama silap. Masa Angah ambik degree, Angah bercinta dengan Kak Ana. Orangnya lembut dan sederhana. Sampai sekarang kami tak tahu macam mana Angah yang gila-gila tu boleh pikat Kak Ana. Tapi tu lah, jodoh itu aturan Allah dan hanya Dia yang tahu apa yang terbaik untuk makhlukNya.

Mereka bercinta lama dan Angah sangat setia. Bagi dia, Kak Ana lah cinta pertama dan akhirnya. Aku tak sangka Angah mampu jadi seorang yang begitu penyayang dan bertanggungjawab. Dalam diam bertambah respect aku pada Angah.

Genap 2 tahun Angah bekerja, dia berjumpa Mama dan Ayah menyatakan kesediaannya untuk menjadikan Kak Ana suri rumahtangganya. Mama dan Ayah happy sangat dan cepat-cepat nikahkan mereka.

Kak Ana anak yatim piatu dan tiada adik beradik lain.Segala urusan pernikahan diselesaikan oleh keluarga Pak Cik dia. Nampak mereka sangat rapat sebab mereka yang besarkan Kak Ana selepas kematian ibu bapanya. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar.

Hidup mereka smooth sangat. Selepas bernikah, Angah dan Kak Ana tinggal di rumah keluarga kami sementara Angah selesaikan urusan pembelian rumah mereka sendiri. Ketika itulah aku tahu kenapa Angah dan Kak Ana boleh serasi. Rupanya Kak Ana lagi kelakar dari Angah!Kalakar yang tahap Angah boleh ketawa berdekah-dekah bila Kak Ana buat kelakar. Tapi sifat kelakar Kak Ana hanya ditunjukkan di depan Angah je lah. Di depan kami yang lain ni, dia masih sopan dan lembut. Macam mana aku boleh tahu Kak Ana ni kelakar?Bilik tidur aku dan Angah share toilet. Kadang-kadang masa aku dalam tandas aku terdengar laki bini ni bergurau dan ketawa. Pernah aku yang kat dalam tandas ni tergelak dengar Kak Ana mengusik Angah.

Tapi tu lah. Setiap manusia akan diuji. Ujian Angah dan Kak Ana ialah selepas 3 tahun berkahwin masih belum dikurniakan cahaya mata. Angah dan kami sekeluarga tak pernah mengungkit pasal anak di depan Kak Ana. Angah pernah cakap, mungkin Allah rasa mereka masih belum bersedia untuk ada anak sendiri. Lagi pun boleh honeymoon lama-lama katanya.

Tapi tak sangka Kak Ana jadi tertekan disebabkan ini. Dan lebih memburukkan keadaan, dia jatuh sakit. Kanser rahim. Pertama kali aku lihat Angah menangis. Sumpah aku ingat Angah hanya tahu senyum dan ketawa. Tak sangka air mata Angah jatuh juga kerana Kak Ana. Katanya tak sanggup dia lihat isteri yang dikasihinya sakit begitu. Biarlah dia sahaja yang menanggung sakit. Sakit Kak Ana begitu cepat merebak dan semakin teruk. Angah tanpa jemu menjaga dan menguruskan Kak Ana.

Genap 8 bulan menderita,Kak Ana pergi jua. Angah menangis dan meraung di saat Kak Ana meninggalkannya. Masih terasa basahya air mata Angah di baju aku saat aku memeluknya. Dan semenjak saat itu, Angah berubah. Tiada lagi senyum.Tiada lagi usik ketawa. Angah mahu teruskan hidup sendirian di rumahnya. Kami tak menghalang kerana tak mahu Angah rasa terganggu. Tapi satu hari Ayah menjumpai Angah tak sedarkan diri dalam bilik tidur dia. 4 hari tak jamah apa-apa makanan sampai kebuluran!Nasib baik Ayah Mama tergerak hati mahu melawat Angah hari tu. Sejak itu, Angah dipindahkan ke rumah kami semula. Ayah tak benarkan dia sendirian lagi.

Keadaan Angah tidak bertambah baik walaupun tinggal bersama kami. Dia masih kurang bercakap dan sedih. Aku pernah cuba nak borak dengan Angah tapi tak kisah topik apa yang aku cuba bualkan, Angah tak begitu memberi respon. Satu hari aku nekad, aku nak Angah dapat “closure”.

“Angah, aku rasa Kak Ana sedih sangat kalau dia tahu kau jadi macam ni. Aku kenal Kak Ana. Mesti dia nak kau happy-happy je”.

Keluar keluhan dari mulut Angah.

“Chik, kau tahu kenapa aku jadi kelakar?Kalau aku happy aku buat kelakar, kalau aku sedih aku buat kelakar.”

Suara serak Angah menyapa gegendang telinga aku. Aku terdiam. Menggeleng.

“Aku takut sangat orang tahu apa yang aku rasa. Aku tak nak orang nampak aku lemah. Bagi aku, perasaan aku tu kelemahan aku.”

Aku menepuk bahu Angah, isyarat supaya dia teruskan.

“Sejak hari pertama aku kenal Ana, dia boleh faham apa aku rasa walaupun aku cuba sembunyikan sebaik mungkin. Dan dia tak pernah lekehkan perasaan aku. Dulu aku rasa aku macam terjatuh dari satu tempat yang tinggi, yang tak ada pengakhirannya. Ana lah yang sambut aku, yang bagi aku comfort.Entah lah Chik, aku tak tahu nak explain macam mana kat kau. Bila Ana tak ada, aku rasa jiwa aku hilang sama.”

Angah pejam dan mutiara air mata kelihatan di birai matanya. Aku menggenggam tangan Angah.

“Aku tak faham sebab aku tak pernah rasa macam kau rasa Ngah. Tapi yang pasti, Kak Ana bukan jenis orang yang akan biarkan kau sedih macam ni.”

Aku tinggalkan Angah bersama Ayah dan Mama sementara aku ditugaskan di luar negeri. Sebulan aku pergi dan bila aku balik, aku mengharapkan Angah beransur pulih. Bukan sebab aku tak simpati tapi aku sebagai adik turut bersedih melihat abang aku begitu.

Apa yang mengejutkan aku sekembalinya aku ke rumah ialah Angah seperti sudah pulih sepenuhnya!Ceria, ketawa, mengusik dan gembira. Aku kagum dan lega melihat Angah. Tapi Mama Ayah seperti masih risau dan takut-takut.

“Chik, kamu tengok-tengok kan Angah tu. Jangan bagi dia bersendiri sangat.”

Malam tu Ayah bercerita. Beberapa minggu lepas Mama kemaskan bilik Angah dan terjumpa kain kapan berselut di atas katil Angah. Bila Mama tanya Angah apa tu, dia marah-marah Mama sambil cakap merapu-rapu. Katanya Mama ambil baju Ana, nanti Ana marah.
Kemudian, satu hari tu Ayah terjumpa Angah kat dapur tengah-tengah malam sambil pegang pisau dan tikam meja. Ada lagi kesan tikam kat meja makan Ayah tunjuk kat aku.

Aku mengucap panjang. Aku masuk tidur dengan perasaan yang bercampur baur. Esoknya, Kak Long pula menalifon suruh kami ke rumahnya. Ada kecemasan katanya, tapi jangan di bawa Angah.

Aku, Ayah dan Mama bergegas ke sana. Sampai-sampai, Aira anak Kak Long berlari memeluk Ayah sambil menangis.

“Tok Ayah, kesian Mommy Ana menangis dalam bilik Aira,”

Mommy Ana ialah panggilan Aira pada Kak Ana. Mereka rapat sebab Kak Ana memang sukakan budak-budak. Anak-anak Kak Long sudah dianggap seperti anak sendiri.

Ah sudah!Apa pula ni?Aku dah buntu. Kak Long cakap Aira dah beberapa hari bermimpi Ana datang dan menangis. Tapi sejak malam tadi Aira asyik cakap Ana datang ke bilik nya. Cerita Aira, Ana datang untuk meminta bantuan.

Kami sepakat untuk meminta pertolongan orang yang lebih arif. Ada kenalan Ayah yang boleh membantu tapi esok baru dia boleh datang. Kami balik ke rumah pada sebelah petang. Risau pula Angah sendiri di rumah.

Malam itu ketika berada di dalam tandas aku terdengar Angah ketawa berdekah-dekah. Kalau dulu memang aku dah biasa dengar bunyi begitu bila Angah baca majalah Ujang atau bila dia tengah bergurau dengan Kak Ana. Tiba-tiba aku terpaku. Ya. Angah ketawa seperti tengah bergurau dengan Kak Ana. Jelas dia menyebut nama Kak Ana. Aku keluar dan terus berlari masuk ke bilik Angah. Dia sedang duduk di hujung katil,menghadap satu kerusi. Seperti sedang berbual dengan seseorang tapi dia hanya bersendirian ketika itu!Aku masuk tu pun Angah seperti tak sedar. Dua-tiga kali berdehem baru dia berpaling.

“Eh Chik, kau nak apa?”

Angah seperti marah aku menggangu “perbualan”nya.

“Mama panggil makan Ngah”.Gulp!Aku sengaja nak suruh Angah keluar sekarang.

“Ha nanti aku turun.”balas Angah. Angah keluar beberapa minit kemudian.

Esoknya Ustaz Halim kawan Ayah datang melawat ke rumah. Mengucap panjang Ustaz bila bersalam dengan Angah. Ustaz panggil kami semua duduk dan Ustaz minta Mama sediakan satu jug air kosong dan diletakkan di atas lantai, bersebelahan dengan sofa.

“Azril, saya ucapkan takziah atas kehilangan kamu. Bila hamba Allah meninggal dunia, kita yang masih hidup ini hendaklah menyempurnakan jenazah dan mengebumikan jenazah dengan hati yang redha. Insyallah ikatan suami isteri tidak akan terputus walaupun salah seorang sudah pergi. Redha adalah jawapan untuk ketenangan jiwa. Andai kamu merindui dia, sedekahi dia dengan amalan-amalan kamu.”

Lembut suara Ustaz. Tapi tak semena-mena Angah mengamuk!Habis meja diterbalikkannya.Mulutnya menjerit-jerit.

“Ah kau siapa?Sial lah!Ni mesti kerja korang kan?Apa salah Ana?Kenapa korang benci dengan dia sangat?”

Mata Angah merah. Dadanya berombak. Peluh menitik dari dahinya. Muka Angah hitam kusam.

Mama dah mula menangis. Ustaz masih tenang. Diambilnya jug air kosong tadi dan mulutnya terkumat-kamit membaca sesuatu.

“Tidak Azril. Kami tak bencikan Ana. Malah kami sayang Ana. Dia seorang yang baik dan hormatkan kami.” Ustaz cuba memujuk Angah dan nampaknya pujukan Ustaz berjaya. Angah kini terduduk dan menangis teresak-esak. Ustaz memberi isyarat supaya Mama memberi Angah minum air tadi.

Habis segelas air diminum Angah.Ayah menggosok-gosok belakangnya. Mama pula menyuruh Angah baring di sofa. Suprisingly, Angah hanya menurut dan tak sampai beberapa minit, dia terlena!

“Kasih-sayang dia pada allayarhamah isteri masih kuat dan itu tidaklah salah. Malah nabi sendiri sangat sayang kepada Siti Khadijah walaupun setelah Siti Khadijah meninggal dunia.Cuma, apabila perasaan terlampau menguasai hati, syaitan mula mencari ruang untuk berdamping. Ada sesuatu milik isterinya yang perlu dikembalikan ke tempat yang sepatutnya.”

Itulah yang diterangkan Ustaz kepada kami. Ayah dan Mama saling berpandangan.

“Carilah ia dan selesaikanlah dengan cara yang betul,” tambah Ustaz lagi.

“Tapi, apa tu Ustaz?Kami tak tahu,”tanya Ayah.

Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku bingkas bangun ke bilik Angah. Mataku tertumpu pada kerusi di tepi katil Angah. Ada sesuatu di situ. Satu anak patung kegemaran Kak Ana. Masih ku ingat Kak Ana bercerita bahawa anak patung itu adalah hadiah pertama Angah kepadanya selepas mereka bercinta. Plush toy Angela Rabbit tu memang comel dan aku rasa Angah sangat romantik masa hadiahkannya pada Kak Ana. Tapi bila ternampak sesuatu dijari patung itu, jantung aku berdegup kencang!Sesuatu yang menyerupai jari kering bercincin melekat di situ. Ah!Jangan cakap itu jari Kak Ana! Aku membawa patung itu turun.

“Astaghfirullahaladzim!Ini sebahagian daripada jenazah dan perlu dikebumikan!”

Mama menangis dan Ayah hanya meraup muka.

Jari Kak Ana yang masih bercincin disimpan Angah!

“Zaki, Munirah. Selesaikan jenazah. Pasal Azril tu jangan risau. Saya tak nampak ada apa-apa lagi yang menggangu dia. Bawalah dia berjumpa dengan pengamal perubatan untuk dia kembalikan semangat. Ajak die mendekati al-Quran untuk kuatkan hati dia. Insyallah saya yakin dia akan pulih.”

Kata-kata Ustaz kami terima dengan hati yang lapang. Kami cuma mahu Angah pulih dan akan lakukan apa sahaja untuk bantu dia.

Bila Angah bangun Ayah terangkan bahawa Ana perlu dihantar pada penciptanya. Ana bukan milik Angah lagi. Angah hanya menangis dan mengangguk. Rupanya sebelum jenazah Kak Ana dikapankan, Angah memotong jari manis Kak Ana dan menyimpannya. Kami tak sedar!

Kami mengikut nasihat Ustaz tentang bagaimana untuk mengebumikan jari Kak Ana dan alhamdulillah selepas itu, Angah tidak lagi “pelik”. Ayah sentiasa mengajak Angah ke masjid untuk berjemaah dan menghadiri majlis-majlis ilmu. Aku pula selalu menemani Angah untuk berjumpa dengan Dr. Cheah, Psychiatrist Peribadi Angah.

Kini Angah masih lagi dalam proses pemulihan. Angah dah boleh kembali bekerja cuma Angah yang aku kenal dulu, pergi bersama Kak Ana. Namun kami sekeluarga tetap sayang Angah.

mira al
tru-ish story

Hantar kisah di sini: fiksyenshasha.com/submit

MiraAL

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 4 Average: 5]

20 thoughts on “Lepaskan lah cintamu, Angah!”

  1. sebak baca..semuanya pinjaman.. isteri/suami itu pinjaman. sesuatu yang dipinjam perlu dipulangkan bila tiba saaatnya. moga jiwa angah kembali seperti saat dengan arwah kak ana.. dan moga confeser dn keluarga tabah..

    Reply
  2. Semoga roh arwah Ana dicucuri rahmat dan di tempatkan dlm golongan hambaNya yg beriman dan dikasihi Allah Aamiin3.. Al Fatihah.. Dan buat angah.. Mg Allah temukan dia dgn pengganti yg lbh baik dan dapat mengisi kekosongan hatinya hgga hujung nyawanya Aamiin3

    Reply
  3. Bior betol die leh sempat p****g jari tu???
    Tergamaknya die menyakiti Ana dgn cara cmtu…
    Bkn calang2 tu nk ptg jari…

    Reply
  4. Bukan nak pertikaikan apa2.. just curious… orang yg uruskan jenazah mandi kapan x sedar ke jari dah kena k***t? Nampak simple je jari.. tapi siapa yg biasa urus jenazah mesti tau even ada lebam kat jenazah pun sbb xnak timbul fitnah.. bukan tanam kucing bleh memain…

    Reply
  5. Seram / Tak (2 marks) =
    Gaya bahasa (2 marks) =
    Penyampaian (2 marks) =
    Real / Fake (2 marks) =
    Whole story (2 marks) =
    Comment : Ceria yang sangat sedih, dan menarik. Cerita ni bukan cerita seram semata2, tapi lebih kepada cerita sedih. Tapi masih ada seram di situ. Bayang kan adik beradik kita, tiba2 berperangai pelik mcm tu, mesti kita seram, dan korang berani nak p****g jari jenazah ? Tak, kan. So bagi aku cerita ni perfect. Gaya bahasa tersusun. Ada mcm2 emosi dalam cerita ni. Semoga Angah cepat sembuh. Amin. Yes. You deserve 10/10.

    Reply
  6. angah mcm perangai abg sha,,ank kedua kuat mengusik funny pemurah kelakaq klu ade kt rumah satu rumah tk tido sbb dia,,gelak je kerjenya,,abg yg tk pernh miss bgi aku hdiah time bezday,,tp klu dia marah tkut wei,, ade je time org perlukan dia,,moge angah terus move on..

    Reply
  7. Best! Ni baru betul! Kisah panjang. Tapi xde ayat meleret2. Direct n senng faham. Cerita pun smooth je. Bercerita dlm penulisan dengan bercerita lisan lain caranya. Ramai yg xpaham bila mereka menulis secara lisan. Tu yg banyak meleret n jd syok sendirik…

    Reply
  8. xyah la buat cerita label tru-ish bagai. rekaan ckp ja la rekaan, bukannya kami3 sini nk marah pun. straight up honest ja la fiction story, org x annoy. in fact klu cerita rekaan bleh tulis bg org rsa, org akn kagum lg ada la sbb bkn smua org ada bkt tulis cerita fiksyen.
    ni claim acah betul sgt kn. provoce people’s annoyance

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.