Lima Bomoh Bersatu

Baru-baru ini, aku kehilangan seorang ahli keluarga merangkap nenek yang amat aku kasihi. Pemergiannya sungguh cepat bagi kami yang langsung tidak bersedia. Namun, ajal itu kehendak yang Maha Esa. Setiap yang bernyawa pasti pergi. Kami akur. Sebelum aku mulakan kisah baru, aku pinta pembaca hadiahkan bacaan fatihah untuk nenda kami, Siti Meriam binti Haji Seman.

Fatihah ila Siti Meriam binti Haji Seman. Bismillah.

Baik. Kali ini aku ceritakan peristiwa yang berlaku ketika seminggu pemergian nenda yang tercinta. Berlaku pada malam ke tujuh tahlil dan bacaan Yasin untuk nenda kami. Beberapa hari sebelum itu, aku disapa oleh salah seorang keluarga nenda aku yang sudah lama tidak muncul. Rasanya, kali terakhir aku berjumpa beliau ketika aku masih sekolah menengah. Belasan tahun juga kami tidak berjumpa.

“Syafiq, Mok Liah, kenal ka?”

Aku mengamati wajahnya untuk seketika. Ketika itu aku sedang sibuk membantu untuk majlis tahlil. Kalau tidak silap, hari ke 3 tahlil arwah nenek.

“Ah! Kenal!” Balasku.

Dulu Mok Liah tak bertudung. Amat sukar untuk mengecamnya. Alhamdulillah. Dah jadi hijabista.

Mok Liah lalu mengajak aku ke tempat yang lebih kurang sesaknya.

“Mok sakit, Fiq. Lamak dah sakit. Tolong ubat Mok boleh?” Permintaan dari Mok Liah.

“Boleh jak Mok. Tapi apa sakit kitak?”
(Boleh je Mok. Tapi apa sakitnya?)

“Mok dah macam-macam usaha Fiq. Lamak dah sakit. Susah tido. Sakit badan. Anak-anak Mok gatal badan. Bila sampei rumah rasa sik tenteram. Rasa nak kelaie jak jak.”
(Mok dah macam-macam usaha Fiq. Lama sangat dah sakit. Susah tido. Sakit badan. Anak-anak Mok gatal badan. Bila sampayi rumah rasa tak tenteram.)

Aku hanya mendiamkan diri dan memberi tumpuan penuh kepada Mok Liah.

“Kitak pun tauk yang Mok pernah ngubat orang dolok nak?”
(Awak pun tahu yang Mok pernah merawat orang dulu kan?)

Aku hanya mengangguk. Aku baru tahu sebenarnya. Cuma, jujur aku katakan pegangan Mok Liah dulu agak lain sedikit. Lain macam mana biar aku saja yang tahu.

“Mok, boleh kamek usahakan kitak. Tapi ada sigek syarat.”
(Mok, boleh saya usahakan Mok. Tapi ade satu syarat.)

Mok Liah menunggu syarat yang bakal aku utarakan.

“Sekiranya ada minyak-minyak kitak pernah pakey ngubat atau nerimak dari orang. Buang. Ya syaratnya.”
(Sekiranya ada minyak-minyak yang Mok pernah pakai untuk mengubat atau terima dari orang. Buang. Itu syaratnya.)

Mok Liah setuju. Dia sudah tidak tahan dengan gangguan yang menyakiti dia dan kedua orang anaknya. Entah kenapa, mudah saja aku memberi syarat. Maka ditetapkan malam ke 7 selepas tahlil akan diadakan rawatan untuk Mok Liah dan anak-anaknya.

Malam ke 7 tahlil arwah nenek ramai yang hadir. Syukur dengan kehadiran tetamu yang turut mendoakan untuk arwah nenek. Kira-kira pukul 7.30 petang, tetamu sudah pun beredar semenjak jam 5.30 tadi kerana tahlil hari ke 7 diadakan selepas Asar.

Selesai Maghrib, aku mencari Mok Liah dan anak-anaknya. Mok Liah bersedia dan menunggu di bilik televisyen yang luas. Seperti biasa, aku menerangkan dan menanya simptom-simptom yang mereka alami. Informasi yang aku perolehi adalah berlakunya ketidakfahaman dan sering bergaduh antara mereka bertiga. Aku memulakan gerak.

“Mok,Abang dan Adek. Pejam mata. Jangan dibukak mata. Tenang.”

Anaknya yang bernama Abang dan Adek duduk di sebelah kiri dan kanan ibunya. Mok Liah ditengah. Kesemuanya duduk diatas sofa panjang milik Mak Ann aku. Kira-kira beberapa minit aku memproses mereka bertiga, aku melihat adik aku,Miq datang memantau. Miq adalah anak kepada Mak Ija aku yang diberikan kelebihan untuk ‘melihat’ benda halus sejak kecil. Beliau juga boleh ‘travel’ ke dunia lain dengan jasadnya kekal di posisi yang asal. Kiranya boleh aku katakan malam itu titik permulaan aku dan Miq bekerjasama.

“Segala penyakit,gangguan jin! Turun semuanya!” Perintahku.

“Di dada! Lagiikkk..turun ke perut!” Sambungku.

Sedar-sedar, bilik dipenuhi belasan orang yang semuanya ahli keluarga kami.

“..di kaki..keluar semua bisa dan racun..” Aku menarik segala sakit dari kaki mereka bertiga dari jauh. Jarak aku dengan mereka kira-kira 3 meter.

“Sapa-sapa rasa sikda perasaan pelik waktu kamek proses tadik..bukak mata kinek.”
(Sapa-sapa rasa takda perasaan pelik waktu saya proses tadi..bukak mata sekarang.)

Abang dan Adek membuka matanya. Lantas aku mengisyaratkan mereka berdua beredar dari sofa panjang tersebut. Mereka berdua beralih kedudukan dan duduk jauh dari ibunya.

Mok Liah diam. Matanya masih terpejam.

“Mok? Sedar ka?” Tanyaku.

Keadaan hening. Semuanya hanya mendiamkan diri melihat Mok Liah yang keseorangan di sofa panjang.

“Hukhuk..huhuh..”

Mok Liah menangis. Aku sudah faham bahawa yang duduk di hadapan aku bukan lagi Mok Liah.

“Siapa tok? Boleh tauk?”
(Siapa ni? Boleh bagitau?)

“Aku Misah! MISAH! Huhuhu..”

Ada respon dari yang berhajat. Menangis teresak-esak yang merasuki Mok Liah.

“Rantai yang panas. Ikat!” Perintahku.

Tangisan Mok Liah semakin nyaring.

“Lepaskan aku. Sakittt..sakitt akuu oi..huhu.”

Mana tidaknya, dirantai panas yang merah bukanlah sesuatu yang nikmat. Sudah pasti yang dirantai akan merasai sakitnya yang bukan kepalang.

“Apa tujuan kau? Apa hajat ke atas hamba Allah yang kau rasuk?”

“Aku bencikknya..bencik gilakk..aku maoknya m**i! M**I!”
(Aku bencikan diaaa..benci sangatt..aku mahu dia m**i! M**I!)

“Kau sikda hak untuk polah orang m**i.”
(Kau tiada hak untuk buat orang m**i.)

“Huuu..huu..huuu..sakitt..aku nak pulang.. lepaskan akuu..”

Masih teresak-esak yang berhajat ke atas Mok Liah.
Aku turun dari sofa dan duduk di lantai. Lebih selesa begitu dari dulu lagi. Mok Liah masih menangis memujuk rayu agar dilepaskan. Tidak semudah itu selagi belum jumpa apa hajat dan punca ke atas rasukan tersebut.

“Okey..kita kelaka bagus ah..kau Misah nak? Kenak kau nyakitnya? Ilmu apa dipake kau? Bomoh ne?”
(Okey..kita cakap baik ye..kau Misah kan? Kenapa kau sakitkan dia? Ilmu apa yang kau pakai? Bomoh mana?)

“Aku yang nyakitnya! Biarnya matii!’

“Ooo. Apa kenak? Apa nyuroh kau nyakitnya?”
(Ooo. Apa sebab? Apa yang buat kau sakitkan dia?)

“Aku benciknya! Aku sik suka ngannya..biarnya derita!”
(Aku benci dia! Aku tak suka kat dia..biar dia derita!)

“Sapa bomoh yang dipake?” Tanyaku lagi.

“Aku! Aku sendirik yang hantar..huu.huuu.”

Belum sempat aku menyambung. Si Misah kemabli menyambung.

“..aku dengan Doni..Aku suroh Doni hantar katt Liah..huhuhh..”

“Doni? Sapa Doni? Bomoh lain?”

“Laki aku..huu..huu..”

“Jadi, kau dan laki kau bomoh oo? Okey..ilmu apa?”

“Banyakk!”

Aku memejam mata. Keadaan di dalam bilik yang tadinya sejuk menjadi suam dek dipenuhi kaum kerabatku. Mereka fokus melihat apa yang berlaku. Ada di antara mereka pertama kali melihat aku merawat.

“Jarum? Gambar?” Tanyaku.

“Aok! Jarum. Saknya sakit!”
(Ya! Jarum. Biar dia sakit!)

“Cabut! Semuanya! Cabut!” Tegasku.

Tangan kanannya bergerak ke beberapa bahagian anggota badan seperti tangan, kaki dan kepala dan seakan-akan mencabut jarum yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Aku mendekati Mok Liah. Hatta di kemaluan juga diletakkan jarum

“Dah cabut? Engkah depan aku.”
(Dah cabut? Letak depan aku.) Perintahku.

Mok Liah meletakkan jarum-jarum yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar di atas lantai di depan aku. Aku memerhati geraknya.

“Wahai jarum! Aku hantar balit ke Misah!”

Makin kuat tangisan Misah. Jarum aku letak satu persatu di bahagian yang dicabutnya. Dimana tempat Misah meletak jarum-jarum kepada Mok Liah aku ‘letakkan’ kembali.

“Ilmu apa lagik?” Tanyaku.

Misah masih menangis. Aku ketatkan ikatan rantai dan menambah kepanasan rantai tersebut.

Misah melolong kesakitan. Selepas beberapa minit menyoal siasat, Misah mengalah. Keadaannya lemah.

“Ok..ok..aku pakey minyak..huhuhu.”

“Minyak apa? Untuk?”

“Minyak m4yat..pakey surohnya sakit..suroh orang benciknya! Huhuhu..”
(Minyak m4yat..untuk buat dia sakit .buat orang benci dia! Huhuhu. )

“Laki? Perempuan?”

“M4yat perempuan..”

“Sine kuburnya?”
(Mana kuburnya?)

M4yat lantas aku cari mengikut keterangan Misah. Lokasi kampung yang disebut Misah tersebut agak jauh. Aku hadirkan m4yat dihadapanku. Dibersihkan m4yat tersebut. Kembali menjadi m4yat biasa tanpa ada perjanjian atau ada apa jenis ikatan pun dengan Misah dan Doni. M4yat kembali dihantar ke tempat persemadiannya.

“Lagik? Ilmu lain ada?”

“Banyak! Aku mok nya m**i! Huhuhu.”
(Banyak! Aku nak dia m**i! Huhuhu.)

Aku menyoal siasat sambil memejam mata. ‘Mencari punca’ yang lain dan berharap Allah tunjukkan satu persatu punca yang menyakiti Mok Liah.

Aku ‘dilihatkan’ gambaran tengkorak manusia.

“Aku nampak tengkorak..betol? Jangan berbulak..padah mena.”
(Aku nampak tengkorak..betul? Jangan bohong..cakap betul.)

“Huhuhu..lepaskan aku..sakit..aku mok pulang.”

“Padah! Cepat! Wahai rantai..panas..ketat!”
(Cakap! Cepat! Wahai rantai..panas..ketat!)

Keadaan bilik yang sejuk tidak dapat mendinginkan Mok Liah. Kelihatan Mok Liah berpeluh menahan kesakitan akibat dirantai dengan rantai yang berapi.

“Aok! Tekorok diberik orang ninggal bapak aku! Huhuhu..sakit oi..tolong.”
(Ya! Tengkorak pemberian arwah bapak aku! Huhuhu.Sakit oi.. tolong.)

“Hancor!”

Teriak si Misah melihat satu persatu barang miliknya dihapuskan. Tengkorak pula yang dihancurkan.

“Lagik? Ada lain?” Susulan soalan demi kepastian.

Misah hanya menangis. Tidak menjawab. Aku mendesaknya agar menjawab.

“Sikda gik aaa. Huhu. Sakittt.. aku mok pulang..”
(Takde lagi. Huhu. Sakittt.. aku nak pulang..)

“Falammaa al qaw qalaa musaa ji’tum bihissihir..”

Lantas aku menghentak lantai. Seraya itu tersandar Misah sambil matanya terbeliak dan nafasnya yang tercungap-cungap. Ilmunya dikenakan melalui ayat dari Surah Yunus ayat 81. Sempat juga aku terdengar beberapa orang famili aku mengatakan, “padan muka ”

Misah berkali-kali mengatakan tiada lagi sihir dikenakan ke atas Mok Liah. Semuanya musnah katanya.

“Sikda gik haa. Aku mok balitt.”
(Takda lagi haa. Aku nak balik.)

“Betol?” Aku menutup mata.

“Ada! Aku nangga(lihat) telor 3 bijik dengan jarum!” Miq mencelah dari belakang.

Aku menoleh Miq. Miq serius. Pertama kali Miq membantu.

“Betol ada telor ngan jarum?”

Misah mengangguk.

“Bersih!” Telur dan jarum dihadirkan dan dihancurkan serta-merta.

“Kenak kau sakit ati gilak ngan Mok aku?”
(Kenapa kau sakit hati sangat dengan Mok aku?)

“Aku benciknya! Doni mala nak ngaconya..Doni suka ngannya..aku sik suka! Aku suroh Doni anta lada. Saknya gatal!”
(Aku benci dia! Doni asyik nak ngorat dia..Doni suka kat dia..aku tak suka! Aku suruh Dini hantar lada! Supaya dia gatal!)

Baru aku teringat. Mok ada mengatakan mereka bertiga gatal-gatal. Gatal yang kalau digaru makin gatal. Maka kaedah mereka untuk menghentikan gatal adalah dengan menahan diri dari menggaru. Kalau tidak digaru barulah gatal mereka hilang untuk seketika.

Aku perintahkan segala lada dikeluarkan. Misah mengeluarkan lada dari badan Mok Liah.

“Badan anaknya semua kluarkan lada!”

Misah mengangguk dan meletakkan lada yang tidak boleh dilihat dengan mata kasar didepan aku.

“Hadir Doni!”

Doni suami Misah yang juga bomoh dihadirkan.

“Lada aku hantar balit ke kau dan Doni!”

Aku lantas menanam Doni dengan segala ilmunya dipulangkan pada yang Haq.

Misah menggaru. Gatal agaknya.

“Gatall..saakitt..”

“Lagik? Ada lain?”

Misah hanya menangis. Aku menanya berkali-kali.

“Aku suroh kawan aku! Bidayuh seberang sungai!”

“Ilmu apa? Padah! Baruk kau boleh pulang.”
(Ilmu apa? Cakap! Baru kau boleh pulang.)

Setelah dipujuk beberapa minit. Akhirnya Misah mengatakan kain batik. Pertama kali aku mendengar ilmu sebegini

Aku hadirkan bomoh tersebut.

“Misah! Suroh nya batalkan sihir!”

Lantas Misah seolah-olah menanggalkan kain batik dari kaki Misah dan meletakkan didepan aku. Aku membersihkan kain batik. Tidak lagi berilmu dan tidak lagi bernafsu.

Aku tanyakan untuk apa kaedah kain batik. Misah mengatakan untuk mengganggu kitaran h**d Mok Liah.

Aku sedih seketika. Kasihan melihat nasib Mok Liahku.

Hampir sejam juga aku duduk memproses Mok Liah. Miq setia duduk dibelakangku.

“Lagik? Ada bomoh lain ka?”

Seperti biasa, agak lama memujuk barulah dapat jawapannya.

“Kawan aku Iban.”

“Okay. Ilmu apa dipakey?”

“Minyak. Ditanam.”

Aku hadirkan kawannya dan mengarah Misah agar menyuruh kawannya gali minyak.

Setelah beberapa minit, Misah menunjuk minyak di depanku. Aku membantai bomoh Iban serta ilmu minyaknya. Minyak ditanam di kawasan rumah Mok menyewa.

Misah kepenatan malah kesakitan. Merayu berkali-kali agar aku melepaskannya. Aku setuju hanya jika semua benda dibuang.

Tanpa banyak kerenah, Misah membuka rahsia bahawa ibu mertuanya juga menghantar sesuatu.
Aku fokus mendengar. Menurutnya ilmu gunting. Fuh! Lima bomoh semuanya.

“Aku hadirkan mak mertua kau!”

Misah berubah muka. Aku memerintah agar Misah memaksa mertuanya batalkan apa yang dihantar.

Misah enggan.

“Aku sik rajin ngannya.”
(Aku tak suka dengannya.)

“Aik? Sik rajin mertua dimpun? Mun sik suka pahal kau mintak tolongnya?”
(Aik? Tak suka mertua sendiri? Kalau tak suka apa sebab minta tolong dia?)

Misah hanya menangis. Tidak menjawab.

“Batal! Baruk boleh pulang.”

Akhirnya Misah mengalah dan gunting serta baju Mok Liah anak beranak di hadirkan. Aku lantas membelasah ibu mertuanya. Lantas ditanam. Ilmunya aku hancurkan dan dipulangkan kepada Allah.

Kata Misah tiada lagi yang ada padanya. Semuanya kosong. Aku meminta Miq melihat. Menurut Miq setakat ketika itu tiada apa yang dijumpai. Kosong.

“Okay! Janji kau sik akan ngaco Mok Liah dan seluruh umat Nabi. Baruk aku lepaskan.”
(Okay! Janji kau tak akan mengganggu Mok Liah dan seluruh umat Nabi. Baru aku lepaskan.)

Pada mulanya Misah enggan kerana sakit hatinya terhadap Mok Liah sangat mendalam.

Aku tegaskan lagi bahawa dia hanya akan dibebaskan jika berjanji tidak lagi menyakiti siapa pun diluar sana. Akhirnya Misah menurut.

“Pulang!” Aku menghantar Misah.

Mok Liah pengsan beberapa saat. Aku memanggil namanya. Perlahan matanya dibuka. Aku memberi salam beberapa kali dan hanya dijawab setelah beberapa kali salam diberikan.

“Apahal tek? Ngantok kamek. Tertido kamek.”
(Apa yang berlaku? Ngantuk. Tertidur saya.)

Kami gelak. Lucu pula jika difikirkan. Mok Liah selama sejam lebih diproses rupanya tidak sedar langsung dan merasakan dirinya tidur sepanjang sesi rawatan.

Aku menanyakan perubahan yang dirasainya. Mok Liah mengatakan lama sudah tidak tidur sebegitu nikmat. Badannya terasa ringan. Katanya, jarum di kemaluan mengakibatkan kemaluan sakit seperti terkena renjatan elektrik. Kain batik pula mengganggu kitaran h**d sehingga berbulan tidak h**d. Mok mengakui beberapa jirannya benci padanya.

Aku menasihatkan agar Mok sentiasa berzikir dan benteng diri. Keluarga yang lain menasihatkan agar Mok Liah pindah ke rumah lain. Jiran-jirannya toksik dan berhati busuk.

Alhamdulillah. Selesai. Maka aku balik ke rumah. Beberapa hari kemudian, Mok Liah mengirimkan pesanan Whatsapp meminta aku ke rumahnya. Aku baru teringat! Minyak-minyak yang ada dirumah belum diselesaikan. Badan Mok Liah sakit-sakit dan ada kelibat yang masih mengganggu. Insyaallah, jika ada masa,akan aku pergi ke rumahnya untuk membuat rawatan susulan. Doa untuk Mok Liah dan semua tang menderita atas khianat mereka yang berhati iblis.

Salam dan selawat!

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

SyafiqFathi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 8 Average: 4.8]

19 thoughts on “Lima Bomoh Bersatu”

  1. Cerirammta mgarut gile gampang lo…woi lenkli pki satu bhsa je xplu tulus bhsa sarawak pki bhsaa kbgsaan he senang buat khe 2kli buat ap nk terjemahbgai..bongok

    Reply
  2. Alhamdulillah. Bagus penulisan mudah faham. Terima kasih buat maksud bahasa sarawak. Kalau x, saya x faham. Dpt jugak saya ilmu baru, bahasa sarawak.

    Cerita awak ada byk mesej baik. Syabas. Terus kan.

    Reply
  3. bagus, banyak pengajaran diperolehi, tak sangka adanya wujud orang yg pakai bomoh ni, selalu dengar saja, tapi ni terlebih seram lah. jadi kesimpulannya, boleh tolong orang yg dalam kesusahan mcm ini lah, contohnya bomoh. apa2 pun, semoga mendapat syafaat untuk awak.

    Reply
  4. alhamdulilah… dpt kurnia dari Allah utk berubt dan mmbntu mereka ddlm kesushan… beruntung nya ada saudara mcm kamu…
    Harp dpt terus lagi bersmbung yea…
    tak sabar nk tau apa kesudahan nya…

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.