Loket Berhantu

Hi kepada semua peminat Fiksyen Shasa. Namaku Zia (bukan nama sebenar). Aku ingin menceritakan pengalaman seram atau tidak seram kot bagi semua peminat fiksyen shasha ni.

Tapi kisah ni betul-betul kisah yang aku alami. Kisah ini berlaku pada tahun lepas apabila aku cuti sem. So, aku bercadang nak ajak member aku lepak ah, biasa tengah cuti-cuti nak jugalah hilangkan stress dengan kawan-kawan kan.

Kami iaitu Ikie,Karisma,Rina,Piyo,Christina dan Eper(bukan nama sebenar) memang plan habis lah nak buat apa. Lepas habis bincang, kami bercadang nak berkemah di sungai lama yang berdekatan dengan rumah Karisma dan Piyo.

Dengar khabarnya sungai tersebut tidaklah besar, tapi tempatnya memanglah cantik.

Kami berbagi kepada 2 kumpulan dimana aku dan si Ikie ni beli barang apa yang patut memandangkan rumah kamilah yang berdekatan dengan Pekan manakala si Christina pula balik memandangkan dia perlu mengambil keretanya kerana nanti dia perlu mengambil Eper dengan Rina.

Pilo dengan Karisma pula balik dulu untuk siapkan apa yang patut.
Setelah selesai membeli barang yang patut dibawa, kami berkumpul dahulu di rumah Piyo dengan Karisma.

Tepat jam 3 petang kami bertolak ke tempat tersebut.Jarak antara Sungai tersebut dengan rumah Piyo dengan Karisma tidaklah begitu jauh dalam 5-10 minit sahaja.

Tapi memandangkan kami membawa barang yang banyak,jadi kami mengambil keputusan untuk pergi menggunakan kereta.Sampai di sana kira dalam 3.20 petang.

Piyo dengan christina mendirikan khemah,aku,Karisma dengan Rina pula menyediakan makanan dahulu manakala eper dengan ikie sibuk mencari kayu api berdekatan.Semuanya berjalan dengan lancar setakat ini.Sedang leka kami membasuh makanan,

“wah, cantiknya rantai ni. Kamu dua punya ka?” Tanya Karisma kepada aku dengan Rina. “eh bukan,ni ha rantai aku.” Kataku sambil menunjukkan rantaiku yang terpakai kemas di leherku. “aku pun bukan..aku tak paki rantai sebab tahu kita nak mandi nnati” kata Rina pulak..“Ah, Kalau begitu aku simpan la..Cantik laa”kata Karisma antara dengar tak dengar.Rina hanya menoleh kepadanya dengan muka yang pelik.

Setelah malam menjelma,dalam jam 8 malam, kami bercerita dengan duduk dalam bentuk bulatan mengelilingi unggun api. Semua tahukan macam mana keadaan duduk mengelilingi unggun api?

Macam-macam yang kami lakukan seperti menyanyi kerana pada masa itu si Piyo ada membawa sekali gitarnya,makan kuih, dan bercerita. Banyak yang kami bualkan,maklumlah lama sudah tidak lepak begini.

Leka bercerita sampaikan kami tidak menyedari yang malam telahpuh larut. Si Rina melihat jam nya “eh, jam 12.30 malam sudah?” katanya. “Jomlah masuk tidur kalau begitu.” Kata Karisma “alaa, kejaplah..bukan selalu tau kita dapat lepak begini.” Kata Ikie. Haa, disinilah cerita seram bermula.”Apa lagu kau nak buat kie?” aku bertanya “Lahh, kejap” kata ikie.

Tiba-tiba karisma berdiri lalu masuk ke khemah. “hahh, tu Mha dah mengantuk tu.” Kata Eper. “Biarlah kalau dia nak tidur, kita sambung bercerita” kata Piyo lalu menyambung cerita.

Setelah beberapa minit bercerita, angin malam terasa begitu sejuk. Aku bangkit lalu menuju ke dalam khemah Karisma dan Piyo untuk mengambil selimut kerana semua barang kami masih tersimpan dalam khemah mereka.

Semasa ingin memasuki khemah, aku seakan melihat kelibat Seorang perempuan tua,wanita muda,seorang lelaki separuh umur berdiri di antara pepohon di tepi khemah.namun bila aku menoleh ke tempat tersebut,kosong. “ah,perasaan betul aku ni.” Gumamku sendiri.

Terasa kakiku macam dipegang ,serta merta aku tersungkur masuk ke dalam khemah.”Bodoh.Itu pun nak tersangkut.” Kataku lalu bingkas bangun.

Masuk saja dalam khemah tersebut, aku lihat karisma baring berselimut hingga ke kepala.Aku langsung mencari selimut di dalam beg.Aku berpaling untuk membawa selimutku keluar,apa yang aku terkejut ialah si Karisma sudah duduk terpacak di belakang aku dengan muka pucat. “ Eh Mha, kau bukan tidur ke tadi?” aku bertanya dengan peluh yang di dahi akibat teramat terkejut.

Karisma hanya diam namun kali ini dia tersenyum sinis ke arahku.”Eh, kau ok tak ni?” aku bertanya sambil meletakan jariku di dahinya kot-kotlah kan deman. Namun sepantas kilat dia menangkap jariku sambil matanya merenungku tajam. “Jangan kurang ajar!” katanya ke arahku.Suara tersebut bukanlah suara karisma seolah-olah seperti suara wanita tua. Aku lalu menjerit.

Kesemua kawan di luar bergegas masuk ke khemah. “Apa hal ni kecoh-kecoh?” kata Christina.Aku yang masih berusaha menarik tanganku dari genggaman Karisma.”weh pahal kau Mha,Zia?” Tanya Eper. “Tolong weh, aku rasa ada benda ni yang tak kena dengan Mha ni..Tolong weh sakit ni tangan aku.” Rayuku kepada temanku yang lain.

Ikie yang dari tadi berdiri di belakang mara ke depan serta merta tanganku dilepaskan. Aku apa lagi, sekuat hati lari mendapatkan kawan-kawanku yang lain. “Kau sapa?Apa kau nak dari dia?Dari kami?” kata ikie.Ikie ni kira orang yang berilmu di dada, maksud aku ala yang tahu benda-benda mistik.

“Aku nak barang aku.Aku berurusan dengan dia.Aku tak ada hal dengan korang semua!Aku nak budak ni.” Kata benda tu sambil ketawa.Masa tu semua pokok-pokok seakan bergoyang mengikut rentak,suara cengkerik riuh dan bunyi haiwan bergema seakan berpesta.

“weyy jom balik wey..Aku takut,apa benda yang Mha dengan Ikie buat tu.Tak lawak tau.” Kata Rina dengan muka seakan mahu menangis.

“Kau takut?hahhahaha.Tau takut.Kenapa berani pula duk sini bising-bising kurang ajar pulak tu.Sekarang aku datang tuntut barang.” Kata benda tu sambil mengilai.

Yang lain sudah berundur ketakutan.Hanya tinggal aku, Ikie,dan Piyo di dalam khemah. “Gaiss,korang undur kebelakang dulu,aku perlu lakukan sesuatu “ kata Ikie.

Kami hnya mengangguk. Ikie pun bersedia mengeluarkan sesuatu dalam dompet dia yang dibungkus dengan kain kuning.Lepas tu dia mengambil botol mineral kecil yang berisi air lalu terkumat kamit membaca sesuatu dan menyepu angin ke arah air tesebut.

Setelah itu, Dia merembeskan air tersebut ke muka Karisma.”Sakit bodoh.Air apa yang kau simbah ni.Kurang ajar!” kata benda tu sambil mengerang.”Lepaskan kawan aku”Kata ikie sambil merembeskan lagi air tersebut. “ARrHHHH!!Aku takkan lepaskan dia selagi aku tak tuntut barang aku.

Kamu manusia memang biadap,kurang ajar!!Memang patut diseksa sampai m**i.” Katanyaa. Dari pintu khemah aku melihat mata dan mulut Krisma sudah berdarah,aku hanya menutup mulut melihat keadaan tersebut.”Apa brang yang kau nak tuntut?” Tanya Ikie. “Loket lama.Budak ni sentuh dan curi Loket lama milik kaum aku.Kurang ajar!!Biadapp!” kata benda tu menyebut perkataan kurang ajar dan biadap berkali-kali.

“Aku tau loket tu.Tu dalam poket Mha ha.” Jawab Rina. Memang benar dia tahu kerna kami bertiga lah yang melihat loket tersebut tapi si Karismalah yang menjumpainya lalu membawa loket tersebut bersamanya.

Aku dengan berhati-hati mengambil loket tersebut dari poket karisma dan meletakkannya di depan Karisma. “Ambik loket kau balik dan lepaskan kawan aku dia tidak tahu itu mlikmu.” Kata Ikie.”Alasan.semua alasan.Sememangnya tidak bisa mengambil barang yang bukan milik kau semua baik di alam kau atau alam aku.Manusia biadap!” kata benda tu.Ikie sekali lagi merembeskan air tersebut ke muka Karisma.

“Baikkkk aku keluar!” katanya serentak itu tubuh Karisma terkulaii. Loket yang tadi di lantai kini terapung ke luar lalu lenyap begitu sahaja. Suasana tadi yang riuh dengan bunyi haiwan liar kini serta merta sunyi.

Kami bergegas mendapatkan Ikie dan karisma. “Mha ok ke nii Ikie?” Tanya Eper.”haah,ok ker?” Tanya Christina lagi.”Nampaknya begitulah.Biar dia tidur aku dah sapukan air ni di kepala dia esok ok lah dia.Biarkan dia tidur.Kita semua pun patut tidur.” Kata Ikie lagi.

“wey gais, sebaiknya kita tidur ramai-ramai dalam satu khemah ni lebih selamat.” Ujarku. “itu cadangan yang baik. Aku ni takut lah..”jawab Pyo. Semua setuju malam tu kami tidur di dalam satu khemah. Khemah tersebut agak besar boleh memuatkan 5 orang,namun disebabkan kami 7 orang so, malam tu kami terpaksalah berhimpit macam sardine dalam tu.

Pagi tu kami kemas barang awal-awal kerana ingin bergegas meninggalkan tempat tersebut. Karisma masih seperti biasa dan dia tidak mengingati apa yang terjadi. “Mha, kau okey ke?” Tanya Rina. “Eh, kau dah kenapa ni?Aku Nampak macam tak ok ka?” Tanya karisma kepada Rina.

Dalam kereta riuh kami bercerita pasal kejadian tersebut. “hah tu lah kau suka hati ja ambil barang.isss menempah maut btul.” Kata Piyo.”manalah aku tau. Cantik kot loket tu manalah aku tau hantu ada loket.” Bidas Karisma.

“Mulut tu jaga sikit.” Kata ikie. Christina yang memandu hanya diam dari tadi pun bersuara “ wey korang,sebenarnya kan, semalam masa aku siap mendirikan khemah aku nampak sorang laki lah tengah perhatikan kita dari celah pokok..Dia guna macam pakaian lama lepastu terus hilang.aku diam ah sebab aku ingat dia mungkin macam kita nak mandi juga.” Katanya panjang lebar.

“Tak per, memang bukan kita saja yang ada disitu. lagipun tu hutan dekat dengan sungai th. “Jelas Ikie pula.

Eper dengan Rina sudah tertidur.aku mengambil keputusan untuk berdiam.Syukurlah kami selamat sampai di rumah.

Ni aku ingin menyelitkan pengajaran bahawa janganlah sesuka hati mengambil atau membawa pulang barang yang ditemui kerana kita tidak tahu samaada barang tersebut kepunyaan siapa.

Sebaiknya jagalah perlakuan memasuki tempat yang kita tidak biasa.Sekian.

Hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit

Letizia

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 5]

1 thought on “Loket Berhantu”

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.