#Lynn – Rumah Tinggal

Assalamualaikum & salam sejahtera. Mintak jasa baik admin padam post yang tajuk sama sebelum ini dan gantikan dengan yang ini. Boleh kata lama dah la saya tak pos cerita dekat fiksyen shasha ni. So, hari ni, untuk mengisi masa lapang, ada kisah yang ingin saya share. Cerita ni mungkin tak seseram cerita penulis-penulis lain, tapi kisah-kisah yang saya nak share ni berdasarkan kisah sebenar yang saya lalui sendiri.

Seperti yang semua maklum, rumah @ bilik @ apa-apa saja tempat, kalau ditinggalkan terlalu lama, nanti ada makluk lain yang menumpang. Cerita yang bakal saya kongsikan ini mengenai rumah arwah tok saya.

Sedikit background mengenai rumah tok saya. Kalau tengok keadaan sekeliling, tiada yang seram. Kiri, kanan & depan ada rumah orang. Kecuali belakang ada tanah bendang. Rumah ni asalnya didiami oleh arwah tok & wan. Lepas arwah wan meninggal (tahun 2003), kami gilir-gilir ganti teman tok tidur kat rumah tu.

Sampai satu ketika, tok dah boleh tinggal sendiri. Arwah tok start sakit masa musim PKP, tahun 2020 kalau tak salah. Start tok sakit, tok duduk rumah mak saudara, time ni kami bergilir-gilir jaga tok di rumah mak saudara bila mak saudara keluar bekerja. Bermula dari situ la rumah tok start ditinggalkan tanpa penghuni. Ditambah pula waktu PKP, pergerakan terbatas. Apabila keadaan kembali pulih, kami hanya balik sekali sekala ke rumah tok contohnya untuk sambut perayaan. Dan tok meninggalkan kami semua pada hujung tahun 2021.

Setelah tok pergi menemui pencipta, sesekali kami pulang juga ke kampung untuk mengelakkan rumah menjadi usang. Tambahan lagi, rumah tok dikelilingi oleh pokok-pokok buah-buahan bermusim. Kadang, setiap 2 minggu sekali, jika ada waktu lapang, saya juga akan berkunjung ke rumah tok. Memandangkan rumah tok Cuma lebih kurang 45 minit dari rumah. Cuma, bezanya, masa kami banyak dihabiskan di pelantar & buaian di luar.

Kadang, kami datang Cuma sekadar mencakar daun-daun kering dan membakar sampah. Pintu rumah langsung tidak dibuka kecuali jika ingin menggunakan tandas. Tapi, setiap kali kalua masuk ke rumah, rasa seram walaupun hari siang. Cuma, keberanian masih ada sebab pak cik saya ada pasang radio kecil (satu juzuk al-quran) non stop dalam rumah tok. Kiranya, kalau sampai rumah tok, keluar kereta, dah boleh dengar suara mengaji dari radio tu. Dah beberapa kali radio tersebut rosak, mungkin sebab pasang non stop, tapi pak cik saya hantar repair dan pasang semula.

Cerita 1:
1st raya tanpa tok, saya dan sepupu-sepupu telah bersetuju untuk berkumpul beramai-ramai pada hari raya kedua di rumah tok. Dari siang hingga ke malam, banyak la aktiviti kami buat sampai riuh rumah tok setelah sekian lama sunyi. Sampai lebih pukul 12 malam, semua beransur-ansur pulang. Keadaan rumah pun beransur-ansur sunyi semula. Mak buat keputusan untuk tidur di rumah tok, kami adik beradik ikutkan saja. Malam tu, disebabkan badan letih, semua tidur awal. Tapi saya tidak dapat melelapkan mata. Puas dipaksa pejam, pusing kiri kanan, tapi mata tidak mahu lena. Sampai jam dah menginjak ke jam 3 pagi, mataku masih segar biarpun badan terasa sangat Lelah.

Dalam rumah tok, ada jam azan, so aku boleh agak jam sudah pukul berapa kerana setiap sejam, jam tersebut akan bunyi (zikir pendek). Dalam pukul 3 lebih macam tu, aku terdengar seperti ada benda jatuh kat dapur. Macam bunyi Tupperware jatuh atas lantai pun ada. Tapi aku husnuzon ja, mungkin cicak punca barang jatuh. Then, selang dalam 5 minit macam tu, aku dengar macam bunyi orang berjalan dengan gelang kaki (bayangkan macam Madhuri Dixit dalam cerita dil to pagal hai tu jalan), bunyi macam tu la.

Jantung aku time tu tak payah cakap la. Aku cuba ambil bantal untuk tutup telinga, tapi bila tutup, bunyi tu jadi semakin kuat. Aku cuba beranikan diri, bangun dari baring dan duduk. Aku cuba nak cari dari mana arah bunyi tu. Tapi, tak dapat dikenal pasti. Bunyi tu masih berterusanm tapi aku tak tahu dari mana arah bunyi tu. Boleh imagine tak? Then aku baring balik, cuba paksa mata untuk pejam. Time tu pulak, aku terasa seperti ada orang duduk bertenggek di sebelah aku. Ibarat macam kita tengah baring atas tilam, lepas tu ada orang mai duduk di sebelah.

Time tu aku tak berani nak buka mata. Tangan ni terasa nak raba benda apa yang ada kat sebelah, bila cuba pegang, terasa macam kain, tapi mata masih tertutup. Aku kaku macam tu sampai la jam azan sekali lagi bunyi menandakan pukul 5 pagi. Lepas tu terdengar masjid yang dekat dengan rumah tok dah start pasang ayat-ayat mengaji, baru aku berani buka mata. Sebelah aku kosong tiada apa-apa. Dan bila dah pukul 6 pagi, mak dah bangun, baru aku ikut mak ke dapur. Dapur masih seperti semalam, tiada benda yang jatuh. Bila balik ke rumah, baru aku ceritakan perkara tersebur dekat mak.

Cerita 2:
Okey, kisah kedua pulak pasal mak cik saya. Al kisah, hari tu kalau tak salah, kami berkumpul untuk gotong-royong bersihkan Kawasan rumah tok. Ada yang cabut rumput, ada yang trim pokok-pokok bunga tok yang tinggi, ada yang bakar sampah, kiranya semua ada la tugasan masing-masing. Mak cik saya sorang ni, dia bahagian touch up bahagian-bahagian yang perlu la. Contohnya, ada pagar jenis jaring, belah kiri rumah tok, dah hamper terbalik sebab lembu jiran sebelah suka tolak untuk makan rumput kat tepi-tepi pagar tu.

Lepas siap touch up sekeliling pagar, dia check keliling rumah pulak. Ada satu tingkap jenis nako, salah satu pecah. Sebelum ni dah perasan tingkap tu pecah, tapi biarkan. Bila balik kampung kali ni, tengok ada tupai dah buat sarang kat dalam rumah. Dah beli tingkap baru, tapi salah saiz dan tak ada pemotong kaca. So mak cik ni pi la cari something yang boleh tutup sementara nak pasang tingkap baru. Tengah-tengah modified nak adjust bagi tingkap tu tertutup, dia Nampak ‘adik’ bongsu saya dekat dalam, depan tv (tapi tv tutup), tengah tengok dia buat kerja. Dia senyum ja la and sambung buat kerja. Tapi dia jadi tak selesa bila asyik kena tenung bila buat kerja.

Masa dah siap pasang, dia nak p****g wire yang dia guna untuk ikat benda sementara yang dia guna untuk tutup tingkap tu, diam mai bawah garaj untuk ambil playar. Terus pucat dia bila dia tengok adik bongsu saya tengah duduk atas buaian kat luar. Last-last, dia biar saja lebihan wayar tu tanpa d******g.

Cerita 3:
Belakang rumah tok saya ni tanah bendang. Rumah tok ni pun sebenarnya tanah bendang yang dah ditimbun tanah untuk buat rumah. Kiranya, orang-orang kat sini berbilang kaum, buat rumah atas tanah bendang masing-masing la. Selang beberapa rumah ada dua tiga biji jugak rumah cina dan india. Kebanyakan dari mereka bela anjing. Tapi anjing-anjing ni jenis tak kacau orang kalau tak kacau rumah tuan dia. Rumah tok pulak dekat dengan masjid, kiranya kalau geng-geng laki nak pi sembahyang jumaat, jalan kaki ja dari rumah tok ni. So, setiap kali waktu azan memang akan kuat la dengar azan.

Ceritanya, setiap kali azan, anjing-anjing yang ada dekat Kawasan ni akan menyalak yang mendayu, macam dalam cerita tv selalu, ‘awuuuuuuuuuu’. Selagi azan tak habis, selagi tu semua anjing bunyi yang sama. Awal-awal dulu saya tak perasan, tapi bila mak tanya dengar tak? Lepas tu, setiap waktu azan bunyi yang sama. Setiap kali tu bulu roma saya mencacak.

Cerita 4:
Ada sehari tu, kami buat bakar-bakar (BBQ). Riuh la Kawasan luar rumah. Sampai la satu waktu tu, sorang sepupu saya ni ada anak kecil (dalam 3-4 tahun macam tu). Kira budak tu dah boleh berlari sana sini la. Cakap pun dah lancer. Dalam dok main tu, tiba-tiba budak tu pi kat mak dia. “Ibu, abang tu panggil. Kesian abang tu ibu, kenapa abang tu tak dak kaki?”. Lebih kurang macam tu la dia cakap sambal tunjuk kat satu arah yang tak dak orang pun. Terus senyap semua yang dengar dia cakap tu. Last-last, program kami malam tu tamat awal, ayam dan sesej pun ada berbaki yang tak sempat bakar.

Cerita 5:
Ada sorang cousin ni. Di ani dari kecik memang ada 6ixth sense. Sampaikan kalau kat sekolah pun ramai takut nak kawan dengan dia sebab dia Nampak apa yang orang lain tak Nampak. Ada sehari tu, tak ingat kami berkumpul sebab apa. So, bila azan maghrib, kami tutup pintu tingkap dan siap-siap untuk tunaikan kewajipan solat maghrib. Selalunya, kalau kat rumah tok, akan solat berjemaah ramai-ramai kecuali ada yang terlambat sebab berebut toilet nak ambil widhu. Lepas solat, ada yang lepak dekat ruang tamu dan ada yang lepak dekat dapur.

Tiba-tiba ada bunyi macam berlari-lari atas bumbung. Ibarat macam bunyi kucing atau musang lari atas bumbung. Diikuti pula dengan tangisan anak cousin yang paling kecik. Dia macam takut sambal tunjuk-tunjuk atas bumbung. Nak sedapkan hati, mak cik sorang ni ambik penyapu and tojoh-tojoh atas bumbung, sambal buat isyarat macam halau ‘shuhhh, shuhhh’. Bunyi tu pun hilang. Tiba-tiba dengar macam tingkap kena ketuk dari luar. Pak cik sorang ni nak bukak pintu, tengok sapa yang ketuk. Cousin yang 6ixth sense tu tak bagi. Dia kata, ada pocong tengah lompat keliling rumah tok. Wallahualam betul atau tak, sebab dia sorang ja yang Nampak. Saya yang tulis ni pun rasa seram sejuk, sebab tulis pukul 4 pagi.

Kalau ikutkan banyak lagi yang saya nak story. Tapi macam dah Panjang sangat pula. Sekian, terima kasih.

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Lynn

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 13 Average: 4.2]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.