MAIN NYOROK NYOROK

Assalamualaikum dan hai pembaca fiksyen shasha. nah kali ni aku nak kongsi kisah seram yang aku alami masa zaman budak2

Masa tu tahun 2002 . aku berumur lingkungan 10tahun.. masa kecik aku banyak hidup menumpang di rumah saudara mara.. berpindah randah ni dah biasa bagi aku

Nak dipendekkan cerita selepas arwah nenek aku meninggal , tahun 2002 tu aku dan makcik aku berpindah dari kota bharu ke pasir mas kelantan dan menumpang di rumah saudara kami di situ. rumah saudara kami tu ada dua buah yang rapat sebelah menyebelah . aku tak bosan tinggal di situ sebab ada ramai sepupu sepapat yang seusia dengan ku jadi kami selalulah main bersama hari hari.. main kejar2 , tengteng , guli , mandi sungai , pondok2 dan berjalan sampai kampung seberang.. itu saja hiburan yang kami ada sebab zaman tu takde gadget & internet tapi kami tetap seronok.. Maghrib je kami balik mandi

Walaupun seronok hidup di kampung tapi yang kurang best nya kawasan kampung masatu masih banyak kawasan hutan.. aku ingat lagi belakang rumah tu ada rimbunan pokok buluh dan kebun yang luas bersambung pula dengan hutan , bila dah malam je kami jadi kecut perut nak main di luar tambah pulak nenek tua di rumah tu selalu cerita pasal rimau lah , hantu makan orang lah makan budak.. dah lah zaman tu kita femes dengan majalah mastika , gambar pontianak berdiri sebelah lelaki cina , movie momok , cerita wan maimunah jadi penanggal.. senang cerita korang sendiri pun tahu kan ?kisah hantu & seram sangat trending zaman tu.. kalau tak tahu tu maknanya korang belum lahir lagi waktu tu takpun masih budak tak tahu benda

Dalam kalut seram waktu malam , kami kadang2 buas juga.. malam2 pun ada juga kami bermain di tanah..

Gangguan tu bermula masa malam kami duk main kejar2 & nyorok2.. mula nya semua seronok je main.. sampailah part salah sorang sepupu aku kena jadi tukang cari dan kami dalam 4 orang macamtu pakat menyorok.. rule dia kami boleh menyorok kat luar rumah je. tak kisah lah ko nak nyorok celah pokok ke bawah rumah ke dalam reban ayam itik ke asalkan jangan nyorok dalam rumah sebab tu kira mengelat , auto ko kena tendang dari permainan

Masa tu aku nyorok bawah rumah bersama itik serati.. punya lah nakal kan ? aku tergelak dalam hati bila nampak sepupu aku mundar mandir cari kami sampai rasa nak terkencing pulak sebab seronok dalam masa sama takut dia terjumpa kami

Masa tu dah ada beberapa sepupu kami yang lain dah berjaya dijumpai tempat dorang duk menyorok tapi dorang masih lagi belum jumpa aku.. kira hebat jugak lah aku menyorok kan ? siapa lah yang berani masuk bawah rumah gelap2 dengan entah apa ada bawah tu. lawak pulak bila ingat balik

Tak lama tu aku perasan sepupu aku mula pergi ke arah semak dan kawasan pokok buluh sambil bercakap ” dah lah tu, aku dengar suara kau gelak jangan sampai aku jumpa kau wan ” kata sepupu aku . tapi kejap.. aku sorang je budak nama wan , lepastu aku nyorok kat bawah rumah pulak tu.. siapa pulak budak nama wan yang sepupu aku duk anggap tengah menyorok sambil gelak2 kat celah pokok buluh tu ??

Aku pun nekad nak keluar dari tempat menyorok dan panggil sepupu aku sebab tengok dia makin jauh pulak masuk ke kawasan semak yang gelap gelita tanpa rasa takut , tapi belum sempat aku nak keluar dari bawah rumah tu tiba tiba aku dengar sepupu aku menangis teresak esak kat dalam semak lepastu meraung macam budak tak cukup umur.. ishh kenapa pulak tu.. ahhh risau dah aku ni jadi aku pun bergegas lah pergi menuju ke arah dia

Ehhh bila aku sampai takde pulak nampak dia . tapi bunyi budak menangis tu masih terdengar lagi jadi aku pun masuk juga lah ke dalam semak samun dan mula menghampiri pokok pokok tinggi dan pokok buluh di situ sambil ku panggil2 nama dia.. tak lama tu baru aku perasan macam sepupu aku duduk meringkuk dekat2 pokok buluh di situ. masa tu bulu tengkuk aku dah mula berdiri tegak dan tak sedap hati tapi aku gagahkan jugak kaki melangkah demi langkah menghampiri sepupu aku tu makin aku dekat makin perlahan dia menangis

Dalam jarak beberapa meter dengan dia baru aku perasan budak tu bukan sepupu aku tapi seorang perempuan yang berselimut dengan kain sarung batik.. kenapa dari jauh macam sepupu aku tapi bila dah dekat dia jadi orang lain.. aku dah mula rasa macam nak lari sebab aku pun tahu tu bukan sepupu aku dan langsung takde kena mengena dengan sesiapa yang aku kenal kat situ

Dia perasan aku tengah mengamati dia.. dan dia pun berhenti menangis.. ” jupo kito doh kann.. heeee.. ihihihihi.. ” dalam keadaan duduk berpeluk lutut tu perlahan lahan dia dongakkan muka nya kat aku.. yaa memang sah hantu !! sebab muka dia dah lah lonjong macam orang tersalah buat plastik surgery.. pucat kebiruan pulak tu , dagu dia tu yang seram , panjang meruncing lain macam lepastu mata dia terbukak luas dan terbeliak ke atas sambil dia hala muka ke arah aku

” sekarang awak dah jumpa saya.. saya pulak nak cari awak… ” kalau aku guna loghat asal kelantan bunyi dia cakap ” loni awok jupo dah ngan sayo.. sayo pulok nok cari awok.. ”
dia dah mula nak bangun berdiri masatu lah aku terpekik sambil berlari sekuat hati . sakit nya tapak kaki aku sebab terpijak segala duri dan semak samun kat situ..

Termengah mengah aku kat tangga rumah dan aku tengok sepupu sepapat aku semua dah ada dalam rumah layan tv dan makan.. perghh menyirap aku rasa . masatu dorang tanya ko nampak hantu ke wan ? ada hantu ke ? aku pun nangis kat situ jugak tapi nak explain apa yang aku dah nampak tu aku jadi tak cukup nafas.. sambil dimarahi makcik2 kat dalam rumah.. lepastu mula lah nenek tua mencelah “aku cakap dah kan ? ada hantu makan budak kat sini , tu lah tak dengar kata !!.. jangan duk main lagi kat luar malam2..!! kenapa mu pergi kat tempat tu?? ” tanya nenek tua.. aku jawab lah ingatkan sepupu aku kat situ.. rupanya hantu sambil aku duk teriak nangis

Malam tu kami sepupu sepapat tidur kat ruang tamu , lepas aku di temu ramah pasal rupa hantu tu dan apa yang dah berlaku.. akhirnya semua dah lena dibuai mimpi.. malam tu semua dah nyenyak tidur dah cuma aku masih tak boleh nak lelapkan mata sebab effect trauma tu masih ada lagi

Dalam tengah malam tu , aku mula perasan hantu tu mengintai ngintai kami dari luar sebab rumah ni guna jendela cermin.. kalau ikutkan tinggi juga rumah ni tapi benda tu masih boleh dongakkan kepala dia sambil intai ke dalam rumah ikut jendela cermin..

Aku sebenarnya dah mula nak teriak lagi tapi takut kena marah… aku kejut2 sepupu aku semua tidur m**i haa.. benda tu dah mula ketawa kecik ” hihihi… ” sebab dia mesti perasan yang aku sorang ja belum tidur lagi dan dia pun mesti tahu aku nampak dia duk ngintai kat jendela jendela keliling rumah

” saya nak cari awaaak ni .. ” suara dia berbisik sambil bayang bayang dia terlihat dari celah jendela.. tolong lah pergi cakap aku dalam hati.. aku selimutkan diri aku dan cuba pejam mata kuat kuat.. ada lah dalam beberapa minit aku masih dengar lagi dia ketawa kecik.. ” mari lah kita main lagi… ”

Terketar ketar aku dalam selimut tu.. mungkin sebab dia bosan aku taknak layan dia.. dia pun cakap ” nanti saya cari awak lagi.. hihihihi ” dan lepas dari tu aku dah tak dengar lagi suara dan kelibat dia malam tu

Esoknya nenek tua pesan lagi sekali kat kami supaya jangan bermain lagi kat luar rumah waktu malam dan jangan main kat kawasan semak dan hutan belakang rumah tu.. situ ada hantu makan budak kata dia.. betul lah budak zaman dulu cukup takut bila orang2 tua cakap hantu makan budak

seminggu jugak kami tak main kat luar rumah , sampaikan asal tengah malam ja aku takpun kadang2 sepupu sepapat aku akan perasan macam ada kepala mundar mandir mengintai ikut jendela cermin tu.. kami jadi makin takut nak pergi jamban malam2.. lepas seminggu tu , barulah nenek tua pergi ke kawasan tu mungkin nak slow talk ke macamana dengan hantu tu. lepas dari tu gangguan tu dah takde lagi.. jadi lepasni serik dah aku nak main nyorok2 dengan sepupu sepapat aku semua . bukan sebab terjumpa hantu je tapi sebab dorang bila cari2 kita tapi tak jumpa jumpa.. dorang boleh belah naik rumah layan tv pulak.. cam hantu jugak perangai

izz

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 85 Average: 4.6]

1 thought on “MAIN NYOROK NYOROK”

  1. Seram. Kat kampung makcik saya pun macam ni lah. Belakang rumah semua pokok pisang. Bila dah larut malam pasti akan nampak jelmaan . Kerana jiran2 gemar membela untuk menjaga kebun dan harta. Serammm.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.