Makhluk Berdarah

Assalamualaikum kepada para pembaca FS. Terima kasih aku ucapkan kepada FS jika sudi menerima cerita ini.Ini baru pertama kali aku menulis di ruangan FS. Maaflah kalau cerita ini tak menarik sangat. Sekadar perkongsian kisah seram untuk semua pembaca. Cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri semasa masih bergelar siswi di sebuah universiti awam.

Kisah 1
Kisah nie berlaku semasa aku berada di tahun akhir di UMS. kami budak Art memang sentiasa sibuk. tak kira siang malam. Fakulti kitaorang sentiasa ada student. kitaorang terbahagi kepada 3 course iaitu visual,kreatif dan music.(batch 2008-2011) kami budak visual memang selalu ada di fakulti. kadang2 kitaorang tido kt studio (ruangan rehat dan kerja utk student).

Nak dijadikan cerita malam tu aku kena gi print poster utk assessment esok dan hantar assignment kat lecturer. tempat untukk print poster dan hantar assigment tu kat dewan resital. Jarak dari studio ke dewan resital takde lah jauh sangat. Tapi kawasan dewan resital tu agak gelap tambahan pulak bila malam. Dewan resital tu dalam fakulti kitaorang je. Entah kenapa malam tu aku rasa sunyi sangat.

Biasanya kat dewan resital nie kadang2 ada student kreatif yang dok practice teater, tapi malam nie aku takde nampak sorang pon student. Sambil jalan sambil berbakul-bakul aku membebel kat lecturer aku. Dahlah dateline hantar assigment sebelum jam 12 malam. kalau antar esok p****g markah. aku tengok jam, pukul 10.30 malam. huh awal lagi… Aku pon percepatkan langkah. Tapi serious seram malam tu…rasa sunyi sangat. Dahlah gelap.. Tengah dok jalan tu, tiba-tiba aku terbau sesuatu yang sangat busuk. Macam bau bangkai gitu.. Dalam hati tak rasa apa-apa lagi. Aku teruskan berjalan buat-buat tak tau je…Aku teruskan jalan, tak lama nak sampai dah. Kebetulan aku dah sampai kat laluan ke dewan resital.

Tiba-tiba dalam jarak 10 meter kat depan aku, ada lembaga yang besar dan hitam. Ah sudah…. dan masa tu juga kaki aku tak leh gerak. (terpacaklah aku kat situ macam patung cendana) dalam samar-samar gelap tu aku nampak lembaga besar dan hitam tu macam menggawang-gawangkan tangan dia.. memang masa tu aku tak tahu nak buat apa. Kaki aku kaku. Aku nampak lembaga tu berjalan ke arah aku.. Bila makin dekat lembaga tu dengan aku baru aku nampak rupa lembaga tu..

Rupanya macam lelaki. Seluruh tubuh dia berdarah dan baunya hanyir d***h dan busuk. Aku pejam mata aku untuk kumpulkan kekuatan. Aku baca je ayat Al-Quran yg terlintas kat kepala aku. Bila aku rasa dh ok sikit, perlahan-lahan aku mengundur selangkah demi selangkah. Bila dah jauh sikit apalagi pecut lah..(kalah Usain Bolt aku pecut). Aku terus balik ke studio. Masa tu aku tak fikir dah pasal assigment yang nak kena hantar tu. Nak p****g markah pon p****g lah.. Aku tak peduli. Aku terus duduk di kerusi kat meja aku. Rasa nak terkeluar jantung aku dek memecut tadi.

Tiba-tiba kawan aku tepuk bahu aku, punyalah terkejut aku dibuatnya. Dia tanya kenapa muka aku pucat. Aku kata takde apa2. Dia tanya aku dah gi hantar ke assigment tu. Aku tak jawab, terus aku amik assigment tu dan bagi pada dia. Nasiblah kawan aku nie jenis supporting. Dia kata takpe biar dia yang hantarkan assigment tu. Syukur Alhamdullillah..

Itu lah kisahnya pasal makhluk berdarah. Tapi seingat aku masa mula2 aku masuk U dlu, ada senior aku bercerita pasal makhluk berdarah nie. Tapi biasa lah budak-budak, mana nak dengar pesan orang tua-tua. Mengikut cerita senior aku kat dewan resital tu memang agak keras sikit. Semasa pembinaan dewan resital tu ada pekerja yang m**i terjatuh dari atas dewan tu.. Tak taw lah betul ke tidak tapi tu yang senior aku cerita. Maaflah kalau korang rasa cerita nie tak menarik..

Kisah 2
Kisah nie berlaku semasa aku dalam second year. Kejadian seram ni berlaku semasa kami semua pelajar VT (Visual Technology) menyertai xtvt eksplorasi seni visual di Pulau Libaran Sandakan. Perjalanan dari KK ke Sandakan betul-betul memenatkan, tambahan pula bila sampai di Sandakan kami terpaksa menaiki bot utk ke pulau libaran.

Sampai di sana seperti biasa kami disambut oleh Ketua Kampung dan penduduk. Kami ditempatkan di kawasan sekolah. Selesai memasang khemah di kawasan sekolah maka bermulalah aktiviti kami. Hari pertama dan kedua semuanya berjalan lancar. Kejadian seram berlaku pada malam hari ketiga.

Pada malam itu penduduk kampung mengadakan majlis makan-makan untuk para pelajar dan pensyarah. Majlis berjalan dengan lancar. Acara kemuncak pada malam itu ialah persembahan “Berunsai” oleh penduduk kampung. Selesai semua acara kami semua balik ke khemah masing2. Waktu sudah lewat malam kira-kira jam 11.30 malam. Malam tu ada penduduk kampung yang mengajak kami ke pantai untuk melihat penyu bertelur.

Kebetulan waktu tu musim penyu bertelur di kawasan itu. Dalam jam 12.30 pagi beberapa penduduk kampung dan pelajar yang pergi ke pantai untuk melihat penyu mendarat di pantai. Ketika kami sampai suasana pantai yang gelap dan hanya bunyi ombak. Kami dipecahkan kepada beberapa kumpulan. Dalam asyik mencari port penyu bertelur tu tiba-tiba mata aku terarah ke kawasan tepi pantai.

Aku terpandang sesuatu di kawasan itu. Aku ingatkan tunggul kayu tapi bila diamati betul2 rupanya ada lembaga yang berambut panjang duduk dalam keadaan mencangkung membelakangkan laut. Lembaga itu memerhatikan kami dengan pandangan mata yang tajam. Makhluk itu seakan-akan mahu menerkam kearah kami. Bola matanya yang berwarna merah dan rambut yang menggerbang cukup menyeramkan. Aku cepat2 memandang kearah lain dan mengajak kawan aku pergi dari situ.

Yang peliknya kawan aku seolah-olah tidak nampak makhluk tu. Kami terus balik ke khemah. Malam itu aku tidak dapat tidur dan rasa seperti ada mata yang memerhati. Keesokannya kami berangkat pulang ke kampus. Selang beberapa hari selepas itu, aku ada bertanyakan kepada kawan aku, adakah dia nampak penampakan seperti yang aku nampak. Dia kata dia tak nampak apa2 pun…. aku malas nak jelaskan panjang2 kat dia, aku diamkan je…Biarlah peristiwa tu menjadi pengalaman hidupku…

Sekian… sampai disini saja cerita yang nak kongsikan..

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rina

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]

7 thoughts on “Makhluk Berdarah”

    • Amboi mcm apa lagi komen. Dh tu minat dia. Art ni ada mcm2 jenis dia ambik visual art kalau terangkam kat hang pun hg tkkn faham sebab hang jenih manusia yang cakap xguna akai kira nak kecam ja.

      Reply
    • fuh komen ang. kita komen dlm ni walaupun x tau hang sape, tp kat akhirat esok ape je yang ang tulis dipertanggungjawabkan kat padang masyar esok. 1 umat manusia boleh tengok. kite dah sakitkan hati orang, ssh nak mintak maaf. so berhati hati dlm menjaga tangan dan mulut

      Reply
  1. tima kasihlah pada yang back-up saya. alhamdulillah, amik art pon takper….Rezeki ALLAH SWT yang pegang…

    tima kasihlah bro, utk pengetahuan ko yg gaji berlipat ganda banyaknya dari aku…setakat ni, aku masih boleh berbakti kat mak ayah dan keluarga lagi. alhamdulillah, budak art mcm aku ni diberi rezeki utk pegang gaji 3 angka lagi setakat ni. lubang rezeki ada kat mana2, tak semestinya yg keje best2 jer dpt buat duit.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.