Maafkan aku sekiranya cerita ini tak berapa nak seram.Cuma nak kongsi pengalaman aku kena ‘sakat’ beberapa hari sebelum puasa.Sebelum ni asyik nampak org lain kena, tak sangka kali ini aku yang ‘terpilih” dan aku kira ini mungkin petunjuk kepada ‘masalah’ yg tempat aku belajar alami sekarang ni.Tiada siapa yg tahu kisah ni.Kira koranglah org pertama tahu..
Nama aku Amri(bukan nama sebenar).
Aku merupakan seorg pelajar di satu institusi awam di pinggir Kuala Lumpur. Jurusan apa?aku bgtau ‘hints’.Kursus aku ni 5 tahun ,itupun klu tak ‘extend’ lah.2 tahun pra klinikal dan 3 tahun klinikal.Tahun2 klinikal ni mmg agak ‘hectic’ dan sibuk sikit sbb ada ‘requirement’ yg perlu dipenuhi utk membolehkan aku grad.tu satu.Satu lagi pensyarah2 tahun klinikal ni boleh tahan garang juga la.
Macam singa pun ada.Tapi aku tau depa garang bersebab beb, diorg sygkan kami semua..so memang kena mcm bapa2 dan mak2 sikit (done coverline..he..he.).
Fakulti aku ni nama jer ipta tapi masih menyewa di bangunan 18 tingkat.Fakulti aku dok sewa dari tgkt 15 sampi 18.Kami para pelajar ada poliklinik sendiri di tingkat 16 dan 17.Dalam setiap poliklinik ni, ada 30-35 kubikel,dan setiap kubikel kena kongsi 2 student utk buat latihan praktikal.
Di kubikel nilah kami buat rawatan pd pesakit..cabut,tampal,cuci ,pasang hat palsu.Rasanya hampa tau dahkan aku ambil kursus apa.
Tingkat 10 hingga 14 plak,fakulti lain.Di sini sini mcm2 ada..dari makmal sains biasa hinggalah ke muzium anatomi.Muzium anatomi ni yang depa simpan mayat yg kena awet,untuk pembelajaran.
Serius cakap,mayat yg dah kena k***t ,label bagai ni taklah seram sangat bak hang.Yang masih dok sempurna duk dalam tong formalin tu haaa…hampa tgk,hampa blh rasa nak terkencing.kalau nasib baik,dia ikut hampa dlm mimpi naa….ha..ha.
Fakulti aku ni dah lama menyewa bangunan ni sejak 2006 kalau tak silap.dah 13 tahun weyy.Sepatutnya dengan jangka masa macam ni,kami dah pindah ke bangunan sendiri..mcm universiti lain.Aku tak kisah sangat sebab tak lama lagi aku dah nak habih blajaq tapi kesian lah kt junior2 dan pensyarah2 kami yg duk terperuk kt sini lama(aku syg pensyarah aku..he..he).
Rasanya sebelum fakulti aku ni mai sini..bangunan ni dah kosong lama,dan terbiaq lagu tu ja.Itu yg senior2 habaq kt aku .So korang faham2lah na klu dah lama kosong tu..mesti dah ada ‘penghuni’ asal sebelum kami.Aku pun tak brapa tau sangat kenapa fakulti aku masih duk tang ni.Tak pindah2.Dengar macam sejak beberapa tahun lepas,dah ada kontaktor yang dilantik..tapi asyik kensel jer.
Bila depa mai meeting sini,lepas tu tarik diri.Benda yg sama jadi kt kontraktor lain.Lantik kansel,lantik kansel.Pi mai pi mai,duk tang tu juga.Ni yg aku dengaq dari sumber2 yang boleh dipercayailah..well,aku ni student ja so tak brapa reti sangat hal kontraktor2 ni..ha..ha.Yanga aku tau,kontraktor ni yg buat bangunan tu kan?
Klu nak diikutkan,banyak dah kejadian2 angker yang jadi kt sini.Tempat dah terbiar lama ditambah pula dengan jasad2 kt muzium anatomi tu..mmg pakej lengkaplah kan.hi..hi.Yangg paling femes kt sini adalah penampakan ibu dan anak.so far aku tak pernah jumpak lagi,tp ramai yg dah nampak kelibat dua beranak ni di ruang parkir waktu senja, di pejabat tingkat 15 dan mcm2 lagi.
Tapi itu kejadian 3-4 tahun lepas.Dan senyap jer lepas tu. Tapi start tahun lepas ,benda2 ni buat comeback plak sampailah sekarang.Bermula dari kawan aku kena rasuk waktu malam aktiviti pelajar ,di ikuti dengan staf kena sampuk 3 bulan lepas tu ..then ada yg menyerupai senior aku plak.adoi,macam macamlah.Tapi aku x pernah alami sendiri..sampailah satu hari tu dia munculkan diri depan aku. dan aku rasa ada hubungkait kenapa fakulti aku terus “stuck” kt sini.
Hari Kejadian
Lepas klinik biasalah,kena kemas dan cuci peralatan rawatan sendiri.Waktu tu dalam 530 ptg.Aku tetiiba terdengar bunyi pelik di poliklinik.Aku org terakhir kt situ sebab lambt siap. Semua org dah blah. Ah lantaklah.tak kisahlah cuci sorang2.
Janji siap kerja aku hari ni..sayup2 terdengar mcm bunyi plastik kena keronyok..mcm org buka bungkusan megi.korg mesti taukan bunyi dia mcmcmana.Takkan ada org masak megi kt sini kot..ngarutlah kan. Aku cuba cari punca bunyi tu.
Rasanya dari area hujung klinik dekat pintu keluar.Bunyi semakin jelas.Di selangi plak dgn bunyi seolah2 seseorg sedang menghirup air dgn gelojoh…slurrrp,,,slurp.Hidung aku tercium bau mcm bangkai. Cari punya cari,dari hujung mata nampak seseorg mcm tengah selongkar yellow bin (bekas utk buang sisa2 klinikal yg dah terkena d***h,kapas yg dah diguna sebagainya).
Eh..takkan cleaner angkut smpah kot.Gelojoh benau nampaknya.Tetiba bulu roma aku naik tegak.aku rasa tak sedap hati.mampus!!korg tau apa yg aku nampak? Kelibat perempuan berbaju putih lusuh rambut panjang sampai ke lantai sambil mencangkung sedang jilat2 kapas yg ada d***h..lidah punya panjang mak datuk!!.Siap boleh perah lagi kapas tu ,tadah pi mulut dia!!.aku mmg kaget..badan rasa x blh bergerak bila cuba utk berundur.
Aku harap dia tak perasan aku sedag ‘usha’ dia.Waktu ni rasa nak terberak,terkencing,termuntah semua dok ada .Aku cuba bertakbir tapi lidah ku amat kelu.Rasanya semua organ2 badan aku termasuk organ pembiakan dah berhenti berfungsi wktu ni.Cuba utk baca ayat2 suci di dalam hati tapi semuanya tunggang langgang dek ketakutan.Aku tutup mata tapi tak berjaya.
Tiba2 pompuan tu berhenti menjilat..ah sudah!,dia dah tahu ke aku tgh usha dia.Badan aku still mengeras aku tp masih mampu utk berdiri.Toleh kearah aku plak!!.Muka tak hodoh mana mcm biasa ja minah ni tapi pucat nak mampus.aku masa ni bertawakkal jer lah,mungkin dia masih lapaq d***h lagi ..tak cukup dlm yellow bin,nak hisap d***h aku kot,taulah aku ni chubby .
Dia “Sdh smpi masanya kau tau perkara sebenar”,
Aku “eh,mulut dia tak bergerak pun tapi lagu mana aku boleh dengaq sora dia ni?”
Aku cuba berkata2 tp badanku kaku
Dia” aku tak akan lepaskan kau semua pergi dari sini..kau bawakan makanan utk aku dan anak2 aku,masakan aku tidak gembira?Sampai korang m**i pun aku tak akan lepaskan kamu!”..
Makanan?ah sudah apa yg dia dok merepak wahai setan oiii.Aku terus cuba utk melaungkan takbir.Pada masa yg sama ,terus layan repekan dia ni,renungan dia makin tajam, gila,bulu roma bukan tahap nak meremang dah,tp mcm nak tercabut dari kulit jer …adoi.
Dia”aku dah masuk dlm badan pompuan hari tu..bagi amaran,takkan kamu tak faham!!!Tolong jangan kacau anak2 aku main di sini!!”
Yer.Memang aku tak faham
Dia “Aku suka kamu di sini.kamu manusia lemah!! Setiap rancangan kamu utk pindah,pasti aku akan gagalkan.”
Aku terpaku.langsung tak faham apa dia dok merepek sorang2 ni.Habislah klu dia pi hisap d***h aku.Matilah aku mcm ni.Terbayang wajah pak ,mak adik2 aku kat kampung tu.Takut tak sempat plak nak beraya sama depa..
Dia “Aku akan ganggu sesiapa saja yg cuba bawa kamu pergi dari sini.Aku nak kamu di sini sampai kiamat!!”
Dia”aku suka d***h kt sini…segaarrr”
Dia semakin menghampiri ku.wajah pucatnya semakin jelas,matanya semakin merah..dari bibir smpi ke dagu,habis basah dengan d***h..ketul2.kepalanya bergerak kekiri ke kanan seolah2 hendak tercabut dari badan dan…
Gelapp!!
Aku terjaga ketika azan magrib berkumandang..Terasa dadaku berat sekali..kemejaku bermandi peluh.Kepala rasa amat berat mcm nak meletup.Nafas pun pendek2 jer.Aku terlentang di lantai klinik.Aku tampar pipi kanan aku sekuat hati…sakit la!!.Sah aku hidup lagi.Alhamdulillah.Aku pandang sekeliling..minah tadi tu dah takder.Jam di tangan menunjukkan pkl 730 petang.Yer,aku sorg di sana.
Tiada org lain.tanpa berlengah ,dengan susah payah,semput semua,aku terus menuju ke lif untuk ketingkat 8 dimana aku meletakkan motosikal ku.alhamdulillah,perjalan ke asrama tidak diganggu oleh setan tu lagi.Serius badan aku menggeletar..
Sekarang
Kejadian ni aku tak bagitau pada sesiapa.Kiranya koranglah orang pertama yang tahu.sekarang ni,setiap kali lepas klinik..aku tak boleh tgk d***h,,mesti nak bersihkan.Hatta kapas yg berdarah tu pun aku siap cuci guna air paip sebelum buang ke yellow bin.Aku juga akan pastikan plastic kuning tu ikat ketat2.Kawan2 cakap aku dah buang tebiat..ah lantaklah.
Bukan korag yang kena!!setakat ni,pensyarah aku tak tau lagi aku buang tebiat ni.Aku memang tak nak jumpa lagi dgn makhluk tu..cukuplah sekali.Dan aku juga pastikan aku tak berada lebih daripada pkl 5 di klinik tu kalau aku sorang2.Taubat lahum!!
Cuma aku seringkali terfikir apa yg setan tu maksudkan dengan tak akan lepaskan kami pergi.Apa maksud dia weyyy?.Adakah dia tujukan khas pada aku,,,tak nak bagi aku grad?atau dia tak nak fakulti aku ni berpindah ke tempat lain?setan ni ada kaitan ke dengan penarikan diri kontraktor2 utk projek kampus tetap fakulti aku ni?
Sekarang ni aku beranilah sikit,sebab bulan puasa.Lepas raya nanti,aku tak tau nasib aku mcmana.kena kacau lagi ka tak.mungkin kawan2 aku plak yang diganggu.Apa2pun aku serahkan segalanya pada Allah SWT.Dia yg tentukan segala galanya…
Hantar Kisah Anda: fiksyenshasha.com/submit
Follow Whatsapp FS KLIK SINI
macam dalam dalam filem harun sundal malam pulak.
hantu ceritakan semuanya.
Best👍
Aku tau tempat ni, USIM yang sewa buat dental hospital kat sebelah MPAJ. Memang bangunan dia dari luar nampak usang, tiba2 ada hospital kat dalam.
Kah kah… apa punya mengap la hantu tu… dia pegi cerita kat hang buat apa? Bukan hang bleh buat apa pun.. patut dia pi explen kat dekan U hang… buat meeting ngan menteri pendidikan tinggi… baru la betoi… haha… tapi mmg serammmm… aku bleh bayang hang panik sampai kejung kat situ…
hantu tu xnk korang pindah la..senang carik makanan d***h tu..pemalas tol hantu tu
Hantu tu x nk hospital tu kna pindah..jgn isaw..hg grad la mcm biasa…x kan la sampai bjanggut hg kt situ….
Antu tu nk repair gigi & cabut gigi free la tu…x abis2 prangai subsidi…dr idup bawak ke m**i…
Dia nk merasa pakai braces la tu. Skrg kan trending.
citer ini sgt wow dan lazat ada scene dialog guna bahase hati bukan beyse2 so 5stars
wow seram bak ang