Makhluk Golum di Asrama

Tiba-tiba aku teringat satu pengalaman menakutkan yang terjadi pada tahun 2001 di salah satu institut kemahiran di Kulim, Kedah. Memang kelaziman penjawat awam macam aku ni, diwajibkan hadir kursus induksi setelah mendapat jawatan tetap. Ia merupakan kursus wajib bagi membolehkan aku mendapatkan pengesahan dalam jawatan dalam tempoh beberapa tahun.

Ini merupakan kisah benar dan aku share sekadarnya agar kita sentiasa berhati-hati bila sampai dan menginap di tempat baru.
Sampai saja pada hari pertama kursus, peserta diminta utk register kehadiran dan diberi kunci bilik. Aku dapat satu bilik top floor yang memuatkan dua (2) katil dan roommate aku juga kenalan baru tapi dalam skim yang sama.

Standard bilik asrama pelajar yg kosong sebab pelajar bercuti dan digunakan sepanjang tempoh sebulan untuk kursus tersebut. Kawasan keliling asrama adalah hutan dan juga dipenuhi tanaman pokok kepala sawit. Memang lokasi institut ini agak pedalaman. Bila pelajar balik kampong time cuti memang sunyi betul kawasan institut. Peserta kursus yg hadir pon tak berapa ramai, adalah dalam 150 org termasuk lelaki dan wanita.

Kursus berjalan dengan baik, takder hysteria ke, kena sampuk etc. Satu hari, waktu makan tengahari ada peserta buka cerita kena kacau dalam bilik. Ada kelibat menunjukkan diri waktu malam dalam bilik dia. Lokasi bilik dia di top floor sebaris ler dengan bilik aku. Jadi aku pasang telinga dengar cerita dia sebab aku memang minat cerita-cerita mistik ni.

Dalam seminggu cerita ni diceritakan oleh peserta dari bilik lain pulak. Macam ada pattern pulak pergerakan kelibat ni sebab pergerakkannya adalah dari bilik ke bilik. Tapi aku tak berapa beri perhatian sangat sebab aku anggap takkanlah hantu melakukan ziarah macam tu.

Sampailah satu malam tu, roommate aku tak tidur dalam bilik malam tu. Dia pergi lepak bilik kenalan lama dia kat first floor. Aku macam biasa buat aktiviti sendiri, siapkan tugasan yang diberi. Takder rasa apa-apa pon masa tu. Cukup time, siap tugasan aku siapkan katil, tidurler …. apalagi kan …. Memang takder buat langsung adap tidor malam tu. Tidur dalam keadaan tak amalkan sunnah tidur. Boleh terlupa pulak. Mata pon terlelap. Dalam pra tido tu aku macam perasan ada kelibat duduk bertinggung kat hujung katil. Rupanya tak berapa clear tapi macam iras-iras gollum, watak dari movie Lord of The Ring tu …. Tapi dia memerhati jer, aku pon terus tertidor.

Aku tak ingat dalam pukul berapa, rasanya dalam pukul 2 atau 3 pagi. Bukan main sejuk rasa, yelah sebab keliling kan hutan dan sawit. Dengan kabus memang sejuk habaq hang. Tarik ler selimut. Dengan tak semena-mena aku dapat rasa selimut aku kena tarik. Tarikannya amat sopan sekali. Selimut ditarik sedikit demi sedikit. Aku perasan kejadian ni. Memang dalam keadaan sedar. Bilik gelap sebab memang aku tutup lampu, cuma ada sedikit cahaya dari koridor dan lampu jalan.

Selama ni aku tengok movie jer bab hantu tarik selimut ni. Memang betul woi, hantu (jin) memang boleh tarik selimut. Malam tu pulak, aku tidor pakai kain pelikat. Selalu kalau tidor pakai kain pelikat ni, aku akan simpul hujung kain biar tak terselak mana yg patut. Tapi malam tu memang lupa segala amalan la, memang dah nak kena nak buat camana kan….

Memang romantik cara dia tarik selimut, slow and steady. Takder satu suara pon yang keluar dari mulut dia, mulut aku lagi la terkatup habis. Bila dah terdedah anotomi badan aku (lengkap berpakaian), kau teka dia buat apa??? Dia selak kain pelikat yg aku pakai pulakkkkk ….. jahanam aku cakap, ternoda aku malam ni …. Cuma tak dapat dipastikan hantu tu lelaki ke pompuan. Cara dia selak pon amat romatik sekali, lemah lembut sedikit demi sedikit. Tak berapa lama terdedah la anotomi tubuh aku yang natural.

Aku memang tak leh nak bergerak dah, mcm kena pukau tapi dalam keadaan sedar. Dia meneruskan aktiviti dengan bermain alat kelamin aku. Dapat aku rasa jarinya runcing dan sejuk. Takder pulak aku rasa ada kuku tajam dan sebagainya. Entah macamana aku dapat kekuatan untuk menendang, tak kira dah tendang apa, janji aku boleh terlepas dari terus dinodai.

Terus lompat dari katil ,aku buka lampu dan tengok sekeliling, takder apa-apa. Betulkan kain yang aku pakai, check kot2 ada d***h ke apa, alhamdulillah clear. Terus aku buat adap tidur, baca 4 kul, sapu seluruh badan. Aku ulang 3 kali. Baca ayat kursi dan semua yg aku boleh baca aku amalkan. Lampu aku biar bukak. Berkat amalan tu tidor nyenyak takder gangguan.

Besoknya waktu makan tengahari aku pulak jadi penglipur lara cerita kejadian tu. Habis dibantai gelak dek kawan-kawan aku. Mangsa noda jin kata mereka. Hampeh betui ….

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Aidil Galaksi

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 37 Average: 4.6]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.