Sedikit intro untuk reader baru. Aku dah submit 5 pengalaman aku masa kecik ngan masa muda sikit-sikit. Kalu tak baca dari awal, memang tak faham la, bak kata Kak Siti Zubaidah dalam komen episode 5. Nama aku M. Lelaki. Umur 30 tahun. Aku ngan sepupu aku Sepul ngan Jerry, boleh Nampak makhluk ni sampai sekarang, tapi limited; sebab bloodline dari Atok aku. AKU NI KALAU NAMPAK AKU JADI PENAKUT. JANGAN BAYANGKAN AKU HERO DALAM INI CERITA. Hahaha
KISAH 6 – MASIH LAGI ZAMAN GONJENG BERSAMA SEPUL
Ni kisah masa kitorang sekolah rendah. Masa zaman kecik-kecik. Aku rasa darjah 3 ke 4 camtu. Masa tu masa Hari Raya puasa. Sebab masa tu je la pun balik kampung dapat jumpa Sepul. Kitorang lepak berdua. Sila open-minded eh baca kisah kali ni. Kitorang masa tu jalan-jalan kampung. Biasa la, dua budak KL bila balik kampung macam-macam perkara kami nak buat. Tapi kami pernah tengok ayam hidup eh bukan macam dalam FB viral tu. So masa tu raya ke-2, da letih makan ketupat lemang ni semua. Breakfast, lunch, dinner, gi rumah orang lauk sama je. Nak makan benda manis la yang bukan kuih raya. Balik-balik tart nenas, kuih kapit, semperit. Boring kot. Kedai ABC, kedai kuih semua tutup. Raya lagi kan.
So si Sepul ni buat satu plan yang sangat genius pada waktu itu. G amik kuih bulan dalam Tokong Cina. Sebab kat kampung kami masa tu ada tokong yang besar dia muat dalam 10 orang masuk je. Kitorang dah perasan lama kalau ada orang masuk sembahyang mesti dia bubuh limau, biskut kacang, dengan apam manis warna pink atau putih. Apam manis tu terdedah so kami takut kotor kena colok. Yang kuih bulan tu dalam kotak tu berbalut plastik. Kalau Tauke kaya mesti letak sekotak. Kat kampung banyak Tauke kaya. Sehari mesti ada sekotak dua. Budak-budak mana fikir sangat hal boleh ke tak masa tu so aku on je la. So kitorang target lepas Isyak; teori dia Atok ada. Kalau kena sampuk dia boleh ubatkan. Cetek pemikiran kami kan? Heh.
So lepas je bagi salam masa Isyak kat surau, kitorang dua terus gi kat semak kat tepi Tokong tu. Tokong tu malam-malam pasang lampu mentol oren, biasa tutup pintu malam tapi pintu tu takde berkunci. Macam pintu koboi tapi full length bukan separuh-separuh. So kitorang tengok takde orang lalu lalang, aku tarik pintu, Sepul masuk, patutnya aku tengok kalau ada orang datang. Macam perompak tak? Tapi lepas tu Sepul panggil sebab tak sampai. Sebab kuih bulan tu atas para. Kalau orang dewasa sampai la. Aku masuk lepas tu aku dokong dia. Tengah dokong tu, tiba-tiba pintu tutup gedebang. Aku tolak tak mau. Sepul sepak pun tak mau bukak. Macam kena kunci dari luar. Kan tokong ada lubang-lubang kecik kat dinding, tak de orang bila intai.
Tapi tiba-tiba angin sejuk masuk celah lubang tu. Tiba-tiba patung dalam tu semua bergetar. Patung Kuan Yin (ok jap lagi korang tahu mana aku kenal Kuan Yin) keluar air mata darah, bunyi perempuan nangis. Aku takut gila. Memang nak terkencing dah. Aku terus-terus sepak pintu tapi takmau buka sampai la Sepul ni baca surah al-Fatihah baru la aku tendang terbuka pintu. Kitorang terus lari balik rumah Atok. Sampai-sampai Atok kat luar rumah lepas tu tegur kitorang senyum-senyum, “tau takut. Naik atas pergi mandi air limau dalam baldi.” Lepas mandi, Sepul ajak aku masuk bilik belakang. Nak tau? Dia sempat ambil kuih bulan tu. Kat sini nak bagitahu anda, mitos kata kalau kita makan makanan Tokong jadi gila, tu Wallahualam tapi masa kitorang makan, takde gila pun, Iman tak terpesong pun. So pilihan masing-masing. Hahahahaha
Kisah kali ni pendek, bosan dan tak sampai klimaks pun. Ini kisah yang terakhir. Bukan apa, kalau nak ikutkan sampai kisah 400 pun aku boleh kongsi. Tapi dari episode 3 dah ramai suruh aku stop dalam comment kata cerita tak best, pendek, dan macam-macam lagi. So memenuhi permintaan ramai, aku stop la kejap. Tengok la seminggu dua atau sebulan dua atau stop terus. Aku nak bagitahu yang kata aku tak best, cerita pendek; tu semua sukacita aku nak bagitau dalam episode 1 aku da terangkan bahawa ini perkongsian apa yang aku alami sepanjang hidup bersama makhlus halus.
Kalau nak best, boleh je aku tulis Cerita Rekaan. “Pontianak itu terbang di sebelah aku, aku berlari sepantasnya kemudian terjumpa Pocong yang melompat bersama Langsuir terbang ke arahku.” Itu menarik tapi bukan pengalaman aku. So sebab tu la kisah aku tak best tak menarik. Kalau nak panjang, aku pun tak tulis Cerpen. Kalau cerpen ye la berjela sampai 14,000 ayat pun boleh. Tapi kalu ko jumpa makhluk halus, sempat ke nak ingat detail? “Sedang aku berlari, bajuku dikoyak oleh Pontianak sepanjang 3 inci setengah sebanyak 3 garisan dan aku jatuh tersadung batu berwarna putih sebiji dan warna hitam dua biji.” Kalau boleh aku salute. Hehehehe
Tapi aku nak explain beberapa watak dalam ni sebelum aku habis menulis. First Atok aku. Dia ubatkan budak-budak yang kena tegur, kena sampuk etc. Dia memang asal Indonesia, belajar perubatan hantu-hantu ni, menuntut ilmu, sebab nak ubatkan orang. Datang Tanah Melayu masa zaman perang, ada orang kaya Indonesia bawak dia sebab anak Orang Kaya tu kena sampuk. Secondly Sepul. Cousin aku paling rapat. Jiran aku. Bestfriend aku. Tu saja.
Cindy. Nama masa dia masih Kristian is Lucinda Kathlyn XXX XXXXXXX. Da kawin aku suruh dia tukar nama Peah binti Abdullah so senang masa akad nikah. Tapi dia taknak. Dia nak pakai nama yang sama juga. Kesian Tok Kadi berbelit lidah nak sebut. Ni panjang sikit. Dia isteri aku. Pada yang susah payah cari kisah dia, memang takde sebab dia bukan hantu perempuan. Heh heh. Aku kenal masa form 1. Kenal sebab Ayah dia keje di sebuah bank Belanda cawangan Singapura, Ayah aku kerja bank yang sama, tapi cawangan Malaysia. Nama bank sila google ye. Ayah Cindy rakyat Belanda. Mak dia asal Sabah. Cindy cakap Bahasa Malaysia dialek Sabah dia pekat. Tak boleh cakap Bahasa Malaysia normal. Dia kerja di bank Belanda yang sama, cawangan KL, office sama ngan Ayah aku, Cuma lain department. Sampai sekarang. Masa aku form 2, Mak dia meninggal. Dia tinggal dengan makcik dia kat KL sebab dia taknak ikut ayah dia tinggal Singapura.
Nama aku M. 30 tahun. Lelaki. Kerja di bank Amerika cawangan KL. Boleh Nampak makhlus halus dari umur 6 tahun. Sepul pun sama. Tapi very limited kebolehan kami. Aku pernah mintak Atok tak bagi kitorang Nampak masa umur 13 tahun. Tapi Atok brainwash kitorang kata guna kelebihan ni bantu orang lain bila dah besar. And aku sekarang guna kelebihan ni tolong budak-budak sekolah kalau main longkang ke, kalau gi pantai ada hantu air aku warning orang ramai, kalau kat jalanraya nampak aku boleh slow kan kereta, macam tu la. Yang penting aku leh jaga Cindy ngan anak aku sebab kita share bumi ngan alam lain kan, so kita boleh berjaga-jaga.
Ok yang ni aku nak jelaskan. In fact, aku lahir dari perkahwinan campur yang macam-macam. Mak aku Chindian. Grandpa aku Cina, Grandma aku India tapi amalkan agama Buddha. Sebab tu aku kenal sangat Kuan Yin sebab diaorang pengikut dewa tu. Masa kecik, kalau setiap kali diorang bakar colok, aku nampak ada makhluk halus keluar dari patung makan asap dari colok tu. Masa aku umur 15 tahun, dua-dua sempat masuk Islam sebelum dua-dua meninggal. Belah ayah pun campur. Atok aku Minangkabau nenek aku Jawa. Campur juga kan? Ayah mertua aku keturunan Belanda. Mak Mertua aku asal Sabah kaum Murut. Dalam episode 4 ada yang panggil aku racist sebab aku cakap mak Cindy kaum Murut ni amalkan animisme, memuja roh. Aku bukan reka cerita atau saja kaitkan kaum dan bangsa dalam ni.
Masa aku nak nikah, ayah Cindy insist aku jumpa nenek Cindy. Aku kena fly gi Kota Kinabalu, naik helicopter gi Tenom, naik 4×4 2 jam lebih, jalan kaki masuk hutan baru sampai rumah nenek dia. Rumah u rumah panjang dalam 5 family je kot. Aku cut short. Nenek dia kata even IC diorang tulis Kristian la, Islam la, tu sebab JPN punya staff yang letak. Diorang masih puja batu besar; besar lori ada tu, tapi bentuk buaya siap mata ngan sisik sekali. So diorang masih mengamalkan animisme. Aku hanya kongsi pengalaman. So kalau nak kata aku racist, maka aku menghina tok nenek aku dan isteri aku, celah mana nak racist? Hehehe
Ok lah. Kak Yulie, Nurul Azlin dan pembaca yang lain, terima kasih pada yang sudi membaca dan menyokong 6 episod. Assalamualaikum
- hantar kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
Bro..lu pnya story dari first smpai yg latest ni mmg terbaiiikkk dari ladang dan lautan dalam..hahaha
Bro , cerita u antara yg the best I follow kat sini sbb based on real experience. Personally, I harap u sambung berkongsi pengalaman u.Lebih prefer baca pengalaman sebenar daripada cerita rekaan/ditokok tambah.
From ,
A person who likes your experience.
Mcm mana arwah atuq blh tau ek?
Atok ade informer jd tukang habaq tu…
Cemerlang atok siap dh prepare air limau soh mandi tu…
Bestnye ade atok cmtu kaaannn…
Mmg heiPENING dunia…
I read all your stories bro. Kadang gelak teruk kot. Better u buat fan page kt fb/ blog. Senang org yg follow u baca.
Aku mmg suka cite ko..ayat sempoi..mudah phm..Aku bg setiap cerita ko 5 bintang
Short story dr pengalaman sendiri better than cerita yg direka2..
writer…next story mention laa nama aku pulak..aku pun follow dari first huhuhu…(lol yg tu gurau je tp follow dari first tu serious)
hebat life ko ni. aku envy but at the same time aku takut nak ada kebolehan mcm ko. looking forward for the next entry dari kau, yg cakap xbest tu biasalah. haters gonna hate. heaters gonna heat. assalamualaikum
Mr. M , kami dh follow kisah awak dari awal lagi.. best kot..best sbb dari pengalaman sendiri.. harap dpt diteruskan.. nak puas hati semua org tak boleh.. yg penting kami support mr.M.. teruskanlah
Ceq lbh suka cite Mr.M dr cite yg ntah apa2 merapu meraban ayt tunggang langgang…nk fhm pown sush…hrp dpt la smbg lg ye,cte pnglaman sndri tu…tq
“So kitorang target lepas Isyak; teori dia Atok ada. Kalau kena sampuk dia boleh ubatkan. Cetek pemikiran kami kan?”
—ini cerdik namenye…berpikiran jauuuhhh…buat keje nakal tp dh ade back up planning, hahahhahah…
M…
Ko ni baru REAL LOTS OF MIXXXSSSSS…
Mmg tahap King Coffee ar kirenye…
Mesti ko ensem kan…
Klu x idokler Cindy yg lawooo tu leh layan nakal ko ni setia dr form 1 koooo…
Weeeiiii…
Ko jgn seksa perasaan hakak dan peminat setia lain dik…
Kesiaaaannnn ktorg nnt tau…
Citer ko akk suke sbb jujur ikhlas berterus terang…
Nakal ko pun dik tahap COMEL (terseksa akk nk taip perkataan ni, errkkk) blh mengundang senyuman selain ghase nk jentik piat tinge pon ade gak…
Hahahahaha…
Sila teruskan menulis tau…
Klu x ko akn menyesal ble akk akan menambahkan koleksi citer seram yg menghantui idop ko, huhuhuhuuu…
Kot nk teruskan majuk gak, pm akk kt pesbuk YULIE SHURIDDIN tau…
Heheehehhe…kem salam Cindy a.k.a PEAH tau…
Ni lah Kak Yulie peminat M tu eh. Dia mix minang, jawa, cina, India. Anak dia mesti mix Belanda , Sabah. Nak cop anak dia buat menantu
Alamaaakkk…
Dh booking sesiap nih…
Kena letak deposit tu br valid…
Hahahahaa…
Iyoooo…
Akk ler peminat tegar budak M yg nakal x hengat ni…
Peace…peace…
saya pula peminat tegar tgk akk komen..comei je….haha
sy pon dah add akk kat fb hehehe
da add kak yulie kt pesbuk…terima la saya…hehehe…
Waaahhhh…
Kawan baru nih…
Baiklaaaahhhh…!!!
Nnt akk dh approve sila kenalkan diri Toyek ni yg mane satu tau…
Sbb ade bbrpa friend request…
Saya kalau nak baca cite dlm fs ni saya baca komen dl..kalau ada komen dr kak yulie br sy baca cite tu..haha..sbb biasa kalau kak yulie komen mesti cite tu best!!hihihii
Ini mmg kejaaammm…
Akk plak kena jd taster ekkkk…
Adeeehhhhh…
Tapi kdg tu klu ke laut sgt pon akk komen gak dik…
Haaahahha…
kak yulie..pls pujuk M…dah la sicelupar pon nk tgglkan FS..nnt dh x meriah la FS ni…pls pujuk sicelupar sekali ye………
M…citer ko best…walaupon pendek2…tp senang paham…suka citer yg ms keje kat panggung tu….pls la sambung lagi……plssssssssssssssssssssssssssss
Haahahahah…
Akk yg panas baran ni disuruh jd tukang pujuk plak yer…
SC klu left xper lagi ade pesbuk eeiii…
Jadinye xdelah kehilangan sgt masih ade.jejaknye…
Si M ni jer mslh besor skrg…
Ni klu ilang mmg x bertaut dh ni…
Huwaaaa…
apa fb si celupar kak yulie? kasi link pliss hehe
Hang cerita hang mkn koi bulan…terus aku teringat sepupu aku nakal mcm hg gak la…cuti sekolah dia rajin tlg pak dia motong getah….kira dlm hutan gak la….ms dia turun bukit tu…dia nampak ada tokong cina ni….ada org letak ayam kfc…dlm kotak lg…apalagi..dia mkn la…dia tinggai tulang dlm kotak tu….keesokkan harinya…heboh satu pekan…cina tu cerita tg tuhan dia mkn ayam tu…pdhal sepupu aku yg mkn…hadoi la….
Hahahaha
MasyaaAllah…
Lalu plak die nk sebat ayam tu ekkk…
X pepasal dewa yg kena tuduh makan ayam tu…
Kot pasni letak sekor bergolek hidung penyek tu jgnler plak dikekahkan…
Nayoooo…
Please sambunggggg…!!
Yg taknak baca tu blh tlg skip, part asap colok kena sedut tu ?????
Teruskan menulis mr M.
terima kasih atas perkongsian.
komen komen negatif tu kita ambil buat sempadan. yang baik ambillah.
Harap hang akan terus berkongsi kisah untuk masa akan datang.
Hiatus untuk beberapa ketika, lepas ni kembali lagi. 😀
see you soon! 😀
Jangan lah stop.. teruskan je..aku dari first stiry dh follow..haaa..da komen kat fb td..ni.komen kat sini lak.sbb xnk ko stop story..huhu
tang mana yg tak best tu??
mungkin ramai pembaca suka dengan ayat2 novel. penceritaan terperinci.
aku plak suka cerita mcm ni. ringkas dan padat. mmg terasa benar cerita tu berbanding post yg guna ayat meleret leret.
teruskan jee menulis. ada suka ada tak suka. biasalah tu
Kaaannnn…
Suke yg style sempoi2 cmni…
Nasihat pon dlm melawak…
Akk kureeennggg sket yg tulis ala2 hikayat merongmahawangsa…
Maybe sbb dlu akk x minat sejarah kot, heheheheee…
terbaik bang… kalau boleh smbg lg bang.. lot of mix.. hehehe
Bang M, teruskan bercerita.. Hari-hari tunggu new story tetiba dah the end. Apanihh~ sedih perasaan ni.
Cik pn nk galakkan M sambung. Ada ramai yg nk follow.
Alamak En M….plss jgn trus brenti. tu komen dr FB ya? sbb komen di sini dr awal semua supportive. Mmg slalu duk tuggu crite dr En M…
Ala tulis la lagi bro.. ak follow bc kisah ko dr first epsd lgi..
Yg pentg kish ko real n sempoi..
Xyah la layan yg kutuk2 tu jnji jln cite best terbaik..teringat seorng yg rapat pn ada 6sense cmni
Mr.M aq follow cita ko dr 1st story g..yg xsuke tu biaq p ja..g pon ko ad reader sndri..suke cita cm nie g..sng phm n plg best syokk haha..
Mana boleh stop , best kot pengalaman kau ni untuk kami kami baca . Tak payah layan comment negatif yang boleh memudaratkan kepala , fikir la kami kami yang positif thinking ni haa . Tak kesian ka dekat kami kami ni . Sambung lagi , pleasee ?
Awak… Xyah le merajuk ngn mereka2 ni.. Klu kak cindy bg awk tulis awk tulislah lagi..sy suke je baca..xpenh tggal pun…
Jangan stop terus please. I’m your fan.
Please buat buku. Citer2 ko memg terbaik
Lagi best citer n pengalaman yg betul dari rekaan merapu..
Weyy M. Sambung laaa lagiiiiiii. Best pa ceqita hang ni. Sempoi! Lawak! Semua ada laa. Sambung laa lagi nohh. Yang dok kata kat hang tu biaq p laa. Abaikan ja. Haters gonna hate. Depa semua tu dengki laa tu sebab hang syok.
Excited masuk office pagi pagi nak baca kisah Mr M je. Tahu tahu ni last. Hancur hatiku.
laaaa knp stop? dari mula follow cerita. patutnya jgn endahkan org2 yg x beri manfaat kat kau. sambung je la.
weh. please sambung. crita ni antara yang terbaik kot. peduli lah sape y cakap tak best la ape la. sambung please. T_T
buddha bukan agama
sambung2. ;(. cite kau best. aku bukak fiksyen shasha semata2 nk dpt update dr kau. cite lain aku ketepikan dulu. sambung please!
BRO M SAMBUNG LAGI CERITA KAU . TAK PUAS NI HAIHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH
Alaaaa sambung ler lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii..Pedulikkan yang kata xbest tu..Aku baca best jek.Cter ler lagiii
harap Encik M boleh kongsikan lagi pengalaman2 tu semua. pedulikan segelintir yang tak suka. lebih ramai yg sukakan pengalaman sebenar dr mata seorang yg bleh melihat.
mohon tulis lagi !
teruskan menulis..
kami setia membaca..
wa suke jer cite2 lu ni bro SERAM+KELAKA….. harap xde kebosanan untuk lu menulis lagi di FS ni
best je semua cerita awak. nmpk je tajuk makhluk halus benci saya mmg excited nak bca. so lps ni sambung la lg. peduli la yg ckp x bes tu..
im ur fan btw.. 🙂
Aku rasa cerita kau okay je bro. Siap tertunggu tunggu lagi. Abaikan je anasir anasir jahat tu. keep on writing your story.
Alah M, aku memahami perasaan ko…mertua aku Iban….suami aku kira mualaf la wlupon da 7 tahun lbih kan…famili mertua aku masih juga ada yg mngamalkan animisme tu wlupon kategori agama kristian..kdg2 aku perati dr jauh je n xbg anak2 polo nengok…kang ada pulak yg nampak, menegur, satu hal jugak kan…sbb anak dara aku kdg2 nmpak siap mnyembang tu x tahan…dia kategori berani takut2…masa nmpak x takut…sat g malam mula la tbayang balik n nanges…adoi
teroskan la. jangan stop teros. citer2 M ni memang best. Kalau nmpk ade kat FS ni teros xsabar2 nak baca. Abaikan yg komen2 negatif tu. manusia xpenah nak puas 🙂 🙂
teruskanlahhhhhhhhh….
byk2 kisah, ini yg best sya baca…….
Sila sambung.semua cerita 1-6 best.pedulikan komen2 negatif.bahasa sempoi & ayat pun kelakar.
merajuk plak M ni..yg tak suka berapa kerat ja..yg suka ramai.. post lagi..pengalaman2 hg .. sambil bg anak tidoq..leh layann
Mr. M nti please smbunggg….cte awk best sgt
Abaikan negative comment tu..
Aku selaku orang yang selalu kondem cerita2 syok sendiri kat fs ni berharap kau tak berhenti menulis. Cerita kau memang best. Lain dari yang lain. Orang2 yang kata cerita kau tak best tu semua mesti budak wechat. Diorang dah terbiasa dengan drama dan struktur ayat yang kelaut. Aku pun kalau baca yang cerita hantu detail sangat buat aku rasa turn off.
Mr M, sambung la lagi cite tu. Sy ni dok mengadap pc dari pagi sampai petang, makan gaji buta ni baca fiksyenshasha sampai pkol 5ptg ni. Haha mampuih kalau bos tau. Silent reader je ni dari awal tapi bila tau Mr M nak mengundurkan diri so follow la memujuk secara berjemaah ni peminat story anda. Sila sambung lagi la please. Kalau takde bahan la nak mengular hari2 hehe. Al-maklum pekerja yang efisyen memang sume keja settle awal hehe. Please sambung lagi….
Kesian Rerama Biru pasni xleh mkn gaji buta dah…
Gaji semua celiiikkkk jer jadinye sbb dh x ngulor…
Hehehehhe…
citer la pasal life atuk ko yang tererr tu..mesti best kan
cerita mmg best, dalam FS ni dua cerita yg saya minat . 1st moyang 2nd makhluk halus benci saya. mohon cerita lagi bro
kan best kalau sume episod gabung dalam satu story. payah nak cari satu2.
otaiku abe M,
kalu boleh, kasi adjust next story lepas ni, sebelum ttup cerita, letak link episod2 yang sebelum ni.
sekarang dah okay tapi okaykan lagi. story yg menarik untuk dibaca.
banyok pengajaran dalam citer abe M selain drpd efek seram dan lawak.
#peah binti abdullah hahahahahahahahahah
Saya baca semua cerita yang awak tulis..
Haters gonna hate..
Yg penting bukan tokok tambah.
Orang tak tau, tapi ktaorg supporter suka baca cerita2 yg ditulis..
Real experience always d best..
Humang haii byk gl komen…
Aku bru je khatam baca seme episod satni sbb aritu dok cr yg beginning part xjmpa.. aku siap starred kn seme emel tajuk citer ni (subscribe je posting dlm emel) sbb sng nti nk sesrch by keyword huhu…
Terbaik bro.. aku mmg smpi senak dada thn gelak lwk ko ngn sepul… smbg la lg nti sbb story line ko mmg sempoi… leh wat release tension aku yg dok je kt umh lyn keje umh yg xprnh hbs ni hehehe…
Heaters gonna heat?!! Hahhahhaha.
Pls dun stop writing. Ko nulis pun bkan nk sbb nk puaskn ati org, nak share experience…so keep sharing je la….!!! Hihihihihih
wehh tak jumpa kisah no 4. . 🙁
Waalaikumussalam
Best
aku tgh marathon citer writer ni dr ep1 & bajet2 blh siap baca ep12 arini gak..dh bape kali gelak sorang2 kt ofis ni smpi officemate tegur..haha! ok je suma citer writer ni xde la bosan je ape ke..ada je la tgn2 yg nk komplen mcm2..
syok baca walupun pendek2. sbb ia pengalaman yang di alami yang buat aku rsa nak baca lagi dan lagi,.. hahah.. bagi 5 bintang
Sape yg ckp cerita ni xbest mmg annoying la.. Best tau cite bang M ni.. MANTAP! first time baca cite yg mmg pengalaman nmpk bnda alah ni.. Respect bro
Setuju!!! Best sangat..teruskan menulis ye abang M
I suka n follow..sape yg kata x suka x best tu.. Imaginasi dia x normal kut..over! I lg suka cite yg real x ngarut..da sah2 cite base on exp.kut..ko nk expect cite mcm dlm movie ke?? Haha.. Ok en.M teruskn..ramai yg sokong.. Sblm ni i suka cite tamar jalis…
Asalam..M,tolong ajar cara camner nk lihat member alam sebelah email [email protected]
Ignore kn je janji hidup kita bahagia ,^_^ right guys?
🙂
Hai M.. Missy cuma nk jelaskn sikit je.. Tkut org yg xtw pasal sabah akan bygkn bukan2 pula. Missy skrg ada d sabah ..dn sudah tntu ramai kwn dari sabah. Dari yg missy nmpk selama di sabah ne…msyrkt murut skrg pn dah modern..ada pgangan agama,ramai yg dah islam wlupn mnjoriti kristian. agak susah utk mnemui org yg masih mengamalkn animsme ne.sbb masing2 dh ada pgangan agama. Mgkn sglintir org tua2 shj atau merka yg masih brda jauh d pendalaman yg masih amalkn animisme ne.😊
Apapun cerita M 9/10. Sy suka..
Jgn diperdulikan kata org bohhh…teruskan bercerita bohhh…steady boh 👍👍👍…
Aku tak kisah pon pasal keturunan ko. Dan tak nampak rasist pon. Aku just enjoy baca jer. Dan aku percaya cerita ko. Aku rasa ko jujur dalam penceritaan ni. Tapi tak sangka banyak komen negatif. Aku harap ko teruskan share cerita ko tu.