Assalammualaikum buat para pendengar. Nama aku Siti, berusia 26 tahun. Apa yang aku ingin ceritakan disini adalah berkenaan mahkluk aneh yang berkemungkinan hantu raya. Banyak kejadian misteri yang aku alami tetapi ini lah kisah- kisah yang paling segar di ingatanku.
Sewaktu aku masih bujang sekitar umur 19 tahun, aku kerap sekali bermimpi bertemu seorang lelaki yang tak berwajah, badannya tegap, tinggi dan sasa. Walaupun wajahnya tidak kelihatan tetapi aku dapat merasakan dia seolah-olah kacak orangnya. Antara mimpi yang aku masih ingat, aku ada dalam sebuah majlis tadi menari yang mana wajah semua wanita dan lelaki dia majlis itu tidak jelas. Ada seorang lelaki datang kepada ku membawa sekuntum mawar merah dan ia memberikannya kepada ku lalu dia menari bersamaku. Mimpi itu terasa ashik sekali. Setiap hari setelah aku bangun dari tidur pasti ada lebam-lebam di tubuhku terutama di bahagian kaki dan pehaku.
Selain itu, aku juga pernah nampak wajah sesuatu mahkluk yang aku tidak pasti ia adalah makhluk yang sama sering aku mimpi atau tidak. Kejadiannya seperti ini, pada suatu hari aku datang h**d dan aku mengalami senggugut yang teruk sehingga aku tertidur dengan sangat lama.
Setelah aku bangun dalam keadaan mamai ia tepat pada waktu maghrib. Bilik aku kelihatan suram kerana lampu masih belum dibuka, aku terdengar bunyi kereta, ia adalah Kereta abangku yang baru pulang ke rumah setelah keluar berjalan-jalan bersama isterinya.
Di saat aku membuka mata ku, aku nampak samar2 seekor mahkluk pelik kurus kering, mata besar, telingannya panjang, berkuku panjang, badannya berkedut seperti orang tua berusia 90 tahun ke atas dan terbongkok-bongkok menyangkung di atas kerusi yang ada dihujung kaki katil aku. Apa dia sedang buat? Dia sedang mengintai2 di sebalik langsir bilik ku melihat kelibat abang aku yang baru pulang.
Ketika itu aku tidak dapat bangun dan aku seolah2 mamai, badan ku juga terasa amat berat sekali, aku seolah-olah 50/50 sama ada di alam nyata ataupun mimpi tapi aku yakin aku nampak makhluk itu. Mahkluk itu memalingkan wajahnya padaku lalu berkata , “aku sunyi tak ada siapa yang ingin kawan dengan aku, sebab tu aku nak berkawan dengan engkau”. Dalam mimpi itu, aku melawan mengatakan aku tidak mahu bersahabat dengannya.
Perlahan-lahan makhluk itu menjadi marah lalu dia berdiri membongkok di atas ku. Ketika itu aku berada di celah kelangkangnya. Terus aku tertidur dan bermimpi dengan waktu yang sama. Makhluk itu berkata padaku jika aku tidak ingin berteman dengannya dia akan ambil anak abang aku yang masih bayi ketika itu.
Aku marah kepada mahkluk itu dan tak tahu bagaimana aku boleh azan sekuatnya sehingga makhluk itu tersungkur ke bawah, Namun ketika nafas ku hampir tiada makhluk itu kembali bangun dan mengejar aku. Aku lari membawa anak abang aku keluar dari rumah i dan tiba-tiba ada sekumpulan lelaki berjubah putih sedang berzikir dihadapan rumahku dengan kalimah ‘lailahaillah’ berulang Kali dengan kuat sekali. Wajah mereka putih bersih dan bercahaya, ditangan mereka ada tasbih. Aku tidak pasti siapa mereka, mungkin malaikat .
Aku berselindung disebalik mereka lalu makhluk itu marah namun tidak dapat mendekati ku dan ia ghaib begitu sahaja. Lalu aku tersedar dari mimpi yang seakan panjang bagiku. Tercungap2 aku berasa lelah seolah aku berlari Dari mahkluk dalam mimpi itu bagaikan benar2.
Aku ceritakan pada ibuku dan dia mengatakan mungkin itu adalah hantu raya tak bertuan yang mencari tuan atau teman. Sebab kawasan rumah aku ni memang keras sedikit ada juga tuan empunya hantu raya yang dikatakan meninggal dan belaannya itu masih berlegar dalam kampungku. Entah laa aku pon tak pasti yang aku jumpa tu mahkluk apa, mungkin ya mungkin tidak.
Untuk pengetahuan pembaca, aku adalah seorang gadis yang agak introvert ketika itu, aku sangat suka mengabiskan masa dengan Ibu. Hobby kesukaan aku membaca novel. Mungkin disebabkan itu aku mudah disukai oleh makhluk itu. Maklum lah suka menyendiri. Aku bahagia begitu. Tetapi aku juga gemar menjaga ibadah seperti solat, mengaji dan sebagainya. Cuma mungkin ketika itu ibadah aku banyak yang belum cukup baik dan sempurna menyebabkan aku kerap mendapat gangguan sedemikian. Hehe tapi sekarang aku tersangatlah banyak cakap dan suka bergaul.
Sampai lah satu saat aku bertemu dengan seorang lelaki yang mana dialah suamiku yang sekarang. Setelah aku bertunang dengan suamiku yang aku gelarkan Iz dalam kisah ini, aku sering pula bermimpi didatangi suara2 aneh di dalam mimpi ku. Suara itu memberitahu bahawa Iz jahat, dia tidak baik, dia tidak mencintaiku dan bermacam-macam lagi. Setiap Kali aku terjaga dari mimpi pasti sekitar 2-3 pagi dan apa aku buat aku akan ambil wudhuk buat tahajud. Sebab setiap Kali aku mimpi setiap Kali tu laa aku berasa sangsi dengan Iz.
Aku juga kerap bermimpi Iz ada banyak perempuan, sering memarahi dan memakai hamun aku sampai satu ketika aku bangun dari mimpi itu dan hati ku benar-benar berasa marah pada Iz, aku nekad untuk putus tunang dengan Iz. Tapi hati aku tetap 50/50 Dan aku cepat mengambil wudhuk Dan bertahajud. Setelah itu, sujud tahajud ku yang pertama, hatiku kembali reda dan sejuk-sesejuknya. Terima kasih Ya Allah kerana sering menjaga hatiku ketika itu.
Akhirnya aku memberitahu pada Iz tentang apa yang sering aku alami kerana aku sudah benar-benar penat melaluinya. Aku agak risau jika Iz menganggap ia hanya mainan mimpi sahaja atau dalam erti kata lain tidak mempercayai ku. Tapi alhamdulilah Iz mempercayaiku dan dia lah yang banyak membantuku.
Iz menasihatkan aku supaya menjaga solat tidak kira walau apa pun jadi, isi setiap masa dengan zikrullah, setiap Kali sebelum tidur berdoa dan berwudhuk dahulu. Ada doa-doa yang tertentu Iz ajarkan untukku sebagai pendiding diri. Rutin Iz adalah setiap malam mengambil sedikit masa untuk berqiamulail di surau berdekatan dan pada suatu malam hatinya terdetik untuk membaca yassin untuk diri ku dari jarak jauh dengan niat semoga aku dilindungi dari sebarang gangguan lagi.
Setelah Iz membaca yassin ia pulang ke rumah dan terlena, Iz terasa badannya dihempap atau ditindih oleh makhluk itu. Iz mengatakan agak sukar ingin membantuku kerana dia masih belum menjadi suamiku ketika itu, nak pergi berubat kami mengalami kekangan masa, apatah lagi hari perkahwinan kami hampir tiba. Tetapi alhamdulilah setelah malam yang Iz bacakan yassin buat ku, gangguan semakin berkurangan begitu juga lebam-lebam yang sering ada ditubuhku.
Setelah kami berkahwin. Iz membuat tahlil kecil-kecilan di rumahku. Iz sering membaca Al-quran dan mengajak aku berjemaah sekali. Iz menjaga aku dengan baik, sedikit kelebihan Iz dia boleh serba sedikit dalam memagar rumah secara islamik. Jadi alhamdulilah selepas itu tiada lagi gangguan sehingga lah aku mengandung dan usia kandungan aku mencecah 5 bulan.
Suatu malam aku bermimpi , di dalam mimpi itu aku memakai baju kurung putih dan selendang putih seperti pengantin. Aku diiringin oleh dua wanita masuk ke dalam rumah yang aku ibaratkan seperti rumah orang-orang dulu kala. Di dalam rumah itu telah penuh dengan tetamu yang tidak jelas wajahnya dan mereka sibuk berbicara dengan gembira. Telah tersedia pelamin seperti orang dulu kala.. Seperti pelamin yang ringkas. Aku duduk di pelamin itu seolah-olah sedang menunggu seorang pengantin lelaki. Aku hanya dapat berkata-kata di dalam hati. Aku berasa hairan dengan semua perkara yang aku saksikan. “Ehh kenapa aku duduk disini, aku tengah tunggu siapa nie? Kenapa mulut aku terkunci dan hanya hati aku boleh bercakap?”.
Tiba-tiba kedengaran dari jauh sayup-sayup zikir ‘lailahailallah’ yang bergema dan ia semakin hampir denganku. Setelah itu tibalah orang- orang yang melantunkan zikir itu dan merekalah yang pernah aku mimpikan suatu ketika dulu yang pernah aku ceritakan.
Semua tetamu di dalam rumah itu kelihatan takut dengan kehadiran mereka. Seorang Ustaz yang berada di hadapan sekali berkata padaku wahai Engkau si bangsa Jin, tinggalkan wanita ini. Tiba-tiba badan ku membongkok ke bawah seolah-olah bongkok 7. Maksudnya dada aku hampir dengan lutut. Tapak tanganku rapat ke lantai, jari kaki ku menginjat dan aku berjalan dalam keadaan itu sambil kepala tegak tetapi teleng ke tepi. Mata ku tidak dapat ditutup Dan menjegil kepada Ustaz itu. Aku ibarat ingin melarikan diri. Hati ku terasa panas ingin marah dan memaki Ustaz atau orang alim itu.
Dalam masa yang sama hati ku berkata “yang Kau marah sangat ni kenapa? Kenapa badan aku tidak dapat berdiri dengan elok? Terlalu banyak benda aku fikir waktu itu tapi aku tidak langsung dapat mengawal diriku. Rasa diriku bagai dikawal sesuatu yang sangat kuat.
Ustaz itu Masih berdialog dengan diriku, setiap kata-kata maki hamun yang dijawab olehku tidak dapat dikawal oleh diriku. Dalam keadaan tenang Ustaz itu berkata kepada lelaki-lelaki dibelakangnya kuatkan lagi laungan zikir kamu semua, jujur kata wajah mereka muda dan bersih seperti anak-anak remaja tahfiz. Laungan zikir semakin kuat dan Ustaz itu mengangkat laungan takbir dan Azan. Rumah itu tiba-tiba bergegar , semua tetamu di dalam rumah itu menjerittt sekuatnyaa sambil menekup telinga masing-masing termasuk diriku sendiri. Lalu aku tersedar dalam keadaan penat dan tulang belakang ku sakit.
Aku bangun dalam keadaan aku berasa sedih dan sebak tak tahu kenapa. Aku turun Dari katil, keluar dari bilik dan menuju ke ruangan solat menangis semahunya pada pukul 5 pagi. Suamiku Iz datang mencariku dan panik bertanya kenapa aku menangis. Aku ceritakan tentang mimpi itu sambil menangis teresak-esak. Suami ku mengambil segelas air, membacakan surah-surah tertentu lalu diberinya aku minum, setelah hatiku menjadi tenang dia memimpinku untuk tidur seketika sebelum bangun kembali untuk solat subuh bersama.
Akhir, suamiku memagar rumah sekali lagi dan tiada lagi gangguan dari mahkluk itu. Kata suamiku, rumah ku perlu kerap dijaga dan dipagar. Solat Dan Al – Quran juga perlu dijaga. Jika leka seketika pun makhluk itu mudah mencari kesempatan untuk mengangguku.
Terima kasih buat semua, jika ada rezeki aku akan kongsikan pengalaman-pengalaman yang lain, in shaa Allah.
Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit