Makhluk Makan Sampah, Politeknik di Pahang

Assalamualaikum warga fs dan salam sejahtera. Terima kasih sudi menyiarkan cerita aku. Ini adalah sambungan story aku yang pertama berkaitan Politeknik di Pahang. Untuk pengetahuan pembaca aku sebenarnya ada 4 kisah untuk dicerita tapi haritu hanya 2 kisah sahaja sempat aku karang, harini aku akan cuba habiskan lagi 2 kisah berkaitan Politeknik.Ramai yang tanya aku cerita aku haritu adakah Polisas?? Seperti aku cakap haritu cukuplah lokasinya sahaja tidak perlu aku perincikan Politek mana untuk menjaga nama institusi tersebut. Bagi aku mana2 institusi belajar memang akan ada mahkluk halus cuma yang membezakan kita dengan dia adalah alam sahaja.

Kisah 3 ( blok kamsis berhantu)

Untuk pengetahuan pembaca, Politek aku ni ada satu blok dimana senior2 serta fasi pon ada story ada sorang budak b***h diri dekat sebuah blok ini. Jangan tanya aku blok mana kalau korang senior kat situ korang akan tahu blok mana yang aku maksudkan. Back to the story, kisah ini dialami sendiri oleh rakanku yang menetap di blok itu. Ada satu malam ni dia keluar dan balik ke kamsis agak lewat mungkin melebihi pukul 12. Seperti kebiasaan perkarangan dari cafe nak ke kamsis memang sunyi kalau di tengah malam. Guard yang berkawal??? Kadang ada kadang tak ada itu 5 tahun lepas aku tak pasti sekarang dorang dh improve atau tidak dari segi keselamatan.

Sedang leka berjalan bermain hp dia terperasan satu sosok yang sedang berdiri di atas bumbung kamsis blok bawah membelakangi dia. Dia cuba perhatikan objek itu dengan betul sambil menggosok-gosok kedua2 matanya.

Dalam hati dia macam mana ada kain perempuan  kat atas tu sedangkan blok itu hanya didiami oleh pelajar lelaki. Sedang leka perhatikan sosok tersebut, dengan tak semena-mena sosok itu beralih pandangan tepat kearahnya lalu terbang ke blok yang lain.

Dalam keadaan berpeluh serta ketakutan kakinya seperti dikunci, dia hanya mampu melaungkan takbir allahuakhbar sahaja dek kerana berasa amat takut. Entah bagaimana  dia mendapat semangat lalu memecut lari menuju ke kamsis sambil dengar gelak hilaian makhluk tersebut. Keesokannya dia demam, dan ibu bapanya datang mengambilnya untuk dibawa pulang.

Kisah 4 ( makhluk selongkar tong sampah)

Demam final exam sedang rancak berjalan dimana para pelajar kamsis tidak terlepas mengulangkaji pelajaran sehingga lewat pagi ada yang tak tidur pon ada. Kisah ini aku adaptasi dari pengalaman kawanku yang duduk di blok bahagian atas.

Ada satu malam dimana sedang leka study dia terasa nak melepaskan hajat. Dilihat jam di tanganya sudah menunjukkan pukul 2.30 pagi. Roomatenya keluar study dekat rumah kawannya tinggallah dia keseorangan di dalam bilik.

Kawan aku ni otak dia jenis cepat overthinking lagi2 bila tinggal sorang dalam bilik lagi menjadi-jadi la dia. Sempat dia ws aku semata-mata suruh teman dia pergi toilet even toilet tu sebelah bilik dia je. Oh lupa nak bagitahu, dia ni duduk blok atas level 2. So satu blok ad 4 level kalau tak silap aku, aku pon ingat2 lupa dah sebab dah 5 tahun aku tinggalkannya.

Semakin dia tahan semakin menjadi-jadi perutnya buat hal sampai satu tahap dia dah tahan sangat dia nekad pergi sorang. Dalam tengah melepaskan hajat dia terdengar seperti ada orang membuang sampah di tong sampah berhampiran dengan toilet. Dalam hatinya lega ada orang lagi tak tidur time2 macam ni.

Tapi yang dia hairan bunyi sampah tu seperti di koyak2 plastiknya serta tongnya diterbalikkan tak kan la buang sampah pon nak marah mamat ni luahnya di hati. Makin lama makin kuat bunyi plastik sampah diselongkar, dia cuba keluar dengan perlahan-lahan tanpa sebarang bunyi tapak kaki langsung kedengaran. Dia cuba perhatikan di balik pintu toilet takut2 monyet ke yang selongkar sampah tu.

Tetapi fikirannya meleset, yang dia nampak bukanlah seekor monyet tapi makhluk berbulu berwana hitam dan tinggi sedang memakan sampah2 itu.

Perasaannya time tu hanya allah je tahu yela nak baca surah lazim dalam toilet kot, dia hanya mampu menyebut nama allah sahaja dalam hatinya.

Selepas 10 minit, makhluk tu hilang dari pandangan dia. Tanpa menunggu lama terus pecut lari ke bilik menutup pintu dan terus berselubung dalam selimut. Dalam keadaan ketakutan dia terdengar pintunya seperti dicakar oleh sesuatu diikuti oleh suara garau “kau nampak aku makan apa tadi” lalu makhluk tu gelak. Dia hanya mampu isgtifar kepada Allah sahaja lalu tertido sehingga esoknya.

HAFIZ

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 2 Average: 3]

2 thoughts on “Makhluk Makan Sampah, Politeknik di Pahang”

  1. Hahahaha.. Sebaiknya jangan terus melayan perasaan takut sewaktu rasa diri diperhatikan oleh benda2 tu
    Anggota badan kita memang ada bahagian deria yg dpat kesan itu semua tanpa disengajakan jadi bila terasa seperti itu boleh terus jalan dari tempat tuu. Makhluk tu kuat di alam dia.. Dan kita kuat di alam kita

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.