Assalamualaikum, Aku bekerja di Selangor yang ketika itu mengalami gangguan bekalan air yang kritikal dan terpaksa mengikuti program catuan air. Oleh kerana aku (Bad) dan housemate (Salleh) terlupa nak buka pili tangki yang dikawal secara manual, maka kering kontanglah bilik air kami.
Inisatif yang kami ada pada masa itu, menumpang kat rumah kawan lain di kawasan lain yang ada bekalan air. Rumah yang menjadi pilihan dan mangsa kami adalah rumah sewa Leman, Shuib dan Kairil. Mereka tinggal di kawasan perumahan teres dua tingkat. Rumah aku apartment je. Aku dan Salleh ambil keputusan untuk tidur terus di rumah Leman supaya keesokkan pagi kami boleh mandi manda sebelum pergi kerja. Leman mengizinkan kami menumpang mandi dan tidur di bahagian ruang tamu. Kalau korang bayangkan rumah mereka ni bersepah macam rumah bujang korang. Korang silap. Rumah Leman and the geng simple dan kemas. Dapur pun dah tahap dapur mak orang. Leman ni rajin masak dan suka bawa bekal makanan ke tempat kerja. Setiap hari Leman mesti bawa bekal telur goreng crispy atau sardin crispy dipadankan dengan nasi putih.
Pukul 10 malam semua penghuni rumah dah buat hal sendiri dalam bilik masing-masing. Aku tengok Salleh pun dah tidur. Aku je yang terkulat-kulat sendiri sebab sejenis yang susah nak tidur rumah orang. Entah bila aku tertidur aku pun tak pasti tapi yang pastinya aku kerap terjaga dek serangan nyamuk. Setiap kali terjaga mesti ada je bunyi guli melantul kat lantai disulami bunyi seretan perabot. Rumah apartment aku tak ada bunyi macam tu.
Rumah teres Leman pulak yang berbunyi. Masakan Leman mengemas bilik tengah malam buta. Kali ini aku terjaga lagi. Bunyi kat dapur pula dah. Aku tengok jam baru pukul 3 pagi. Awal betul Leman ni memasak. Tapi lampu dapur tak buka. Aku jengah sikit kat dapur. Tak ada sesiapa pun mahupun periuk kuali bertenggek atas dapur gas. Pintu peti ais je terbuka sikit menampakkan cahaya dari dalam. Aku masuk dapur dan tutup pintu. Barangkali Leman atau Shuib atau Kairil terlupa nak tutup. Masa aku pandang ke arah Sinki. Aku terpandang alas kaki Leman ni lain macam rupanya. Warna hitam berambu macam rambut je meleret dipintu dapur. Sesaat kemudian bergerak melepasi ruang bawah pintu yang kecik tu. Tak sempat nak berkedip mata aku nampak pula bayangan susuk tubuh kat cermin tingkap luar rumah berlalu melepasi pagar jiran sebelah. Masa ni degup jantung aku kencang gila. Antara mimpi dan realiti.
Aku tak kejutkan sesiapa. Aku tengok Salleh elok tidur dari tadi mengiring menghala ke arah dapur. Esok paginya barulah Salleh mencanang bahawa dirinya dihempap sesuatu. Kena gigit nyamuk pun dia tak boleh nak buat apa. Kesian. Aku tengok atas tempat tidur Salleh betul-betul di bawah alang atau rasuk. Tapi aku lagi malang sebab nampak penampakan kat dapur. Sepanjang aku terjaga aku tak nampak apa-apa yang menghempap Salleh. Mungkin makhluk itu sengaja menonjolkan sedikit dirinya sebelum berlalu pergi. Mengesahkan lagi bunyi-bunyian itu apabila Kairil yang duduk dibilik bawah turut dengar bunyi kat dapur, bunyi guli dan seretan perabot berpunca dari rumahnya bukan dari rumah jiran sebelah. Manakala Leman dan Shuib yang berada di bilik atas mendakwa yang mereka tak mendengar apa-apa kerana pintu bilik ditutup.
Selepas dari itu, mereka melaporkan memang ada bunyi-bunyian tersebut. Kadang-kadang ikut suka dia. Kali ini disahkan pula oleh Leman dan Shuib. Malah khabarnya Shuib dan Leman mendengar bunyi desiran air mandi dan bunyi tapak kaki menuruni tangga. Mereka syak makhluk tersebut masuk melalui lubang angin dari dalam bilik air atas. Pintu peti ais juga terbuka setiap kali ada bunyi-bunyian tersebut. Namun tiada makanan yang teusik. Periuk kuali juga tersusun malah lebih kemas dari kebiasaan. Mujurlah dia tak pandai membuka peti televisyen menonton drama bersiri. Boleh jadi duduk melekat terus dirumah tersebut. Leman perasan Kucing belaannya juga akan menghilangkan diri pada malam-malam berkenaan sehingga keesokan paginya baru pulang. Pernah juga Leman mengurung kucingnya dalam sangkar namun keesokkan paginya pintu pagar terbuka manakala kucingnya tidur di depan pintu rumah. Kesimpulannya mungkin juga rumah mereka menjadi tempat persinggahan jin atau makhluk yang sejenis dengannya. Ia tidak mematahkan semangat Leman, Shuib dan Kairil untuk terus tinggal disitu. Apa jua jenis makhluk itu ianya tak pernah mengacau mereka bertiga secara ekstrim dan tidak pula mencuri.
Apa yang boleh aku katakan rumah yang tenang bergantung daripada amalan penghuninya seperti solat dan mengaji Quran. Rumah aku dan Salleh setakat ini, tenang dan damai, tambahan pula satu blok dengan surau yang setiap lima waktu kedengaran azan dan bacaan surah. Itu salah satu ciri-ciri pilihan rumah aku walaupun cat luar bangunan agak kusam.
Sekian, cerita dari aku Badmutal. Terima Kasih admin FS dan pembaca sekalian.
Kongsi kisah anda: fiksyenshasha.com/submit
haha dah ada sardin crispy. boleh try masaklah ……
cerita tersusun kemas. 5 bintang akak bagi.
yeay first comment. best !
alaa second rupenye
hahaha..ok..kelaka..nmpk la kegembiraan ko dpt komen 1st..
tak pe dik, akak tetap anggap ko no. 1. hehe.
Kelakar pulak .. .sakit perot aq gelak weh πππ
Simple & senang paham.
Bole bg resipi tak teloq goreng krispi dgn sardin krispi tu ?? ? Mak lampir nak try bt tgk, mcm sedap ja bunyiknya.
tak tenang jiwa kalo dpt rumah byk gangguan…
hahahahh nie buat seram nak cr rumah sewa nie
~Mujurlah dia tak pandai membuka peti televisyen menonton drama bersiri. Boleh jadi duduk melekat terus dirumah tersebut~
amboiii kelakar plk baca ni hahaha
bagus ada pengajaran dlm cerita ni.. rumah kene sentiasa kemas.. tapi mmg betul kalau ikutkan follower cerita seram cam sy nih.. banyak kisah seram org pengotor selalu diganggu makhluk tu.. tambah2 cari ‘bende’ kat tong sampah sebab tak cuci..
Ak bagi 9/10, cite best dan senang nak paham.. xde tergantung pe bagai, great job bro..
Kipidap !
Seram jugaklah
woah..camne nak buat telur goreng crispy tu de resepi x
Periuk kuali juga tersusun malah lebih kemas dari kebiasaan.
Fuhhh baek n rajin btul hantu tuπ
Nasib dy x masak skli
Tq Team FS publishkan dan tq peminat setia FS y membaca ye..
best.,…continue writing…good luck
Best.. best.. citer simple, santai.. tp tetap mnghiburkn hatiku nan lara dsbbkn keta aku kena langgar dr blakang.. dh langgar lari plk tu.. tkper2.. sbr..
straight to the point dan tersusun. saya suka! saya bagi 9.99/10
terus jemah google cara masak sardine crispy mcmne..
nk try la lpasni..
tq
Ingat rendang ayam crispy je yg ade rupanya sardine and telur goreng crispy pun ad enasib tak air crispyππππ
Cerita ok la
Gambar tu tak boleh seram shit lagi ker? Bila di zoom, pak cik tua je rupa nya. Itu yang seramshit di buat nya.