MAKHLUK TERBAKAR

Hai assalamualaikum semua pembaca fiksyen shasha . Sedikit perkenalan dari aku . Namaku Riq dan berasal dari negeri di bawah bayu .

Kejadian ni berlaku ketika aku masih bersekolah menengah . Sewaktu cuti sekolah hujung tahun , aku , ayahku serta beberapa org pacikku dapat kerja dari sekolah kat salah satu tempat yg terletak jauh di dalam kampung yg terpencil .

Sewaktu mahu masuk ke kampung tersebut , suasana memang  sangat sangat sepi . Ayahku memandu sambil di temani pacikku dan  aku pula sibuk bermain telefon bimbit sambil mendengar lagu

Sebaik sahaja sampai dihadapan sekolah tersebut , aku tergamam . Sekolah tu besar tapi nampak suram dan menyeramkan . Ayahku bersalaman dengan pihak sekolah . Aku dengan abangg aku pula sibuk meneroka sekeliling

” Weh angah , aku rasa menyeramkan lah . Kau tak rasa apa-apa  ke ” soal abang sulungku , Rayyan

” Mulut kau jangan celupar sangat along , kita datang tempat orang kena jaga mulut . Kalau kau buat kerja nanti ada yg kacau , kau jangan cari aku pula ” kataku kepada along sebelum melangkah mendekati ayahku

Kami dibawa ke asrama sekolah tersebut . Di situlah kami akan tidur sementara . Asrama tersebut aku tk tahu nak describe macam mana . Menyeramkan . Bilik yg kami duduk tu , luas . Boleh muat semua adik beradik aku .

Selepas zohor kami mula membuat kerja . Aku dan along mengecat di tingkat 3 . Ayahku dan 3 org pakcikku pula membuat rak baju di tingkat 2 .

Sedang asyik aku dan along mengecat , dengan tiba-tiba  hidungku terhidu bau seperti daging terbakar yg sngt kuat . Aku memandang along dan along memandang ku . Aku tahu , along pun terhidu benda yg sama . Dengan santainya

, along aku pi tegur bau tu .

” Angah , bau apa ni ? kau kentut ke ? peh bukan main bau lagi kentut kau ” soal along menutup hidung jelas tk tahan dengan bau tersebut

Aku mengetap gigi jelas geram dengan along yg tegur bau tu . Aku melangkah ke arah along dan memukul kepalanya dengan kuat . Along menjeritt kesakitan

” Aku tak kentut lah . Mulut kau tu long kalau boleh aku p****g , aku p****g tau . Janganlah celupar sangat . Aku bagitau mak nanti biar dia cili mulut kau ” kataku geram memandang along tajam

” Sorrylah . bau dia lain sngt . aku rasa dari tingkat ataslah . jom kita tengok . mana tau ada hantu buat bbq kat atas , boleh tumpang makan sekali ” kata along menarik bajuku dan melangkah ke tingkat 4

Kat tingkat tu , ada 3 bilik yg tertutup rapat . Mungkin sebab dh tk digunakan . Aku dan along berjalan mencari dimana punca bau tersebut .

Sebaik sahaja sampai di hadapan sebuah pintu berwarna coklat , langkah ku dan along serta merta berhenti . Bau tu jelas dari dalam ruangan tersebut . Aku mencuba membuka pintu tersebut tapi terkunci dari dalam

” Woi bukalah . bagilah kitorang join makan sekali ” jerit along mengetuk-mengetuk  pintu tersebut dengan selambanya

” Weh along mcm takde org je . Jomlah turun . Nanti ayah cari tk pasal-pasal  kita kena hambat nanti ”

Baru je kami berjalan 10 langkah , dengan tiba tiba pintu tersebut terkuak sedikit . Muka aku dh cuak dh time tu . Along pula tersenyum melebar .

” Hah tu angah , jom kita masuk join ” kata along kepada ku

” Eh takpayah lah along . Kalau kau nak masuk kau masuk jela ” kata aku jelas dh ketakutan

Along tak mengendahkan aku . dia menarik tangan ku dan masuk ke dalam bilik tersebut .

Bilik tu hanya ada 4 buah katil double dan ada beberapa loker . Bilik tu pun gelap . Hanya berbekalkan cahaya matahari dari tingkap

” Takde apa-apa  pun . Hantu tu tipu kita lah ” kata along tidak puas hati

” Jom lah keluar long . Aku takut ayah cari kita lah ” kataku memberi alasan supaya cepat -cepat  keluar dari bilik tersebut

Baru je kami nak melangkah keluar , tiba-tiba  pintu tersebut tertutup kuat . Aku dan along jelas terkejut . Kami berdua memulas tombol pintu tersebut tapi seperti ditahan dari luar

Muka aku betul-betul cuak waktu tu . Kalau kena toreh confirm tk keluar d***h . Along pula masih tenang .

” KELUAR DARI TEMPAT AKU ” jerit satu suara garau yg aku tidak tahu dari mana puncanya

Suara tersebut garau lain macam dan menyeramkan . Bergema bilik tu dengan suara tersebut

Aku dh menangiss waktu tu . Along pula dh sama-sama  cuak . Dengan tiba tiba , keluar satu makhluk . Badannya habis terbakar . Mukanya hancur sehancurnya . Bau busuk menusuk kedalam hidungku . Sngt meloyakan .

Aku menjerit makin kuat . Along pun sama seperti ku . Benda tu merangkak menuju ke arah kami . Aku apalagi , dh macam kesawanan . Aku betul-betul  nk sngt pengsan waktu tu . Aku takut nk tengok muka makhluk menyeramkan tu

Aku mengetuk-mengetuk  pintu tersebut dengan kuat dan menjerit memanggil manggil ayahku . Along kat tepi melakukan perkara yang sama sambil membaca beberapa ayat pendek tapi ayatnya betul-betul  tunggang terbalik hingga along terbaca doa makan .

Benda tu merangkak makin mendekati kami . Tiba-tiba  pintu terbuka . Aku langsung berlari keluar dan memeluk kaki ayahku . Makhluk hitam terbakar tu pula lesap entah kemana

Along memeluk kaki kiriku ayahku dan  aku memeluk kaki kanan ayahku . Muka kami waktu tu tak payah  cakap lah . Pucat sngt .

Disitu ada pacikku , ayahku dan 2 org pengawal sekolah tu .

Sebaik sahaja kami dh tenang , pacikku dan dua org pengawal tu datang kepada kami . Ayahku dengan sorg pacikku pula kat dalam bilik tu sambil melakukan azan 4 penjuru .

” Macamana korg boleh masuk bilik tu ” soal pengawal yg bernama Ahmad

” Kami tak tahu . Waktu kami nak jalan tiba-tiba  pintu tu terbuka dan kami masuk lah kat dalam ” kata Along jujur

” Gara gara kau lah . mulut kau celupar sangat ” marahku kepada along

” Sorrylah . Aku cuma nak tahu je apa ada kat dalam bilik tu ”

Dua org pengawal tersebut hanya tersenyum nipis sambil menggelengkan kepala .

Mengikut penceritaan pengawal tu , dulunya pernah berlaku kes budak lelaki terbakar hingga rentung kat dalam bilik tu . Budak lelaki tu merokok senyap senyap waktu semua org tengah prep .

Itupun pengawal yg dh berhenti kerja kat situ yg cerita kat dia . Tapi sampai skrg , mereka  tidak tahu punca budak lelaki tu boleh terbakar

Bilik tu pula dh diubah suai . Pernah ada pelajar tidur situ selepas kejadian tu tapi dorg kerap kena kacau sampai kan guru besar sekolah membuat keputusan untuk tutup bilik tu . Budak-budak  asrama dh bnyk kali kena kacau tapi dorg hanya buat tak tahu .

Kami semua jelas dh meremang . Waktu tu juga ayah buat keputusan untuk balik rumah dan sambung semula kerja pada esok hari .

Sampai je kami kat rumah , memangg habis habisan kami kena bebel oleh mak dan ayah . Along aku sampai tertidur kat tepi aku disebabkan kena bebel terlalu lama .

Sampai sini sahaja penceritaan aku . Kalau ada masa , aku akan ceritakan pula tentang saka arwah nenek aku . Terima kasih , Adios .

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Riq

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 87 Average: 4.3]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.