Makhluk Tidak Bertuan

Assalamualaikum dan salam sejahtera. Buat pertama kali aku menulis tentang kisah yang hendak aku kongsikan di sini. Walaupun sudah bertahun lama kejadian ini berlaku namun setiap yang terjadi masih segar dalam ingatanku

Kisah ini berlaku semasa aku masih bersekolah lagi iaitu sekitar tahun 90-an
Semasa itu kedua arwah orang tua ku masih ad lagi. Sebelum aku terus kan mohon semua pembaca yang beragama islam sedekah kan Al-Fatihah kepada kedua orang tua ku. Terima kasih pembaca yang di kasihi.. Al-Fatihah…..

Sejak dari tingkatan satu lagi aku di hantar ke sekolah asrama penuh. Jadi kebanyakan masa sekolah ku bukan lah di rumah. Seperti sedia maklum, pelbagai kejadian aneh berlaku di sekolah berasrama di Malaysia. Mungkin pembaca yang bersekolah asrama seperti aku lebih memahami apa yang aku katakan. Gangguan,menyerupa dan histeria adalah perkara biasa yang berlaku di sekolah asrama termasuklah sekolah aku. Namun kisah pelbagai perkara aneh di asrama aku akan aku kongsikan di naskah yang lain. Hari ini aku ingin menulis tentang kejadian yang berlaku di rumahku sendiri

Aku tinggal di sebuah kampung yang agak terpencil. Sejak aku kecil lagi kejadian aneh yang di ceritakan oleh orang kampung sering di dengar. Sama ada penampakan, aktiviti bomoh dan sebagainya. Kesimpulannya aku di saji kan dengan perkara yang selalu kita semua lihat di dalam filem seram. Jadi bila di fikirkan semula tidak hairan lah smua ini boleh berlaku di rumah ku sendiri.

Semuanya bermula ketika kedua arwah orang tuaku ke tanah suci untuk menunaikan ibadah haji. Aku tidak terasa sangat selama ketiadaan orang tuaku kerana seperti yang aku maklumkan di awal cerita tadi yang aku bersekolah dia sekolah asrama. Sebaliknya kepada kakak pertamaku, kerana hanya dia sahaja yang tinggal bersama kedua arwah orang tuaku. Manakala abang sulung dan kakak kedua aku masing2 tinggal dia kuala lumpur dan kedah. Di pendekkan cerita kakak pertama ku yang aku panggil dengan panggilan anyah tinggal seorang diri di rumah kampung sepanjang ketiadaan kedua org tuaku

Cuti sekolah telah bermula, aku pulang ke kampung dan seperti yang aku ceritakan hanya anyah yang ada di rumah kampung. Sampai di rumah anyah menyambut aku dengan senyuman. Anyah pun terus ke dapur untuk menyediakan makan malam. Aku pun ke dapur dan borak-borak lah kami dua beradik.Tetapi aku perasan yang muka anyah sedikit pucat dan dia kelihatan tidak bermaya

Aku: Anyah ok ke duduk rumah sorang-sorang?
Anyah: Ok je. Sunyi la sikit
Aku: Nampak pucat je anyah sakit ke
Anyah: Tak la. Anyah tak berapa selera makan. Badan pun penat je
Aku: Apsal tak selera pulak. Anyah tak masak ke?
Anyah: Jarang , jadi malas nak masak bila duduk sorang2

Untuk pengetahuan semua anyah memang pandai masak. Belajar dari arwah mak. Jadi aku memang dah tau yang aku dapat makan sedap malam itu. Al maklumlah budak asrama. Apa lagi yang di rindu kalau tak makanan yang sedap dekat rumah sendiri. Lepas siap semua kami pun makan lah dua beradik. Aku perasan yang kakak aku nampak gembira aku balik namun aku juga perasan yang kakak aku memang nampak lain. Seolah-olah kurang ceria dan nampak betul-betul lesu

Malam tu anyah ajak aku tidur di biliknya. Aku pun ikutkan walau agak pelik kerana selama ini aku memang tidur di luar. Al maklumlah rumah kecil. Bilik pun ada tiga sahaja. Aku sebagai anak lelaki bongsu memang tidur di ruang tamu berbekalkan tilam bujang. Tetapi mungkin sebab kami berdua sahaja yang aku fikirkan anyah nak ajak borak la ni sebelum tidur.

Malam tu kami borak-borak sebelum tidur. Di zaman itu tiada lagi telefon pintar,kalau tak sudah tentu masing-masing sibuk layan telefon sendiri. Dalam perbualan kami perasan yang anyah asyik ulang yang dia penat dan badan nya letih. Tetapi apa yang aku fikirkan mungkin penat kerana kerja. Hari semakin lewat dan bilik masih lagi terang menerang dengan lampu

Aku: Anyah tidur tak tutup lampu ke?
Anyah: Mula-mula tutup jugak lepas tu sekarang tak tutup
Aku: Aik, kenapa? takut ke haha
Anyah: Duduk sorang bukak la lampu. Takut tu ye jugak, pencuri ke,binatang ke
Aku: Ala cakap jela takut han…
Anyah: Woi jangan cakap bukan2
Aku: Haha. mana nak tidur nya terang-terang macam ni. aku tutup la lampu ni anyah
Anyah: Ha yela tutup la

Sedar tak sedar aku pun tertidur. Terus terang aku tidak membaca apa2 ayat suci sebelum tidur. Bismillah pun tidak. Ketika aku lena aku separuh sedar aku di datangi makhluk yang tidak tahu aku hendak huraikan rupa wajah nya. Ia kelihatan seperti batu nisan yang tidak berbentuk. Seperti lutut yang di tegak kan. Dia duduk di bahu ku. Aku seperti sesak nafas dan tidak boleh bergerak. Aku terus mengucap Bismillahirrahmanirrahim dan menyenget kan bibir untuk menghembus ke arah makhluk itu. Makhluk itu terus hilang dan aku terus menarik nafas tercungap cungap seperti orang yang hampir lemas. Anyah
kelihatan tidur lena. AKu yang kepenatan tanpa berfikir panjang menerus kan tidur ku. Esok la aku ceritakan kejadian itu pada anyah.

Aku pun lena di buai mimpi. Tetapi kali ini mimpi ini tidak lah begitu indah. Aku bermimpi di datangai makhluk tadi. Mimpi yang agak panjang tetapi tidak tahu aku untuk ceritakan secara terperinci kepada semua. Yang aku faham makhluk ini takut kedapa arwah mak. Kenapa dan mengapa Wallahualam. Dan dia akhir mimpi aku,makhluk itu datang dan berkata, “oo engkau cuba cabar aku ye,kau tunggu”

Aku pun terjaga kerana terkejut dengan kata-kata makhluk itu. Apabila aku terjaga, kelihatan ada dua makhluk seperti tadi. Satu masih di bahu ku dan satu lagi duduk di kaki kiri ku. Akibatnya aku tidak dapat bergerak walau seinci dan yang lebih menyakit kan adalah bahu aku yang di tekan oleh makhluk itu. Bayang kan antara tengkuk dan bahu, di tengah-tengah kawasan itu ibarat di tekan sekuat hati. Hanya Allah yang tahu kesakitan yang aku alami pada malam itu. Aku cuba mengangkat kaki kanan ku yang terasa boleh bergerak sedikit untuk mengejukkan anyah. Namun hanya pergerakan kecil yang termampu ketika itu. Di tambah bantal peluk di tengah2 kami. Ternyata usaha aku tidak membuah kan hasil. Aku menjerit sekuat hati namun suara ku tidak keluar entah kenapa. Anyah kelihatan masih tidur lena. Pelbagai ayat dan surah aku baca namun makhkluk itu langsung tidak bergerak. Dan bahu aku yang terasa seperti di tekan ini semakin sakit.

Aku tidak pasti berapa lama kejadian itu. Yang aku pasti sememangnya agak lama aku cuba meronta dan tidak membuah kan hasil. Akhirnya aku mengalah kerana terlalu sakit lalu menitis lah air mata jantan ku. Menangis lah aku menahan kesakitan yang teramat dia bahu aku ini.

Jam menunjukkan pukul 8pagi. Aku buka mata dan lihat keadaan sekeling sudah terang. Terang dek cahaya matahari rupanya. Aku yang baru bangun terlupa kejadian semalam. Yang mengingatkan aku adalah bahu aku yang sakit bekas dari apa yang di lakukan oleh makhluk itu semalam. Aku yang teringat terus melompat dari baring terus duduk. Anyah terkejut dan terus bertanya

Anyah: Ha kau kenapa tiba-tiba melompat
Aku: Anyah, semalam aku kena tindih la
Anyah: La yeke. Patut la aku tidur lena semalam. Dah seminggu aku tak boleh tidur sebab gangguan
Aku: Patut la tak tutup lampu. kenapa tak cerita awal-awal
Anyah: Malas nak cerita, nanti kau takut masalah jugak. Dah kau pun kena aku cerita la

Aku pun bercerita dari A ke Z apa yang terjadi. Anyah pun bercerita apa yang berlaku semasa seorang di rumah. Rupa-rupa nya anyah telah seminggu di ganggu. Tapi dalam bentuk yang lain. Tidak hairan lah anyah kelihatan pucat dan tidak bermaya. Dari cerita anyah dia bermimpi perempuan yang membuai kan bayi dan selepas itu tidur nya sering di ganggu.

Selepas itu kami meminta nasihat dari pakcik kami. Sampai ke hari ini aku masih ingat kata-kata pakcik. “Kau kalau takut dekat rumah orang,boleh la kau lari, tapi kalau kau takut di rumah sendiri kau nak lari mana” . Hari ini kakak aku dari kedah pulang cuti. Kami berdua berbincang sama ada mahu cerita atau tidak apa yang berlaku padanya. Masih ada kejadian yang berlaku ketika kami bertiga pula. Tapi tidak lah aku cerita kan di sini. Mungkin pada naskah yang akan datang pula.

Terima kasih semua kepada pembaca. Kalau komen positif aku akan sambung lagi cerita pengalaman aku ini. Wassalam

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 1 Average: 3]
kucing terbang

6 thoughts on “Makhluk Tidak Bertuan”

  1. Aduhai, kenapalah kena tunggu komen positif baru nak sambung cerita. Ini mesti terikut dengan penulis-penulis lain yang ingin membangkitkan rasa ingin tahu pembaca. Kenyataannya, jarang yang berjaya sebab cerita terlalu pendek untuk menggunakan taktik tersebut; buat pembaca menyampah adalah. Cuba belajar dari karya-karya Kucing Kelabu.

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.