MAKHLUK YANG MEMBERI SALAM

Assalamualaikum admin dan semua pembaca FS. Di sini, merupakan kali pertama aku menulis kisah di fiksyen shasha dan pertama kali disiarkan. Terima kasih sekali lagi bagi pihak FS yang sudi menyiarkan kisah aku ni, walaupun kisah yang aku hantar ini, bukanlah aku sendiri yang alami.
Rasanya tak perlu aku perkenalkan diri lagi, mungkin ada pembaca yang sudah mengenali siapa aku. Cukuplah jika mengenali aku sebagai sue.

Cerita yang aku akan sampaikan ni, adalah berdasarkan pengalaman ibu aku yang diceritakan semula oleh aku disini. Kisah ini bermula pada tahun lepas, tapi aku tak ingat bulan berapa. Al kisahnya begini, sewaktu tahun lepas, ibu aku dia mengambil upah mengasuh dua orang budak, nak dikatakan kecil sangat pun tidaklah jugak, yang kakak barusia 4 tahun dan si adik baru berusia 2 tahun. Nama mereka Atul dan Nani.

Ibu bapa mereka hantar mengasuh kerana ibu bapa mereka bekerja dari pada pukul 2 petang sehinggalah larut malam ( sekitar pukul 12 malam) barulah ibu bapa mereka mengambil Atul dan Nani di rumah aku. Paling awal pun mereka habis kerja adalah dalam pukul 11.00 malam itupun jika kerja mereka selesai awal. Tetapi jika kerja mereka selesai lambat, maka lambatlah mereka pulang untuk mengambil kedua-dua anaknya itu.

Begitulah rutin harian, ibubapa Atul dan Nani selalu ambil mereka lewat sampaikan mereka pun tertidur.
Sampailah pada suatu hari, hendak dijadikan cerita, waktu itu ibu dan ayah duduk di sofa di ruang tamu sementara menunggu ibubapa nani menjemput mereka pulang. Kebetulan pula, pada ketika itu ayah aku pergi ke bilik air untuk membuang air kecil. Ibu aku melihat ke arah jam di dinding pukul 12.00 tepat. Tetapi kelibat ibu bapa Nani masih juga belum muncul. Waktu itu ayah aku pula masih belum juga keluar dari bilik air. Jadi tinggallah ibu aku seorang diri di ruang tamu, sunyi sepi kerana kedua budak kecil itu sudah pun lena dibuai mimpi.

Tiba-tiba ibu aku terdengar suara makhluk memberi salam. Assalamualaikum. Sekali sahaja makhluk itu memberi salam, setakat berhenti di situ, suaranya agak keras, kasar dan garau. Ibu aku berpikir mungkin itu suara ayah nani yang memberi salam, tetapi tiada pula bunyi enjin motor yang lalu dihadapan rumah aku. Ibu aku menunggu juga salam yang kedua tapi tiada. Hal ini kerana, jika manusia yang memberi salam sudah pasti salam itu diberi lagi, ini tidak, sekali saja beri salam kemudian sepi. Nasib baik pula, ibu aku tidak terdetik untuk membuka pintu ketika makhluk itu memberi salam dan ibu aku tidak membalas semula salam itu. Jika ibu aku membuka pintu, sudah pasti makhluk itu akan masuk ke dalam rumah.

Lupa aku nak bagitahu yang rumah aku ada bela kucing namanya cumi. Si cumi ni jenis dia, suka mengintai dari bawah pintu, tak tahu apa yang ditengoknya. Pada waktu ‘makhluk’ itu memberi salam, si cumi ada disitu dan macam biasala dia mengintai. Selepas sahaja cumi ternampak kelibat makhluk itu, cumi pun terus berlari menuju ke arah ibu aku mungkin dalam keadaan ketakutan( sebab masa itu gelap, dah tutup lampu jadi taknampak muka cumi)

Tidak lama kemudian, barulah bunyi enjin motor ayah nani tiba di rumah aku. Dan kemudian kedua beradik pun pulang.

Keesokan harinya, si cumi pun tidak aktif seperti selalu, makan pun dia tiada selera. Mungkin kerana demam ternampak ‘ makhluk’ itu . Dan ibu aku pun menceritakan semula apa yang telah terjadi semalam, kepada kami semua. Meremang bulu roma ibu aku apabila menceritakan semula perkara tersebut kepada kami.
Itu sahaja kisah yang aku sampaikan. Maaf seandainya cerita aku yang aku sampaikan kurang menarik dan ayat pun berterabur. Sampai jumpa lagi nanti. Tata.

-Sue-

Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Sue

Follow Whatsapp FS KLIK SINI

Rating Pembaca
[Total: 38 Average: 4.4]

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.