Mall

Assalammualaikum, selamat pagi/petang/malam kepada warga FS dan Admin FS. Terima kasih kepada Admin kerana sudi mengkongsikan kisah pengalaman saya di page FS ini.

Nama aku nana (bukan nama sebenar). Ini pertama kali aku kongsikan kisah aku di FS sebab selama ni aku baca pengalaman orang sahaja. Aku harap kisah aku ni dapat menghiburkan warga FS.

Kisah ini baru sahaja berlaku pada 23/3/2021 dan apabila aku dan tunang menonton panggung wayang di malam hari. Nama mall tersebut tidak perlu ku ceritakan disini. Selepas habis waktu bekerja pada pukul 5petang, kami segera memandu ke sana untuk membeli tiket. Tapi sayangnya,waktu siar panggung pada pukul 6.30 petang telah penuh dan terpaksa mengambil waktu siar 8.50malam kerana kurang orang. Aku ingat hujung bulan tak ramai orang, haih apakan daya tiket di situ murah belaka berbanding mall yang lain, terpaksa lah ambik malam.

Jam menunjukkan pukul 8.30malam, tunang menjemput ku di rumah dan kami segera ke mall tersebut. Setelah selesai membeli makanan ringan dan mencari seat kami,boleh dikira hanya beberapa orang sahaja dalam panggung termasuk kami berdua. Selang beberapa minit, aku terasa hendak ke tandas. Aku memberitahu tunang ku untuk ke tandas lalu bergegas keluar kerana tidak tahan. Sedang ku menolak pintu panggung, badan aku seperti ditolak oleh seseorang. Aku menoleh badan ku dan mahu sahaja maki hamun. Tapi hairan, tiada sesiapa di belakang ku ?? Bermula lah kisah ku diganggu pada malam itu juga.

Sampai sahaja tandas, aku perasan satu pintu tandas paling hujung dibuka perlahan-lahan seolah ditiup angin, sedangkan pintu tandas itu ditampal dengan kertas notis, TANDAS SEDANG DIBAIKI dan pintu itu dikunci rapi supaya tiada sesiapa masuk. Kau ingat aku peduli ke aku tak tahan, aku masuk tanpa berfikir apa, mungkin pintu tandas itu pun rosak juga, jangan lah fikir benda lain.

Habis sahaja melepas hajat, aku mencuci tangan ku. Tengah syok betulkan tudung, tiba-tiba PAAMMMM!!!! pintu tandas hujung dihempas kuat. Apa lagi, aku tak fikir panjang aku terus membesarkan langkah segera berlari ke panggung ku semula. Terasa dikejar oleh sesuatu dibelakang, kepala ku tetap lurus ke hadapan dan tidak menoleh sama sekali. Aku menerjah pintu panggung dan duduk diseat aku bersama tunang ku, dia melihat aku tercungap dan bertanya kepada ku seolah aku berlari macam kena kejar cikgu disiplin, aku mendiamkan diri sahaja. Wayang pun sudah habis, tiba masa untuk pulang ke rumah, apa kau ingat aku tak rindu kan bantal aku ke ? Mentang-mentang esok cuti. Mall akan sediakan laluan khas keluar kepada mereka yang menonton panggung wayang pada malam hari,jam menunjukkan sudah pukul 10.30malam.

Sambil berjalan keluar, terasa diperhatikan tetapi ku menghiraukan kerana tidak mahu menakutkan tunang ku. Ada dua laluan, tangga atau lift, sekumpulan pelajar memilih tangga dan sekumpulan orang dewasa memilih lift, jadi kami memilih lift kerana aku tidak suka menggunakan tangga pada waktu malam begitu. Kami mahu masuk ke lift tetapi sudah penuh, terpaksa menggunakan lift lagi satu. Masuk sahaja aku segera menekan G untuk ke groundfloor di mana kami masuk mall tersebut. Pelik lagi aneh, lift tersebut membawa kami ke tingkat paling atas iaitu tingkat 4 car parking.

Sebaik sahaja pintu lift terbuka keadaan gelap hanya lampu samar dari mesin bayar tiket parking (Autopay), kawasan parking kosong dan tiada orang. Mungkin lift ini ada masalah atau aku tersalah tekan, tapi tak mungkin. Ku segera tekan close dan G untuk ke bawah. Jantung ku mula berdengup laju, kenapa masih terbuka? Tunang ku sudah mula pelik, jadi dia menyuruh ku tekan semula. Masih lagi terbuka, masuk kali ke-3 baru lift tertutup dan ke bawah, tetapi kali ini bukan ke Tingkat G tetapi tingkat 2 pula. Waktu ini aku sudah pelik, jika tingkat 4 car parking mengapa tingkat 2 ini car parking juga ? Bukankah sepatutnya kawasan kedai dan pusat beli belah?? Aku merasakan bulu roma naik tinggi yang amat, betulkah lift ini rosak atau sebaliknya.

Tunang cuba untuk menenangkan ku supaya kuat semangat, kami cuba untuk tekan G semula, lift tersebut turun di tingkat 1. Alangkah terkejutnya kami, seorang wanita tua, berbaju lusuh dan rambut mengurai panjang berdiri sandar disebelah mesin air sambil merenung kami. Keadaan mall gelap dan hanya samar lampu jalan diluar dan tembus ke cermin mall, aku dengan pantas menekan lift untuk menutup pintu secepat mungkin kerana wanita tua itu mula merangkak dan menuju ke arah kami.

Oiiii aku tak ajak pun dia main police and thief one to jaga!!Syukur sempat pintu lift tutup, kami cuba ke tingkat panggung wayang semula iaitu tingkat 3. Tiada pilihan, kami terpaksa menekan setiap tingkat untuk elak keluar dari lift. Tunang ku menyuruh aku membaca ayat pelindung diri sambil menekan lift ke tingkat G manakala Tunang ku azan sekuat yang boleh.

Syukur alhamdullilah kami ke tingkat G, tingkat bahagian bawah masih belum menutup lampu dan mempunyai seorang pengawal keselamatan segak berjalan perut ke depan yang sedang meronda. Kami segera ke pintu keluar dari mall dan menuju ke kereta tunang ku. Sambil keluar berjalan, ku sempat menoleh pandangan ku ke arah tingkap bangunan atas, dengan lampu jalan samar-samar dan keadaan mall yang gelap,terlihat seorang budak melambai ke arah ku, bila masa Jun On pindah Malaysia?. Aku segera mempercepatkan langkah ku.

Hari pun sudah lewat malam dan jam menunjukkan 11.30 malam, tunang ku mengajak lepak minum terlebih dahulu sebelum pulang ke rumah. Pesan tunang ku, pulang sahaja ke rumah,sebelum masuk ke rumah baca ayat pelindung diri,masuk menggunakan kaki kanan dan memberi salam, mandi bersihkan diri kemudian mengambil wudhuk dan membaca doa tidur sebelum tidur. Aku mengingati pesannya dan melakukannya setelah sampai ke rumah.

Itulah pengalaman yang pernah aku alami dalam seumur hidup aku yang takkan pernah aku lupa. Itu adalah kali pertama dan terakhir aku ke mall tersebut kerana baru ku tahu,kawan aku cerita, suatu ketika dahulu, mall tersebut pernah terbengkalai selama 10 tahun kerana kejatuhan ekonomi dan beroperasi semula.

Itu sahaja kisah pengalaman aku kena main kejar-kejar dengan benda tu,kalau ada lagi pengalaman, akan aku kongsikan kepada Fiksyen Shaha walaupun tak seram sangat. Sekadar tulis dan menghiburkan hati warga setia FS.

Sekian. Hantar kisah anda : fiksyenshasha.com/submit

Rating Pembaca
[Total: 27 Average: 4.7]
Nana

5 thoughts on “Mall”

  1. Aku kalau nak tengok wayang mesti pastikan sempat keluar untuk solat maghrib bila abis wayang.. kalu anggaran lewat 15 minit nak masuk isyak aku akan amik slot selepas solat maghrib..tenang tak kelam kabut…

    So korang jagalah solat

    Reply

Leave a Comment

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.